Pages

Thanks my follower (^_^)


Sunday, February 26, 2012

::Pasir dan Pantai::

Assalamualaikum w.b.t.

today I want to share my activities last week...
Finally, I go to the beach U know..
dah lama sangat kempunan nak pi pantai...Saya suka PASIR dan saya suka PANTAI dari kecil lagi....hujung minggu lepas asmaq balik ke teratak tok wan. pertama kali pandu sendiri ke sana, yang jaraknya lebih kurang 36 km je...tak jauh pun. tapi asmaq bawak kawan sorang sebagai teman dan sebagai pembaca papan tanda jalan...hahahaa...kalau bab2 jalan ni, asmaq memang susah nak ingat...terpaksalah bawak pemandu pelancong kan.

keesokannya, asmaq dengan berani je pandu kereta sampai ke besut, dari pasir putih. nak pi jalan2 punya pasai...terpaksalah beranikan diri kan. asmaq pi jalan2 rumah mak sedara dan kebetulan dia ajak pi berkelah kat pantai. macam tau2 je kita ni tengah kempunan dengan pantai (^_^)

ni kawan baru asmaq yang merangkap sebagai pembaca arah jalan bila asmaq nak gi mana2...hehehee

nama pantai tu Pantai Bukit Keluang..alaaaa..yang dekat dengan pulau perhentian...lepas ni nak plan ke pulau perhentian pulak. eh, plan seterusnya nak ke Hot Spring la...asmaq tak pernah pergi kat kolam air panas...waktu2 gini lah nak jenjalan kan. lepas ni tak tau sempat ke tak nak penuhi kehendak hati ni.

keesokan harinya pula, asmaq dan kawan tadi join majlis maulud dekat dengan rumah tok wan. buat pertama kalinya asmaq join majlis ni. sangat teruja!

Majlis Maulud

Sangat teruja sebab pertama kali dengar orang selawat dalam bahasa melayu. selama ni asmaq dengar je selawat tu tanpa faham ape maksud nya. tapi kat majlis ni asmaq dapat jugak hayati maksudnya.

alhamdulillah...sepanjang perjalan asmaq yang pertama kali pandu sendiri tu, banyak melatih diri ini untuk lebih kuat dan berani kat atas jalan raya. memang tak dinafikan lah, banyak sangat benda yang terpaksa alami. manusia ni kan macam2 kerenah nya. kita tak langgar orang, tapi orang boleh langgar kita. alhamdulillah, asmaq dan kawan selamat dalam penjelajahan tu. walaupun dalam fikiran ni macam2 duk fikir sebab asmaq bawak kereta jauh2 tanpa restu parents. parents asmaq setakat ni tak tau lagi asmaq bawak kereta jauh2 sampai ke besut nun...hik3x

dan nak cakap jugak yang hari ni asmaq pakai tudung baru...beli kat kuala besut...murah woooo!

I like this Scarf..and most like that colour (^_^)
tapi mukaku nampak pucat....aish...muka tak cukup malan ni...huhuuu

itu gambar aa baru ambik lepas sesi perbincangan bersama bos. nasihat dari bos tadi ialah "kita perlu teliti dalam membuat sesuatu kerja...imej kita bukan terletak pada pakaian je, malah produk atau kerja yang kita keluarkan"
thanks bos...saya suka pegawai baru ni..dia suka kongsi ilmunya dan tak memandang redah terhadap pekerja bawahannya...Kagumlah!

Tuesday, February 21, 2012

::Kerja *cerita (2)::

Assalamualaikum w.b.t.

terutama sekali saya mahu ucapkan tahniah kepada kawan2 yang dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang terutama kepada sahabat saya yang dapat dekan tu kan. semoga kamu dapat kekalkan prestasi itu dan buat yang lebih baik lagi untuk sem2 seterusya...saya tumpang gembira lah ye (^_^)

kembali kepada kehidupan kerja saya...alhamdulillah...pejam celik pejam celik dah tiga minggu saya berkhidmat di pejabat ni. dah dapat tahu sikit2 perangai pekerja kat sini dan kedudukan pejabat ni. SERAM!!!!

macam pensyarah asmaq cakap la sebelum ni, kat tempat kerja nanti kita kena berhati-hatilah dengan orang yang gatai atau dengan kata lainnya suka mengambil kesempatan. itulah yang menakutkan asmaq. harap2 semua pekerja kat sini baik2...tapi tak dinafikan la mesti ada sorang dua yang meragukan fikiranku....kita tengok lah macam mana.

tentang kedudukan pejabat ni, dah ramai dah yang kata blok asmaq dan blok sebelah ni kerah....memang la keras sebab dinding batu kan...tiang pun batu....hahahaa....harap2 kami dijauhkan la daripada gangguan2 makhluk lain...
pernah sekali lampu kat pejabat asmaq duduk ni terpadam sebab ada orang tengah buat kerja pembaikan kat bilik pengerusi. dengan cepatnya bos asmaq suruh keluar dari bilik. asmaq duk merempat kat bilik mesyuarat je. waktu tu asmaq tak tau ape2, dengan slow2nya kita keluar dari bilik tu. lepas tu baru lah ada orang cakap sebab apa bos suruh keluar cepat2 waktu lampu terpadam....meremang bulu roma aih!

lupakan lah pasal tu...memang di bumi ni bukan manusia je yang ada kan....harap2 kawan2 di sini kuat semangat menghadapi hari2 seterusnya....

