Pages

Thanks my follower (^_^)


Saturday, September 8, 2012

::Bermusuh waktu kecik, Sebaliknya bercinta waktu remaja..Owh! Matematik::

Assalamualaikum..!!!

Entri kali ni khas untuk adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan. Saya ada satu kisah...bukan kisah misteri mahupun kisah seram. Ini kisah benar. Kisah benar-benar dihadapi dan saya cedok sikit kisah dia untuk dimasukkan dalam blog ni.

Al-kisah bermula waktu zaman kanak-kanak Ana (bukan nama sebenar)... Bagi Ana, zaman kanak-kanaknya tidak seronok seperti zaman kanak-kanak kawannya yang lain. Cikgu sekolah rendahnya adalah cikgu yang paling dia tak suka. Ana sering kali didenda, dipukul, dicubit sampai tercabut kulit dan diherdik oleh gurunya sendiri.
"Ingat muka tu lawa sangat nak duduk tercegat kat pintu waktu belajar?"
"Bodoh la"
Itulah kata-kata yang sering Ana dapat dari mulut cikgu.
Ana seorang pelajar yang sangat pendiam. Ana ditempatkan di dalam kelas hadapan sekali, kelas pandai-pandai walaupun Ana dipandang sebagai pelajar kurag pandai. Namun markah akhir tahun yang menentukan Ana kelas mana. Mungkin sebab itu Ana selalu diherdik dan selalu didenda apabila tak dapat jawab soalan semasa sesi pembelajaran.
Semakin hari, semakin Ana berasa rendah diri dengan kawan-kawan disekelilingnya, kawan-kawan yang pandai.
"Mak saya suruh saya kawan dengan orang pandai je supaya saya jadi pandai"
bertambah rendah diri apabila ada kawan sekelas Ana tuturkan dialog itu.
Nak mengadu pada mak, nanti Ana kena marah balik. Nak ponteng kelas, nanti ayah marah.
Ana terpaksa juga hadapi hari-hari persekolahan yang menakutkan itu.
Subjek yang Ana paling benci adalah matematik. Matematik adalah musuh utama Ana. Ana tidak pandai menggunakan otak kiri Ana secara maksimum. Ana lebih rela kena denda siapkan kerja matematik tepi longkang berbanding dipukul atau diherdik. Akhirnya, keputusan UPSR Ana??? Sudah semestinya tidak cemerlang, tapi lulus semua mata pelajaran.

Apabila tiba masa untuk Ana ke sekolah menengah pula, Ana berkeras tidak mahu masuk ke sekolah berdekatan dengan rumah kerana Ana tak sanggup untuk jumpa kawan-kawan sekolah rendah dulu. Mereka tak sudi berkawan dengan Ana. Ana nak lari jauh-jauh. Ana tak yakin Ana akan berjaya jika duduk dengan keluarga. Tapi ayah tak lepas sebab Ana masih tidak matang dan keputusan UPSR pun tak berapa cemerlang. Ana menangis sepuas-puasnya. Tapi abang Ana cuba untuk memberi semangat untuk Ana. Pelbagai kata-kata nasihat dia berikan. Dan akhirnya Ana terpaksa melangkah ke sekolah menengah yang mana terdapat ramai kawan yang Ana kenal sewaktu sekolah rendah dulu. Kali ni Ana ditempatkan di dalam kelas yang tengah-tengah. Nak kata kelas tercorot pun tidak, dan kelas hadapan pun tidak. Di tingkatan satu Ana tak jumpa cikgu yang jenis mengherdik pelajar pun. Tapi Ana pernah merasa tampar kapit, rotan dan cubitan dari cikgu. Subjek matematik semakin sukar bagi Ana. Kalau boleh dibom subjek tersebut, Ana akan bom subjek tu. Algebra, nombor perdana, tambah tambah tambah sama dengan tambah....Arghhhh....sukarnya nak faham!!!

Di tingkatan dua, Ana dinaikkan kelas. Ya Allah...Majoriti dalam kelas tu adalah kawan waktu sekolah rendah dulu. Ana sekelas dengan mereka balik? kenapa Ana ditempatkan kelas pandai lagi? satu kejutan buat Ana. Susunan meja adalah dua-dua. Ana duduk sorang-sorang dan sebelah tempat duduk Ana kosong. Ana berasa rendah diri untuk berkawan dengan mereka yang pandai. Rasa kerdil sangat dirinya. Tapi dalam masa yang sama Ana berharap sangat ada pelajar baru masuk dan penuhi tempat sebelah Ana yang kosong. Ternyata Allah mendengar keperluan hambanya. Beberapa hari kemudian Ana dapat kawan baru. Gembira tak terkata. Kawan baru itulah yang menjadi kawan rapat Ana. Ana juga semakin berminat dengan matematik. Cara cikgu itu ajar memudahkan Ana faham. Cikgu menggunakan perumpaan yang mudah untuk Ana berimaginasi sambil menghafal sifir. Contohnya, tambah tambah tolak sama dengan tolak, (+) + (-) = (-). Umpamanya, kalau perempuan (+) masuk ke bilik lelaki (-) bukan muhrimnya, mana boleh kan, itu sikap negatif (-).
Sejak itu Ana mula berminat untuk belajar matematik. Cara pengajaran cikgu itu menyeronokkan Ana bermain dengan nombor.

