Pages

Thanks my follower (^_^)


Sunday, September 23, 2012

::Coretan hidup "bakal" graduan::

2009/2010

Kakiku berat untuk melangkah, hatiku tak sanggup untuk berjauhan dengan keluarga, perasaanku bercampur aduk...Takut yang kufikirkan. Ya, memang impianku ingin menuju ke puncak menara gading. Tapi apabila aku mendapat tawaran tersebut, hatiku rasa takut dan tidak yakin dengan diri sendiri. Takut untuk berhadapan dengan situasi baru...Suasana baru...Kawan baru..Pendidik baru...dan Rakan sebilik yang baru. Namun, aku terpaksa memberanikan diri menjejaki ke institusi tersebut demi memenuhi impian yang selama ini ku semat dalam diri kemas-kemas. Perasaanku mula berubah apabila melihat bilik yang ala-ala hotel. Sebilik dua orang dan rakan sebilikku adalah senior. Hatiku bertambah gembira apabila terjumpa kawan satu matrik dan kini satu kolej. Dari situlah keyakinanku semakin meningkat sedikit demi sedikit. Kawanku semakin bertambah. Macam-macam lagak orang dapat aku lihat. Semakin hari semakin aku dapat biasakan diri di tempat orang dan aku semakin berani...Berani berdepan dengan pelbagai situasi dan pelbagai lagak manusia. Memang betullah pepatah ini,"jauh berjalan, luas pemandangan". Banyak pengalaman yang aku dapat timba.Yang paling menarik adalah curi-curi masak dalam bilik. Biasalah, pelajar popular dengan perkataan "nak jimat kos". Sanggup buat apa sahaja sampai ada yang ikat perut, asalkan dapat jimat duit. Tapi perkataan yang perlu diingatkan bila berada di IPT adalah,"suap sendiri, jangan harapkan orang lain tolong suapkan". Itu bermakna kita perlu berdikari dalam segala hal termasuk cari bahan bacaan sendiri, cari nota sendiri, dan perlu tahu apa yang perlu dipelajari sebab pensyarah tak sempat nak ajar banyak-banyak. Takut kan nak masuk universiti? Macam seram je. Jangan takut ye adik-adik...Orang kan selalu cakap, kehidupan kat universitilah paling seronok. Ya, seronok sangat sangat sangat. Suka hati kita la nak buat apa pun. Tapi ingat, pandai-pandai jaga diri jangan sampai terpesong ke jalan yang salah. Enjoy, enjoy jugak...Pelajaran perlu diutamakan. Alhamdulillah, pengajian setahun aku iaitu dua sem berakhir dengan baik. Sebenarnya tiga sem sebab aku buat pengajian pendek selama dua bulan.

Mereka yang ceria dan gila-gila

 Mereka yang gigih dan rajin

2010/2011

Kehidupan pelajar aku disambung lagi di tahun yang baru dan suasana yang sedikit berubah. Bilik aku pun berubah, tiada lagi ala-ala hotel. Sedih tapi suka sebab satu bilik satu orang. Kadang-kadang bosan jugak duduk sorang-sorang. Tapi tahun dua tanggungjawab kami lagi besar terhadap pelajaran mahupun terhadap persatuan atau aktiviti lain. Memang patut kami yang senior-senior diletakkan di bilik yang ada "privacy" gitu. Dengan kesibukan hidup itu, aku semakin tabah tapi kadang-kadang sensitif juga. Hidup semakin sukar dan penuh liku-liku serta onak duri yang menghalang. Tekanan itu sentiasa wujud. Kalau tidak mahukan tekanan dalam hidup, jangan hidup, lebih baik mati. Itu kata-kata pensyarah aku la. Tapi cabaran itulah yang membuatkan kita terasa hidup ini bermakna bukan? Apabila dikenang kembali peristiwa-peristiwa yang menyukarkan yang pernah aku lalui, pasti aku tersenyum sendirian.Lucu! Ape yang paling menyukarkanku adalah apabila terlibat dalam pengurusan makan malam kolej. Ada hikmah dalam paksaan itu. Dan tahun dua jugalah aku perlu keluar dari kampus untuk cari mana-mana syarikat bagi menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan. Itulah yang paling menarik sekali sebab kita boleh mencedok pengalaman pengurusan dalam sesebuah syarikat yang berjaya terutamanya. Itulah manisnya menjadi seorang pelajar, semanis kurma gitu.

