Pages

Thanks my follower (^_^)


Monday, July 25, 2011

::Tanpa roti, Perut tak kenyang::

selamat petang semua...!!! 
(gaya sheila rusly)
hari ni nak share pasal makanan lagi.
al-maklum lah orag tak de koje...makan je la koje nya...
lunch semalam asmaq buat sandwich inti tuna yang dimasak kering, tujuannya nak buang air...pestyme makan tuna omega, tak leh telan, nak muntah rasanya. so, asmaq masak ler. then letak jugak telur yang digoreng separuh masak. yummy! sedap sangat bila tegok kuning telur tu meleleh cair...
kalau ada sayur sala lagi besh..
mulanya ingat nak masak tuna dengan telur...kebetulan ma asmaq goreng telur untuk makan dengan nasi goreng. ambik je telur tu, senang koje.

roti tuna asmaq

brekpes semalam dengan roti, lunch dengan roti, dinner pun dengan roti.
terbawak-bawak ke rumah pulak tabiat makan roti ni.
duk kat hostel selalu sangat makan roti...jarang sekali nak beli nasi.
orang yang malas katakan.
kalau takde roti jawabnya ikat perut la dekat hostel tu.

itu kat hostel, kat rumah selang seli makan nasi.
 hari ni makan nasi, esok makan roti..
bukan diet, tapi malas nak suap nasi....
hohohooo

Sunday, July 24, 2011

::Nuzam's Pricess made Pizza::

wink...wink...finally we make pizza...
actually, dah lame nak post entri ni...tapi ade je halangannya....
 pizza ni buat hujung minggu2 lepas....saje2 nak mengimbau kembali zaman2 kakakku tyme bujang dulu yang suka buat pizza. pizza made by three of Nuzam's princess. sorang buat doh, sorang lagi canai doh and me tukang bakar..

first bakar...hangit keju je...tapi tetap sodapp!!

yang ni paling besar....kami bakar atas tudung periuk je

inti banyak lebih....so, I made pizza based of bread...very nice!
kami buat setengah kilo gandum, dapat buat lima keping pizza...best wooo...sarapan pizza, lunch pizza, dinner pun dengan pizza. bagi jiran dan kawan2 sikit. tapi lagi sedap kalau tak letak daging cincang.

roti telur

roti tu buat pagi tadi...first tyme rasenya bangun pagi2 terus mengadap kuali untuk buat benda tu.
kakak asmaq yang nak bawak bekal untuk perjalanannya ke terengganu.
kalau tak buat kang kempunan pulak dia....dah la semangat gi beli roti malam tadi...

#tension betui nak upload gambor...so slow maaa

Monday, July 11, 2011

::I want to give a hug to you::

salam sore....salam sore...
hatiku senang banget....rupa2nya boleh jugak cek result walaupun tak bayor yuran.
thanks to my friends coz give me that information (broken english)

lepas check result tadi, rasa nak lompat tinggi.....nak peluk Dr. N....
thanks Dr. N give me that result....walaupun tak solid, asmaq tetap bersyukur.
selama 3 bulan bertarung kekuatan belajar subjek Dr. N sangat memeritkan, but she give me a medicine...terubat segala luka dan kudis selama belajar bersama Dr. N.
asmaq harap kawan2 yang seperjuangan pun dapat result yang baik dan lebih baik daripada asmaq.

lepas ni may be asmaq tak belajar dah dengan Dr. N...bukan benci...tapi stress dengan tugasannya. lagipun subjek sem depan asmaq tak de kena mengena dah dengan Dr. N.....cukuplah setahun lebih kita bersama. but I still wnt to see U for saying 'TERIMA KASIH'..pensyarah yang banyak memberi semangat untuk belajar. U are the good lecturer....
thanks Dr. N....if U ada kat sini sekarang, I want give U a hug...sayang Dr. N lebih2!!!!

