Pages

Thanks my follower (^_^)


Wednesday, October 10, 2012

::Didikan Membaca Dalam Pemerhatianku::

Kaki melangkah sana sini. Naik bas turun bas. Pandu kereta jelajah jalan. Itulah diriku yang suka jalan-jalan tanpa arah tujuan. Orang kelantan kata 'derak'.

Rumah bertukar rumah. Pergi rumah nenek, pergi rumah abang, pergi rumah kakak, pergi rumah saudara mara....Rumah siapa lagi yang perlu saya kunjungi? Orang kata, waktu ni la perlu ambil peluang waktu kosong dengan ziarah saudara-mara. Kalau dah kerja esok lusa susah pulak nak melakukan aktiviti menziarah. Mampu ziarah melalui alam maya je kot.

Dalam masa ziarah menziarah dan bermalam di rumah mereka, satu pemerhatian telah dilakukan. Senyapku bukan senyap kosong..Tapi senyapku kerana memerhatikan gelagat tuan rumah. Semua rumah yang saya kunjungi, mesti ada kanak-kanak. Al-maklumlah, mak saya sulung...Jadi sepupu-sepupu semua masih kecil. Secara tidak sengaja otakku tetiba nak buat analisis tentang didikan anak-anak mereka dirumah. Analisis ini untuk masa hadapan saya juga. Persediaan untuk penjagaan anak-anak sendiri kelak. Nak lahirkan anak yang SUPERB, ibu bapa dululah yang perlu SUPERB kan! Tapi saya nak lahirkan anak yang cintakan ilmu, jadi saya sekarang perlu bercinta dulu dengan ilmu.

Macam-macam didikan yang ibu bapa lakukan untuk anak mereka. Tapi orang kata zaman sekarang ni ibu bapa sibuk mengejar kebendaan. Anak-anak dihidangkan dengan permainan yang tidak sihat. Betul ke? Tapi itu hanya segolongan masyarakat je. Tak semua ibu bapa gilakan kebendaan. Bukan setakat memerhati, tapi saya juga membaca sedikit artikel berkenaan pendidikan di rumah. Perhati sambil buat rujukan (^_^)

Tingkah laku anak-anak yang diperhatikan adalah malas membaca dan degil. 'Alah...Biasalah...Budak-budak...nak main je kejenya'. Itulah ungkapan yang sering dituturkan? Tingkah laku anak-anak ini pasti terbentuk dari didikan atau pengaruh di luar. Dalam pemerhatian saya, salah satu faktornya adalah mereka dihidangkan dengan cerita kartun dan permainan video sejak dari kecil lagi. Tiada had masa yang diberikan. Bukan setakat malas membaca, makan pun malas juga. Solat lagi lah melayang. Sejak kecil tak dititik beratkan bab solat dan membaca, dah besar memang susah nak kawal. Bak kata pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya'. Pendidikan rohani kurang dan pendidikan jasmani tidak berapa bagus. Buku bagaikan musuh bagi mereka. Usia semakin meningkat. Bagaimanakah tingkah laku mereka kelak? Yang penting pendidikan rohani...Hidangkan anak-anak dengan makanan rohani supaya mereka lebih berdisiplin dan berakhlak. Jarang sangat nak jumpa kanak-kanak secara automatik berakhlak bila dah besar tanpa pendidikan rohani dari kecil. Urmm..

Tapi sebaliknya ada juga anak-anak yang suka membaca. Sifat degil memang dinafikan sudah menjadi teman dalam diri kanak-kanak. Yang bezanya sama ada degil melampau atau degil biasa-biasa je. Saya cuba cari sebab kenapa budak itu suka membaca. Umur 5 tahun dah pandai membaca. Umur 6 tahun dah lancar pembacaannya. Kagum! Sebabnya...Didikan yang diberikan. Si ibu sentiasa menghidangkan buku untuk anak-anaknya. Tiada permainan video. Masa belajar lebih banyak daripada masa bermain atau menonton televisyen. Si ibu juga turut mencontohinya anaknya dengan membaca. Walaupun umur masih kecil, budak itu tetap solat bila melihat si ibu solat. Cuma subuh je yang susah nak bangun. Dia solat tanpa merungut apa-apa walaupun mungkin 6 tahun masih tidak memahami lagi kenapa perlu solat. Yang paling kagum, di usia 5 tahun budak itu dah mampu puasa penuh satu hari. Menganjak usia 6 tahun, hampir sebulan penuh dia puasa. Pada malam saya tidur bersama budak tu, saya cuba buka buku yang saya beli dan sengaja baca buku depan dia sebelum tidur. Dia pandang saya dan ambil bukunya, turut membaca. Adiknya yang sedang bermain di tepinya tidak diendahkan. Dia lebih tertarik untuk membaca berbanding bermain. Subhanallah! Semoga budak itu berjaya menjadi muslimah yang cemerlang kelak.

Kesimpulannya, bagi saya didikan anak-anak ini perlu diterapkan semasa dalam kandungan lagi. Saya pernah terbaca satu artikel, didikan minda anak perlu dibentuk semasa mengandung lagi. Ibu yang mengandung perlu membuat latihan matematik secara berterusan dan mendengarkan alunan muzik bagi pembentukan minda bayi. Cer tanya cikgu-cikgu matematik, anak cikgu mesti pandai matematik kan? Dan untuk melahirkan generasi berilmu, suasana rumah perlu dipenuhi dengan ilmu. Cuba elakkan dari mewujudkan benda yang melalaikan dan tidak berfaedah seperti permainan video di dalam rumah. Yang penting ibu bapa perlu mencontohi anak-anak mereka dengan perkara-perkara yang baik. Ke mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.

 Membaca untuk dapatkan ilmu. Ilmu itu jambatan amal

Harap-harap saya dapat lahirkan generasi yang cintakan ilmu kelak. Ayuh! kita bercinta dengan ilmu.

"Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim." (Hadis sahih : Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, no. 224, daripada Sahabat Anas bin Malik radhiyallahu'anhu; lihat Sahih al-Jami'is Saghir, no.3913)

Jadi kalau benda yang wajib bagi Muslim, jika ditinggalkan akan berdosa. Jika kita tidak menuntut ilmu maka  tergolonglah kita dalam kalangan manusia yang berdosa. Tambahan lagi ilmu berkaitan agama.

"Ilmu itu tidak akan dimiliki dengan jasad yang selalu menginginkan istirehat." (Al-Imam Muslim dalam sahihnya; oleh Yahya bin Abi Katsir)

Apalagi....Jangan buang masa walaupun lima minit. Jom buang duit kat kedai buku untuk beli buku berilmiah. Tak pun pinjam buku kat pustaka. Tak rugi punya....Semoga Allah menilai amalan yang kita lakukan.

Sunday, September 23, 2012

::Coretan hidup "bakal" graduan::

2009/2010

Kakiku berat untuk melangkah, hatiku tak sanggup untuk berjauhan dengan keluarga, perasaanku bercampur aduk...Takut yang kufikirkan. Ya, memang impianku ingin menuju ke puncak menara gading. Tapi apabila aku mendapat tawaran tersebut, hatiku rasa takut dan tidak yakin dengan diri sendiri. Takut untuk berhadapan dengan situasi baru...Suasana baru...Kawan baru..Pendidik baru...dan Rakan sebilik yang baru. Namun, aku terpaksa memberanikan diri menjejaki ke institusi tersebut demi memenuhi impian yang selama ini ku semat dalam diri kemas-kemas. Perasaanku mula berubah apabila melihat bilik yang ala-ala hotel. Sebilik dua orang dan rakan sebilikku adalah senior. Hatiku bertambah gembira apabila terjumpa kawan satu matrik dan kini satu kolej. Dari situlah keyakinanku semakin meningkat sedikit demi sedikit. Kawanku semakin bertambah. Macam-macam lagak orang dapat aku lihat. Semakin hari semakin aku dapat biasakan diri di tempat orang dan aku semakin berani...Berani berdepan dengan pelbagai situasi dan pelbagai lagak manusia. Memang betullah pepatah ini,"jauh berjalan, luas pemandangan". Banyak pengalaman yang aku dapat timba.Yang paling menarik adalah curi-curi masak dalam bilik. Biasalah, pelajar popular dengan perkataan "nak jimat kos". Sanggup buat apa sahaja sampai ada yang ikat perut, asalkan dapat jimat duit. Tapi perkataan yang perlu diingatkan bila berada di IPT adalah,"suap sendiri, jangan harapkan orang lain tolong suapkan". Itu bermakna kita perlu berdikari dalam segala hal termasuk cari bahan bacaan sendiri, cari nota sendiri, dan perlu tahu apa yang perlu dipelajari sebab pensyarah tak sempat nak ajar banyak-banyak. Takut kan nak masuk universiti? Macam seram je. Jangan takut ye adik-adik...Orang kan selalu cakap, kehidupan kat universitilah paling seronok. Ya, seronok sangat sangat sangat. Suka hati kita la nak buat apa pun. Tapi ingat, pandai-pandai jaga diri jangan sampai terpesong ke jalan yang salah. Enjoy, enjoy jugak...Pelajaran perlu diutamakan. Alhamdulillah, pengajian setahun aku iaitu dua sem berakhir dengan baik. Sebenarnya tiga sem sebab aku buat pengajian pendek selama dua bulan.

