Pages

Thanks my follower (^_^)


Wednesday, June 29, 2011

::Segan Dengan Kakak Sendiri::

fuh...fuh..fuh... penuh habuk blog ni...
sekarang asmaq tengah holiday....holiday....1st tyme rasanya holiday panjang tanpa koje.
hati nak koje...tapi tak tau koje ape...

hati ini berbunga bila balik rumah minggu lepas.
al-maklumlah....i got present from my bro and my sis..
naik je kete untuk balik minggu lepas, babam long kata "nah, hadiah harijadi"
terkejut la den....hari jadi dah lama lepas..tapi babam long kata dia lupa nak bagi. terima kasih babam!
sebelum sampai rumah mentua dia, asmaq mintak singgah rumah famili angkat asmaq. tak sangka la pulak babam nak singgah sebab dah lewat malam. terkejut famili angkat tu sebab kami main serbu je, tak call dulu. hehee...terima kasih lagi babam long!

balik rumah pulak kakak ku bagi something...dia menggantikan handfon asmaq yang rosak.
berbunga hatiku....jadi segan pulak dengan kakak sendiri.
daripada dulu sampai la sekarang dia yang belikan asmaq handfon...rosak je terus digantinya.
terima kasih kakakku sayang...tak tau nak balas budi macam mana... terlalu banyak dia menolongku.
pastu sanggup ambik cuti sebab nak temankan asmaq tengok adik angkat yang baru nak daftar masuk kat KPTM-KB...thanks a lot dear!

Friday, June 17, 2011

::Saat2 Terakhir Hantar Esaimen::

rumah saya dekat dengan cameron,
kat cameron banyak teh,
lupakan pasal cameron,
saya mau berceloteh.

tajuk hari ni "saat terakhir hantar esaimen"...bunyi macam buat keje last minit je. boleh dikatakan last minit jugak la....ini la yang saya tak suka bila jadi ketua. kena gabung last minit. dah bagi tarikh suruh send awal2, tapi lewat jugak dapatnya. lewat jugak la tugasan mengedit dijalankan.

hari ni asmaq terpaksa bertungkus lumus untuk siapkan dua report, HRP & RP usahawan. HRP tu sebenarnya dah siap, tapi resultnya tak memberangsangkan. so, asmaq buat balik dengan harapan Dr. N naikkan sikit markah.... saya nak 'A' untuk projek tu. please Dr. N....

semua nak kena siapkan hari ni. semalam tak boleh nak buat ape2 sebab migrain tiba2 menyerang. biasanya asmaq perlu ambik masa dua tiga hari untuk hilangkan migrain. ubat pun dah buang semua coz i hate medicine. dengan kepala yang nak pecah ni terpaksa la siapkan esaimen tu. nasib baik tak de orang kat bilik tadi. asmaq pasang lagu kuat2, karok dalam bilik sesorang untuk tambahkan lagi sakit kepala....hak3
http://www.cute-smiley.com
dah siap print semua, asmaq turun naik tangga cari bilik pensyarah, terketar-ketar kakiku dibuatnya. nak pengsan pun ada. disebabkan sakit kepala sangat, asmaq buat keputusan untuk keluar dari UKM kononnya nak sembuhkan kepala yang sakit. tapi masuk dalam komuter je, tengok benda semua jadi dua. huh! nasib baik tak ramai tyme tu, boleh relax2 kejap. then, sampi ke destinasi, asmaq take a rest again. muhasabah diri jap. apa yang telah asmaq buat. may be silap asmaq jugak kot. rasa macam tak puas hati je dengan report yang dihantar tadi. nasib baik ada orang buat lawak melalui sms.....kalau tak ada je air jernih yang akan keluar. bukan manja, tapi sensitip (~_~)

sekarang, masa untuk kemas barang. nak balik dah...... minggu depan exam. peduli hape dengan exam. exam je pun, bukannya perang dunia. semangat!!! mau balikkkkhttp://www.cute-smiley.com

Monday, June 13, 2011

::wahai kawan::

wahai kawan,
dulu kita berjalan bersama,
dulu kita berlari bersama,
dulu kita makan bersama,
dulu kita study bersama,
gelak ketawa sama-sama.