::Result Shortsem::

rupa-rupanya hari ni dah boleh cek result shortsem laaaa....
awal banget...

asmaq punya result?
bila dapat tau dah boleh cek, asmaq cepat2 buka smpweb untuk cek.
sedih hati ini....hancur luluh....nak nangis kuat2...

bukan sebab result, tapi sebab tak leh cek result
lupa pulak yang asmaq ni tak bayor yuran lagi.
sistem tu cakap "keputusan anda disekat kerana terdapat yuran yang belum dijelaskan"

hatiku meloncat-loncat dah ni...i just want to checking my HRP's result...
owh! lupakanlah asmaq kalau tak mampu nak bayar yuran tu....

::Tandas Seram::

selamat pagi-pagi buta....
nenek saya kata tak elok tidor lepas subuh. disebabkan tak der keje, saya main la game. hak3x...
dah habis game, hupdate blog.

ada citer seram. kalau mudah takut jangan baca.
cerita berlaku di sekolah dulu2.
zaman dulu, saya tak suka masuk tandas waktu cikgu mengajar.....so, tahanlah sampai cikgu habis mngejar.
waktu tu subjek BM. saya ni tak suka BM....apalagi, tidor la dalam kelas....cikgu panggil nama berkali-kali pun tak sedar lagi. bila cikgu keluar baru la saya bangun, dan terus keluar berlari-lari nak gi tandas.
suasana tandas dah la gelap, kira firstime la waktu tu saya nak masuk tandas sekolah tu sebab saya ni tak suka masuk tandas sekolah. selepas masuk tandas tu, tak sangka ada aircon....bersih....wangi...
bila berdiri depan pintu jamban, pintu terbuka sendiri....terkejut beruk den!
saya beralih ke jamban lain, pun sama, pintu terbuka sendiri bila berdiri depan tu.....dalam hati anggap je sekolah ni canggih walaupun tandas je yang elok. bila masuk je jamban, sekali lagi terkejut beruk....paip berbentuk orang daaaa....
apa lagi....tersedar lah asmaq dari mimpi yang seram itu......

aduhai!!! lain kali tidor basuh kaki....
semalam asmaq pegi sekolah teman kawan yang ada keje. jumpa la cikgu2 lama....
sampai terbawak-bawak dalam mimpi pulak. suasana sekolah tu dah banyak berubah....pelajar2 pun dah banyak berubah. tak macam zaman asmaq dulu2 (zaman kami baik2).....apa nak jadi la dengan budak sekarang....haish!

Thursday, July 7, 2011

::I want to say soorry...::

orang selalu kata setakat mintak maaf tak cukup.....
hari tu saya main ambik gambar kat blog orang, lupa nak mintak izin.
heheee....dah lama sangat tak cakap pasal blog orang.

dengan ini saya sekali lagi mintak maaf kepada tuan punya blog my lives & my love. teruja sangat degan hiasan penkek anda yang cute mute sampai lupa nak tinggalkan komen.

niat untuk buat penkek tak jalan2 lagi....jalan2 je yang melebih....haish!
hari ni nak kuar jenjalan lagi....menziarah rumah kawan yang selalu asmaq pegi (^_^)
famili dia dah macam famili asmaq sendiri dahh....

Wednesday, July 6, 2011

::Hasil Masakanku::

bangun pagi, gosok gigi,
ngadap laptop, hupdate blog lagi...
(pantun ntah hape2)

sepanjang cuti ni asmaq baru buat dua benda....tyme rajin je masak2 ni (~_^)
my first masakan....jeng...jeng...jeng!!!!


makaroni bakar

makaroni bakar ni buat sempena birthday anak sedare asmaq, nusaibah yang genap empat tahun. dah lama tak buat benda ni, tak berapa menjadi sebab makaroni berterabur. buat serta merta la katakan, tak cukup bahan, main hentam je. tapi asalkan boleh telan ok la tu....

