Pages

Thanks my follower (^_^)

Friday, April 5, 2013

::Tentang Cinta..I l0ve U::

"Manisnya bercinta selepas nikah"..."Kekasih saya adalah Dia yang Maha Esa"..."Saya mahukan Imam/Makmum yag soleh dan solehah".
Itulah ungkapan remaja-remaja kita bila melihat kawan sebaya berkahwin atau apabila diajukan soalan,"bila kau nak tamatkan zaman bujang?".
Menuturkan kata-kata itu sangat mudah. Tapi adakah kita merealisasikan kata-kata kita? Tepuk dada tanya Iman.
Baru-baru ini saya meluangkan masa mendengar ikim.fm yang waktu itu ustazah Syarha (Idola saya) sedang berbicara tentang "I l0ve You Allah". MashaaAllah..sangat senang nak ungkapkan perkataan I love You Allah. Kalau ungkapkan perkataan "I love you" kat seseorang, pasti dia suka kan...senyum memanjang je. Tapi hanya dengan meluahkan kata-kata tanpa membuktikannya, adakah Allah swt suka? Jika kita hanya meluahkan kata-kata sahaja tanpa mengekspresikannya, itu bermakna kita belum betul-betul sayang kepada Allah swt.

How to show I l0ve You Allah? Hanya dengan lima perkara:-
1. Kenali Dia
2. Baik sangka pada-Nya
3. Cintai apa Dia cinta
4. Kita benci apa yang Dia benci
5. Kita agung-agungkan Dia 
(Perkongsian daripada ustazah Syarha)

Subhanallah...Mudah kan? tak perlu nak gadaikan maruah..Tak perlukan tenaga yang banyak..Tak perlu keluarkan duit. Kita pasti tak akan dikecewakan. Pasti!!!

Seperti mereka yang sedang tertekan dengan orang disekelilingnya yang ingin melihat mereka kahwin, saya juga kadang-kadang ada perasaan tekanan itu. Ada je orang datang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam memperkenalkan seseorang. Sangat-sangat menghargai usaha mereka-mereka yang membantu dalam mendapatkan jodoh. Terima kasih! Saya menyambut usaha itu, tapi mereka tidak tahu apa yang terbuku di dalam hati ini. Saya ingin memegang teguh tali prinsip pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Berkawan boleh, bukan berkasih. Saya masih ada wali, nak kenal lebih-lebih boleh jumpa wali saya. opsss! terlebih sudahhh....
Hati ini belum dinodai dengan cinta tidak halal. Never and ever. Berharap sangat Allah swt sentiasa melindungi maruahku daripada ternoda dengan cinta tidak halal. InsyaaAllah....

Kenapa kita belum dapat jodoh lagi sampai sekarang? Sedangkan kawan sebaya dah ramai kahwin...
Yup! Luaran kita mungkin sudah bersedia tapi dalaman kita belum betul-betul bersedia. Sebab itu Allah masih belum beri kita jodoh. Allah Maha Mengetahui. Allah juga mahu kita sentiasa berdoa dan meminta-minta kepada-Nya. Allah mahu beri kita insan yang terbaik berdasarkan usaha dan tahap kecintaan kita kepada Allah swt. Sentiasa bersangka baik!

Dalam mencintai Allah swt, akan diiringi dengan cinta insani. So, kepada ukhti-ukhtiku sayang, jangan tertekan sangat jika jodoh tak sampai-sampai lagi. Kita cool je! Allah dah tetapkan segala-galanya. Perancangan Allah sangat hebat. Kita haya berusaha dan berusaha dan lebih berusaha!!!

Kepada bakal imamku, sentiasa jaga solat dan sentiasa utamakan Allah swt dalam semua hal. Semoga kamu berjaya di dunia dan di akhirat.
(okay, ayat di atas memang poyo! tapi tak salah jika kita mendoakan orang yang kita suka iaitu saudara seislam kita juga kan?)