 Mereka yang bekerja di sebalik tabir majlis makan malam kolej sesi 2010/2011

Saat dicampak ke pulau

Lepaking di tengah malam yang larut

2011/2012

Sesi terakhir aku dalam pengajian di IPT. Pengajianku satu sem je, satu sem lagi untuk Latihan Industri. Yabedahbuduuu! Siapa yang tak gembira kan, dah hampir ke garisan penamat pengajianku di IPT. Hari-hari ku lalui dengan hati yang gembira sekali. Aku sudah tidak sabar lagi untuk menamatkan pengajian ini. Di saat-saat akhir ini jualah aku menemui satu sinar. Subhanallah...Allah pasti akan memenuhi keperluan hambanya. Aku sudah tidak aktif  lagi dengan segala aktiviti. Jadi aku penuhi ruang-ruang masa yang kosong itu dengan menghadiri majlis ilmu. Sebenarnya sudah lama aku menyimpan hasrat untuk ke majlis ilmu yang dianjurkan dalam IPT itu. Tapi tahun ini baru aku dipertemu dan dikelilingi oleh orang yang cintakan ilmu agama. Memang benarlah orang kata,"kalau kita berusaha untuk berubah untuk menjadi baik, Allah pasti akan menghantar orang-orang yang baik kepada kita". Bukan nak cakap kawan yang sebelum ini tidak baik. Mereka baik sangat sangat sangat dan selalu menceriakan hidupku. Tapi terasa diri sendiri yang kurang baik dan aku sangat dahagakan ilmu agama waktu ketika itu. Terasa diri ini sangat jahil bab-bab agama. Namun satu sem itu sangat singkat bagiku. Sepertimana aku ingin menjejakkan kaki di permulaan hidupku di IPT, seperti itu jugalah saat aku ingin melangkah meninggalkan IPT itu. Terasa sebak, hiba dan berat sangat untukku melangkah meninggalkan mereka yang pernah wujud dalam hidupku. Sambil melangkah pergi, aku bermonolog,"diluar sana nanti, macam mana aku nak sertai majlis ilmu? Ada lagi ke orang yang akan ajak aku untuk ke majlis ilmu? Adakah usrah untukku lagi?" Soalan itu aku biarkan bermain dalam minda tanpa jawapan. Aku percaya Allah pasti permudahkan untuk hamba-Nya yang sedang berusaha mengikuti jalan yang lurus, iaitu jalan yang diredhai Allah s.w.t. Perpisahan dengan kawan-kawanku diiringi dengan air mata. Jika pertemuan kita kerana Allah, dan perpisahan kita kerana Allah, pasti kita akan diketemukan balik sama ada di dunia atau di akhirat. IsyaAllah.

Turun padang...Sesi temuramah di rumah anak-anak yatim

Saat perpisahan

Berakhir  sudah kisah hidup seorang pelajar mahasiswa. Waktu tengah belajar rasa tak sabar-sabar nak habiskan pengajian. Sekarang, dah habis belajar terasa nak masuk balik kedalam dunia pelajar. Itulah lumrah kehidupan. Rindu sangat sangat sangat terhadap saat-saat kehidupanku di IPT, dalam tempoh dua tahun lebih itu. Sekarang status aku di web, "KONVO/TAMAT DENGAN KEPUJIAN". Alhamdulillah. Ini hanya hadiah kecil buat kedua ibu bapaku. Beberapa hari je lagi kakiku sekali lagi perlu menjejak ke IPT itu...Kali ini bukan untuk menuntut ilmu mahupun menuntut hutang daripada sesiapa. Tapi aku mahu menuntut segulung ijazah...InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan konvo aku dan kawan-kawan. Terima kasih kepada semua watak yang sama-sama menjalankan penggambaran di IPT. Tanpa watak mereka masing-masing, kisah hidupku mungkin tidak menarik, tertarik dan meletup dabom! Semoga aku dipertemukan balik dengan kawan-kawan dulu. Wait for me friends (^_^)



 p/s: Ternyata Allah Maha mengetahui. Kita hilang sesuatu yang kita sayang, tapi Allah gantikan yang lebih baik lagi dari itu. Ingatlah Allah selalu, yang tak pernah mengecewakan hambaNya. Akanku iringi doaku buat kawan-kawan. Biar nampak berjauhan tapi sentiasa hadiahkan doa buat mereka (^_^,)

Friday, September 21, 2012

Apa tindakan kita apabila penghinaan dilakukan terhadap Islam?

Assalamualaikum w.b.t.

