Pages

Thanks my follower (^_^)

Saturday, February 18, 2012

::Kerja *cerita (1)*::

Assalamualaikum w.b.t.

Minggu ni dah minggu ketiga asmaq masuk bekerja...alhamdulillah...dah dapat biasakan diri sikit2 dengan suasana sini. entri yang lepas asmaq kata asmaq nyesal pilih tempat ni. ok, minggu ni nak tarik balik kata2 tu. sekarang baru rasa seronok sebab ada kerja untuk dibuat dan kakitangan kat sini semua ramah dan mesra. awal2 biasa la tu kalau rasa boring....

asmaq mau tabik spring la kat pejabat ni...tiap2 pagi dia akan mulakan dengan bacaan doa dan bacaan ayat suci al-Quran... kat pejabat lain ada buat macam ni? kalau kat kuliah asmaq dulu pun tak de nak mulakan dengan doa sebelum belajar. pandai2 sendiri lah kan baca. tapi kat sini, tepat je jam 8 pagi bergema lah doa supaya kerja dapat lakukan kerja kita dengan baik dan diberkati oleh Allah SWT. kalau waktu rehat pulak akan dengar pulak bos asmaq pasang bacaan ayat2 al-Quran....

dengan cara macam ni kan, hari2 kita akan rasa dekat kepadaNya. walaupun kita tak baca, at least we can hear it. tapi satu je masalah asmaq sekarang ni. asmaq tak sanggup untuk menghadapi waktu malam...al-maklumlah, kita tidur sorang2. terasa macam duk sorang2 je dalam rumah walaupun ada orang. tapi nak wat cam ne, terpaksa lah beranikan diri walaupun semangat ni kadang2 lemah dek dugaan. duk kat ofis pun boleh terbayang-bayang something...ughhhh! sabor je laaa..


#p/s: sekarang asmaq busy buat laporan pejabat...gambar kawasan kat sini pun tak ambik lagi :(

No comments:

tabung untuk belajar ---->