Ya Allah! Labuhkan cintaku kepada dia yang mencintaiMu~ Labuhkan cintaku kepada dia yang bergelar suami~

MABRUK kepada yang telah dan akan menamatkan zaman bujang anda. Semoga perkahwinan anda dilimpahi dengan keberkatan Allah swt.

p/s: bakal kakak ipar saya sebaya kot...sangat tergugat status diriku! Semoga dipermudahkan urusan walimatul urus abang cik~

Monday, March 25, 2013

::Sukarnya Mendapatkan Pekerjaaan::

Perjalanan hidup ini....terasa amat sukar.
Orang selalu cakap, jadi Pelajar lagi best daripada jadi Pekerja.
Tetapi orang lupa yang Pelajar itu juga Pekerja...Bekerja sebagai hamba Allah s.w.t.

Itulah hakikat hidup...Hidup mesti ada cabaran...Dan cabaran itu adalah ujian dari Allah s.w.t. Tak kira Pelajar atau Pekerja, semua akan berhadapan dengan cabaran hidup.
Semakin lama manusia hidup, semakin tinggi cabarannnya...Subhanallah! Hebatnya mereka yang berjaya menempuhi cabaran dalam kehidupan ini.

Kini, aku mampu mengukir senyuman. Bersyukur dengan apa yang diberi sekarang. Pengalaman masa lalu memberi semangat kepada masa sekarangku.
Dulu, hampir tersungkur dan hampir berputus asa dalam mendapatkan pekerjaan.
Tapi, Allah takkan persia-siakan hambanya yang berusaha dan sentiasa sujud kepada-Nya.
Perancangan Allah sangat hebat! Allah tak beri aku kerja itu, kerja ini. Tapi Allah bagi aku menghadapi kerja di tempat aku bekerja sekarang supaya aku melihat dunia dengan lebih luas.
Allah takkan bagi ujian diluar kemampuan hambaNya. Allahuakbar!

Namun aku terasa diri ini semakin lemah iman. Pekerjaan sekarang sungguh menduga keimananku. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Tetapi pengalaman itu sangat bernilai. Semoga pekerjaan ini dapat mendidik jiwaku menjadi insan yang tabah dan kental untuk menghadapi fasa kehidupan akan datang.
Dan hati ini mengharapkan diriku mendapat pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan dikelilingi dengan manusia yang cintakan Ilahi. Sungguh....sungguh ku takut diri tersungkur di landasan yang salah. peliharalah hambaMu ya Allah!

"Kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Surah al-Ankabut , ayat 64)

Bersabar dan berushalah kepada sahabat-sahabat yang masih belum diberi pekerjaan. Jangan memilih, beranikan diri menghadapi alam baru. Nak jadi matang harus berani..!!



#p/s: Tahniah kepada adik2 yang cemerlang dalam STPM dan SPM. kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, anda mungkin tidak mampu menjadi pelajar cemerlang tapi anda mampu menjadi muslim/muslimah yang hebat (~_^)

Wednesday, October 10, 2012

::Didikan Membaca Dalam Pemerhatianku::

Kaki melangkah sana sini. Naik bas turun bas. Pandu kereta jelajah jalan. Itulah diriku yang suka jalan-jalan tanpa arah tujuan. Orang kelantan kata 'derak'.

Rumah bertukar rumah. Pergi rumah nenek, pergi rumah abang, pergi rumah kakak, pergi rumah saudara mara....Rumah siapa lagi yang perlu saya kunjungi? Orang kata, waktu ni la perlu ambil peluang waktu kosong dengan ziarah saudara-mara. Kalau dah kerja esok lusa susah pulak nak melakukan aktiviti menziarah. Mampu ziarah melalui alam maya je kot.

Dalam masa ziarah menziarah dan bermalam di rumah mereka, satu pemerhatian telah dilakukan. Senyapku bukan senyap kosong..Tapi senyapku kerana memerhatikan gelagat tuan rumah. Semua rumah yang saya kunjungi, mesti ada kanak-kanak. Al-maklumlah, mak saya sulung...Jadi sepupu-sepupu semua masih kecil. Secara tidak sengaja otakku tetiba nak buat analisis tentang didikan anak-anak mereka dirumah. Analisis ini untuk masa hadapan saya juga. Persediaan untuk penjagaan anak-anak sendiri kelak. Nak lahirkan anak yang SUPERB, ibu bapa dululah yang perlu SUPERB kan! Tapi saya nak lahirkan anak yang cintakan ilmu, jadi saya sekarang perlu bercinta dulu dengan ilmu.