Baru-baru ini, semua umat Islam di seluruh dunia berhimpun bagi membantah filem "Innocence of Muslim" terus disiarkan. Filem tersebut telah menghina Islam dan juga Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun umat Islam di seluruh dunia telah menunjukkan kemarahan dan mengecam sekeras-kerasnya penerbitan filem tersebut, mereka tetap enggan menghentikan tayangan filem tersebut.

Cuba kita tanya diri kita sekarang, apa tindakan kita apabila Nabi kita dihina?
Berdoa, berdoa, dan terus berdoa?
Disamping berdoa, kita perlu juga melakukan usaha lain. Barangan buatan Amerika Syarikat menular dalam negara kita dan membuatkan kita setia menggunakannya. Hebatkan penjajahan mental yang dilakukan?
Contoh barangan yang kita guna sekarang ialah Google dan Youtube. Adakah anda sedang menggunakan Google dan memasang youtube sekarang? dan Adakah anda akan makan Mcd sebagai makan malam anda?
Sekarang....Sanggupkah anda menghentikan semua penggunaan tu untuk menunjukkan kemarahan anda dengan boikot segala barangan mereka? TEPUK DADA TANYA IMAN
Kita sering meluahkan kata-kata "I Love Muhammad" dan "Saya sayangkan Muhammad". Buktikan kata-kata itu dengan boikot barangan AS.
Mesti susah kan nak boikot? Sebabnya ada barang-barang tertentu made in AS punya dah jadi kewajipan kita.
Kalau Nabi Muhammad boleh berkorban untuk umatnya, kenapa kita tidak boleh?
Di akhir hayat baginda, apa yang disebut adalah "Ummati, ummati, ummati", baginda bimbang akan umatnya di masa hadapan.

Selain itu, penghinaan juga dilakukan terhadap isteri dan sahabat-sahabat Rasulullah. Kesatuan Ulamak Syria dipercayai merujuk tindakan kali kedua dilakukan oleh seorang pelampau Syiah, Yaser Habib yang mengadakan majlis sambutan meraikan Sayyidah Aisyah r.anha berada di dalam neraka. Majlis yang diadakan di kota London itu dihadiri puluhan pelampau Syiah yang melaknat isteri Rasulullah SAW tersebut sepanjang majlis. Habib turut melaknat Aisyah sebagai "penghulu ahli neraka".
Kenyataan tersebut saya copy and paste dari link ni.

Jadi marilah kita sama-sama berjihad menentang segala penghinaan terhadap Islam, penghinaan terhadap Rasulullah, isteri baginda serta sahabat-sahabat baginda. BOIKOT BARANGAN MEREKA YANG MENGHINA ISLAM!!!!

Buktikan kecintaan anda terhadap agama anda dengan kelebihan yang ada. Contohnya melalui penulisan, perbuatan, gambar dan sebagainya. Tapi jangan berlebih-lebihan sampai berpecah belah antara kaum dan membuat kecoh kat negara sendiri. 
SEMOGA ALLAH MEMBERI BALASAN YANG SETIMPAL KEPADA MEREKA YANG MENGHINA ISLAM DAN SEMOGA DIKUATKAN IMAN KITA DALAM MENGHADAPI DUGAAN INI


p/s: Jika ada salah silap dalam penulisan ini, diharap sudi perbetulkan. Saya cuma terpanggil untuk memberi sedikit pendapat sendiri.

Wednesday, September 12, 2012

::Manusia Lupa dan Sering Lupa::

Arus ini...Manusia semakin lupa!
Kehidupan mengalir dengan deras
Ombak pula memukul segala apa yang ada di lautan
Ribut taufan memusnahkan kehidupan manusia
Gempa bumi meluahkan rasa amarahnya
Sedarkah manusia?
Itu hanya sekadar perigatan....
Peringatan kepada manusia yang melanggar perintah Allah s.w.t.

Arus ini...Manusia hilang peradaban!
Kejahilan dalam diri semakin menjalar
Nilai-nilai murni semakin terhakis dek kejahilan
Pemimpin negara dihina
Ulama' Islam dikeji
Manusia berpecah belah
Hilang rasa hormat antara satu sama lain
Adakah ini tanda-tanda dunia semakin menghampiri kemusnahan?

Arus ini...Manusia alpa!
Yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan
Lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki
Wondergirl, K-pop, Gangnam menjadi ikutan
Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. diabaikan
Dunia ini bagaikan dunia yang kekal abadi bagi sesetengah manusia?

