Pages

Thanks my follower (^_^)

Wednesday, April 13, 2011

::Wanita Sering Timbulkan Kontroversi::

dah dua minggu berlalu ABPBH ni...saya dapat tengok separuh jalan je waktu kat rumah famili angkat...tak larat nak abiskan separuh lagi, mata ni berat dengan permata kot tyme tu, tak boleh nak celik....

tiga hari lepas tu terdengar la khabar angin....miera leyana timbulkan kontroversi.
mula2 buat dek je la kan, sebab tak kenal miera tu sape
rupanya dia artis baru la jugak...muda lagi....muka pun cun
ape yang dia buat sampai heboh media duk citer pasal dia????

ghupenya pasal baju yang dia pakai masa malam ABP tu....
seksi bebbb.....orang lain seksi jugak, tapi dia seksi lagi
gambar dia, saya tak mau upload kat sini sebab mengambil gambar orag yang tidak menutup aurat adalah haram hukumnya, apatah lagi menayangkannya kan... nak tau lebih lanjut pasal hukum gambar ni??? klik sini

berbalik kepada si miera tadi, kalau nak tengok baju dia pakai cam ne, search la sendiri kat google tu
bukan nak mengata tapi nak ceghita...mengata la jugak kan...atoiii asmaq!!! nak kata sikit je
dalam galaksi, miera cakap "nampak sikit je"...dalam melodi, "saya cuma ikut kehendak designer...lagipun pkl7 malam tu baru outer baju tu"
urmmmm....kakak saya pulak cakap "ek eleh...budak kecik pun tau tengok sama ada baju tu seksi ke tak...ni ape tah lagi kita yang dah besau....tak reti nak bezakan dah baju tu sesuai ke tak...."

maaf la ye miera...bagi pandangan saya, kita nak jaga maruah atau nak ikut kehendak designer? nak hormat la kononnya kehendak pereka...
tapi maruah kita juga yang terjual.....betapa murahnya harga diri kita kan
orang tak pandang designer tau, tapi orang pandang kita yang memakai baju tu
nak terkeluar semua biji mata yang tengok malam tu....huhuuu

saya pun perlu cermin diri jugak kan sebelum kritik orang ni???
tapi ini entri khas untuk artis je sebab mereka sentiasa diperhatikan dan merupakan model kepada peminat masing2....sebagai artis, jadilah contoh pemakaian yang baik.......
sekarang miera dah jadi popular kot sebab pemakaian dia malam tu
senang je nak dapatkan populariti ni kan.....

kalau nak cakap pasal seksi ni ramai je perempuan yang seksi sekarang, dah majoriti kot...
inilah dunia akhir zaman
dimanakah maruah seorang wanita???
mahkota (rambut) mereka pula ditayang secara murah-murahan....ini lah yang perempuan sekarang tak sedar....

tak mau cakap lebih2...nanti blog asmaq pulak yang jadi kontroversi
sedarlah wahai wanita....jaga lah maruah kita....pertahankan maruah kita
jangan gadaikan maruah semata-mata untuk mengikut kehendak orang lain


"bimbinglah aku menjadi wanita solehah"

No comments:

tabung untuk belajar ---->