Pages

Thanks my follower (^_^)


Friday, November 26, 2010

::sEminGgu PerKampUngAn::

Alhamdulillah....berakhir sudah perkampungan (Bengkel Perancangan & Pengurusan)...tapi itu tidak bermakna kerja kami sudah selesai. kerja kami akan bergerak walaupun cuti. asma sudah merancang ape yang akan dilakukan untuk cuti ni. sebagai 'pengarah pengemis' opkos la asma kena mintak duit daripada orang kan. tapi asma ada plan lain juga, asma nak buat kuih siput dan jual la kat sape2 pun..hehee

banyak input dan pengalaman yang asma dapat semasa perkampungan ini. kami dah jadi macam satu keluarga. meeting pulak tak la serius sangat...penuh dengan lawak masing2 dan ada je orang tersalah sebut perkataan kan...

~mesyuarat~
~proses menyiapkan kertas kerja~
sementara menuggu makanan siap...jangan buang masa! buat kerja....
~meeting lagi~
abang Razi...pensyarah kami
asyik meeting je...sekali sekala kluar makan sama2 jugak...
haaaa....ni nak cakap pasal makan. sepanjang perkampungan ni, kami stat breakfast petang dalam pukul 3. pastu makan malam dalam pukul 12 lepas meeting.
tak breakfast sebab kafe yang gilak tu tak masak pagi. so, kami terpaksa la ikat perut....
~pantauan daripada felo, abang mouse~
~ini laporan individu yang memeningkan kepala kami~
~pembentangan kertas kerja oleh Ketua Pengarah~
~sabo je la dengan penerangan beliau...buang masa je la terangkan benda yang tak berkaitan dengan projek kami~
horeyyy!! makan pree
makan came2 lagi...tyme ni dah ade yang balik...sebab tu sikit je...dah abih makan dengar citer pasal makhluk halus dan santau oleh fauzi & ammy....citer benar dan pengalaman diorang sendiri...kusyuk je semua dengar.
jejalan kat putrajaya...ini kali terakhir kami keluar same2 dalam perkampungan...

i will miss u all...selamat bercuti untuk pasukan dinner...HIDUP ANUGERAH!!!
cuti..cuti jugakk...jangan lupa kerja yang perlu dilakukan semasa cuti. dan jangan lupa kutip sumbangan untuk pemasaran ye!
Nice to meet u all....
moga ketemu lagi kita sem depan....buatlah persediaan dari segi mental dan fizikal untuk menempuhi kesibukan sem akan datang ini...chaiyok3!!!

















Tuesday, November 23, 2010

::IKHLASKAH KITA???::


Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi Ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.
Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas ;
Membantu seseorang sambil berkata,
" Ambillah, saya ikhlas. "
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak,
" Saya tolong awak ini ikhlas tetapi sedih kerana awak menolak. "
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,
" Yang Ikhlas " atau " Yang Benar "
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Tiada sesiapa yang mengetahui yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
Erti Ikhlas :
Murni, bersih, jenisnya sahaja dan tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung kerana apabila sudah bercampur dengan benda lain ianya sudah tidak tulen lagi.
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, membaca Al-Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar semuanya semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya.
Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu. Tujuannya hanya satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.
Sekiranya niat atau dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain Allah seperti riak, megah, glamor, pangkat, takut orang tidak suka, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka keikhlasannya telah ternoda.
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.
Khususul Nafs :
kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
  •  awal
  •  pertengahan
  •  akhir
Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata ;
" Inilah masanya nak jadi popular. "
" Aku akan jadi terkenal. "
" Dengan ceramah ini dapatlah duit poket. "
Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata ;
" Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis. "
Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata ;
" Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis. "
Waktu itu maka datanglah rasa riak hingga lupa semuanya itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah, tiba-tiba apabila siap sahaja rumah itu runtuh menyembah bumi.
Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab mempunyai rasa riak. Sifat takwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Monday, November 15, 2010

::rAya dAtanG lAgi::

SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG INI

hari ni bersamaan 16 november, sahabat2 asma di mesir sedang menyambut raya haji. best sangat suasana raya kat sana. raya haji lebih meriah daripada raya puasa kat sat sana. jalan pulak akan dibanjiri dengan darah binatang korban. yang uniknya...diorang sembelih binatang dalam bangunan. kat sana rumah bertingkat-tingkat macam rumah flat. tak de pun rumah sebuah2 macam malaysia ni. biasanya diorang akan sembelih binatang dalam bangunan rumah tu, tapi bukan dalam rumah..kat tingkat satu bangunan laa...
macam hari raya puasa jugak, diorang akan ziarah-menziarahi sahabat2 yang lain. kalau kat malaysia, kte dari bandar akan balik ke kampung untuk beraya. diorang terbalik sikit...dari kampung balik ke bandar untuk beraya.
inilah rumah di mesir