Astagfirullahal'azim.....
Pulanglah ke pangkal jalan wahai manusia yang masih leka.
Pulanglah ke jalan yang benar.
Jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
















Abu Sai'id Al-Khudri RA katanya: "Aku telah mendengar Rasullullah sallahu alaihiwassalam bersabda: sesiapa daripada kalangan kamu, yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan hati itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis Riwayat Muslim)


Hidup ini hanya pinjaman buat kita semua.
Biar mati beriman, Jangan mati katak (mati yang sia-sia).


p/s: Kononnya nak bersastera...tapi rasanya ayat saya tunggang langgang...harap-harap apa yang nak disampaikan tu dapat difahamilah ye. Jagalah nama Islam dan sayangilah Islam (^_^)

Sunday, September 9, 2012

::Header berwajah baru dengan kuasa photoshop::

Hoyeahhh...!!! Akhirnya...Akhirnya dapat juga saya tukar header blog ni. Okay, sila bagi markah untuk hasil karya saya ni.


Berjam-jam tau nak siapkan benda ni. Sebenarnya berbulan-bulan jugak saya selongkar Photoshop CS5.1 untuk dapatkan hasil gabungan ni. Ini semua gara-gara orang yang format laptop saya hari tu, dia pi tukar jenis photoshop baru. Jenuh la den nak selongkar tanpa guru yang mengajar. Nasib baik asas dia sama je. Ape pun sangat berterima kasih kepada yang format laptop saya tanpa caj perkhidmatan dikenakan dan menambahkan cabaran saya dalam menggunakan photoshop (^_^)
Banyak lagi benda yang dia letak, tapi tak selongkar lagi....Pening jugak tanpa pengetahuan teknologi ni.

p/s: Sebenaunya saya tak puas ati dengan header ni, nampak macam serabut. Tapi nak letak jugak. Urmmm....Idea please! cam ne nak bagi dia menarik lagi...

::Saya Bukan Penganggur. Tapi Saya Bekerja Separuh Masa Di Rumah...Duit Masyukkk::

Sedang tangan bergerak aktif menekan papan kekunci...Mata pula galak melihat screen komputer. Twitter, Facebook, blog, kemudian baca artikel...Betapa ruginya masa dihabiskan dengan laman sosial. Bukan setakat masa, malah duit asyik mengalir keluar untuk bayar bil broadband. Urmm...Kerja masih tak dapat lagi, tapi saya boleh sentiasa melayari internet. Terfikir jugak, mesti ada cara untuk dapatkan duit dengan hanya menghadap internet je kan...Tapi bagaimana??? (ececee, macam ayat iklan)

Hari tu saya ada baca iklan kat dalam surat khabar, ada job sementara yang boleh dibuat melalui internet. Tapi tak yakin untuk cuba sebab takut kena tipu. Minggu lepas saya cuba main-main taip perkataan 'kerja sambilan di rumah'. Saja nak tengok laman web mana yang ada komen pengguna. Banyak juga laman web pasal kerja di rumah. Tapi saya tertarik dengan satu laman web tu sebab ramai yang tinggalkan komen di situ. Apabila saya yakin dengan kerja tu saya mula mendaftar di Jobdirumah.com. Kenapa saya yakin??? Sebab kat situ ada ramai yang meninggalkan komen positif pasal kerja tersebut. Tambahan lagi ada blogger sendiri yang buat kerja tu. Jadi, saya sekarang bukan menganggur lagi dah. Di mana ada usaha, di situ akan ada rezeki (^_^)

Kerja di rumah ni senang je, masa fleksibel, kita boleh buat bila-bila masa yang kita lapang. Sama macam kerja di pejabat sebenar, kita perlu mengerah tenaga kita untuk siapkan kerja. Mana ada kerja yang duduk bersenang-senang goyang kaki, tapi duit masuk. Kerja ni boleh dikatakan macam buat 'assignment' jugak la. Cuma bezanya tak perlu la nak kerah otak sangat. Tapi...Tetapi...Anda perlu tahu ini bukan perniagaan MLM yang memerlukan anda cari pelanggan atau jual barang. Diulangi, ini bukan perniagaan MLM yang memerlukan anda cari pelanggan atau jual barang. Ini kerja haa, cuma guna tenaga anda untuk menekan papan kekuci je. Contoh kerjanya masukkan data. Sesiapa pun boleh join Jobdirumah.com asalkan berumur melebihi 18 tahun, faham Bahasa Inggeris, pandai menggunakan komputer dan selebihnya baca sendiri la kat link ni => Jobdirumah.com

Pendaftarannya percuma okay! tapi saya bayar RM50 untuk beli panduan dia. Al-maklumlah, untuk membuat origami kertas, kita perlukan panduan dulu. Mana boleh main lipat-lipat je kertas. Buku panduan pulak mestilah kena beli kecuali ada orang hadiahkan. Itu contoh je. Haaa... Samalah dengan saya, setakat baca iklan, kemudian daftar, pastu?? Terkaku sendirian sehinggalah saya beli panduan dia. RM50 saya bayar tu sangat berbaloi, lengkap, padat, dan mudah difahami. Dan RM50 tu juga bukan satu kerugian, sebab ia akan dibayar balik bila kita mula dibayar untuk kerja kita yang telah kita selesaikan. Dengan kata yang mudah, dapat balik modal yang kita keluarkan.