wahai kawan,
kini kita semakin renggang,
kini kita semakin berjauhan,
kini kita semakin berpisah.

wahai kawan,
bila kita bertemu...kamu akan mengeluarkan kata2 yang mengguris hati,
kau bagaikan kawan plastik,
kau bagaikan menghina kawan sendiri,
how could you?
disebalik perkataanmu terselit hinaan.

wahai kawan,
semakin hari, hati ini semakin menyampah,
semakin hari, hati ini semakin bosan.
jangan sampai hati ini wujud perasaan benci.

wahai kawan,
anggap lah aku seorang kawan plastik,
gelak tawaku hanya lakonan semata-mata,
aku mahu lari dari bayang2mu....
setiap patah perkataanku adalah alasan semata-mata,
aku tidak mahu bersama kamu, dan kamu pun tidak mahu bersamaku,
hanya mencariku bila ditinggalkan keseorangan?
ok, fine. aku masih ada sifat belas kasihan.

aku berharap, tapi bukan mendoakan, agar kamu merasai zaman kejatuhan,
agar kamu sedar diri,
agar kamu lebih beretika terhadap kawan sendiri,
agar kamu dapat analisis balik 'perkataan sinis' terhadap ku,
terima kasih kerana sudi menjadi kawanku....walaupun masing2 bagaikan berpura-pura...

Thursday, June 9, 2011

::Hanya Satu Markah::

salam satu bloggerhttp://www.cute-smiley.com

hari ni nak citer ringkas2 je....pasal peristiwa tadi...
ehem..ehem...pada suatu petang seorang perempuan merayau-rayau di bilik pensyarah di fakultinya.
perempuan itu bernama asmaq...hahaaa

lepas kelas tadi asmaq nak ambik la kertas dari DR. N untuk latihan minggu depan. tapi dia tak de kat bilik....so, sambil tunggu dia datang asmaq merayau-rayau la kat situ. kemudian tersinggah kat bilik pensyarah etika...'ter' ye...kat luar bilik tu dia ada letak kertas kuiz kami. asmaq belek la cari kertas asmaq...then, asmaq tengok2 la markah orang lain. ramai jugak yang dapat tinggi dari asmaq. terdetik la cemburu di hati ini. so, asmaq tengok balik jawapan asmaq, mana tau kan ada yang pensyarah tanda salah.

memang betul, ada satu yang pensyarah tu tertinggal. asmaq duk fikir2 la nak jumpa ke tak pensyarah ni untuk betulkan kesalahan tu. satu markah je kot. dulu asmaq tak kisah je bila markah kuiz asmaq rendah daripada orang lain. disebabkan perasaan cemburu, asmaq ada kekuatan untuk dapatkan 1 markah tu. asmaq berani jugak melangkah masuk bilik pensyarah dan betulkan ape yang dia tertinggal. dia bagi balik satu markah tu. then, asmaq buat2 tanya la satu lagi jawapan tu. sebenarnya asmaq memang tau jawapan tu salah. jawapan asmaq cuma terpesong sikit je. mula2 pensyarah kata tak boleh bagi walaupun sikit je lagi nak betul.  lepas dia tenung kertas asmaq tu, dia cakap "tak pe lah saya bagi jugak". ape lagi, happy la...dapat markah kesian!

asmaq cuma nak dapatkan satu markah je, tapi dapat dua markah. itulah habuannya kalau kita berani kan....
balik dengan perasaan senang hati...tapi kuciwa jugak sebab tak dapat jumpa Dr. N, dia tak balik bilik pun. entah hilang ke mana nya...