Mereka yang ceria dan gila-gila

 Mereka yang gigih dan rajin

2010/2011

Kehidupan pelajar aku disambung lagi di tahun yang baru dan suasana yang sedikit berubah. Bilik aku pun berubah, tiada lagi ala-ala hotel. Sedih tapi suka sebab satu bilik satu orang. Kadang-kadang bosan jugak duduk sorang-sorang. Tapi tahun dua tanggungjawab kami lagi besar terhadap pelajaran mahupun terhadap persatuan atau aktiviti lain. Memang patut kami yang senior-senior diletakkan di bilik yang ada "privacy" gitu. Dengan kesibukan hidup itu, aku semakin tabah tapi kadang-kadang sensitif juga. Hidup semakin sukar dan penuh liku-liku serta onak duri yang menghalang. Tekanan itu sentiasa wujud. Kalau tidak mahukan tekanan dalam hidup, jangan hidup, lebih baik mati. Itu kata-kata pensyarah aku la. Tapi cabaran itulah yang membuatkan kita terasa hidup ini bermakna bukan? Apabila dikenang kembali peristiwa-peristiwa yang menyukarkan yang pernah aku lalui, pasti aku tersenyum sendirian.Lucu! Ape yang paling menyukarkanku adalah apabila terlibat dalam pengurusan makan malam kolej. Ada hikmah dalam paksaan itu. Dan tahun dua jugalah aku perlu keluar dari kampus untuk cari mana-mana syarikat bagi menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan. Itulah yang paling menarik sekali sebab kita boleh mencedok pengalaman pengurusan dalam sesebuah syarikat yang berjaya terutamanya. Itulah manisnya menjadi seorang pelajar, semanis kurma gitu.

 Mereka yang bekerja di sebalik tabir majlis makan malam kolej sesi 2010/2011

Saat dicampak ke pulau

Lepaking di tengah malam yang larut

2011/2012

Sesi terakhir aku dalam pengajian di IPT. Pengajianku satu sem je, satu sem lagi untuk Latihan Industri. Yabedahbuduuu! Siapa yang tak gembira kan, dah hampir ke garisan penamat pengajianku di IPT. Hari-hari ku lalui dengan hati yang gembira sekali. Aku sudah tidak sabar lagi untuk menamatkan pengajian ini. Di saat-saat akhir ini jualah aku menemui satu sinar. Subhanallah...Allah pasti akan memenuhi keperluan hambanya. Aku sudah tidak aktif  lagi dengan segala aktiviti. Jadi aku penuhi ruang-ruang masa yang kosong itu dengan menghadiri majlis ilmu. Sebenarnya sudah lama aku menyimpan hasrat untuk ke majlis ilmu yang dianjurkan dalam IPT itu. Tapi tahun ini baru aku dipertemu dan dikelilingi oleh orang yang cintakan ilmu agama. Memang benarlah orang kata,"kalau kita berusaha untuk berubah untuk menjadi baik, Allah pasti akan menghantar orang-orang yang baik kepada kita". Bukan nak cakap kawan yang sebelum ini tidak baik. Mereka baik sangat sangat sangat dan selalu menceriakan hidupku. Tapi terasa diri sendiri yang kurang baik dan aku sangat dahagakan ilmu agama waktu ketika itu. Terasa diri ini sangat jahil bab-bab agama. Namun satu sem itu sangat singkat bagiku. Sepertimana aku ingin menjejakkan kaki di permulaan hidupku di IPT, seperti itu jugalah saat aku ingin melangkah meninggalkan IPT itu. Terasa sebak, hiba dan berat sangat untukku melangkah meninggalkan mereka yang pernah wujud dalam hidupku. Sambil melangkah pergi, aku bermonolog,"diluar sana nanti, macam mana aku nak sertai majlis ilmu? Ada lagi ke orang yang akan ajak aku untuk ke majlis ilmu? Adakah usrah untukku lagi?" Soalan itu aku biarkan bermain dalam minda tanpa jawapan. Aku percaya Allah pasti permudahkan untuk hamba-Nya yang sedang berusaha mengikuti jalan yang lurus, iaitu jalan yang diredhai Allah s.w.t. Perpisahan dengan kawan-kawanku diiringi dengan air mata. Jika pertemuan kita kerana Allah, dan perpisahan kita kerana Allah, pasti kita akan diketemukan balik sama ada di dunia atau di akhirat. IsyaAllah.

Turun padang...Sesi temuramah di rumah anak-anak yatim

Saat perpisahan

Berakhir  sudah kisah hidup seorang pelajar mahasiswa. Waktu tengah belajar rasa tak sabar-sabar nak habiskan pengajian. Sekarang, dah habis belajar terasa nak masuk balik kedalam dunia pelajar. Itulah lumrah kehidupan. Rindu sangat sangat sangat terhadap saat-saat kehidupanku di IPT, dalam tempoh dua tahun lebih itu. Sekarang status aku di web, "KONVO/TAMAT DENGAN KEPUJIAN". Alhamdulillah. Ini hanya hadiah kecil buat kedua ibu bapaku. Beberapa hari je lagi kakiku sekali lagi perlu menjejak ke IPT itu...Kali ini bukan untuk menuntut ilmu mahupun menuntut hutang daripada sesiapa. Tapi aku mahu menuntut segulung ijazah...InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan konvo aku dan kawan-kawan. Terima kasih kepada semua watak yang sama-sama menjalankan penggambaran di IPT. Tanpa watak mereka masing-masing, kisah hidupku mungkin tidak menarik, tertarik dan meletup dabom! Semoga aku dipertemukan balik dengan kawan-kawan dulu. Wait for me friends (^_^)



 p/s: Ternyata Allah Maha mengetahui. Kita hilang sesuatu yang kita sayang, tapi Allah gantikan yang lebih baik lagi dari itu. Ingatlah Allah selalu, yang tak pernah mengecewakan hambaNya. Akanku iringi doaku buat kawan-kawan. Biar nampak berjauhan tapi sentiasa hadiahkan doa buat mereka (^_^,)

Friday, September 21, 2012

Apa tindakan kita apabila penghinaan dilakukan terhadap Islam?

Assalamualaikum w.b.t.

Baru-baru ini, semua umat Islam di seluruh dunia berhimpun bagi membantah filem "Innocence of Muslim" terus disiarkan. Filem tersebut telah menghina Islam dan juga Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun umat Islam di seluruh dunia telah menunjukkan kemarahan dan mengecam sekeras-kerasnya penerbitan filem tersebut, mereka tetap enggan menghentikan tayangan filem tersebut.

Cuba kita tanya diri kita sekarang, apa tindakan kita apabila Nabi kita dihina?
Berdoa, berdoa, dan terus berdoa?
Disamping berdoa, kita perlu juga melakukan usaha lain. Barangan buatan Amerika Syarikat menular dalam negara kita dan membuatkan kita setia menggunakannya. Hebatkan penjajahan mental yang dilakukan?
Contoh barangan yang kita guna sekarang ialah Google dan Youtube. Adakah anda sedang menggunakan Google dan memasang youtube sekarang? dan Adakah anda akan makan Mcd sebagai makan malam anda?
Sekarang....Sanggupkah anda menghentikan semua penggunaan tu untuk menunjukkan kemarahan anda dengan boikot segala barangan mereka? TEPUK DADA TANYA IMAN
Kita sering meluahkan kata-kata "I Love Muhammad" dan "Saya sayangkan Muhammad". Buktikan kata-kata itu dengan boikot barangan AS.
Mesti susah kan nak boikot? Sebabnya ada barang-barang tertentu made in AS punya dah jadi kewajipan kita.
Kalau Nabi Muhammad boleh berkorban untuk umatnya, kenapa kita tidak boleh?
Di akhir hayat baginda, apa yang disebut adalah "Ummati, ummati, ummati", baginda bimbang akan umatnya di masa hadapan.

Selain itu, penghinaan juga dilakukan terhadap isteri dan sahabat-sahabat Rasulullah. Kesatuan Ulamak Syria dipercayai merujuk tindakan kali kedua dilakukan oleh seorang pelampau Syiah, Yaser Habib yang mengadakan majlis sambutan meraikan Sayyidah Aisyah r.anha berada di dalam neraka. Majlis yang diadakan di kota London itu dihadiri puluhan pelampau Syiah yang melaknat isteri Rasulullah SAW tersebut sepanjang majlis. Habib turut melaknat Aisyah sebagai "penghulu ahli neraka".
Kenyataan tersebut saya copy and paste dari link ni.

Jadi marilah kita sama-sama berjihad menentang segala penghinaan terhadap Islam, penghinaan terhadap Rasulullah, isteri baginda serta sahabat-sahabat baginda. BOIKOT BARANGAN MEREKA YANG MENGHINA ISLAM!!!!