Jadi kepada kawan-kawan yang sama status dengan saya (penganggur), pelajar atau yang inginkan kerja sambilan di rumah, saya sarankan Jobdirumah.com (kalau nak cari duit la kan). Jangan takut-takut untuk mencuba sebab saya sudah cuba dan tidak merugikan duit saya pun. Masa kita pun tak rugi. Tenaga yang kita keluarkan juga tak rugi. Sebab apa?? Sebab semuanya dibayar!

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. untuk dapatkan maklumat lanjut, anda boleh tengok sendiri kat laman web Jobdirumah.com. Tak baca rugi, tak cuba laaagi rugi (^_^)

p/s: Saya bukan penganggur lagi ye. Diulangi saya bukan penganggur dan saya tak suka bergelar penganggur :P

Saturday, September 8, 2012

::Bermusuh waktu kecik, Sebaliknya bercinta waktu remaja..Owh! Matematik::

Assalamualaikum..!!!

Entri kali ni khas untuk adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan. Saya ada satu kisah...bukan kisah misteri mahupun kisah seram. Ini kisah benar. Kisah benar-benar dihadapi dan saya cedok sikit kisah dia untuk dimasukkan dalam blog ni.

Al-kisah bermula waktu zaman kanak-kanak Ana (bukan nama sebenar)... Bagi Ana, zaman kanak-kanaknya tidak seronok seperti zaman kanak-kanak kawannya yang lain. Cikgu sekolah rendahnya adalah cikgu yang paling dia tak suka. Ana sering kali didenda, dipukul, dicubit sampai tercabut kulit dan diherdik oleh gurunya sendiri.
"Ingat muka tu lawa sangat nak duduk tercegat kat pintu waktu belajar?"
"Bodoh la"
Itulah kata-kata yang sering Ana dapat dari mulut cikgu.
Ana seorang pelajar yang sangat pendiam. Ana ditempatkan di dalam kelas hadapan sekali, kelas pandai-pandai walaupun Ana dipandang sebagai pelajar kurag pandai. Namun markah akhir tahun yang menentukan Ana kelas mana. Mungkin sebab itu Ana selalu diherdik dan selalu didenda apabila tak dapat jawab soalan semasa sesi pembelajaran.
Semakin hari, semakin Ana berasa rendah diri dengan kawan-kawan disekelilingnya, kawan-kawan yang pandai.
"Mak saya suruh saya kawan dengan orang pandai je supaya saya jadi pandai"
bertambah rendah diri apabila ada kawan sekelas Ana tuturkan dialog itu.
Nak mengadu pada mak, nanti Ana kena marah balik. Nak ponteng kelas, nanti ayah marah.
Ana terpaksa juga hadapi hari-hari persekolahan yang menakutkan itu.
Subjek yang Ana paling benci adalah matematik. Matematik adalah musuh utama Ana. Ana tidak pandai menggunakan otak kiri Ana secara maksimum. Ana lebih rela kena denda siapkan kerja matematik tepi longkang berbanding dipukul atau diherdik. Akhirnya, keputusan UPSR Ana??? Sudah semestinya tidak cemerlang, tapi lulus semua mata pelajaran.

Apabila tiba masa untuk Ana ke sekolah menengah pula, Ana berkeras tidak mahu masuk ke sekolah berdekatan dengan rumah kerana Ana tak sanggup untuk jumpa kawan-kawan sekolah rendah dulu. Mereka tak sudi berkawan dengan Ana. Ana nak lari jauh-jauh. Ana tak yakin Ana akan berjaya jika duduk dengan keluarga. Tapi ayah tak lepas sebab Ana masih tidak matang dan keputusan UPSR pun tak berapa cemerlang. Ana menangis sepuas-puasnya. Tapi abang Ana cuba untuk memberi semangat untuk Ana. Pelbagai kata-kata nasihat dia berikan. Dan akhirnya Ana terpaksa melangkah ke sekolah menengah yang mana terdapat ramai kawan yang Ana kenal sewaktu sekolah rendah dulu. Kali ni Ana ditempatkan di dalam kelas yang tengah-tengah. Nak kata kelas tercorot pun tidak, dan kelas hadapan pun tidak. Di tingkatan satu Ana tak jumpa cikgu yang jenis mengherdik pelajar pun. Tapi Ana pernah merasa tampar kapit, rotan dan cubitan dari cikgu. Subjek matematik semakin sukar bagi Ana. Kalau boleh dibom subjek tersebut, Ana akan bom subjek tu. Algebra, nombor perdana, tambah tambah tambah sama dengan tambah....Arghhhh....sukarnya nak faham!!!