'ter'cerita panjang pulak....hehee
http://www.cute-smiley.com

Tuesday, June 7, 2011

::Di sebalik result Sem4::

Aminah suka pakai seluar,
result kami dah keluar

perasaan asmaq bila tengok result cam biasa la. tak happy dan tak sedih. setakat mana kita usaha, setakat tu jugak lah yang akan kita dapat. bersyukur lah dengan apa yang diberikan. jika kita dapat result teruk, itu mungkin kesilapan kita sendiri dalam belajar.

alhamdulillah.....kawan2 asmaq semua nampaknya senang dengan result mereka. ramai jugak yang meningkat pointernya. asmaq??? asmaq cam tu la kan....tapi bersyukur sangat sebab asmaq dah capai target sem lepas. target asmaq adalah untuk menghapuskan huruf C. tapi sayang......huruf D pulak yang datang bertenggek. itulah padahnya duk tumpu kat C je. so, untuk sem ni asmaq perlu hapuskan D, C dan juga B-.....


untuk subjek IR pulak, subjek Dr. N, kawan2 asmaq dapat A-.....tapi asmaq tak dapat pun. asmaq senang dengan result ini sebab asmaq jujur dalam kelas dia. lagi pun asmaq tertinggal dua kuiz sebab masalah kesihatan tyme tu. tyme kuiz, asmaq tak ikut jejak mereka untuk bukak buku meniru. Dr. N bagi kuiz bila dia ada hal je, dan menaruh sepenuhnya kepercayaan kepada kami supaya tak meniru. kalau asmaq meniru cam mereka, mesti asmaq tak senang dengan result asmaq. itu lah yang asmaq fikir bila jawab kuiz. kuiz dia bagi pulak secara mengejut. memang patut la tak dapat A.

untuk subjek yang dapat D tu memang patut la. asmaq over confident je bila jawab exam. kadang2 rasa nak recheck balik, kot2 ada kesilapan. bila fikir balik, memang patut la kot sebab asmaq tak study dengan cara yang betul. may be jawapan asmaq bagi tu salah walaupun confident betul. entah laa....asmaq pun tak fokus dalam kelas dia. study sorang2 pulak tu....redha je...satu pengajaran untuk asmaq!

"don't do anything that wouldn't make your mommy proud"

Dr. N selalu pesan...."kalau kita banyak membaca, kita akan faham banyak....jangan main hafal je, tak guna".... "what you think you are, is you are" dan "kalau tak boleh jadi pelajar yang pandai, at least you are different"

kepada yang berjaya asmaq ucapkan tahniah dan usaha lagi untuk terus menempa kejayaan itu. kepada yang kurang berjaya, bersyukurlah dan lihat balik ke belakang ape yang telah kita buat. jadikan ia satu iktibar dan tidak ulang lagi sejarah itu. yang penting jujurlah dalam belajar supaya ilmu yang kita perolehi itu sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t.

::conteng-conteng gambor::

Bila stress ape yang perlu dibuat???
minggu ni dah stat stress...al-maklumlah semua esaimen dan projek dah nak kena hantar.
tinggal dua minggu je lagi nak exam dah. 
rasa nak gila pun ada ni.
nasib baik tak de perasaan nak bunuh diri.
setakat perasaan nak conteng-conteng gambar sendiri je....

desktop background sebelum diconteng

desktop background selepas mendapat sentuhan kreatif dari asmaq....cun takkk???

nasihat asmaq, jangan biarkan perasaan stress mengawal emosi kita, kita yang perlu kawal stress....pandai2 la ye kawal stress tu. jangan bunuh diri dah ler....dosa besar tu!!

Saturday, June 4, 2011

::Entri buat ayahku::

jika dulu...waktu form 5, asmaq takut akan kehidupan selepas tamat sekolah. takut jika tidak dapat mencapai impian asmaq. tapi alhamdulillah.....akhirnya asmaq berjaya juga menempuhinya walaupun terpesong dari bidang yang sepatutnya.

sekarang, asmaq takut untuk menghadapi kehidupan selepas tamat belajar. ape yang akan asmaq buat selepas tamat belajar? bukan tak de cita-cita....cuma cita-cita asmaq samar. kalau boleh asmaq tak mau tamatkan pelajaran.

kalau kawan asmaq hilang kekuatan, asmaq selalu bagi kata-kata semangat kepada mereka. boleh dikatakan asmaq ni pakar motivasi. kata-kata tu bukan asmaq main copy and paste je. itu adalah lahir dari hati terus ke mulut...cewwahhhh....asmaq bagi motivasi kepada orang konon-kononnya asmaq nak meningkatkan motivasi sendiri.