cucur bawang

haaaaa.....ni la cucur yang asmaq buat dua hari lepas untuk makan petang.cili tu sebagai hiasan je, kebetulan dah ada kat depan mata. asmaq bukan letak bawang je, siap letak Deli Chicken lagi. sebenarnya nak letak udang, tapi malas nak siangkan.
cucur ni dijamu bersama jiran2. sampai tak cukup derrr. satu kepuasan dirasa apbila orang dapat makan ape yang kita masak.

yang selalu asmaq buat adalah dadih. buat masa gi berkelah dengan jiran2 minggu lepas. akan datang, i will make a pizza and biskut raya.
opps!!! biskut raya ni nak buat sample je. nak ambik tempahan awal2.....my jiran akan tolong asmaq untuk buat biskut dan dia yang bagi support untuk asmaq buat semua.
dari duk goyang kaki, baik tambah duit....dalam masa yang sama boleh la exercise sikit. i don't want to be a fat girl.....huhuuu

tugas asmaq sekarang, mau cari resepi biskut....zasssss~~

Tuesday, July 5, 2011

::Kojeku Main Masak2::

today is nothing to do.....dah nak dapat koje, parents plak tak bagi sebab orang tu garang.
kalau nak koje tu senang je kat sini, berlambak....tapi parents asmaq susah sikit nak bagi kalau tak kenal sape pemilik perniagaan tu....hohohooo

tadi my ma kate koje je kat rumah ni, nanti bayar la tiap2 bulan. huh! nak buat ape kat rumah? berapa la sangat nak baginye? kalau keje kat luar ni boleh la tanggung yuran yang tertangguh tu,..nak beli top up lagi...barang peribadi lagi...nak format laptop pun terpaksa ditangguhkan....kalau pakai kete, kena bayar minyak lagi.....huaaaarghhh! nak keje.

tapi tak pe, untuk mnghilangkan boring, kita main masak2....eheehee
lepas tengok citer 'penkek jagung lempeng kelapa' tadi, terus teringin nak buat penkek. kecur air liur tengok penkek dia....

yummy! shedapnyeee penkek...


skarang tengah intai2 resepi penkek. nak buat bila pun tak tau ler...intai2 je dulu. menu petang ni kita makan cucuq bawang je laaa...

ok chow! nak main masak2....ho yaeh!!!!!

Monday, July 4, 2011

::BBQ Sambil Beramal::

inilah aktiviti waktu cuti, BBQ Sambil Beramal....beramal ape pun tak tau.  mintak simpati dari orang ade lah. nak BBQ, tapi lupa nak bawak mancis. nasib baik sorang budak muda kat situ baik hati nak bagi pinjam mancis dia.

biasanya aktiviti kami bila cuti setakat jumpa dan makan2 kat KFC je. kali ni advance sikit, wat BBQ kat Gua Madu. gua ni antara tempat yang popular la bagi warga gua musang untuk berkelah, dan aktiviti popular kat sini adalah bermadu kasih. orang luar tak tau kot tempat ni, kat gua musang ni popular dengan Gua Cha je bagi orang luar. sape yang pernah alami alam sekolah menengah mesti pernah belajar pasal Gua Cha dalam subjek sejarah. asmaq duk kat sini lama pun tak pernah pegi gua Cha. panjat gua pun tak pernah.

tujuh puteri yang terlibat dalam aktiviti BBQ

tujuh orang tu semua my classmate waktu sekolah dulu. ajaknya ramai. yang betul2 free, ciput tu je. tapi takpe,  mereka tetap happening....dengan gelak ketawanya... pakai tema lagi, black and pink...kelllass gitu. yang paling kelas ada sorang tu kan..yang tak minat pink tu kan...sanggup gi beli pakaian warna pink semata-mata nak memenuhi tema.....semangat kekawanan!!!!

waktu perpisahan dulu kita bakar satay (ingat tak?)...kali ni bakar ayam derr...