Gambar semasa...tengah ngantuk ni...masih larat lagi update blog...tapi tak larat nak wat keje...fenim...blhe tak cam tu?


p/s: tak sabau nak pi picnic kat pantai dengan warga SUK (^_^)

Saturday, February 18, 2012

::Kerja *cerita (1)*::

Assalamualaikum w.b.t.

Minggu ni dah minggu ketiga asmaq masuk bekerja...alhamdulillah...dah dapat biasakan diri sikit2 dengan suasana sini. entri yang lepas asmaq kata asmaq nyesal pilih tempat ni. ok, minggu ni nak tarik balik kata2 tu. sekarang baru rasa seronok sebab ada kerja untuk dibuat dan kakitangan kat sini semua ramah dan mesra. awal2 biasa la tu kalau rasa boring....

asmaq mau tabik spring la kat pejabat ni...tiap2 pagi dia akan mulakan dengan bacaan doa dan bacaan ayat suci al-Quran... kat pejabat lain ada buat macam ni? kalau kat kuliah asmaq dulu pun tak de nak mulakan dengan doa sebelum belajar. pandai2 sendiri lah kan baca. tapi kat sini, tepat je jam 8 pagi bergema lah doa supaya kerja dapat lakukan kerja kita dengan baik dan diberkati oleh Allah SWT. kalau waktu rehat pulak akan dengar pulak bos asmaq pasang bacaan ayat2 al-Quran....

dengan cara macam ni kan, hari2 kita akan rasa dekat kepadaNya. walaupun kita tak baca, at least we can hear it. tapi satu je masalah asmaq sekarang ni. asmaq tak sanggup untuk menghadapi waktu malam...al-maklumlah, kita tidur sorang2. terasa macam duk sorang2 je dalam rumah walaupun ada orang. tapi nak wat cam ne, terpaksa lah beranikan diri walaupun semangat ni kadang2 lemah dek dugaan. duk kat ofis pun boleh terbayang-bayang something...ughhhh! sabor je laaa..


#p/s: sekarang asmaq busy buat laporan pejabat...gambar kawasan kat sini pun tak ambik lagi :(

Wednesday, February 8, 2012

::Penghijrahanku ke Kelantan::

Assalamualaikum w.b.t.

Boss saya kata kalau nak bagi salam kena sebut secara penuh (^_^)
sambug balik cerita, selepas tamat final exam hari tu asmaq berhijrah balik ke Kelantan. Famili asmaq datang dengan dua buah kereta tu, bayangkan betapa banyaknya barang2 asmaq. kami bermalam di rumah pak cik asmaq dulu sebelum bertolak balik kelantan. al-maklum la kelantan ka jauh...kononnya....driver pun mesti la penat.

ni cousin asmaq yag suka bergambor...malas nak pusing2 gambar dia..hehee

selepas balik rumah, keesokan hari terus balik kampung merayakan Tahun Baru Cina (kononnya). best sangat sebab dapat berkumpul dengan saudara mara. lagi best asmaq masuk bendang dengan sepupu2. kononnya mereka nak tangkap ikan la kan, tapi sekor pun tarakkk...

ni la cousin asmaq yang suka sangat mengail...action je lebih...ikan nye tak de. yang dalam bekas tu dia tangkap lintah.

ni ambik gambar ala-ala ombak rindu la kan...ni bukan ombak rindu tapi angin rindu....hehehee...memang rindu kan angin kat sawah pun (^_^)

selepas balik kampung, asmaq berjimba dengan kawan2...ni aktiviti wajib kami bila cuti. rancangan asal nak pergi makan2 kat Restoran Dalam Taman kat Gua Musang. dah lama asmaq teringin nak maka kat situ. tapi kami silap hari daa...pergi hari jumaat, restoran tu tak bukak hari jumaat. then, ke KFC jugak la destinasi kami. then hen then, kami pergi merenung masa depan masing2 di tasik GM.

ni la kawan2 sekolah dulu...bila la depa ni nak kawin...tak sabor den nak merasa nasik minyak kawan2...huk3x

selepas itu asmaq keje la untuk seminggu, masuk jugak la kan sikit duit poket. sekarang asmaq dah seminggu menjalani latiha industri di daerah orang dalam negeri sendiri. kadang2 rasa macam tempat asing je kat sini...orang kelantan kata 'daghat'....hahhaa

ok, lain kali asmaq citer pasal pengalaman bekerja kat sini. baru je seminggu duk sini. nothing to say la. untuk sekarang asmaq rasa boring sebab tak dapat tugasan lagi...boss pun sibuk je. tak dinafikan timbul sedikit perasaan menyesal pilih organisasi ni. bukan tak ok, pengurusannya sangat baik. tapi nothing to do. harap2 lepas ni ada la kerja nya la kan. harap sangat2!!!

tabung untuk belajar ---->