tapi asmaq sebenarnya tak de motivasi....bukan tak de, kurang....asmaq tak tau siapa yang boleh menggerakkan kekuatan ini....asmaq tau family mesti nak tengok asmaq berjaya. but i am not strong! 

ma...ayah....maafkan asmaq. anakmu ini bukan sepandai yang kamu sangkakan.asmaq sudah merosakkan impian ayah...asmaq tak dapat jadi doktor. kononnya asmaq ingin buktikan yang asmaq boleh jadi lebih baik daripada doktor. tapi asmaq tak pasti semua itu.

ayah, kata-kata ayah malam itu sentiasa terngiang-ngiang di kepala ni. adakah ayah memasang impian baru? kenapa ayah tanya soalan yang sebegitu. kalau belajar dalam bidang HR tak boleh berjaya ke? rendah sangat ke pangkat HR ni? tak semestinya kami perlu bekerja bawah HR kan....please la ayah...jangan berpandangan seperti orang lain. asmaq tak berani meluahkan kata2 ini kepada ayah. kenapa lidah ku kelu bila berhadapan dengannya. maaf ayah! maafkan anakmu ini.....

jika ayah tak mau asmaq begini...kenapa dulu ayah tak tentukan hala hidup asmaq? kenapa semua asmaq yang perlu buat keputusan sediri? 
inilah kehidupan asmaq sekarang....asmaq perlu tentukan hidup sendiri....asmaq perlu tentukan hala tuju sendiri. asmaq tak mau bantuan ayah untuk ke alam pekerjaan. ayah yang mengajar asmaq untuk berdiri di kaki sendiri bukan....so, asmaq harap ayah tidak menentukan pekerjaan asmaq kelak. asmaq akan lupakan hasrat ayah itu. sorry again! i love you forever ayah....

Thursday, June 2, 2011

::Perlu ke eratkan silaturrahim di Fesbuk?::

saya suka tengok burung belatuk,
burung yang saya tak suka adalah gagak,
mata saya dah ngantuk,
tapi tangan ni gediks nak menaip jugak.

minum kopi konon2nya nak stay up buat esaimen. tapi tak boleh tahan pulak mata ni, ngantuk sudahhhh....tak de idea pulak tu nak meng'ayat'kan esaimen. ayat dalam kepala ni sesuai untuk ditaip di sini je.

entri kali ni asmaq nak cakap pasal fesbuk pulak. fesbuk ni boleh mengeratkan silaturrahim seseorang ye??? kenapa kalau asmaq tak main komen2 dan like2 status orang, orang boleh kata asmaq lupa kawan....sombong??? menyesal pulak rasanya mengaktifkan diri dengan main komen2 dan like2 status orang dulu. tapi lepas satu peristiwa tu, asmaq terus senyap secara slow2. orang kata 'disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga'....asmaq tak mau dah komen dan like status dia...terasa sangat2. tapi sekarang kami dah OK. asmaq sangat menyampah saat itu, sebab tu la asmaq jadi seorang yang pasif di fesbuk. ingat! fikir sebelum meluahkan kata2. may be ayat yang ditulis boleh di padam semula. tapi, ayat yang di tulis tu menandakan tutur kata kita...'terlajak perahu boleh diundur lagi, terlajak kata buruk padahnya'.

asmaq tak kisah la lepas ni orang nak kata asmaq lupa kawan ke...'bagaikan kacang lupakan kulitnya' ka.....disebabkan asmaq tak menegur di fesbuk?? apa kes??? lagi pun fesbuk asmaq sekarang ada problem....hari tu nak diactivate fesbuk, tapi fesbuk tu tak bagi. asmaq tekan butang dia macam tak de pape pun. teruk betul fesbuk ni.

untuk pengetahuan semua, asmaq tak main konsep 'i comment ur status, then u comment my status' or 'i like ur status then u like my status'. perlu ke macam tu? itulah dunia fesbuk......sangat bohsan!

semalam adik angkat asmaq tanya..."akak tak on9 ke fesbuk???"....
asmaq jawab "on9 je...tiap2 hari akak on9...kot2 ada mesej"
adik angkat "akak tak de tegur pun kat post kite..."
asmaq jawab "akak malas nak tegur...hehee"
lepas tu asmaq tukar topik....hahaaa....sorry dik, cukuplah sekadar kak asmaq call adik. tak perlu la kot nak tegur2 kat fesbuk.