Macam-macam didikan yang ibu bapa lakukan untuk anak mereka. Tapi orang kata zaman sekarang ni ibu bapa sibuk mengejar kebendaan. Anak-anak dihidangkan dengan permainan yang tidak sihat. Betul ke? Tapi itu hanya segolongan masyarakat je. Tak semua ibu bapa gilakan kebendaan. Bukan setakat memerhati, tapi saya juga membaca sedikit artikel berkenaan pendidikan di rumah. Perhati sambil buat rujukan (^_^)

Tingkah laku anak-anak yang diperhatikan adalah malas membaca dan degil. 'Alah...Biasalah...Budak-budak...nak main je kejenya'. Itulah ungkapan yang sering dituturkan? Tingkah laku anak-anak ini pasti terbentuk dari didikan atau pengaruh di luar. Dalam pemerhatian saya, salah satu faktornya adalah mereka dihidangkan dengan cerita kartun dan permainan video sejak dari kecil lagi. Tiada had masa yang diberikan. Bukan setakat malas membaca, makan pun malas juga. Solat lagi lah melayang. Sejak kecil tak dititik beratkan bab solat dan membaca, dah besar memang susah nak kawal. Bak kata pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya'. Pendidikan rohani kurang dan pendidikan jasmani tidak berapa bagus. Buku bagaikan musuh bagi mereka. Usia semakin meningkat. Bagaimanakah tingkah laku mereka kelak? Yang penting pendidikan rohani...Hidangkan anak-anak dengan makanan rohani supaya mereka lebih berdisiplin dan berakhlak. Jarang sangat nak jumpa kanak-kanak secara automatik berakhlak bila dah besar tanpa pendidikan rohani dari kecil. Urmm..

Tapi sebaliknya ada juga anak-anak yang suka membaca. Sifat degil memang dinafikan sudah menjadi teman dalam diri kanak-kanak. Yang bezanya sama ada degil melampau atau degil biasa-biasa je. Saya cuba cari sebab kenapa budak itu suka membaca. Umur 5 tahun dah pandai membaca. Umur 6 tahun dah lancar pembacaannya. Kagum! Sebabnya...Didikan yang diberikan. Si ibu sentiasa menghidangkan buku untuk anak-anaknya. Tiada permainan video. Masa belajar lebih banyak daripada masa bermain atau menonton televisyen. Si ibu juga turut mencontohinya anaknya dengan membaca. Walaupun umur masih kecil, budak itu tetap solat bila melihat si ibu solat. Cuma subuh je yang susah nak bangun. Dia solat tanpa merungut apa-apa walaupun mungkin 6 tahun masih tidak memahami lagi kenapa perlu solat. Yang paling kagum, di usia 5 tahun budak itu dah mampu puasa penuh satu hari. Menganjak usia 6 tahun, hampir sebulan penuh dia puasa. Pada malam saya tidur bersama budak tu, saya cuba buka buku yang saya beli dan sengaja baca buku depan dia sebelum tidur. Dia pandang saya dan ambil bukunya, turut membaca. Adiknya yang sedang bermain di tepinya tidak diendahkan. Dia lebih tertarik untuk membaca berbanding bermain. Subhanallah! Semoga budak itu berjaya menjadi muslimah yang cemerlang kelak.

Kesimpulannya, bagi saya didikan anak-anak ini perlu diterapkan semasa dalam kandungan lagi. Saya pernah terbaca satu artikel, didikan minda anak perlu dibentuk semasa mengandung lagi. Ibu yang mengandung perlu membuat latihan matematik secara berterusan dan mendengarkan alunan muzik bagi pembentukan minda bayi. Cer tanya cikgu-cikgu matematik, anak cikgu mesti pandai matematik kan? Dan untuk melahirkan generasi berilmu, suasana rumah perlu dipenuhi dengan ilmu. Cuba elakkan dari mewujudkan benda yang melalaikan dan tidak berfaedah seperti permainan video di dalam rumah. Yang penting ibu bapa perlu mencontohi anak-anak mereka dengan perkara-perkara yang baik. Ke mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.