Di tingkatan dua, Ana dinaikkan kelas. Ya Allah...Majoriti dalam kelas tu adalah kawan waktu sekolah rendah dulu. Ana sekelas dengan mereka balik? kenapa Ana ditempatkan kelas pandai lagi? satu kejutan buat Ana. Susunan meja adalah dua-dua. Ana duduk sorang-sorang dan sebelah tempat duduk Ana kosong. Ana berasa rendah diri untuk berkawan dengan mereka yang pandai. Rasa kerdil sangat dirinya. Tapi dalam masa yang sama Ana berharap sangat ada pelajar baru masuk dan penuhi tempat sebelah Ana yang kosong. Ternyata Allah mendengar keperluan hambanya. Beberapa hari kemudian Ana dapat kawan baru. Gembira tak terkata. Kawan baru itulah yang menjadi kawan rapat Ana. Ana juga semakin berminat dengan matematik. Cara cikgu itu ajar memudahkan Ana faham. Cikgu menggunakan perumpaan yang mudah untuk Ana berimaginasi sambil menghafal sifir. Contohnya, tambah tambah tolak sama dengan tolak, (+) + (-) = (-). Umpamanya, kalau perempuan (+) masuk ke bilik lelaki (-) bukan muhrimnya, mana boleh kan, itu sikap negatif (-).
Sejak itu Ana mula berminat untuk belajar matematik. Cara pengajaran cikgu itu menyeronokkan Ana bermain dengan nombor.

Di tingkatan tiga, Ana dalam kelas yang sama dan kawan yang sama, cuma cikgu yang mengajar berbeza. Ana mula yakin untuk berkawan dengan semua kawan dalam kelas itu sebab keputusan peperiksaan Ana setaraf dengan mereka. Tambahan lagi, Ana bertambah seronok dengan subjek matematik. Ana seronok dapat cikgu yang dapat bagi tumpuan kepada seseorang pelajar. Dia akan mengajar dulu untuk satu kelas, kemudian dia akan bagi soalan untuk dijawab masing. Yang paling seronok bagi Ana dia akan pergi ke tempat pelajar, jika tidak faham dan dia akan ajar secara individu. Yang paling menarik lagi, cikgu akan guna kapur tulis dan tulis penyelesaiannya di meja Ana jika Ana tak tahu nak selesaikan. Cikgu bukan tulis kat papan hitam. Hebat kan cikgu Ana?? Ana mula jatuh cinta dengan matematik, hari-hari Ana akan buat latihan walaupun cikgu tak bagi kerja rumah. Ana seronok bermain dengan nombor. Dalam masa yang sama otak kanan Ana semakin tidak digunakan kerana terlalu asyik bermain dengan otak kiri. Ana tak pandai dalam subjek selain dari matematik. Walaubagaimanapun, Ana tetap gembira sambil melompat katak sebab Ana dapat kekalkan markah 'A' sepanjang tahun untuk subjek matematik. cikgu pernah cakap, "Kalau Ana terror matematik untuk sekarang, Ana tak perlu dah tekankan matematik untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Ana boleh tumpukan kat subjek lain nanti. Matematik Ana buat sambil lewa pun akan dapat 'A'.Tapi yang penting Ana perlu terror dalam matematik sekarang".
Kata-kata cikgu itu dapat membakar lagi semangat Ana. Ana ingin buat eksperimen terhadap kata-kata cikgu tu. Dalam masa yang sama Ana sentiasa tulis di kertas 'saya ingin menuju ke menara gading'. Dan waktu tingkatan tiga jugalah Ana bukan lagi seorang pendiam, Ana semakin berani bertanya terutama waktu belajar matematik. Semua cikgu-cikgu Ana sewaktu itu bagaikan kawan dan bagaikan ibu bapa kedua Ana. Sekolah pula bagaikan taman permainan bagi Ana. Ana sentiasa bersemangat untuk ke sekolah.
Untuk keputusan PMR Ana sudah semestinya cemerlang walaupun Ana tak dapat kait 'A' untuk dua subjek.

