Pages

Thanks my follower (^_^)


Tuesday, August 31, 2010

:: sayang owh sayang ::

"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua?
Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?
Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee.....
Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."

***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKARCHANNEL***

 "Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorangcouple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."

"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".

**** PENONTON TERCENGANG! ****


"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah...
Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke 
exclusive?"
"Exclusive hape plak tu ustaz?"
"Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?"
"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."
"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"

"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."
"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". 

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Di dalam riwayat yang lain,
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". 

(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....
"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari ‘berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".

"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".

"Kalau jawab ikut exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah". 
Cakap-cakap orang...
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?

"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya'...
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang' inilah FITNAH".

"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
But women? Kita bercakap soal ‘exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"

"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk‘touch n go' ". 
Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping."
"Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu..."
"Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah..."
"Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu."
"Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."

" EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! "
"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
Perempuan... Biar dikerat empat, ‘kawan baik' itulah tempat dia curhat.
Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.

Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah'.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
‘Sayang'? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur'? Dah bagi kat abang angkat.
Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
‘Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot??? "


**** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ****

"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?"
" Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!"
(Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )

**** TUKAR CHANNEL BALIK ****

"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".
Allah menyebut didalam al-Quran,
35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

6 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).

"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"
"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar...."


**** BLACKOUT, TUTUP TV ****

Monday, August 30, 2010

aZaM 31 oGos

malam ni ada sambutan ambang merdeka di DECTAR, UKM. asma tak pegi pun sebab hari ni dapat banyak penyakit. hahahaaa...dah la kaki terseliuh tyme nak turun tangga.. pastu tulang pelviks ku terhantuk kat bucu pintu teksi....huhu...sakit yang teramat sangat. skang dah nampak kebengkakan itu. ini lah dikatakan 'sudah jatuh ditimpa tangga pula'.
nasib baik esok cuti merdeka. merdeka! merdeka! merdeka! disebabkan kesakitan ini asma terpaksa kurungkan diri dalam bilik. urmmmm.....azam untuk esok...asma mau jadi budak baik, pelajar yang rajin, anak solehah...ba..bla...bla...takkan azam ni untuk esk je? insyaAllah azam ni akan berkekalan untuk hari seterusnya ^_^
selamat menyambut hari kemerdekaan untuk semua!!!
dan selamat beramal dalam mendapatkan keberkatan 10 hari terakhir ramadhan ini..!!!



Saturday, August 21, 2010

# 11 ramadhan #

hari ni bersamaan 11 ramadhan....tadi pegi beli makanan sorang2 lagi...huhu..terpaksa gi burhan je sebab malas nak gi kolej sebelah....semalam pun jalan sorang2 pegi merantau kolej sebelah mencari makanan untuk berbuka...pada saat ini asma rindu dengan famili.....rindu dengan kawan2 matrik dulu. pengalaman kat matrik la paling manis bagiku. kami sentiasa bersama...berkongsi makan...segala2nya kami buat bersama-sama. kehidupan di UKM sangat jauh berbeza dengan kehidupan di matrik. kte perlu pandai membawa diri dan berani menghadapi apa jua dugaan...dan asma perlu tabahkan hati untuk hidup keseorangan. sekarang asma tau kenapa abang asma selalu ajar kami berdikari untuk hidup sorang2. waktu tu abang suruh kami ingatkan kat Tuhan je. manusia tiada di sekeliling kte. abang.....sekarang semua itu sudah menjadi realiti. terima kasih atas tunjuk ajar abang.sekarang asma perlu belajar untuk kuatkan hati ini. asma tak nak menjadi wanita yang lemah.....walaupun asma keseorangan...tetapi asma terasa ada benda yang sentiasa menemani asma sepanjang bulan ini. urmmmm.....asma tau ada makhluk lain lagi yang diciptakan Allah didunia ini termasuklah malaikat yang sentiasa mencatat markah untuk kte ^_^