Buktikan kecintaan anda terhadap agama anda dengan kelebihan yang ada. Contohnya melalui penulisan, perbuatan, gambar dan sebagainya. Tapi jangan berlebih-lebihan sampai berpecah belah antara kaum dan membuat kecoh kat negara sendiri. 
SEMOGA ALLAH MEMBERI BALASAN YANG SETIMPAL KEPADA MEREKA YANG MENGHINA ISLAM DAN SEMOGA DIKUATKAN IMAN KITA DALAM MENGHADAPI DUGAAN INI


p/s: Jika ada salah silap dalam penulisan ini, diharap sudi perbetulkan. Saya cuma terpanggil untuk memberi sedikit pendapat sendiri.

Wednesday, September 12, 2012

::Manusia Lupa dan Sering Lupa::

Arus ini...Manusia semakin lupa!
Kehidupan mengalir dengan deras
Ombak pula memukul segala apa yang ada di lautan
Ribut taufan memusnahkan kehidupan manusia
Gempa bumi meluahkan rasa amarahnya
Sedarkah manusia?
Itu hanya sekadar perigatan....
Peringatan kepada manusia yang melanggar perintah Allah s.w.t.

Arus ini...Manusia hilang peradaban!
Kejahilan dalam diri semakin menjalar
Nilai-nilai murni semakin terhakis dek kejahilan
Pemimpin negara dihina
Ulama' Islam dikeji
Manusia berpecah belah
Hilang rasa hormat antara satu sama lain
Adakah ini tanda-tanda dunia semakin menghampiri kemusnahan?

Arus ini...Manusia alpa!
Yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan
Lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki
Wondergirl, K-pop, Gangnam menjadi ikutan
Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. diabaikan
Dunia ini bagaikan dunia yang kekal abadi bagi sesetengah manusia?

Astagfirullahal'azim.....
Pulanglah ke pangkal jalan wahai manusia yang masih leka.
Pulanglah ke jalan yang benar.
Jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
















Abu Sai'id Al-Khudri RA katanya: "Aku telah mendengar Rasullullah sallahu alaihiwassalam bersabda: sesiapa daripada kalangan kamu, yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan hati itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis Riwayat Muslim)


Hidup ini hanya pinjaman buat kita semua.
Biar mati beriman, Jangan mati katak (mati yang sia-sia).


p/s: Kononnya nak bersastera...tapi rasanya ayat saya tunggang langgang...harap-harap apa yang nak disampaikan tu dapat difahamilah ye. Jagalah nama Islam dan sayangilah Islam (^_^)

Sunday, September 9, 2012

::Header berwajah baru dengan kuasa photoshop::

Hoyeahhh...!!! Akhirnya...Akhirnya dapat juga saya tukar header blog ni. Okay, sila bagi markah untuk hasil karya saya ni.


Berjam-jam tau nak siapkan benda ni. Sebenarnya berbulan-bulan jugak saya selongkar Photoshop CS5.1 untuk dapatkan hasil gabungan ni. Ini semua gara-gara orang yang format laptop saya hari tu, dia pi tukar jenis photoshop baru. Jenuh la den nak selongkar tanpa guru yang mengajar. Nasib baik asas dia sama je. Ape pun sangat berterima kasih kepada yang format laptop saya tanpa caj perkhidmatan dikenakan dan menambahkan cabaran saya dalam menggunakan photoshop (^_^)
Banyak lagi benda yang dia letak, tapi tak selongkar lagi....Pening jugak tanpa pengetahuan teknologi ni.

p/s: Sebenaunya saya tak puas ati dengan header ni, nampak macam serabut. Tapi nak letak jugak. Urmmm....Idea please! cam ne nak bagi dia menarik lagi...

::Saya Bukan Penganggur. Tapi Saya Bekerja Separuh Masa Di Rumah...Duit Masyukkk::

Sedang tangan bergerak aktif menekan papan kekunci...Mata pula galak melihat screen komputer. Twitter, Facebook, blog, kemudian baca artikel...Betapa ruginya masa dihabiskan dengan laman sosial. Bukan setakat masa, malah duit asyik mengalir keluar untuk bayar bil broadband. Urmm...Kerja masih tak dapat lagi, tapi saya boleh sentiasa melayari internet. Terfikir jugak, mesti ada cara untuk dapatkan duit dengan hanya menghadap internet je kan...Tapi bagaimana??? (ececee, macam ayat iklan)

Hari tu saya ada baca iklan kat dalam surat khabar, ada job sementara yang boleh dibuat melalui internet. Tapi tak yakin untuk cuba sebab takut kena tipu. Minggu lepas saya cuba main-main taip perkataan 'kerja sambilan di rumah'. Saja nak tengok laman web mana yang ada komen pengguna. Banyak juga laman web pasal kerja di rumah. Tapi saya tertarik dengan satu laman web tu sebab ramai yang tinggalkan komen di situ. Apabila saya yakin dengan kerja tu saya mula mendaftar di Jobdirumah.com. Kenapa saya yakin??? Sebab kat situ ada ramai yang meninggalkan komen positif pasal kerja tersebut. Tambahan lagi ada blogger sendiri yang buat kerja tu. Jadi, saya sekarang bukan menganggur lagi dah. Di mana ada usaha, di situ akan ada rezeki (^_^)

Kerja di rumah ni senang je, masa fleksibel, kita boleh buat bila-bila masa yang kita lapang. Sama macam kerja di pejabat sebenar, kita perlu mengerah tenaga kita untuk siapkan kerja. Mana ada kerja yang duduk bersenang-senang goyang kaki, tapi duit masuk. Kerja ni boleh dikatakan macam buat 'assignment' jugak la. Cuma bezanya tak perlu la nak kerah otak sangat. Tapi...Tetapi...Anda perlu tahu ini bukan perniagaan MLM yang memerlukan anda cari pelanggan atau jual barang. Diulangi, ini bukan perniagaan MLM yang memerlukan anda cari pelanggan atau jual barang. Ini kerja haa, cuma guna tenaga anda untuk menekan papan kekuci je. Contoh kerjanya masukkan data. Sesiapa pun boleh join Jobdirumah.com asalkan berumur melebihi 18 tahun, faham Bahasa Inggeris, pandai menggunakan komputer dan selebihnya baca sendiri la kat link ni => Jobdirumah.com

Pendaftarannya percuma okay! tapi saya bayar RM50 untuk beli panduan dia. Al-maklumlah, untuk membuat origami kertas, kita perlukan panduan dulu. Mana boleh main lipat-lipat je kertas. Buku panduan pulak mestilah kena beli kecuali ada orang hadiahkan. Itu contoh je. Haaa... Samalah dengan saya, setakat baca iklan, kemudian daftar, pastu?? Terkaku sendirian sehinggalah saya beli panduan dia. RM50 saya bayar tu sangat berbaloi, lengkap, padat, dan mudah difahami. Dan RM50 tu juga bukan satu kerugian, sebab ia akan dibayar balik bila kita mula dibayar untuk kerja kita yang telah kita selesaikan. Dengan kata yang mudah, dapat balik modal yang kita keluarkan.

Jadi kepada kawan-kawan yang sama status dengan saya (penganggur), pelajar atau yang inginkan kerja sambilan di rumah, saya sarankan Jobdirumah.com (kalau nak cari duit la kan). Jangan takut-takut untuk mencuba sebab saya sudah cuba dan tidak merugikan duit saya pun. Masa kita pun tak rugi. Tenaga yang kita keluarkan juga tak rugi. Sebab apa?? Sebab semuanya dibayar!

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. untuk dapatkan maklumat lanjut, anda boleh tengok sendiri kat laman web Jobdirumah.com. Tak baca rugi, tak cuba laaagi rugi (^_^)

p/s: Saya bukan penganggur lagi ye. Diulangi saya bukan penganggur dan saya tak suka bergelar penganggur :P

Saturday, September 8, 2012

::Bermusuh waktu kecik, Sebaliknya bercinta waktu remaja..Owh! Matematik::

Assalamualaikum..!!!

Entri kali ni khas untuk adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan. Saya ada satu kisah...bukan kisah misteri mahupun kisah seram. Ini kisah benar. Kisah benar-benar dihadapi dan saya cedok sikit kisah dia untuk dimasukkan dalam blog ni.

