Pages

Thanks my follower (^_^)


Wednesday, August 24, 2011

::Ma d3lic!a kUkis::

Salam rabu....selamat beribadah semua!!!
hari2 terakhir ni lah banyak kelebihannya jika kita melakukan amalan2 sunat.
tapi hari2 terakhir ni jugak lah orang sibuk buat kuih raya, shopping raya, kemas rumah...
orang yang berataqwa akan istiqamah dalam ibadahnya....dan sedih bila di akhir2 ramadhan ni.
tapi kalau orang yang gembira dah nak abis puasa, dan gembira nak sambut raya boleh dikategorikan antara orang2 yang bertaqwa? think about it....

seperti yang dijanjikan asmaq akan upload gambar kukis hasil air tangan sendiri...asmaq jugak tak terlepas dari membusykan diri dengan biskut...skang dah kurang dah buat biskut sebab buat awal2 ramadhan lagi...heheee
biskut pertama asmaq adalah biskut yang hangus
*
*
*
biskut dahlia yang sedikit hangus sebab tak kawal suhu
tapi hangus pun tetap sedap, dah hampir habis dimakan. 
dalam gambar ni tinggal yang elok2 je...asmaq susun yang hangus kat atas...nak tak nak depa kena amik yang hangus kalau nak makan...heheee

biskut dam....macam2 saiz ada...sangat penat nak potongnyaa

biskut almond london

biskut kesukaan bebudak....ice-cream biskuto

pisang salut coklat....waktu ni baru lepas buat biskut ais krim and biskut almond.
ada banyak lebih coklat, so asmaq salutkan dengan pisang
sedap sangat2

banyak lagi gambar biskut tak upload.....wait n see!
malas nak upload semua...punya la lame nk tunggu dia loading...
hari ni asmaq buat kuih siput.....babam cik asmaq yang yang nak makan kuih siput ni.

Tuesday, August 16, 2011

::Nuzul Quran::

Salam Nuzul Quran.
hari ini semua cuti untuk memperingati hari bersejarah dalam islam, iaitu hari di mana al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w oleh Allah s.w.t melalui malaikat Jibril di Gua Hira'.
banyak pengajaran yang perlu kita renungkan dan teladani dalam sejarah nuzul Quran.
asmaq tak reti nak cerita. kalau nak tahu lebih lanjut, bacalah...bacalah kat website Ustaz Halim.

cuti ni bukannya bermakna hari untuk rehat...ambillah kesempatan ini untuk beramal.
tapi ramai jugak yang ambik kesempatan ini untuk shopping2 barang2 raya...al-maklumlah, seminggu je lagi umat Islam akan menyambut aidilfitri.
famili asmaq pun tak lepas peluang untuk balik kampung, mau berbuka sama2 dengan sedara-mara.

Salam sayang semua! mau balik kampung dulu (^_^)

Monday, August 15, 2011

::Sem akhir Dalam kesempitan::

hari ni ramai orang duk cek yuran untuk sem depan.
asmaq pun tak mau lepas kan peluang la untuk cek jugak....

bila dah cek, terkezut cicak dibuatnya bila tengok angka RM1,734.50...
itu belum tetap lagi, akan bertambah lagi nanti....dan tak termasuk bayaran2 yang lain lagi...nak buat projek pakai duit lagi...memang rugi la cuti lame2, tapi tak koje...
gilak ah...duit pinjaman habis bayor yuran je. terpaksa la tahan nafsu untuk jenjalan sem depan....

nampaknya sem depan kne banyakkan puasa la kot...tak pun makan maggi..boleh ke makan maggi. huh!
harap2 dapat kumpul duit raya bebanyak tahun ni....kuang kuang kuang!

Sunday, August 14, 2011

::Celoteh Asmaq waktu Ramadhan #3#::

sebelum terlupa....asmaq nak share sikit nasihat2 cikgu yang asmaq jumpa sebelum bulan puasa hari tu.
dah macam adat, setiap kali cuti asmaq and the geng pergi kacau cikgu yang pernah mengajar kami dulu.

asmaq cuma nak share ape yang cikgu shazura cakap, cikgu yang mengajar masa asmaq form 3.
waktu tu kami citer2 pasal kawan2 yang sebaya dengan kami, yang dah berumah tangga.
ada yang bercerai, ada yang susah, ada yang beranak pinak, dan ada yang bahagia.
cikgu kata, lihatlah kehidupan orang lain untuk kita jadikan pengajaran.
alam berumah tangga ni bukannnya senang.
dan sentiasa lah berdoa supaya kita mendapat jodoh yang baik (asmaq tak ingat doa yang cikgu bagi).
umur kitorang ni dah boleh...bukan boleh, perlu fikirkan tentang hal jodoh dan hal rumah tangga.