Di tingkatan empat dan lima Ana dalam operasi menjalankan eksperimen kata-kata cikgu matematik, "Kalau Ana terror matematik untuk sekarang, Ana tak perlu dah tekankan matematik untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Ana boleh tumpukan kat subjek lain nanti. Matematik Ana buat sambil lewa pun akan dapat 'A'.Tapi yang penting Ana perlu terror dalam matematik sekarang".
Dan ternyata, eksperimen itu berjaya. Ana kurang tekankan subjek matematik, tapi Ana masih dapat kekalkan 'A' di dahi matematik Ana. Dan impian Ana untuk ke menara gading masih tersimpan kemas dalam beg angan-angan Ana. Untuk memenuhi impian tersebut, Ana bertambah berani dalam bertanya. Ana akan tanya mana-mana cikgu kalau Ana tak faham sesuatu subjek terutama subjek matematik. Lantak pi lah orang nak kata apa, yang penting Ana selesa dengan ajaran cikgu dan Ana dapat faham. Alhamdulillah, Ana berjaya mengekalkan 'A' untuk matematik sepanjang tiga tahun berturut-turut bermula dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima. Itulah kejayaan yang besar buat Ana. Tak sia-sia Ana bercinta gila-gila dengan matematik. Dan disebabkan matematik jugalah Ana dipandang sebagai pelajar pandai, tapi bukan pelajar terbaik. Pandai matematik je. Namun akhirnya...Impian Ana tercapai juga. Ana kini telah menjejakkan kaki ke menara gading sekarang.
Good Luck for Ana!!!


Jadi, kepada adik-adik diluar sana teruskan usaha. Masih ada masa lagi ni untuk kalian ulangkaji. Pakai gear 5, kalau ada gear 6 pakai gear 6 untuk study. Biar laju sikit otak tu bergerak. Semoga kalian semua dipermudahkan dan dibukakan minda untuk menghadapi peperiksaan akan datang.
Dan kepada cikgu, moral from the story, jangan guna perkataan yang kasar untuk mendidik anak murid. Itu bukan cara yang terbaik. Pandai-pandailah bermain dengan emosi pelajar jika nak lahirkan anak didik yang cemerlang. Tapi masalah sekarang, pelajar tidak boleh dipukul. Cikgu gunting rambut pelajar yang simpan rambut panjang pun ibu bapa buat laporan polis.
Alahai...Zaman sekarang tak sama dengan zaman dahulu kala!

Thursday, September 6, 2012

::Air mata mengalir keranamu::

Salam Jumaat sahabat!!!

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari,
luangkan masa sekejap untuk muhasabah diri.

"Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan, itulah adalah zalim.
Sebaliknya, jika kejahatan dibalas dengan kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

Tiba-tiba je semalam saya terimbas peristiwa beberapa bulan yang lepas, waktu kerja dulu.
Astaghfirullah...sakit sangat bila teringat pasal tu. kesian pun ada.
peristiwa dimana hati saya dicincang halus-halus...gara-gara saya tersalah guna perkataan 'mengumpat' kat orang yang salah. mengumpat itu perkataan kasar ke?
apa perasaan anda bila ada orang tanya soalan macam ni,"haaa...kamu mengumpat ape dengan kawan kamu?" dan "ooo...ngumpat pasal saya ye"...(dengan nada gurauan manja)
dan apa perasaan anda bila orang kata anda bangang, bodoh, gila dan seangkatan dengannya? (dengan nada slamber)

hati saya dicincang halus waktu itu apabila hanya menggunakan perkataan mengumpat. bertubi-tubi tuduhan yang dilemparkan. waktu tu saya hanya mampu menangis, menangis dan menangis...tak boleh tahan sebab lepas satu, satu benda pedih yang dilemparkan. tak puas di opis, dia mesej..dari pagi sampai ke malam. nasib baik esok hari tu cuti peristiwa. saya ambil keputusan untuk balik ke rumah atuk, dengan harapan dapat lupakan semua tu.
yang paling terharu ditemani oleh seorang sahabat. saya berkeras nak pergi sorang-sorang. nasib baik dia mendesak untuk ikut jugak sebab saya ni lemah bab-bab menghafal jalan.