 Membaca untuk dapatkan ilmu. Ilmu itu jambatan amal

Harap-harap saya dapat lahirkan generasi yang cintakan ilmu kelak. Ayuh! kita bercinta dengan ilmu.

"Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim." (Hadis sahih : Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, no. 224, daripada Sahabat Anas bin Malik radhiyallahu'anhu; lihat Sahih al-Jami'is Saghir, no.3913)

Jadi kalau benda yang wajib bagi Muslim, jika ditinggalkan akan berdosa. Jika kita tidak menuntut ilmu maka  tergolonglah kita dalam kalangan manusia yang berdosa. Tambahan lagi ilmu berkaitan agama.

"Ilmu itu tidak akan dimiliki dengan jasad yang selalu menginginkan istirehat." (Al-Imam Muslim dalam sahihnya; oleh Yahya bin Abi Katsir)

Apalagi....Jangan buang masa walaupun lima minit. Jom buang duit kat kedai buku untuk beli buku berilmiah. Tak pun pinjam buku kat pustaka. Tak rugi punya....Semoga Allah menilai amalan yang kita lakukan.

Sunday, September 23, 2012

::Coretan hidup "bakal" graduan::

2009/2010

Kakiku berat untuk melangkah, hatiku tak sanggup untuk berjauhan dengan keluarga, perasaanku bercampur aduk...Takut yang kufikirkan. Ya, memang impianku ingin menuju ke puncak menara gading. Tapi apabila aku mendapat tawaran tersebut, hatiku rasa takut dan tidak yakin dengan diri sendiri. Takut untuk berhadapan dengan situasi baru...Suasana baru...Kawan baru..Pendidik baru...dan Rakan sebilik yang baru. Namun, aku terpaksa memberanikan diri menjejaki ke institusi tersebut demi memenuhi impian yang selama ini ku semat dalam diri kemas-kemas. Perasaanku mula berubah apabila melihat bilik yang ala-ala hotel. Sebilik dua orang dan rakan sebilikku adalah senior. Hatiku bertambah gembira apabila terjumpa kawan satu matrik dan kini satu kolej. Dari situlah keyakinanku semakin meningkat sedikit demi sedikit. Kawanku semakin bertambah. Macam-macam lagak orang dapat aku lihat. Semakin hari semakin aku dapat biasakan diri di tempat orang dan aku semakin berani...Berani berdepan dengan pelbagai situasi dan pelbagai lagak manusia. Memang betullah pepatah ini,"jauh berjalan, luas pemandangan". Banyak pengalaman yang aku dapat timba.Yang paling menarik adalah curi-curi masak dalam bilik. Biasalah, pelajar popular dengan perkataan "nak jimat kos". Sanggup buat apa sahaja sampai ada yang ikat perut, asalkan dapat jimat duit. Tapi perkataan yang perlu diingatkan bila berada di IPT adalah,"suap sendiri, jangan harapkan orang lain tolong suapkan". Itu bermakna kita perlu berdikari dalam segala hal termasuk cari bahan bacaan sendiri, cari nota sendiri, dan perlu tahu apa yang perlu dipelajari sebab pensyarah tak sempat nak ajar banyak-banyak. Takut kan nak masuk universiti? Macam seram je. Jangan takut ye adik-adik...Orang kan selalu cakap, kehidupan kat universitilah paling seronok. Ya, seronok sangat sangat sangat. Suka hati kita la nak buat apa pun. Tapi ingat, pandai-pandai jaga diri jangan sampai terpesong ke jalan yang salah. Enjoy, enjoy jugak...Pelajaran perlu diutamakan. Alhamdulillah, pengajian setahun aku iaitu dua sem berakhir dengan baik. Sebenarnya tiga sem sebab aku buat pengajian pendek selama dua bulan.