esok bersamaan dengan 17 november, giliran kita di malaysia pulak beraya. macam biasa asma akan beraya di kampung dengan saudara mara di pasir puteh, kelantan. orang kata raya haji kat kelantan meriah. memang meriah...sambutan dia same je macam raya puasa. kami akan ziarah-menziarahi saudara yang tak sempat nak ziarah mase raya puasa hari tu. biskut raya?? opkos la ada. yang kenduri2 tu biasanya diorang buat akikah. kampung asma jarang wat kenduri. kami cuma berkumpul saudara mara je. best sangat2....bukan senang nak berkumpul saudara mara ni. kadang2 dapat duit raya jugak tau. sape yang tak bagi tyme raya puasa hari tu, kena bagi tyme raya haji ni...hehe
baju raya asma untuk raya haji ni warna hijau....i like green!!!

SELAMAT BERCUTI UNTUK SAHABAT2 ASMA

Sunday, November 14, 2010

::BirtHday kAk tEh::

yea! yea! percubaan pertama buat kek 'slices cheese cake' asma menjadi...suka..suka...
dah lama nak buat cheese cake, semalam baru tercapai impianku. kek ni khas sempena birthday kakak asma yang ke-24....kek ni simple je bahan dia tak macam cheese cake. rase dia gebu dan penuh krim...yummy :>
nanti nak buat lagi laa. jiran2 asma pun suka. sedappp!!!
~dalam proses~
~tengah bakar~
~slices cheese cake~

satu lagi kek asma buat semalam adalah kek coklat kukus. yang ni tak jadi laa. bahan tak cukup. tapi tetap rase sodap.
ni la kek coklat..tak macam rupa kek langsung kan??

kakak asma pulak buat puding triffle. pertama kali jugak dia buat. tak menjadi, tapi sedap jugak...
~puding triffle~

kakak asma sorang lagi buat dadih. tak sempat nak ambik gambar dadih. seronok je menjamu orang makan. jiran2 asma tak tau pun jamuan tu sempena birthday kakak asma. tak kan la nak bagi tau plak. kitorang cuma nak test masakan masing2 je. 

 ni la kak teh asma yang semakin tua. dia sorang je kakak asma yang belum kawin.
semoga dia mendapat jodoh yang baik dan dapat membimbing ke jalan yang benar!!



Friday, November 12, 2010

::seGalaNya kAli pErtamA::

yippi...yippi...berakhir sudah sem 1 tahun 2....cuti...cuti....
cuti la sangat. asma ada dua perkampungan untuk projek sem seterusnya. sekali lagi akan asma main ulang-alik dari rumah ke ukm

lepas habis paper last hari tu, asma buat kerja gila sikit....sikit je...keluar malam balik pagi2 buta. pertama kali asma keluar lewat sebegitu rupa dengan kawan2 asma...hehe. kami gi putar2 putrajaya. walaupun asma selalu je pergi putrajaya, tapi masih samar2 lagi pasal jalan nak gi sana. nak bagi tau pun was2 je...dan biarkan je izzat tersalah masuk jalan malam tu. kelakar je tengok gelagat pemandu tyme tu...hahaa~

kami pegi putrajaya naik kereta famili izzat, vios hitam, keta idaman kakak asma tuu..pertama kali rasanya untuk sem 1 ni asma keluar mereka....
dan pertama kali asma keluar dengan fep's krew...tak sangka pulak asma akan keluar ramai2 dengan bebudak fep ni. 
pertama kali jugak la asma ada gambar di putrajaya ni...gambar sebelum ni semua duk dengan pak cik asma. nak mintak segan...hehe

pertama kali pegi masjid besi :>

yang paling tak sangka, asma tengok wayang. pertama kali dalam hidup asma tengok wayang. kitorang tengk citer 'raise of the mummy'....
sebelum ni bila izzat dan shaz ajak tengok wayang, asma selalu menolak....alasannya takut tertido dan membazir duit. tapi malam tu cepat je asma setuju. hehe...nak jugak rasa tengok wayang. wayang malam tu ok la jugak walaupun jalan citer dia entah ape2 entah...tapi ada part yang kelakar sebab tu asma tak tertido. rugi?? memang rase rugi...kena bayar 10 nggit untuk citer yang pendek tu. tapi tak pe, at least dapat jugak merasa tengok wayang...
lepas ni tak tahu lagi akan pegi atau tak tengok wayang. tengok keadaan la jugak.