harap2 lepas ni dah tak de orang cakap asmaq sombong kat fesbuk. tapi asmaq memang sombong pun, tak kira la kat alam realiti ke, kat alam maya ke, asmaq tetap sombong (orang kata dan diakui sendiri).
kesimpulannya, for me, untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim bukan melalui fesbuk je. berjumpa di alam realiti lagi better dari alam maya. rapat di fesbuk je buat ape. bila jumpa malu2, tak banyak cakap...tak mesra langsung. orang yang bersosial di alam maya je adalah orang yang tiada confident level. am i right??? fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah. jangan biarkan diri dihanyutkan dengan sosial di alam maya.

daaaaaa~~~ i wanna to sleep. good night! jangan lupa sebelum tidur muhasabah diri dulu (~_^)v

Wednesday, June 1, 2011

::Dr. N suka sebut kedai makan asmaq::

minum air Seven Up dalam gelas,
dalam gelas tersebut ada lipas,
cuaca sekarang sangat panas,
kalau boleh, 24 jam nak duk bawah kipas.

mak cik asmaq kata, kalau terasa panas sangat2 tu mesti panas dengan dosa. jadi, sebelum tidur jangan lupa muhasabah diri dulu. apa yang telah kita buat hari ni. kalau ada buat salah, cepat minta ampun.

hari ni asmaq nak cakap pasal kelas HRP lagi. asmaq suka citer pasal kelas HRP ni sebab asmaq 'suka' pensyarah ni. ada orang tanya asmaq hari tu, HRP ni ape. HRP adalah singkatan daripada Human Resources Planning.

minggu ni, mood pensyarah asmaq baik....tapi tak la sangat baik. baik je. kelas sebelum ni dia ada tanya cita-cita masing2 sebab nak kaitkan dengan apa yang kami belajar. asmaq bagi tau la asmaq ni nak jadi business woman, kalau boleh nak jadi superwoman (yang ni tak cakap pun). pastu dia tanya "asmaq nak bukak perniagaan ape? kedai makan ke?" pandai dia main teka2 ni kan.....asmaq memang nak bukak kedai makan pun.

tak tau kenapa pensyarah tu suka ambik contoh matlamat asmaq. pastu dia tanya lagi..."ape tema kedai makan asmaq nanti?".....asmaq cakap la dot...dot....dot....tak boleh la cakap kat sini, nanti ada yang gelakkan asmaq. takut terburai je usus2 dalam perut tu bila gelakkan asmaq. tyme asmaq bagi tau tema bila pensyarah tanya hari tu pun, memang semua tergelak. asmaq tak malu pun, sebab asmaq nak buat kelainan, nak bina kedai makan yang lain daripada lain. tak salah kann..

dalam kelas HRP hari ni pun, pensyarah masih gunakan contoh kedai makan asmaq. hari ni dia sebut banyak kali...."contohnya kedai makan....kedai makan ye...kedai makan"...mesti pensyarah perasaan asmaq tak fokus ape yang dia cakap. bila orang semua pandang asmaq, baru perasan ape yang pensyarah tu cakap (pandang pensyarah sambil tersenyum malu2 kucing)http://www.cute-smiley.com. fikiran asmaq tak melayang pun, cuba asyik sangat duk fikir pasal graf yang dia lukis tu.

asmaq tak kisah kalau pensyarah nak guna kedai makan asmaq tu sebagai contoh. asmaq lagi suka....senang sikit nak faham bila dia kaitkan cam tu dan bertambah la ilmu untuk bukak kedai makan.....har...har....har....kalau 40 kali dia sebut pasal kedai makan tu, insyaallah...... 6 tahun akan datang asmaq boleh dirikan kedai makan tema yang unik tu. unik ke???

Terima Kasih Dr. N....kalau mood Dr. N selalu OK cam tu kan bagus. baru semangat nak gi kelas. nak buat esaimen pun tak stress tahap gaban kan......

semangat! semangat! semangat nak buat esaimen ni 
http://www.cute-smiley.com

tabung untuk belajar ---->