Al-kisah bermula waktu zaman kanak-kanak Ana (bukan nama sebenar)... Bagi Ana, zaman kanak-kanaknya tidak seronok seperti zaman kanak-kanak kawannya yang lain. Cikgu sekolah rendahnya adalah cikgu yang paling dia tak suka. Ana sering kali didenda, dipukul, dicubit sampai tercabut kulit dan diherdik oleh gurunya sendiri.
"Ingat muka tu lawa sangat nak duduk tercegat kat pintu waktu belajar?"
"Bodoh la"
Itulah kata-kata yang sering Ana dapat dari mulut cikgu.
Ana seorang pelajar yang sangat pendiam. Ana ditempatkan di dalam kelas hadapan sekali, kelas pandai-pandai walaupun Ana dipandang sebagai pelajar kurag pandai. Namun markah akhir tahun yang menentukan Ana kelas mana. Mungkin sebab itu Ana selalu diherdik dan selalu didenda apabila tak dapat jawab soalan semasa sesi pembelajaran.
Semakin hari, semakin Ana berasa rendah diri dengan kawan-kawan disekelilingnya, kawan-kawan yang pandai.
"Mak saya suruh saya kawan dengan orang pandai je supaya saya jadi pandai"
bertambah rendah diri apabila ada kawan sekelas Ana tuturkan dialog itu.
Nak mengadu pada mak, nanti Ana kena marah balik. Nak ponteng kelas, nanti ayah marah.
Ana terpaksa juga hadapi hari-hari persekolahan yang menakutkan itu.
Subjek yang Ana paling benci adalah matematik. Matematik adalah musuh utama Ana. Ana tidak pandai menggunakan otak kiri Ana secara maksimum. Ana lebih rela kena denda siapkan kerja matematik tepi longkang berbanding dipukul atau diherdik. Akhirnya, keputusan UPSR Ana??? Sudah semestinya tidak cemerlang, tapi lulus semua mata pelajaran.

Apabila tiba masa untuk Ana ke sekolah menengah pula, Ana berkeras tidak mahu masuk ke sekolah berdekatan dengan rumah kerana Ana tak sanggup untuk jumpa kawan-kawan sekolah rendah dulu. Mereka tak sudi berkawan dengan Ana. Ana nak lari jauh-jauh. Ana tak yakin Ana akan berjaya jika duduk dengan keluarga. Tapi ayah tak lepas sebab Ana masih tidak matang dan keputusan UPSR pun tak berapa cemerlang. Ana menangis sepuas-puasnya. Tapi abang Ana cuba untuk memberi semangat untuk Ana. Pelbagai kata-kata nasihat dia berikan. Dan akhirnya Ana terpaksa melangkah ke sekolah menengah yang mana terdapat ramai kawan yang Ana kenal sewaktu sekolah rendah dulu. Kali ni Ana ditempatkan di dalam kelas yang tengah-tengah. Nak kata kelas tercorot pun tidak, dan kelas hadapan pun tidak. Di tingkatan satu Ana tak jumpa cikgu yang jenis mengherdik pelajar pun. Tapi Ana pernah merasa tampar kapit, rotan dan cubitan dari cikgu. Subjek matematik semakin sukar bagi Ana. Kalau boleh dibom subjek tersebut, Ana akan bom subjek tu. Algebra, nombor perdana, tambah tambah tambah sama dengan tambah....Arghhhh....sukarnya nak faham!!!

Di tingkatan dua, Ana dinaikkan kelas. Ya Allah...Majoriti dalam kelas tu adalah kawan waktu sekolah rendah dulu. Ana sekelas dengan mereka balik? kenapa Ana ditempatkan kelas pandai lagi? satu kejutan buat Ana. Susunan meja adalah dua-dua. Ana duduk sorang-sorang dan sebelah tempat duduk Ana kosong. Ana berasa rendah diri untuk berkawan dengan mereka yang pandai. Rasa kerdil sangat dirinya. Tapi dalam masa yang sama Ana berharap sangat ada pelajar baru masuk dan penuhi tempat sebelah Ana yang kosong. Ternyata Allah mendengar keperluan hambanya. Beberapa hari kemudian Ana dapat kawan baru. Gembira tak terkata. Kawan baru itulah yang menjadi kawan rapat Ana. Ana juga semakin berminat dengan matematik. Cara cikgu itu ajar memudahkan Ana faham. Cikgu menggunakan perumpaan yang mudah untuk Ana berimaginasi sambil menghafal sifir. Contohnya, tambah tambah tolak sama dengan tolak, (+) + (-) = (-). Umpamanya, kalau perempuan (+) masuk ke bilik lelaki (-) bukan muhrimnya, mana boleh kan, itu sikap negatif (-).
Sejak itu Ana mula berminat untuk belajar matematik. Cara pengajaran cikgu itu menyeronokkan Ana bermain dengan nombor.

Di tingkatan tiga, Ana dalam kelas yang sama dan kawan yang sama, cuma cikgu yang mengajar berbeza. Ana mula yakin untuk berkawan dengan semua kawan dalam kelas itu sebab keputusan peperiksaan Ana setaraf dengan mereka. Tambahan lagi, Ana bertambah seronok dengan subjek matematik. Ana seronok dapat cikgu yang dapat bagi tumpuan kepada seseorang pelajar. Dia akan mengajar dulu untuk satu kelas, kemudian dia akan bagi soalan untuk dijawab masing. Yang paling seronok bagi Ana dia akan pergi ke tempat pelajar, jika tidak faham dan dia akan ajar secara individu. Yang paling menarik lagi, cikgu akan guna kapur tulis dan tulis penyelesaiannya di meja Ana jika Ana tak tahu nak selesaikan. Cikgu bukan tulis kat papan hitam. Hebat kan cikgu Ana?? Ana mula jatuh cinta dengan matematik, hari-hari Ana akan buat latihan walaupun cikgu tak bagi kerja rumah. Ana seronok bermain dengan nombor. Dalam masa yang sama otak kanan Ana semakin tidak digunakan kerana terlalu asyik bermain dengan otak kiri. Ana tak pandai dalam subjek selain dari matematik. Walaubagaimanapun, Ana tetap gembira sambil melompat katak sebab Ana dapat kekalkan markah 'A' sepanjang tahun untuk subjek matematik. cikgu pernah cakap, "Kalau Ana terror matematik untuk sekarang, Ana tak perlu dah tekankan matematik untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Ana boleh tumpukan kat subjek lain nanti. Matematik Ana buat sambil lewa pun akan dapat 'A'.Tapi yang penting Ana perlu terror dalam matematik sekarang".
Kata-kata cikgu itu dapat membakar lagi semangat Ana. Ana ingin buat eksperimen terhadap kata-kata cikgu tu. Dalam masa yang sama Ana sentiasa tulis di kertas 'saya ingin menuju ke menara gading'. Dan waktu tingkatan tiga jugalah Ana bukan lagi seorang pendiam, Ana semakin berani bertanya terutama waktu belajar matematik. Semua cikgu-cikgu Ana sewaktu itu bagaikan kawan dan bagaikan ibu bapa kedua Ana. Sekolah pula bagaikan taman permainan bagi Ana. Ana sentiasa bersemangat untuk ke sekolah.
Untuk keputusan PMR Ana sudah semestinya cemerlang walaupun Ana tak dapat kait 'A' untuk dua subjek.

Di tingkatan empat dan lima Ana dalam operasi menjalankan eksperimen kata-kata cikgu matematik, "Kalau Ana terror matematik untuk sekarang, Ana tak perlu dah tekankan matematik untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Ana boleh tumpukan kat subjek lain nanti. Matematik Ana buat sambil lewa pun akan dapat 'A'.Tapi yang penting Ana perlu terror dalam matematik sekarang".
Dan ternyata, eksperimen itu berjaya. Ana kurang tekankan subjek matematik, tapi Ana masih dapat kekalkan 'A' di dahi matematik Ana. Dan impian Ana untuk ke menara gading masih tersimpan kemas dalam beg angan-angan Ana. Untuk memenuhi impian tersebut, Ana bertambah berani dalam bertanya. Ana akan tanya mana-mana cikgu kalau Ana tak faham sesuatu subjek terutama subjek matematik. Lantak pi lah orang nak kata apa, yang penting Ana selesa dengan ajaran cikgu dan Ana dapat faham. Alhamdulillah, Ana berjaya mengekalkan 'A' untuk matematik sepanjang tiga tahun berturut-turut bermula dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima. Itulah kejayaan yang besar buat Ana. Tak sia-sia Ana bercinta gila-gila dengan matematik. Dan disebabkan matematik jugalah Ana dipandang sebagai pelajar pandai, tapi bukan pelajar terbaik. Pandai matematik je. Namun akhirnya...Impian Ana tercapai juga. Ana kini telah menjejakkan kaki ke menara gading sekarang.
Good Luck for Ana!!!


Jadi, kepada adik-adik diluar sana teruskan usaha. Masih ada masa lagi ni untuk kalian ulangkaji. Pakai gear 5, kalau ada gear 6 pakai gear 6 untuk study. Biar laju sikit otak tu bergerak. Semoga kalian semua dipermudahkan dan dibukakan minda untuk menghadapi peperiksaan akan datang.
Dan kepada cikgu, moral from the story, jangan guna perkataan yang kasar untuk mendidik anak murid. Itu bukan cara yang terbaik. Pandai-pandailah bermain dengan emosi pelajar jika nak lahirkan anak didik yang cemerlang. Tapi masalah sekarang, pelajar tidak boleh dipukul. Cikgu gunting rambut pelajar yang simpan rambut panjang pun ibu bapa buat laporan polis.
Alahai...Zaman sekarang tak sama dengan zaman dahulu kala!

Thursday, September 6, 2012

::Air mata mengalir keranamu::

Salam Jumaat sahabat!!!

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari,
luangkan masa sekejap untuk muhasabah diri.

"Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan, itulah adalah zalim.
Sebaliknya, jika kejahatan dibalas dengan kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

Tiba-tiba je semalam saya terimbas peristiwa beberapa bulan yang lepas, waktu kerja dulu.
Astaghfirullah...sakit sangat bila teringat pasal tu. kesian pun ada.
peristiwa dimana hati saya dicincang halus-halus...gara-gara saya tersalah guna perkataan 'mengumpat' kat orang yang salah. mengumpat itu perkataan kasar ke?
apa perasaan anda bila ada orang tanya soalan macam ni,"haaa...kamu mengumpat ape dengan kawan kamu?" dan "ooo...ngumpat pasal saya ye"...(dengan nada gurauan manja)
dan apa perasaan anda bila orang kata anda bangang, bodoh, gila dan seangkatan dengannya? (dengan nada slamber)

hati saya dicincang halus waktu itu apabila hanya menggunakan perkataan mengumpat. bertubi-tubi tuduhan yang dilemparkan. waktu tu saya hanya mampu menangis, menangis dan menangis...tak boleh tahan sebab lepas satu, satu benda pedih yang dilemparkan. tak puas di opis, dia mesej..dari pagi sampai ke malam. nasib baik esok hari tu cuti peristiwa. saya ambil keputusan untuk balik ke rumah atuk, dengan harapan dapat lupakan semua tu.
yang paling terharu ditemani oleh seorang sahabat. saya berkeras nak pergi sorang-sorang. nasib baik dia mendesak untuk ikut jugak sebab saya ni lemah bab-bab menghafal jalan.

dalam perjalan ke rumah atuk yang ambil masa satu jam lebih tu saya hanya diam je. cuba pendamkan. terasa sakit sangat bila pendam. akhirnya diluahkan jugak apa yang terjadi tapi tak sebut nama. walaupun saya cuba bagi tau yang saya ada masalah dengan kawan lain, yang jauh, tapi sahabat itu tetap boleh baca fikiranku. saya masih tak cerita apa yang dituduhnya sampai sekarang, tapi saya hanya mintak nasihat dia. sampai ke tahap nak mintak cuti kerja seminggu tuu...alhamdulillah...sepanjang di rumah atuk, luka hatiku dibasuh oleh sahabat itu. sambil dia basuh hati saya, matanya keluar air jernih.
Allahuakbar...adakah kamu rasa apa yang saya rasa walaupun tak tahu apa yang dituduh oleh orang itu?
terima kasih sangat-sangat atas air matamu itu dan terima kasih atas segala nasihatmu. dan terima kasih sahabat, kerana berkongsi cerita yang boleh saya jadikan pengajaran.

selepas cuti kerja sehari, semasa kaki melangkah masuk ke pejabat saya cuba membangkitkan semangat dalam diri walaupun terlewat sikit masuk opis. namun bila tengok muka itu, hatiku berdarah, menangis. setiap hari hatiku menangis. apa tidaknya, setiap perkataan yang dituturkan penuh dengan perli. walaupun saya sudah minta maaf berulang kali. tapi dia boleh buat muka slamber ubi kentang, macam tak ada ape-ape. mintak maaf, selepas peristiwa itu saya lebih suka menjauhkan diri daripanya dan kurang bercakap...tiada lagi kemesraan yang terjalin dahulu. kalau dia buat lawak pun, tak terasa nak gelak pun. bukan benci terhadapnya, tapi tidak suka dengan pemikirannya yang penuh dengan benda negatif. "pemikiran lah yang membentuk diri kita. negatif yang kita fikir, negatif lah tingkah laku dan pertuturan kita".

hati ku punya la gembira lepas kami berpisah dan membawa haluan masing-masing. dia masih meneruskan pengajiannya dan aku menanam benih-benih anggur. tapi selepas itu saya memerhati kawan-kawan sekeliling dia...urmmm...ramai kawan, tapi...biarlah rahsia. saya berharap sangat agar kami tidak dipertemukan lagi. tapi kalau dipertemukan jugak, harap-harap fikiran negatif dia yang dia pelihara tu dah tak de.
bila tengok dia, hatiku tertanya-tanya...kenapa orang suka kawan dengan dia...?? yes! dia baik orangnya...baik sangat-sangat...peramah lagi. tapi kadang-kadang dia boleh 'makan dalam'. sangat berbisa!


apa pun benda yang dah berlalu jangan dikenang-kenangkan. tapi kadang-kadang kita perlu jugak melihat kisah lalu untuk perbaiki diri kita. yang buruk, jadikan pengajaran dan yang baik jadikan teladan.
semoga orang itu dapat stabilkan fikirannya antara yang negatif dan yang positif.
terima kasih kepada sahabat-sahabatku yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat sepanjang aku berhadapan dengan situasi tersebut.
I love you all....Friends till jannah (^_^) 

Wednesday, September 5, 2012

::Seteghes Lagi::

Assalamualaikum ya habibi ya maulana...

whoaaa....dah berapa lama ye saya tak kemaskini blog ni?
mesti lama samapai ada orang bertanya-tanya kenapa tak update.
bukan malas menulis...tapi line tenet yang malas dengan saya.

nak kata tak de idea nak tulis pun tak jugak...satu hari kehidupan kita mesti penuh dengan cerita.
sekarang kita masih berada dalam bulan syawal lagi kan...
SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PEMBACA!!!
macam mana dengan ibadah kita selepas ramadhan?
semailah benih-benih ibadah, dan tanamlah pokok-pokok istiqamah.

sekarang saya masih lagi tak dapat kerja...duit pun asyik mengalir keluar je.
seteghes yang amat!
kadang-kadang terfikir jugak apa laa perasaan penganggur yang bertahun-tahun duk rumah?
saya yang menganggur tiga bulan ni pun rasa macam beku otak. apa tak nya, otak kurang berfikir.
kalau tak de internet rasanya dah keras kot otak saya...saya ni malas nak membaca media cetak...kalau media elektronik tu maca best sikit (^_^)

lagi seteghes bila orang sekeliling suruh saya kerja...bukan menggalakkan..huh!
apepun terima kasih kepada yang bagi nasihat.
kita usaha je ape2 bidang dulu...bermula dari bawah pun tak kisah...yang penting cari pengalaman sebagai permulaan...
wish me luck ya friends!

Friday, August 10, 2012

::Fasa Terakhir Ramadhan::

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan bagi semua umat Islam!!!
Tujuh hari lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita semua... Apakah perasaan anda???
Harap2 masih ada lagi Ramadhan untuk kita....Nikmatnyaaaa bulan Ramadhan (~_~)

Di fasa terakhir ramadhan ni mesti ramai yang sibuk....sibuk beribadah, sibuk wat biskut, sibuk shopping, sibuk main mercun...orang main mercun la paling penyibuk!
Apepun yang kita buat hari ini dan hari akan datang, ambik masa untuk muhasabah diri beberapa minit.
Apa yang telah kita buat sepanjang ramadhan tahun ni?
Sudah cukup ke amalan kita?
Adakah kita betul2 menikmati kenikmatan bulan ramadhan?

Apepun jawapan kita, di fasa terakhir ramadhan inilah banyak kelebihannya....tapi kenapa ramai manusia yang lupa tentang 10 terakhir ramadhan ini? ada yang tau, tapi sengaja tak nak buat...
rugi, rugi, rugi, dan sangat2 rugi jika tidak merebut peluang yang ada.
bertambah rugi jika seseorang perempuan datang period waktu terakhir ni...
rugi kah perempuan itu?
tak...itu silap...bagaimana pun keadaannya, semua umat Islam tetap boleh beribadah walaupun perempuan yang dalam keadaan period.
mereka tetap boleh beribadah di tengah2 malam untuk merebut kenikmatan malam lailatulqadar...iaitu dengan berdoa....doa kan satu ibadah jugak..

persiapan raya, persiapan raya jugak...ibadah tetap perlu diutamakan. bangunlah tengah2 malam untuk melakukan ibadah seperti qiamullail, solat tahajjud, baca Quran, berzikir dan berdoa.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

"Puasa yang paling utama selepas Ramadhan ialah puasa sunat pada bulan Muharam, manakala solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat tengah malam (qiamullail)."
(Riwayat Muslim)

InsyaAllah...doa kita akan dimakbulkan, dijauhi dari penyakit, dijauhi dari kemaksiatan, dimurahkan rezeki dan banyak lagi kelebihan ibadah di waktu2 terakhir ramadhan ini.
sama2 lah kita rebut peluang keemasan ini. yang suka keluar lepak malam2, yang suka online berjam2 tanpa tujuan, yang suka tengok rancangan TV yang bukan berilmiah, taubat2 la daripada melakukan perbuatan yang tak membawa faedah tu...baik wat ibadah...tengok rancangan agama ke...baca bahan berilmiah ke...
kalau tak kuat untuk beribadah sorang2, ajaklah teman2 untuk beribadah sama2....itu lagi menambahkan semangat kita untuk beribadah.