ya Allah...2 minggu lagi kami akan meninggalkan bulan yang mulia ini. semoga amalan yang asma lakukan di bulan ini akan diterima oleh Allah s.w.t......semalam asma terkejut bace status seseorang tu kat fb....statusnya b'bunyi "dah 10 hari kita berpuase,,,erm,,xterase pon...xsabar nak tggu raye plak..." 
tak terase pon???? adakah dia ikhlas? atau dia berpuasa kerana adat bukan kerana ibadat??? tak sabar nak tunggu raye??? wahai manusia hargailah bulan ini sebaik2nya. bulan ramadhan ini hanya datang sekali dalam setahun. adakah kte pasti kte akan bertemu lagi bulan ramadhan ni pada tahun akan datang. ajal maut di tangan Tuhan. ramai manusia berebut-rebut utk mendapatkan pahala di bulan ini yang sudah pastinya pahala yang berganda-ganda. marilah kte sama2 menghidupkan bulan ramadhan ini dengan membaca al-Quran, solat tarawikh dan banyak lagi benda yang kte boleh buat untuk kte mengabdikan diri kepada-Nya. 
Ikhlaskan diri dalam melakukan ibadat !!!!

Wednesday, August 18, 2010

# x-cident #

hari ini 9 ramadhan...lame sgt tak update blog...ada org tegur semalam sbb tu la asma terasa nk m'update blog.
spanjang ramdhan ni asma memang jarang gi tarawikh...hehe...ikut kawan la katakan...tp mlm 1 ramadhan kami pegi tarawikh di masjid UKM...rakaat terakhir tarawikh tu tiba2 air jernih keluar dari mata ini. malam tu mmg asma tak kusyuk. banyak bnda asma pikir. bukan senang kan nak jaga hati manusia ni. adakah orang itu juga menjaga hati asma. asma sudah penat dengan manusia2 itu. asma tak nak citer benda ni lebih2. takut terbuka aib org plak....
semalam bace metro...tiap2 hari ada je kemalangan jalan raye. tiba2 je t'imbas kembali tragedi yang menimpa abg asma ramadhan thn lepas. dia terlibat dengan kemalangan yang paling teruk. lori langgar kereta dia sampai hancur. dia berlima dalam kereta tu...alhamdulillah abg asma selamat. seorang koma (skang dah sedar). 3 orang lagi meninggal. semoga roh arwah ditempatkan dlm kalangan orang yang beriman. asma ingat lagi, kejadian tu berlaku hari jumaat 2 minggu sebelum raye. pada hari jumaat tu jgk la laptop asma tak berfungsi, hati asma tak tenang...terasa macam ada benda yang berlaku...semua benda yang asma pegang jatuh. tyme nak suap makanan ke mulut pun tiba2 makanan tu jatuh. perfume asma pecah. asma masuk kelas hari tu pun tak bleh nak tumpu sangat. kawan asma ada jgk suruh asma call rumah tanye kabar. tapi asma call keesokan hari tu. ma kate semua sihat. sehinggalah abang asma sorang lagi anta mesej "tau dop, a.cik exident teruk. kte balik raye awal skit tau". sebak je hati tyme tu. msj tu dterima 1 mggu slepas abg excident. kalau bleh tyme tu jgk asma nak balik. kenapa ma asma sembunyikan semua tu? ma kate tak nak bagi asma bimbang. tapi ma, asma dpt rasekan semua tu. asma balik raye 4 hari sebelum raye kalau tak silap. dlm perjalanan abg asma tunjuk berita exident tu kat paper metro. memang hancur kereta tu. kereta tu abg cik yang punya. sampai je rumah, asma ternampak abg t'baring lemah di ruang tamu. tyme tu asma cepat2 masuk bilik. tak sanggup tgk dia & asma tak bleh tahan air mate dr mengalir keluar. ya Allah..hanye dia je yang merasa kesakitan itu. Allah masih bagi dia peluang untuk hidup. mungkin ada hikmah disebalik kejadian. semua orang tak sangka macam mne dia bleh terselamat tyme tu. sedangkan keretanya hancur lebur. alhamdulillah...kuasa Tuhan sangat besar. raye thn lepas kami ala kadar je. dlm perjalanan nak balik kampung, abg asma tak bleh pandang ke luar. dia trauma dengan exident tu. dia hanya mampu t'baring di rumah tok wan je. semua sepupu2 takut nak dekat dgn dia. huhu...dia memang tak bleh dipegang. dia tak luka diluar. tapi dalamannya je yang teruk...lebam2...
semoga puasa abg cik thn ni lebih sempurna & rye akn datang akn memberi makna padamu! tabah lah menghadapi setiap dugaan. jangan dikesali dengan ape yang terjadi....
~ini lah abang cik asma~