Mereka yang ceria dan gila-gila

 Mereka yang gigih dan rajin

2010/2011

Kehidupan pelajar aku disambung lagi di tahun yang baru dan suasana yang sedikit berubah. Bilik aku pun berubah, tiada lagi ala-ala hotel. Sedih tapi suka sebab satu bilik satu orang. Kadang-kadang bosan jugak duduk sorang-sorang. Tapi tahun dua tanggungjawab kami lagi besar terhadap pelajaran mahupun terhadap persatuan atau aktiviti lain. Memang patut kami yang senior-senior diletakkan di bilik yang ada "privacy" gitu. Dengan kesibukan hidup itu, aku semakin tabah tapi kadang-kadang sensitif juga. Hidup semakin sukar dan penuh liku-liku serta onak duri yang menghalang. Tekanan itu sentiasa wujud. Kalau tidak mahukan tekanan dalam hidup, jangan hidup, lebih baik mati. Itu kata-kata pensyarah aku la. Tapi cabaran itulah yang membuatkan kita terasa hidup ini bermakna bukan? Apabila dikenang kembali peristiwa-peristiwa yang menyukarkan yang pernah aku lalui, pasti aku tersenyum sendirian.Lucu! Ape yang paling menyukarkanku adalah apabila terlibat dalam pengurusan makan malam kolej. Ada hikmah dalam paksaan itu. Dan tahun dua jugalah aku perlu keluar dari kampus untuk cari mana-mana syarikat bagi menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan. Itulah yang paling menarik sekali sebab kita boleh mencedok pengalaman pengurusan dalam sesebuah syarikat yang berjaya terutamanya. Itulah manisnya menjadi seorang pelajar, semanis kurma gitu.

 Mereka yang bekerja di sebalik tabir majlis makan malam kolej sesi 2010/2011

Saat dicampak ke pulau

Lepaking di tengah malam yang larut

2011/2012

Sesi terakhir aku dalam pengajian di IPT. Pengajianku satu sem je, satu sem lagi untuk Latihan Industri. Yabedahbuduuu! Siapa yang tak gembira kan, dah hampir ke garisan penamat pengajianku di IPT. Hari-hari ku lalui dengan hati yang gembira sekali. Aku sudah tidak sabar lagi untuk menamatkan pengajian ini. Di saat-saat akhir ini jualah aku menemui satu sinar. Subhanallah...Allah pasti akan memenuhi keperluan hambanya. Aku sudah tidak aktif  lagi dengan segala aktiviti. Jadi aku penuhi ruang-ruang masa yang kosong itu dengan menghadiri majlis ilmu. Sebenarnya sudah lama aku menyimpan hasrat untuk ke majlis ilmu yang dianjurkan dalam IPT itu. Tapi tahun ini baru aku dipertemu dan dikelilingi oleh orang yang cintakan ilmu agama. Memang benarlah orang kata,"kalau kita berusaha untuk berubah untuk menjadi baik, Allah pasti akan menghantar orang-orang yang baik kepada kita". Bukan nak cakap kawan yang sebelum ini tidak baik. Mereka baik sangat sangat sangat dan selalu menceriakan hidupku. Tapi terasa diri sendiri yang kurang baik dan aku sangat dahagakan ilmu agama waktu ketika itu. Terasa diri ini sangat jahil bab-bab agama. Namun satu sem itu sangat singkat bagiku. Sepertimana aku ingin menjejakkan kaki di permulaan hidupku di IPT, seperti itu jugalah saat aku ingin melangkah meninggalkan IPT itu. Terasa sebak, hiba dan berat sangat untukku melangkah meninggalkan mereka yang pernah wujud dalam hidupku. Sambil melangkah pergi, aku bermonolog,"diluar sana nanti, macam mana aku nak sertai majlis ilmu? Ada lagi ke orang yang akan ajak aku untuk ke majlis ilmu? Adakah usrah untukku lagi?" Soalan itu aku biarkan bermain dalam minda tanpa jawapan. Aku percaya Allah pasti permudahkan untuk hamba-Nya yang sedang berusaha mengikuti jalan yang lurus, iaitu jalan yang diredhai Allah s.w.t. Perpisahan dengan kawan-kawanku diiringi dengan air mata. Jika pertemuan kita kerana Allah, dan perpisahan kita kerana Allah, pasti kita akan diketemukan balik sama ada di dunia atau di akhirat. IsyaAllah.