-Gambar sekadar hiasan-

Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan ini diterima dan diberkati oleh Allah s..w.t.
Semoga kita mendapat kekayaan jiwa.
Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
Semoga kita Istiqamah dalam melakukan perkara-perkara yang baik.

MISI MENCARI MALAM LAILATULQADAR
CARILAH KELEBIHANNYA...BUKAN MENCARI BENDA2 ANEH YANG AKAN BERLAKU!
GOOD LUCK TO ALL MUSLIM AND MUSLIMAH (^_^)

Tuesday, August 7, 2012

::Misi Mencari Cinta::

Hari berganti hari...
Masa berganti masa...
Umurku terus meningkat...
Perjalanan hidupku penuh dugaan..
Perubahan demi perubahan perlu dilakukan...
Aku bukan lagi seorang kanak-kanak mahupun remaja...
aku sekarang sudah dewasa... (tetiba je nak mengaku dewasa kan).

Yup...sebenarnya memang diri ini dah dewasa...
sebab dan musababnya???
salah satu sebab memang dewasa la kalau umur dah mencecah 20-an
sebab lain adalah pertanyaan orang di sekeliling...
dulu selalu je diajukan pertanyaan pasal pelajaran...pasal result...
sekarang...tanya pasal jodoh plak...tak pasal jodoh, pasal kerja...tak pasal kerja, pasal sambung belajar.

pasal jodoh la yang buatkan saya sedikit stress...
ape idoknyer...bila cakap tak de calon, mula la nak tolong carikan...
untuk yang mahu jadi pencari calon saya tu terima kasih banyak2...
bukan tak nak orang carikan....cuma saya hanya menerima "pencari" yang saya percaya dan betul2 mengenali diri ini sahaja... 

Sebenarnya, ini dah masuk empat kali kalau tak silap saya orang perkenalkan si jejaka kepada saya..
semuanya secara kebetulan dan ada secara mengejut!
terima kasih sangat2 kepada yang perkenalkan saya kepada kenalan masing2.
ada sorang teman ni cakap saya "slow" bab2 dengan lelaki...sebab saya tak de bagi apa2 respon kat mereka.
perempuan dulu ke yang kena bagi respon???
sorry to say la ye....saya bukan jenis perempuan yang "kebanyakan" itu...yang mudah bergaul dengan lelaki.
yang mudah bersembang kosong....yang mudah keluar bersama dengan bukan muhrim...
selagi saya waras, saya akan jaga maruah seorang perempuan dan maruah keluarga serta maruah Islam...

saya bukan "slow"...tapi saya percaya kepada jodoh Tuhan...
saya bukan dalam misi mencari cinta manusia...tetapi sedang berusaha mengejar cinta Illahi..
dan saya dalam proses "MENJADI" bukan "MENCARI" (bak kata ustazah Fatimah)..
menjadi disini bermaksud menjdai wanita yang solehah dan menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah s.w.t....insyaAllah......

"...sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, manakala lelaki yang baik untuk perempuan yang baik (pula)..." -Surah An-Nur ayat 26

Allah know what is the best for me

~Utamakan cinta Tuhan untuk mendapatkan pasangan yang cintakan Tuhan juga~

Tuesday, July 24, 2012

::Mengajar sambil Belajar::

4 ramadhan bersamaan dengan hari Selasa...
dua hari sudah saya menjadi guru memandu kepada kawan2 saya yang ada lesen, tapi takut nak bawak kete.

hari ni terasa teruk sikit....nak tercabut jantung saya bila pelajar saya....pelajar??? 
yep, pelajar...pelajar saya hari ni nak naik bukit tinggi....siap mahu berhenti tengah2 bukit lagi.
apabila guru yang melatih mereka tu pun tak berapa profesional, jadi berlakulah kekalutan sikit. kete yang dipandu mati ditengah-tengah bukit. bertambah cuak dia apabila ada kete yang datang dari arah belakang.
dengan slambernya terpaksalah saya bagi signal tangan suruh orang di belakang gerak dulu....Fuh!! dup dap dup dap jantungku.
tapi kira ok sikit la berbanding hari pertama...ada improvement!

tapi yang masih tak berjaya adalah bila belajar parking....nak wat cane? orang yang mengajar kete tu pun masih tak lulus2 lagi parking petak 'straight' walaupun dah bertahun boleh bawak kete. macam ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul la kan....
tak pe..tak pe... mengajar sambil belajar ye!

apepun hari ini adalah dalam sejarah...pertama kali saya kena sekat kat JPJ....polis trafic pun tak pernah sekat saya tau!
tapi sebenarnya dah banyak kali kena sekat dengan JPJ...tapi waktu bawak motor la. ini kali pertama dia sekat waktu saya bawak kete....orang sama lak tu yang mintak cek lesen saya.
ingat lagi...kali pertama dia sekat saya, mintak tengok lesen...waktu tu saya tingkatan lima. siap2 cek lesen, dia tanya saya, "awak orang sini ke?"...jawab saya, "ye, orang sini. kenapa?"...dia jawab balik,"tak bunyi slank kelantan pun"...dalam hati waktu tu "dah kau cakap luar dengan aku, aku cakap la luar jugak".
tapi hari ni dia cakap ada slank kelantan sikit....dah bertahun duk sini, kompem boleh speaking qlate punya. hari ni tak berapa layan soalan dia sebab tak berapa jelas apa yang dia cakap.
Hello bro JPJ...takkan tak kenal2 lagi muka saya yang comel ni (kalau terasa nak muntah, sila muntahkan segera...jangan risau, takkan batal puasa). kalau nampak saya, jangan la sekat. nebes tau!

Pandu Smart, Jiwa Selamat

apa yang saya harapkan adalah semoga anak didik saya dapat pandu kete waktu raya nanti. saya tak nak dah jadi supir kome. nak letak jawatan dari menjadi supir dah (^_^)
teruskan usaha girls!!!

Sunday, July 22, 2012

::Permulaan puasa...Gelagat manusia::

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan muslimah.
Semoga Ramadhan tahun ini dipenuhi dengan keberkatan Illahi.
dan...beristiqamah dalam menjalankan ibadah....jual jual jugak...ibadah jangan diabaikan!

Hari ini, 23 Julai 2012 bersamaan dengan hari isnin..... dah tiga hari umat Islam berpuasa....macam mana rasa???
mestilah nikmat rasanya....tenang je kan....
yang penting berpada-padalah dalam berbuka puasa. jangan membazir.

Apepun...hari ini saya singgah di sini untuk membersihkan hutan ini daripada lalang-lalang yang semakin meninggi...hehee
saya nak share satu dialog diantara saya dan anak saudara saya yang berumur 4 tahun semalam, Hafiy namanya.
perbualan itu berlaku di rumah selepas dia balik dari sekolah, dalam dialek kelantan.

*******

saya: Hafiy poso tak hari ni...?? cikgu bagi make kat skoloh?


Hafiy: Cikgu tak bagi poso...Hafiy make la kat skoloh tadi...

beberapa minit selepas membisu sambil menonton TV. Hafiy tiba-tiba mengajukan soalan kepadaku.

Hafiy: poso tu gapo cik Ah?


saya: poso tu tak make di siang hari...tapi kita make waktu malam jah...

tiba-tiba si Hafiy bangun dan meluru ke dapur....rupa-rupanya dia pegi minum air daaa...siap mintak nasi lagi.

*******

tersenyum je la den tengok gelagat si kecik tu. Budak berumur 4 tahun masih tak faham apa itu puasa, mungkin dia tak tau macam mana siang dan macam mana malam.
tapi ingatan budak kecik ni kuat....nanti umur dia meningkat, dia dah ada gambaran apa itu puasa. harap-haraplah....

Tapi agak sedih jugak dengan orang dewasa yang tak puasa dan tak solat. 
tak malukah kamu kepada Tuhanmu???
ada jugak yang puasa tapi tak solat....mereka asyik dengan perniagaannya.
Ya Allah....lemahnya imanku bila tau mereka tak puasa dan tak solat, tapi saya tak tau nak menegur macam mana....tambahan lagi orang yang tak dikenali.