Monday, August 9, 2010

kenapa laa sejak akhir2 ni rse kesunyian je...urmmm...tp alhamdulillah...hujung mggu lpas asma ditemani oleh my best prenzz, toffy sha again ^_^ thanks frenz kerana dpt meluangkan mase b'sama2...happy bersamamu walaupun duit banyak melayang....tp tak pe melayang utk famili jgk...rase seronok je ble kita dpt beli something utk famili kan...asma shopping barang utk adik, ank2 buah & kawan....utk ma & ayah akan datang!!! tak tau nk bli ape utk ma & ayah....
tak lupa juga kpd kakak angkatku, nurul fyda sbb luangkan mse sparuh hari b'sama asma...bwk gi jln2 & breakfst kat luar...sedappp...mkn roti canai kapas..*gmbar xleh nk upload plak, tak tau knape....nak tunjuk btape bsarnya roti canai kapas tu...yg paling best pegi lepak kat dataran gemilang....kbetulan plak abang tu tgh buat demo silat...i like him...suka tgk muka dia je.....muka yg kelakar :> sabar je cik nurul mlayan kerenah asma tyme tuu....trima kasih banyak2 nurul!!!
harap2 hujung minggu yang akan tak akan m'bosankan asma...asma tak suka hujung minggu...tp sepanjang bln puasa ni asma dah plan utk gi merempat rumah keluarga angkat & sedara mara....semoga tiada halangan utk asma gi sana....!
asma juga ingin kurangkan berfacebook....kadang2 ada post yg mnyakitkan ati asma...kadang2 jgk asma t'salah faham dgn post org....dan asma tak nak org t'salah faham & sakit ati dgn post asma....slepas ini asma perlu tapis dulu sbelum mngeluarkn post....tp skang bkak fb skadar cek mesej je...kadang2 layan jgk post org, post yg ada kaitan dgn asma je...minta maaf kpd kawan2ku jika asma ada menyakiti korang melalui fb...harap2 semua ni tak berlaku la kan ^_^

Wednesday, August 4, 2010

::ragam manusia::

Sebelum ni asma tak pernah ada perasaan benci @ tak suka kat orang....asma anggap semua manusia tu same je. dan kalau boleh asma nak berkawan dgn semua org tak kira pangkat, umur, jantina....
tapi semalam perasaan yang baik ini smakin luntur...asma mula bersangka negatif terhadap orang tu...asma cuba jgk hapuskan perasaan ni. tapi tak berdaya sbb asma dah bersabar selama setahun bersamanya. walaupun kami tak begitu rapat..tapi kami saling mengenali...asma selalu juga tegur dia tp dia buat dekkk je. may be dia tak dgr suara asma. itu asma bleh terima. tapi semalam kami bertembung lg...asma nak tegur...tapi tak terkeluar suara sbb tgk muka dia yg tak mesra rakyat tu. at least balas la senyuman orang. nak kate dia sombong tak kot...itu la org yg paling pelik asma jumpa. tak de perasaan. dan asma pun tak de perasaan nak layan dia. dia buat2 tak knal dgn asma. asma pun bleh buat2 tak knal dia.tapi asma ttp akan tegur dia kalau asma rse nak tegur...biar la dia wat tak kenal pun...dia adalah saudara seislam asma. asma perlu jaga ukhuwah terhadap saudara sendiri. sedangkan asma boleh bertegur sapa dgn bdk cina (walaupun tak kenal), takkan saudara sendiri asma nak bermasam muka plak....asma bukan benci...tapi tak suka dgn sikap dia.
kepada yang mengenali asma...kalu ada salah silap @ tak puas hati dgn asma, tolong terus terang & kritik la nak kritik apa pun...mungkin asma boleh ubah ape yg org tak suka terhadap diri ini.
jgn semaikan sifat benci dalam diri sendiri...sentiasalah bersangka baik terhadap org lain...!!!!

tabung untuk belajar ---->