Turun padang...Sesi temuramah di rumah anak-anak yatim

Saat perpisahan

Berakhir  sudah kisah hidup seorang pelajar mahasiswa. Waktu tengah belajar rasa tak sabar-sabar nak habiskan pengajian. Sekarang, dah habis belajar terasa nak masuk balik kedalam dunia pelajar. Itulah lumrah kehidupan. Rindu sangat sangat sangat terhadap saat-saat kehidupanku di IPT, dalam tempoh dua tahun lebih itu. Sekarang status aku di web, "KONVO/TAMAT DENGAN KEPUJIAN". Alhamdulillah. Ini hanya hadiah kecil buat kedua ibu bapaku. Beberapa hari je lagi kakiku sekali lagi perlu menjejak ke IPT itu...Kali ini bukan untuk menuntut ilmu mahupun menuntut hutang daripada sesiapa. Tapi aku mahu menuntut segulung ijazah...InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan konvo aku dan kawan-kawan. Terima kasih kepada semua watak yang sama-sama menjalankan penggambaran di IPT. Tanpa watak mereka masing-masing, kisah hidupku mungkin tidak menarik, tertarik dan meletup dabom! Semoga aku dipertemukan balik dengan kawan-kawan dulu. Wait for me friends (^_^)



 p/s: Ternyata Allah Maha mengetahui. Kita hilang sesuatu yang kita sayang, tapi Allah gantikan yang lebih baik lagi dari itu. Ingatlah Allah selalu, yang tak pernah mengecewakan hambaNya. Akanku iringi doaku buat kawan-kawan. Biar nampak berjauhan tapi sentiasa hadiahkan doa buat mereka (^_^,)

Friday, September 21, 2012

Apa tindakan kita apabila penghinaan dilakukan terhadap Islam?

Assalamualaikum w.b.t.

Baru-baru ini, semua umat Islam di seluruh dunia berhimpun bagi membantah filem "Innocence of Muslim" terus disiarkan. Filem tersebut telah menghina Islam dan juga Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun umat Islam di seluruh dunia telah menunjukkan kemarahan dan mengecam sekeras-kerasnya penerbitan filem tersebut, mereka tetap enggan menghentikan tayangan filem tersebut.

Cuba kita tanya diri kita sekarang, apa tindakan kita apabila Nabi kita dihina?
Berdoa, berdoa, dan terus berdoa?
Disamping berdoa, kita perlu juga melakukan usaha lain. Barangan buatan Amerika Syarikat menular dalam negara kita dan membuatkan kita setia menggunakannya. Hebatkan penjajahan mental yang dilakukan?
Contoh barangan yang kita guna sekarang ialah Google dan Youtube. Adakah anda sedang menggunakan Google dan memasang youtube sekarang? dan Adakah anda akan makan Mcd sebagai makan malam anda?
Sekarang....Sanggupkah anda menghentikan semua penggunaan tu untuk menunjukkan kemarahan anda dengan boikot segala barangan mereka? TEPUK DADA TANYA IMAN
Kita sering meluahkan kata-kata "I Love Muhammad" dan "Saya sayangkan Muhammad". Buktikan kata-kata itu dengan boikot barangan AS.
Mesti susah kan nak boikot? Sebabnya ada barang-barang tertentu made in AS punya dah jadi kewajipan kita.
Kalau Nabi Muhammad boleh berkorban untuk umatnya, kenapa kita tidak boleh?
Di akhir hayat baginda, apa yang disebut adalah "Ummati, ummati, ummati", baginda bimbang akan umatnya di masa hadapan.

Selain itu, penghinaan juga dilakukan terhadap isteri dan sahabat-sahabat Rasulullah. Kesatuan Ulamak Syria dipercayai merujuk tindakan kali kedua dilakukan oleh seorang pelampau Syiah, Yaser Habib yang mengadakan majlis sambutan meraikan Sayyidah Aisyah r.anha berada di dalam neraka. Majlis yang diadakan di kota London itu dihadiri puluhan pelampau Syiah yang melaknat isteri Rasulullah SAW tersebut sepanjang majlis. Habib turut melaknat Aisyah sebagai "penghulu ahli neraka".
Kenyataan tersebut saya copy and paste dari link ni.