Sunday, November 7, 2010

::ciTer k0s0ng::

hari ni dah masuk enam hari asma kat rumah. seronok?? seronok tu memang seronok. tapi hari ni je asma rasa tenang dan boleh rehat. kononnya rehat la...hahaa
urmmm...budak2..biasa la tu...tapi lama2 asma rase menyampah dengan budak2. asma memang tak suka budak yang mengada-ngada.....sepanjang asma duk rumah, asma dikelilingi budak2 kecik...jiran2 asma tu suka mari lepak kat rumah ni. tapi masalahnya tak tentu masa diorang datang. haishhh! sabo je laaa...

sebenarnya ada peristiwa yang berlaku semasa asma nak balik ke qlate ni minggu lepas..haha...tergelak je sorang2 bila kenangkan peristiwa tu. nak kata lucu tak jugak. tapi menakutkan..hehe..tak perlu cerita la. pengajaran untuk peristiwa tu, kemas la barang2 yang nak bawak balik tu awal2. jangan tiru perangai asma ni yang suka buat kerja last  minit.

pagi esok asma akan berangkat pulang ke ukm tanpa ditemani abang que. wahhh!!! ringan la beg ni tanpa abang que. jangan hubungi asma melalui FB ye, abang que akan ditinggalkan di rumah......
tapi ape yang asma riasu sekarang adalah....tiket raya dah abis...uwaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!
jiran asma kata nak tolong dapatkan tiket tu....waaaa!
takkan nak tumpang pak cik asma kot...tak nak...tak  nak...!!!

Monday, November 1, 2010

::taRikh peNting::

27/10/10 ---> International Business (8:30)
28/10/10 ---> Managerial of Accounting (8:30)
29/10/10 ---> Finance of Principles (3:30)
02/11/10 ---> Management Information System (8:30) 
03/11/10 ---> Balik Gua Musang
09/11/10 ---> Kembali ke UKM
10/11/10 ---> Business Communication (3:30)
11/11/10 ---> Pagi jumpa Doc...petang balik GM
20/11/10 ---> Balik Sg. Tengi...kenduri
21/11/10 ---> Check In Kolej untuk Perkampungan
28/11/10 ---> tamat Perkampugan...balik Semenyih (tak pasti)
29/11/10 ---> Balik Gua Musang lagi...yippi...yippi

hari ni 2 nov, asma sudah bebas dari empat paper.hari ni paling teruk rasenya..."dah la jatuh, ditimpa tangga pulak"..jawab exam dengan perut yang sakit dan kaki yang menggigil sebab jalan jauh, jauh ke??? ehhee~~ 
sem ni amik sikit je subjek... harap2 dapat lah baiki result yang lepas...tapi tak yakin sebenarnya dengan jawapan yang telah asma buat tu...huhuuu...tawakal jo laaa... 
esok pulak asma akan bertolak balik ke GM...moga asma selamat sampai ke pangkuan keluarga hendaknya... tak sampai hati jugak rasanya nak tinggalkan kawan2 asma yang tak balik untuk gap 10 hari ni. kesian diorang...tapi apekan daya, keluarga lebih utama.
janganlah ada yang merindui diri ini sepanjang asma balik rumah...kononnya ada orang rindu...ahakkssss! sape la nak rindu diri ini kan. asma ada ke..tak de ke...sama je kan....macam tak wujud je...heeeee~~~



::eNtah laaa::

diri ini dah semakin baik sikit selepas jumpa doktor tadi. disebabkan asma tak mo jadi budak degil, asma ikut je ape yang korang suruh. tapi alhamdulillah, asma dapat tau jugak apa masalah badan ini...hehee..thanks korang...lepas keluar dengan nurul tadi, badan asma terketar2...urmmm...may be tak makan nasi lagi kot. thanks nurul bawak gi makan angin lagi tadi :>
untuk pengetahuan semua tak de ye orang senggugut sampai 3 hari berturut-turut...kalau hari kedua sakit lagi, cepat-cepat lah jumpa doktor...jangan sesuka ati mau telan 'pil pink' tu...agak bahaya!!!

sekarang asma tengah panas pasal politik. pedih je telinga ni dengar....tempat asma sekarang tengah hangat dengan pilihanraya. asma rasa rakyat sekarang semakin kucar kacir disebabkan politik. waktu pilihanraya ni la diorang nak wat itu lah, nak baiki jalan lah, melawat orang sakit lah...lepas menang? sonyap...hampeh...disebabkan politik jugak lah rakyat kita hampir berpecah belah...bagi asma, politik tidak boleh dicampur aduk dengan agama. kita orang islam tetap perlu bersatu walaupun berlainan dari segi politik...kalau umat islam berpecah disebabkan politik semata-mata, musnahlah umat islam. dan jelas, umat islam sekarang memang ditindas dan dipandang hina. disebabkan pemikiran orang islam yang terlampau 'open minded', maruah kita tercalar...agama kita sekarang dipandang rendah...ya Allah...apa akan jadi pada masa hadapan...
dunia semakin berputar kepada zaman dahulu...zaman jahiliah...

ya Allah...semoga perhubungan keluarga kami tetap utuh...dan berharap sangat famili kami tidak berpecah belah disebabkan politik..I HATE POLITIK!!! kenapa perlu terlibat dengan politik...kenapa??????

tabung untuk belajar ---->