Semoga mereka-mereka itu mendapat hidayah dalam bulan mulia ini.
Bulan ramadhan ini bukan bulan untuk kita bergembira dengan nikmat dunia....tapi bulan ramadhan ini adalah untuk kita bergembira dalam mengejar pahala ibadah yang mana kita tak akan dapat kecapi di bulan-bulan yang lain.
sama-samalah kita 'Top-up' kan iman....jangan biarkan iman kita kehabisan kredit.
SELAMAT BERAMAL (^_^)

Tuesday, June 5, 2012

::Kata-kata Terakhir Dalam Berpraktikal::

Assalamualaikum w.b.t.

lama sudah saya tidak membuat coretan kat sini...nak wat cane...sibuk duk wat blog orang je.
ape pun, minggu ni adalah minggu terakhir saya menjalani praktikal....dan minggu ni jugak lah ramai yang wat kenduri termasuk rumah saya sendiri....
alhamdulillah...abang saya dan encik saya baru je tamatkan zaman bujangnya dalam tarikh yang sama. tanggungjawab mereka dah bertambah tu. perlu pikul dosa isteri, perlu bagi nafkah, perlu bimbing isteri dan macam2 la...memang banyak sangat234x beban sang suami perlu pikul...semoga mereka dapat menjadi imam yang baik kepada isteri mereka...

dan saya?? bila nak kawin??? alah bisa tegal biasa dapat soalan ni bila balik dari kenduri...
seperti yang saya cakap sebelum ni, target memang nak kawin awal....tapi hati saya masih tak terpaut kat sesapa lagi...tapi saya akan pautkan hati ni kat orang yang sah bergelar suami saya....insyaAllah.... dan saya masih dalam proses mengubah diri menjadi yang baik bukan sempurna ya...tak ada manusia yang sempurna....seperti orang lain, saya juga mengimpikan bakal imam yang baik dan boleh bimbing saya ke jalan yang benar. kalau saya nak kat imam muda yang dalam tv tu boleh??? (^_^) Boss saya pernah cakap, "kalau kita nak dapat pasangan yang baik, kita perlu jadi baik".

sikit2 sudah ler cakap pasal kawin ni...soalan seterusnya...apa perancangan selepas praktikal???
perancangan saya opkos la nak cari koje....kalau tak dapat...nak jugak koje...mesti dapat nye lah....den risau dengan hutang yang bertimbun ni....dah penim fikir pasal pelajaran dulu...sekarang penim fikir pasal hutang pulak...biasa la tu!
untuk pekerjaan...kalau boleh saya nak merantau dan terus merantau...selagi saya tak terikat dengan sesapa...saya nak mencari pengalaman di negeri orang dulu...cari pasangan di negeri orang pun boleh (~_^)

dan saya nak petik kata2 dari seorang kawan, "kita setakat ni je la kan...lepas ni tak kawan dah"....ahahaaa...memang biasa la tu...nama lagi kawan. berkawan dalam alam pekerjaan je. lepas masing2 bawak haluan memang tak bertegur dah...selalu kot terjadi fenomena ni...tapi insyaAllah...kita masih lagi kawan dan boleh bertegur sapa kat FB kan...

empat bulan saya dalam alam pekerjaan....memang banyak lah benda yang saya timba...kadang2 tu sampai perigi gi cari timba...hahahaa...saya tak nak lah macam tu walaupun dipaksa dek orang sekeliling...
back to our topic, kat sini saya bukan saja dapat timba ilmu yang berkaitan dengan bidang saya je, malah saya dapat timba macam2 ilmu yang tak berkaitan terutama tentang teknologi. ilmu berumah tangga pun dapat jugak sikit2...orang2 kat sini pulak suka bagi nasihat....bertambah semangat saya bila dapat nasihat depa. dan saya dapat kenal ramai orang yang bermacam2 ragam...bila tengok ragam2 orang ni kita akan dapat nilai diri kita sendiri kan...dari situlah kita perlu memperbaiki apa yang kurang dan apa yang 'over'...

akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan juga secara tak langsung...terima kasih bebanyak kepada yang sudi kongsi kerja, yang sudi bantu baiki laptop saya, yang sudi tengok2 kan kete saya waktu bermasalah hari tu, yang sudi menjadi pandu arah saya, yang sudi teman saya jalan2, yang sudi bermain dengan saya, yang sudi teman shopim, yang sudi ajak saya ke majlis ilmu, yang sudi kongsi ilmu, yang sudi menyakitkan hati saya. yang sudi...sudi apa lagi??? terima kasih sangat2x...
dan saya juga memohon beribu-ribu kemaafan jika ada yang terasa dengan saya atau sakit hati dengan saya....manusia memang tak akan terlepas dari membuat kesilapan. kita sebagai manusia biasa ni sentaisalah memberi maaf ye...siapalah kita nak menghukum orang kan...kita memang tak sempurna. jadi mohon maaf sekali lagi...

sehingga ketemu lagi di alam lain...alam ghaib mungkin.....tata (^_^)Y

Sunday, May 20, 2012

::Terima Kasih, Cikgu::

sesungguhnya disebalik kegagalan akan ada kejayaan..
putaran hidup kita bagaikan sedang mendaki tangga yang tinggi...
dulu...aku pernah tersungkur jatuh dari tangga....dan berputus asa untuk mendaki balik tangga itu.

tapi...di anak tagga tersebut ada seseorang yang menungguku dan menghulurkan tangannya supaya aku terus dapat mendaki tangga...aku daki tangga tersebut sambil diiringi dengan kata-kata semangat darinya.
di pertengahan tangga pula...semakin ramai yang menghulurkan tangannya untuk aku....
di saat itu, hatiku sungguh senang dan semakin bersemangat untuk mendaki tangga dan ingin mencapai huluran tangan-tangan mereka...
dan semakin banyak kata-kata semangat yang mengiriku untuk mendaki tangga tersebut....
"awak akan jumpa cabaran yang lebih berat lagi dari apa yang awak alami sekarang...bersabarlah untuk sementara waktu"

akhirnya dipuncak tangga tersebut ada pintu impianku....dan aku berjaya membuka dan masuk ke pintu tersebut....tapi itu bukan destinasi terakhirku...di dalam pintu itu masih ada lagi tangga yang perlu aku daki...
tangga itu lebih curam berbanding tangga sebelumnya...
alhamdulillah...masih ada lagi yang menungguku di anak tangga tersebut dan terus masih menghulurkan tangannya...
sekarang....aku masih mendaki tangga yang curam tersebut...

orang-orang yang menghulurkan tangan kepada ku di setiap tangga itu adalah guru-guru dan pendidik-pendidik saya termasuk ibu bapa saya...
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK kepada pendidik-pendidik saya iaitu ma, ayah, cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah saya.
Semoga kehidupan mereka sentiasa dicucuri rahmat dan semoga mereka dimurahkan rezeki...


Hanya kejayaan saya je yang mampu membalas jasa-jasa mereka...
TERIMA KASIH CIKGU....
SELAMAT HARI GURU!!!

pertama kali buat kek cawan..
puas hati dan sedap (^_^)

Sunday, May 13, 2012

::Hati-hati Bersosial::

bila lapar...kita post statement..
bila kenyang pun kita post statement..
bila marah kita post statement...
bila sakit pun kita post statement...
pokoknya, setiap aktiviti kalau boleh nak wat statement kan...???

post statement kat mane??? 
post statement kat laman sosial...
tak salah kita nak bersosial melalui alam maya...
tapi kita mesti ingat....tak semua benda kita boleh kongsi...kita semua ada maruah dan hak tersendiri.
jangan jadi seperti orang yahudi....bila mereka ingin mengadu apa2 masalah...mereka akan tulis di kertas dan di masukkan dalam 'wall' dimana memang khas untuk mereka mengadu ape2 masalah (tak ingat plak saya baca kat mana pasal ni...kalau salah tolong betulkan)....
tapi yang saya nak tekankan di sini...kita sebagai orang Islam...bukan 'wall' (laman sosial) tempat kita mengadu...Allah s.w.t. Maha Mendengar...hanya Dia lah sahaja tempat untuk kita merintih dan mengadu...

ingatlah! setiap perkataan yang kita keluarkan akan menggambarkan diri kita....gunalah laman sosial dengan berhemah dan bertujuan untuk berdakwah dan saling mengingati....
kadang2 kita tak sedar yang kita telah membuka aib sendiri dengan status yang kita lakukan...
dan kadang2 kita tak sedar yang kita telah melukakan hati beratus-ratus kawan, dan mungkin beribu-ribu....padahal status kita hanya menuju kepada seorang sahaja...dan mahu melepaskan marah kepada seorang sahaja....
tapi kita mesti ingat! ramai mata2 yang sedang membaca status kita....pernahkah kita terfikir...apakah pandangan mereka bila mereka baca status kita yang berbentuk perli/amaran kepada seseorang????

dan ingatlah manusia! laman sosial tidak sesuai untuk anda meluahkan perasaan dan melepaskan kemarahan...kerana kita mempunyai ramai friend di situ dan perasaan manusia ni semua tak akan sama...
semua pasti tahu kan...bukan senang nak jaga hati orang....jadi jagalah hati kita supaya tidak menjadi busuk...

dan juga...ingatlah manusia! janganlah disebarkan segala keburukan orang atau fitnah yang ada melalui laman sosial...tambahan lagi, jangan sebarkan benda yang tiada kepastiannya...
apa yang saya lihat, manusia ni suka sebarkan gambar2 atau video2 yang menunjukkan keburukkan orang di laman sosial...terutama orang yang popular macam artis la jadi mangsa. 
tidak kah kita terasa bodoh dengan menanggung dosa orang yang mengeluarkan gambar2 atau video2 tak berkenaan, dengan hanya membantunya 'share' benda2 tu????

jadi...marilah kita saling mengingati....kerana manusia ini mudah lupa!!! 
setiap perbuatan yang kita lakukan mesti beradab...
jika kita tak boleh jaga hati orang....jagalah kelakuan kita....
hati orang memang kompem2 la tak boleh jaga sebab hati ni kan duk dalam badan...masig2 jaga lah hati masing2 kan....
jagalah perlakuan anda di laman sosial...BERHATI-HATI BILA MENGELUARKAN KATA-KATA...
berkawan biar berpada-pada...berlawan jangan sekali...
ingat pesan nenek ni ye cu!!!