Jadi marilah kita sama-sama berjihad menentang segala penghinaan terhadap Islam, penghinaan terhadap Rasulullah, isteri baginda serta sahabat-sahabat baginda. BOIKOT BARANGAN MEREKA YANG MENGHINA ISLAM!!!!

Buktikan kecintaan anda terhadap agama anda dengan kelebihan yang ada. Contohnya melalui penulisan, perbuatan, gambar dan sebagainya. Tapi jangan berlebih-lebihan sampai berpecah belah antara kaum dan membuat kecoh kat negara sendiri. 
SEMOGA ALLAH MEMBERI BALASAN YANG SETIMPAL KEPADA MEREKA YANG MENGHINA ISLAM DAN SEMOGA DIKUATKAN IMAN KITA DALAM MENGHADAPI DUGAAN INI


p/s: Jika ada salah silap dalam penulisan ini, diharap sudi perbetulkan. Saya cuma terpanggil untuk memberi sedikit pendapat sendiri.

Wednesday, September 12, 2012

::Manusia Lupa dan Sering Lupa::

Arus ini...Manusia semakin lupa!
Kehidupan mengalir dengan deras
Ombak pula memukul segala apa yang ada di lautan
Ribut taufan memusnahkan kehidupan manusia
Gempa bumi meluahkan rasa amarahnya
Sedarkah manusia?
Itu hanya sekadar perigatan....
Peringatan kepada manusia yang melanggar perintah Allah s.w.t.

Arus ini...Manusia hilang peradaban!
Kejahilan dalam diri semakin menjalar
Nilai-nilai murni semakin terhakis dek kejahilan
Pemimpin negara dihina
Ulama' Islam dikeji
Manusia berpecah belah
Hilang rasa hormat antara satu sama lain
Adakah ini tanda-tanda dunia semakin menghampiri kemusnahan?

Arus ini...Manusia alpa!
Yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan
Lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki
Wondergirl, K-pop, Gangnam menjadi ikutan
Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. diabaikan
Dunia ini bagaikan dunia yang kekal abadi bagi sesetengah manusia?

Astagfirullahal'azim.....
Pulanglah ke pangkal jalan wahai manusia yang masih leka.
Pulanglah ke jalan yang benar.
Jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
















Abu Sai'id Al-Khudri RA katanya: "Aku telah mendengar Rasullullah sallahu alaihiwassalam bersabda: sesiapa daripada kalangan kamu, yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan hati itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis Riwayat Muslim)


Hidup ini hanya pinjaman buat kita semua.
Biar mati beriman, Jangan mati katak (mati yang sia-sia).


p/s: Kononnya nak bersastera...tapi rasanya ayat saya tunggang langgang...harap-harap apa yang nak disampaikan tu dapat difahamilah ye. Jagalah nama Islam dan sayangilah Islam (^_^)

Sunday, September 9, 2012

::Header berwajah baru dengan kuasa photoshop::

Hoyeahhh...!!! Akhirnya...Akhirnya dapat juga saya tukar header blog ni. Okay, sila bagi markah untuk hasil karya saya ni.


Berjam-jam tau nak siapkan benda ni. Sebenarnya berbulan-bulan jugak saya selongkar Photoshop CS5.1 untuk dapatkan hasil gabungan ni. Ini semua gara-gara orang yang format laptop saya hari tu, dia pi tukar jenis photoshop baru. Jenuh la den nak selongkar tanpa guru yang mengajar. Nasib baik asas dia sama je. Ape pun sangat berterima kasih kepada yang format laptop saya tanpa caj perkhidmatan dikenakan dan menambahkan cabaran saya dalam menggunakan photoshop (^_^)
Banyak lagi benda yang dia letak, tapi tak selongkar lagi....Pening jugak tanpa pengetahuan teknologi ni.

p/s: Sebenaunya saya tak puas ati dengan header ni, nampak macam serabut. Tapi nak letak jugak. Urmmm....Idea please! cam ne nak bagi dia menarik lagi...