orang2 disekeliling asmaq banyak yang kecewa dengan cinta....ada yang main kayu tiga, ada yang main olok2...orang yang asmaq tengok bercinta bagaikan nak rak sebelum kawin, bila dah kawin tak macam kawin pulak...masing2 buat hal sendiri...
alhamdulillah...ada jugak kawan asmaq bahagia sampai sekarang dengan husband dia...kalau kita sabar, insyaAllah bahagialah kita.

apa yang penting bagi asmaq, asmaq tak mau jadi macam kebanyakan orang disekeliling asmaq. harap2 asmaq dijauhkan dari perasaan sayang lebih2 kepada manusia. biarlah cinta ini tersemat di hati seorang yang bergelar suami. I want to be a good person, peliharalah akhlakku ya Allah......

SEMOGA ALLAH S.W.T. PERTEMUKAN JODOH YANG BAIK BUAT ASMAQ, ADIK-BERADIK ASMAQ DAN KAWAN2 ASMAQ SEMUA

::Celoteh Asmaq waktu Ramadhan #2#::

Salam hari isnin...
Alhamdulillah...bersyukurlah kita kerana masih lagi dapat menjalani ibadah puasa tanpa halangan di negara Malaysia ini.
tak seperti negara China sekarang yang tidak membenarkan umat Islam untuk berpuasa.

semoga ramadhan kali ini merupakan ramadhan paling baik bagi asmaq sebab dapat menumpukan sepenuhnya kepada amalan2 di bulan ni....kalau sebelum ni punya la berat nak wat itu, nak wat ini, sebabnya banyak esaimen, letih dengan kelas la...macam2 alasan la.
dunia tetap dunia....bekalan untuk akhirat jangan dilupakan (^_^)

ape yang asmaq fikir sekarang ni adalah nak berubah dan sentiasa berubah ke arah positif.
terasa banyak sangat dosa....masih jahil tentang agama sendiri.
tapi tak tau nak mula dari mana....dan tak de kekuatan untuk berubah.
semoga ramadhan kali ini dapat memberi sinar baru untuk asmaq buat perubahan dalam diri dari segi mental dan fizikal...luaran dan dalaman...

sama2 lah kita membuat perubahan untuk mencari redha ILLAHI.
semoga amalan yang dilakukan asmaq bulan ni diterima oleh Allah s.w.t.
INSYAALLAH

::Celoteh Asmaq waktu Ramadhan #1#::

menghitung hari...detik demi detik...
lebih kurang dua minggu lebih lagi umat Islam akan menyambut hari kemenangan iaitu aidilfitri.
bulan ramadhan bukan setakat berpuasa je, bulan ni adalah bulan ibadat....
muhasabah lah diri kita, apakah amalan yang kita telah lakukan.
tinggalkan yang perkara buruk, lakukan amalan2 yang baik. kumpul lah bekalan sebanyak yang mungkin....mungkin ramadhan ini merupakan ramadhan yang terakhir bagi kita....mungkin...

sekarang asmaq dah sibuk dengan biskut raya....sibuk la sangat...
asmaq sekadar tolong kakak je.
setelah sekian lama, baru sekarang kami dapat buat biskut.
asmaq ingin mengambil kesempatan cuti ni untuk buat apa yang asmaq tak leh buat kat ukm nun....mau lepaskan gian bercooking!!!

dah banyak jenis dah asmaq buat biskut, ada yang hangus, ada yang keras, ada yang rangup dan ada yang tak masak.....
anda pula bagaimana? dah buat preparation for eid day?
asmaq akan upload semua gambar2 biskut yang asmaq buat....wait & see!

KEGEMBIRAAN DI BULAN RAMADHAN ADALAH SAAT2 BERBUKA PUASA
SELAMAT BERBUKA PUASA

::entRi uNtuK tEngKu fArHa::

wala weyhh....lama tak hupdate blog...
orang puasa, blog pun kena puasa jugak la kan.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEMUA
SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI IBADAH INI DENGAN SEMPURNA

entri kali ni nak tulis ringkas2 je....
khas untuk kawan asmaq kat UKM, tEngKu fArHa
last week is her birthday
harap2 dia baca entri ni....nak mesej tak de kredit, FB nye pun dah diactivate.

izzat...izzat... SELAMAT HARI LAHIR!!!!!
SEMOGA IZZAT MENDAPAT JODOH YANG BAIK DAN BERJAYA DALAM MENCAPAI IMPIAN.

asmaq & izzat @ midvalley

best kan dapat sambut birthday kat rumah...
tahun ni hanya dapat bagi hadiah ucapan dan ingatan je.
insyaallah, kalau ada rezeki lebih, adalah present untuk izzat.
semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke hujung nyawa.
insyaAllah

tabung untuk belajar ---->