Saturday, May 12, 2012

::Aku Termenung..::

duduk ku termenung menghadap pantai...
pantai itu bagaikan mententeramkan jiwaku...
bila fikiran negatifku bertandang, pantai tu memukul batu dengan kuat..
bagaikan memahami apa yang aku sedang fikirkan...
Subhanallah...sungguh indah ciptaan Allah...


Kini aku lebih suka menjadi seorang pendiam..
aku benci menjadi hipokrit...tapi aku terpaksa...
bukan aku tidak mahu memberi maaf...tapi memang tiada perkataan maaf darimu...
hatiku bagaikan dicincang halus...hancur!!!
maaf dariku...kerna aku terpaksa menjadi pelakon didepanmu.
maaf juga jika aku tidak mampu mengukir senyuman..kerna aku bukan pelakon yang hebat.
setiap kali berdepan denganmu...hatiku menangis.
memang aku tidak matang.
ya Allah...tetapkanlah imanku.

dan kepada sahabatku....bila baca blog kamu wahai sahabat..
hatiku tetiba sebak...kisah kita hampir2x sama..
walaupun saya tak tahu apa yang berlaku...tapi saya dapat merasai apa yang kamu rasakan sekarang...
sabarlah sahabat...insyaAllah...Allah akan tolong orang yang sabar.
pedulikan kata mereka...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
semoga kamu diberi ketenangan hati.
Ingat!!! Allah sentiasa bersama kita...

nanti kita jumpa saya nak tengok awak senyum macam ni (~__^)
orang yang berada di jalan yang benar...pasti akan menang!
saya tahu awak kuat!!

Tuesday, May 8, 2012

::Muhasabah diri...Masa::

bulan berganti bulan, minggu berganti minggu, hari berganti hari, jam berganti jam....tapi asmaq tiada galang gantinya (^_^)
hampir 13 minggu saya bergelumang dengan suasana pekerjaan di pejabat ini..
dan hari ini bersamaan dengan 8 mei 2012 adalah kali pertama saya tidak diberikan tugasan.
nothing to do and nothing to say....

tetapi...teetapi...sebagai seorang hamba Allah s.w.t....tiada istilah "tiada kerja nak buat" dan tiada istilah "kebosanan"...
INGAT!!! JANGAN TERLEKA WALAU SESAAT PUN!!!!
ambillah kesempatan di waktu senggang yang kita ada untuk membuat bekalan ke akhirat kelak....sekadar memuji nama Nya pun dah cukup kan? lembutkan hati anda dengan zikrullah...
jangan jadi orang yang tak malu...tak malu macam mana?
orang yang tak malu hidup kat dunia ni....semua yang kita nikmati atas dunia ni adalah pinjaman semata-mata. jadi janganlah kedekut masa untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
orang yang kedekut masa untuk Allah s.w.t. itulah orang yang tak malu....

Demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan kebenaran. Yang berpesan-pesan dengan kesabaran.
(Surah Al-Asr)

Jadi, janganlah kita berada dalam kerugian...
banyak lagi benda yang perlu kita buat sepanjang hidup kita...
dan banyak lagi yang perlu kita pelajari tentang dunia dan akhirat...
renung-renungkan dan bersama muhasabah diri...
Wassalam~

Monday, May 7, 2012

::Persoalan Jodohku::

3 MEI, HARI KHAMIS
apabila matahari terbit....kenderaan-kenderaan mula memenuhi jalan...
manusia berkejar-kejar ke sana ke mari mengurusakan dunia yang penuh dengan kesibukan...
dan aku berkejar ke pejabat tanpa matlamat...otakku kosong!

sedang aku sibuk berbual-bual rancak bersama Mrs. N....tiba-tiba Mr. A mengajukan soalan kepada saya,"asmaq, awak berkenan tak kat dia?"
memang otakku kosong...tiada jawapan untuk soalan itu....
haha...sebenarnya saya nak cakap pasal jodoh....saje je nak bermain dengan ayat-ayat sastera.

berbalik kepada soalan tersebut,...saya memang tiada jawapan....
apakah maksud BERKENAN di situ???

saya juga salah seorang yang percaya akan percintaan selepas kahwin.
dan saya juga percaya banyak kelebihan kahwin muda ni kan...
jadi, kalau boleh saya tidak mahu menaruh harapan kepada sesiapa.
tak kira lah sape jodoh saya akan datang....saya terima je....asalkan si jejaka menggunakan saluran yang betul...iaitu mengikut syariat yang betul.

terus terang saya cakap...saya memang tak reti nak berkawan dengan lelaki...betul ke???
ape2 je la...yang jelas...saya tak mahu timbul apa2 hubungan sebelum kahwin. saya bukan jual mahal...tapi saya mahu jaga maruah wanita... InsyaAllah....
kalau nak kenal pun...may be cukup sekadar kenal latar belakang dan famili seseorang.
kita nak kenal seseorang ni bukan sehari dua tau....akan mengambil masa bertahun-tahun lamanya baru kita boleh kenal isi dalam seseorang. betul tak???
kalau nak kenal orang baru kawin...samapai ke tua la kau tak kawin....hohohoo

"Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu."

Kepada sahabat-sahabat saya diluar sana...SAY NO TO COUPLE...jaga maruah anda...jaga pergaulan anda...marilah sama2 kita mencari cinta yang kekal abadi (^_^)

Sweet couple after marriage (~_^)


Wednesday, May 2, 2012

::Berikanku Kekayaan Jiwa::

Wahai dedaunan yang melambai...wahai buih-buih yang berterbangan...wahai pokok yang cantik...wahai hutan...aku ingin melepaskan lelah...aku ingin gantung sedikit masalah di sini. berilah aku oksigen untuk aku meneruskan hidup ini...berilah aku ketenangan dengan warna kehijauan mu....sesungguhnya segala ciptaan Allah s.w.t memberi banyak kebaikan dan faedah kepada manusia...Alhamdulillah!

ya Allah...berilah aku kesabaran yang tinggi untuk aku menghadapi dugaan-dugaan yang mendatang...aku semakin lemas dengan manusia-manusia yang berkaitan...
ya Allah...jauhilah aku daripada perkara-perkara yang dilarang oleh-Mu...peliharalah tingkah lakuku...

ada beberapa perkara yang saya mahu kongsi di sini....bila baca buku SOLUSI, terasa bagaikan buku tersebut banyak memberi nasihat...dah la tajuk keluarannya macam mengikut situasi saya. Terima kasih ya Allah....

Islam sangat menitikberatkan RASA-RASA yang boleh singgah dan bertapak dalam hati fikiran. Jika kita bersangka buruk misalnya, Islam menegaskan bahawa itu pun merupakan satu dosa. lagipun kalau kita asyik bersangka buruk terhadap orang, hati kita takkan tenang kan? jadi, marilah kita mengejar kekayaan jiwa...jangan hanya mengejar kebendaan je. kekayaan jiwa di sini bermaksud ketenangan dalam hati untuk menghadapi segala ujian dalam kehidupan. bagaimana pula cara untuk mendapatkan ketenangan jiwa??? Rasulullah s.a.w. pernah mengajar satu doa apabila Baginda melihat seorang lelaki sedang murung dan kesedihan dalam masjid. Doanya berbunyi,"Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada kesusahan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau daripada kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada Engkau daripada sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau daripada himpitan hutang dan paksaan orang." (Riwayat Abu Daud) 

itulah sedikit sebanyak yang dapat saya petik daripada buku SOLUSI isu 43....isi kandungannya banyak mendidik jiwa ini dikala saya bergelumang dengan masalah. 

kadang-kadang kita rasa putus asa kan dengan kehidupan bila berdepan dengan masalah....janganlah anda rasa berputus asa....sesungguhnya orang yang berputus asa itu adalah selemah-lemah manusia...wahai manusia di muka bumi ini! kuatkan semangat...kuatkan iman...berusahalah dalam mengejar kekayaan jiwa. orang yang mempunyai kekayaan jiwa adalah orang yang dapat menikmati kemanisan iman....kemanisan buah kurma pun kita dapat rasakan tau..."di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"

sesungguhnya saya kuat kan...kan..kan..katakanlah saya kuat...saya kuat!!!! saya wajib menjadi kuat...
(tetiba je wat statement gitu)
apa-apapun terima kasih wahai hutan yang penuh dengan kehijauan...terima kasih kerana sudi meminjamkan tempat untuk saya gantung sedikit masalah....biarlah masalah ini lebur dek kerana panas dan hujan.
sekarang saya perlu berundur diri untuk berperang dengan emosi untuk mencari kekayaan jiwa.
tapi rasanya inginku bertapa dalam gua dulu untuk tiga hari bagi mengumpul kekuatan...
insyaAllah....
smile always (^____^)

tabung untuk belajar ---->