dalam perjalan ke rumah atuk yang ambil masa satu jam lebih tu saya hanya diam je. cuba pendamkan. terasa sakit sangat bila pendam. akhirnya diluahkan jugak apa yang terjadi tapi tak sebut nama. walaupun saya cuba bagi tau yang saya ada masalah dengan kawan lain, yang jauh, tapi sahabat itu tetap boleh baca fikiranku. saya masih tak cerita apa yang dituduhnya sampai sekarang, tapi saya hanya mintak nasihat dia. sampai ke tahap nak mintak cuti kerja seminggu tuu...alhamdulillah...sepanjang di rumah atuk, luka hatiku dibasuh oleh sahabat itu. sambil dia basuh hati saya, matanya keluar air jernih.
Allahuakbar...adakah kamu rasa apa yang saya rasa walaupun tak tahu apa yang dituduh oleh orang itu?
terima kasih sangat-sangat atas air matamu itu dan terima kasih atas segala nasihatmu. dan terima kasih sahabat, kerana berkongsi cerita yang boleh saya jadikan pengajaran.

selepas cuti kerja sehari, semasa kaki melangkah masuk ke pejabat saya cuba membangkitkan semangat dalam diri walaupun terlewat sikit masuk opis. namun bila tengok muka itu, hatiku berdarah, menangis. setiap hari hatiku menangis. apa tidaknya, setiap perkataan yang dituturkan penuh dengan perli. walaupun saya sudah minta maaf berulang kali. tapi dia boleh buat muka slamber ubi kentang, macam tak ada ape-ape. mintak maaf, selepas peristiwa itu saya lebih suka menjauhkan diri daripanya dan kurang bercakap...tiada lagi kemesraan yang terjalin dahulu. kalau dia buat lawak pun, tak terasa nak gelak pun. bukan benci terhadapnya, tapi tidak suka dengan pemikirannya yang penuh dengan benda negatif. "pemikiran lah yang membentuk diri kita. negatif yang kita fikir, negatif lah tingkah laku dan pertuturan kita".

hati ku punya la gembira lepas kami berpisah dan membawa haluan masing-masing. dia masih meneruskan pengajiannya dan aku menanam benih-benih anggur. tapi selepas itu saya memerhati kawan-kawan sekeliling dia...urmmm...ramai kawan, tapi...biarlah rahsia. saya berharap sangat agar kami tidak dipertemukan lagi. tapi kalau dipertemukan jugak, harap-harap fikiran negatif dia yang dia pelihara tu dah tak de.
bila tengok dia, hatiku tertanya-tanya...kenapa orang suka kawan dengan dia...?? yes! dia baik orangnya...baik sangat-sangat...peramah lagi. tapi kadang-kadang dia boleh 'makan dalam'. sangat berbisa!


apa pun benda yang dah berlalu jangan dikenang-kenangkan. tapi kadang-kadang kita perlu jugak melihat kisah lalu untuk perbaiki diri kita. yang buruk, jadikan pengajaran dan yang baik jadikan teladan.
semoga orang itu dapat stabilkan fikirannya antara yang negatif dan yang positif.
terima kasih kepada sahabat-sahabatku yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat sepanjang aku berhadapan dengan situasi tersebut.
I love you all....Friends till jannah (^_^) 

Wednesday, September 5, 2012

::Seteghes Lagi::

Assalamualaikum ya habibi ya maulana...

whoaaa....dah berapa lama ye saya tak kemaskini blog ni?
mesti lama samapai ada orang bertanya-tanya kenapa tak update.
bukan malas menulis...tapi line tenet yang malas dengan saya.

nak kata tak de idea nak tulis pun tak jugak...satu hari kehidupan kita mesti penuh dengan cerita.
sekarang kita masih berada dalam bulan syawal lagi kan...
SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PEMBACA!!!
macam mana dengan ibadah kita selepas ramadhan?
semailah benih-benih ibadah, dan tanamlah pokok-pokok istiqamah.

sekarang saya masih lagi tak dapat kerja...duit pun asyik mengalir keluar je.
seteghes yang amat!
kadang-kadang terfikir jugak apa laa perasaan penganggur yang bertahun-tahun duk rumah?
saya yang menganggur tiga bulan ni pun rasa macam beku otak. apa tak nya, otak kurang berfikir.
kalau tak de internet rasanya dah keras kot otak saya...saya ni malas nak membaca media cetak...kalau media elektronik tu maca best sikit (^_^)

lagi seteghes bila orang sekeliling suruh saya kerja...bukan menggalakkan..huh!
apepun terima kasih kepada yang bagi nasihat.
kita usaha je ape2 bidang dulu...bermula dari bawah pun tak kisah...yang penting cari pengalaman sebagai permulaan...
wish me luck ya friends!

tabung untuk belajar ---->