pocing...pocing...pastu makan...makan

lepas makan2...kami pegi panjat gua....eh tak, naik guak....eh bukan, melawat gua. kami jalan2 kat kaki gua tu je. takkan nak panjat dengan kasut2 cantik kot. 
orang kata, nama gua madu diberikan sebab kat puncak gua ada madu. tak tau la betul ke tak. kalau ade pun, hanya orang tertentu je boleh ambik madu tu. al-maklumlah,...kalau ada madu mesti ada lebahnya...

comam tak??? ada style lah....

nak turun dahhh

tengah cakap2 pasal selipar cik ta yang putus

gediks punya posing

surau dalam gua...yang ditunjukkan oleh kawan asmaq, faezah tu adalah kubur. tak tau la betul ke tak kubur, tapi nampak gaya macam kubur. 

ini jambatan yang perlu ditempuhi untuk ke Gua...nampak tak motor tu...kami yang jalan kaki pun rasa gayat, berani pulak budak2 ni naik motor atas ni

dah banyak sangat kot upload gambar ni....sikit2 udah la yerr...
BBQ yang sangat seronok...terima kasih kepada yang menjayakan aktiviti ini. cayam kamu cemua....nanti kita gi 'monggek' pulak naa...kih3x

lupa lak nak cakap lagi....nampak tak air warna ape kat atas tu. sedap tu kalau diminum. dengar kabar, tempat ni boleh mandi, tapi sape yang sanggup nak mandi dengan warna air cam ni. kedalaman dia pun tak leh nak agak.
satu lagi, kat gua madu ni ada sebuah warung. so, kalau saje2 nak lepak2 minum kopi sambil borak2 pun boleh...tak semestinya berkelah. lepak lama2 pun tak pe, surau kan ada.

sekian sahaja....bye2~

Saturday, July 2, 2011

::Rehlah Ikatkan Silaturrahim::

semalam bersamaan hari jumaat merupakan kali pertama asmaq dan jiran2 pegi berkelah sama2. sebelum ni setakat buat jamuan je kat depan rumah masing2.

dan pertama kali asmaq pergi di sungai relau, taman negara pahang. biasanya kalau sekolah nak buat aktiviti berkemah, disinilah tempatnya. tapi tahun asmaq sekolah tak de la pulak nak berkhemah kat situ. tempat dia skang best woooo....

pintu masuk

sebelm masuk kena daftar nama dulu

'
kita makan dulu baru mandi

tugas bapak2...bakar ayam dan ikan

aktiviti mandi manda bermula

menu tengah hari

lepas makan2 and solat jumaat (lelaki je)....kami sambung mandi2 lagi. kali ni main bola dalam air. tak de orang nak ambik gambar sebab semua terlibat main2 ni.... best sangat2, lelaki lawan pompuan.
memang catat sejarah arrr..satu hari suntuk mandi sungai
lepas asar, kami siap2 untuk balik. tapi sebelum tu gi round2 tengok ikan kelah sambil bergambar kenangan.

tengok ikan kelah....besar2 ikan tuuuu

antara yang terlibat....waktu ni ada yang tengah solat dan ada yang dah balik dulu

inilah jiranku yang jugak kawan sepermainan....tak de yang sebaya nak main dah

berlatar belakangkan replika ikan kelah

kemas2 untuk balik

jarang sekali dapat sama2 dengan jiran2 macam ni. yang kurang keluar dari rumah, kami jadi rapat. rapat tyme ni je kot. dah balik kang tu, terperap dalam rumah pulak.
plan kejiranan seterusnya nak jalan2 jauh sikit. jauh tu tak tau la jauh mane.

nak pegi sungai relau ni ambil masa dalam 45 minit dari bandar gua musang. kami pegi dalam 6 buah kereta. harap2 dapat berkumpul macam ni lagi dengan jiran2. lagi pun kami ada masa beberapa tahun je lagi untuk berpindah. al-maklumlah, sekarang warga lama kuarters KKB duk menumpang sebab nak bina kuarters baru.

tabung untuk belajar ---->