::Saya Bukan Penganggur. Tapi Saya Bekerja Separuh Masa Di Rumah...Duit Masyukkk::

Sedang tangan bergerak aktif menekan papan kekunci...Mata pula galak melihat screen komputer. Twitter, Facebook, blog, kemudian baca artikel...Betapa ruginya masa dihabiskan dengan laman sosial. Bukan setakat masa, malah duit asyik mengalir keluar untuk bayar bil broadband. Urmm...Kerja masih tak dapat lagi, tapi saya boleh sentiasa melayari internet. Terfikir jugak, mesti ada cara untuk dapatkan duit dengan hanya menghadap internet je kan...Tapi bagaimana??? (ececee, macam ayat iklan)

Hari tu saya ada baca iklan kat dalam surat khabar, ada job sementara yang boleh dibuat melalui internet. Tapi tak yakin untuk cuba sebab takut kena tipu. Minggu lepas saya cuba main-main taip perkataan 'kerja sambilan di rumah'. Saja nak tengok laman web mana yang ada komen pengguna. Banyak juga laman web pasal kerja di rumah. Tapi saya tertarik dengan satu laman web tu sebab ramai yang tinggalkan komen di situ. Apabila saya yakin dengan kerja tu saya mula mendaftar di Jobdirumah.com. Kenapa saya yakin??? Sebab kat situ ada ramai yang meninggalkan komen positif pasal kerja tersebut. Tambahan lagi ada blogger sendiri yang buat kerja tu. Jadi, saya sekarang bukan menganggur lagi dah. Di mana ada usaha, di situ akan ada rezeki (^_^)

Kerja di rumah ni senang je, masa fleksibel, kita boleh buat bila-bila masa yang kita lapang. Sama macam kerja di pejabat sebenar, kita perlu mengerah tenaga kita untuk siapkan kerja. Mana ada kerja yang duduk bersenang-senang goyang kaki, tapi duit masuk. Kerja ni boleh dikatakan macam buat 'assignment' jugak la. Cuma bezanya tak perlu la nak kerah otak sangat. Tapi...Tetapi...Anda perlu tahu ini bukan perniagaan MLM yang memerlukan anda cari pelanggan atau jual barang. Diulangi, ini bukan perniagaan MLM yang memerlukan anda cari pelanggan atau jual barang. Ini kerja haa, cuma guna tenaga anda untuk menekan papan kekuci je. Contoh kerjanya masukkan data. Sesiapa pun boleh join Jobdirumah.com asalkan berumur melebihi 18 tahun, faham Bahasa Inggeris, pandai menggunakan komputer dan selebihnya baca sendiri la kat link ni => Jobdirumah.com

Pendaftarannya percuma okay! tapi saya bayar RM50 untuk beli panduan dia. Al-maklumlah, untuk membuat origami kertas, kita perlukan panduan dulu. Mana boleh main lipat-lipat je kertas. Buku panduan pulak mestilah kena beli kecuali ada orang hadiahkan. Itu contoh je. Haaa... Samalah dengan saya, setakat baca iklan, kemudian daftar, pastu?? Terkaku sendirian sehinggalah saya beli panduan dia. RM50 saya bayar tu sangat berbaloi, lengkap, padat, dan mudah difahami. Dan RM50 tu juga bukan satu kerugian, sebab ia akan dibayar balik bila kita mula dibayar untuk kerja kita yang telah kita selesaikan. Dengan kata yang mudah, dapat balik modal yang kita keluarkan.

Jadi kepada kawan-kawan yang sama status dengan saya (penganggur), pelajar atau yang inginkan kerja sambilan di rumah, saya sarankan Jobdirumah.com (kalau nak cari duit la kan). Jangan takut-takut untuk mencuba sebab saya sudah cuba dan tidak merugikan duit saya pun. Masa kita pun tak rugi. Tenaga yang kita keluarkan juga tak rugi. Sebab apa?? Sebab semuanya dibayar!

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. untuk dapatkan maklumat lanjut, anda boleh tengok sendiri kat laman web Jobdirumah.com. Tak baca rugi, tak cuba laaagi rugi (^_^)

p/s: Saya bukan penganggur lagi ye. Diulangi saya bukan penganggur dan saya tak suka bergelar penganggur :P

tabung untuk belajar ---->