Di tingkatan tiga, Ana dalam kelas yang sama dan kawan yang sama, cuma cikgu yang mengajar berbeza. Ana mula yakin untuk berkawan dengan semua kawan dalam kelas itu sebab keputusan peperiksaan Ana setaraf dengan mereka. Tambahan lagi, Ana bertambah seronok dengan subjek matematik. Ana seronok dapat cikgu yang dapat bagi tumpuan kepada seseorang pelajar. Dia akan mengajar dulu untuk satu kelas, kemudian dia akan bagi soalan untuk dijawab masing. Yang paling seronok bagi Ana dia akan pergi ke tempat pelajar, jika tidak faham dan dia akan ajar secara individu. Yang paling menarik lagi, cikgu akan guna kapur tulis dan tulis penyelesaiannya di meja Ana jika Ana tak tahu nak selesaikan. Cikgu bukan tulis kat papan hitam. Hebat kan cikgu Ana?? Ana mula jatuh cinta dengan matematik, hari-hari Ana akan buat latihan walaupun cikgu tak bagi kerja rumah. Ana seronok bermain dengan nombor. Dalam masa yang sama otak kanan Ana semakin tidak digunakan kerana terlalu asyik bermain dengan otak kiri. Ana tak pandai dalam subjek selain dari matematik. Walaubagaimanapun, Ana tetap gembira sambil melompat katak sebab Ana dapat kekalkan markah 'A' sepanjang tahun untuk subjek matematik. cikgu pernah cakap, "Kalau Ana terror matematik untuk sekarang, Ana tak perlu dah tekankan matematik untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Ana boleh tumpukan kat subjek lain nanti. Matematik Ana buat sambil lewa pun akan dapat 'A'.Tapi yang penting Ana perlu terror dalam matematik sekarang".
Kata-kata cikgu itu dapat membakar lagi semangat Ana. Ana ingin buat eksperimen terhadap kata-kata cikgu tu. Dalam masa yang sama Ana sentiasa tulis di kertas 'saya ingin menuju ke menara gading'. Dan waktu tingkatan tiga jugalah Ana bukan lagi seorang pendiam, Ana semakin berani bertanya terutama waktu belajar matematik. Semua cikgu-cikgu Ana sewaktu itu bagaikan kawan dan bagaikan ibu bapa kedua Ana. Sekolah pula bagaikan taman permainan bagi Ana. Ana sentiasa bersemangat untuk ke sekolah.
Untuk keputusan PMR Ana sudah semestinya cemerlang walaupun Ana tak dapat kait 'A' untuk dua subjek.

Di tingkatan empat dan lima Ana dalam operasi menjalankan eksperimen kata-kata cikgu matematik, "Kalau Ana terror matematik untuk sekarang, Ana tak perlu dah tekankan matematik untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Ana boleh tumpukan kat subjek lain nanti. Matematik Ana buat sambil lewa pun akan dapat 'A'.Tapi yang penting Ana perlu terror dalam matematik sekarang".
Dan ternyata, eksperimen itu berjaya. Ana kurang tekankan subjek matematik, tapi Ana masih dapat kekalkan 'A' di dahi matematik Ana. Dan impian Ana untuk ke menara gading masih tersimpan kemas dalam beg angan-angan Ana. Untuk memenuhi impian tersebut, Ana bertambah berani dalam bertanya. Ana akan tanya mana-mana cikgu kalau Ana tak faham sesuatu subjek terutama subjek matematik. Lantak pi lah orang nak kata apa, yang penting Ana selesa dengan ajaran cikgu dan Ana dapat faham. Alhamdulillah, Ana berjaya mengekalkan 'A' untuk matematik sepanjang tiga tahun berturut-turut bermula dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima. Itulah kejayaan yang besar buat Ana. Tak sia-sia Ana bercinta gila-gila dengan matematik. Dan disebabkan matematik jugalah Ana dipandang sebagai pelajar pandai, tapi bukan pelajar terbaik. Pandai matematik je. Namun akhirnya...Impian Ana tercapai juga. Ana kini telah menjejakkan kaki ke menara gading sekarang.
Good Luck for Ana!!!


Jadi, kepada adik-adik diluar sana teruskan usaha. Masih ada masa lagi ni untuk kalian ulangkaji. Pakai gear 5, kalau ada gear 6 pakai gear 6 untuk study. Biar laju sikit otak tu bergerak. Semoga kalian semua dipermudahkan dan dibukakan minda untuk menghadapi peperiksaan akan datang.
Dan kepada cikgu, moral from the story, jangan guna perkataan yang kasar untuk mendidik anak murid. Itu bukan cara yang terbaik. Pandai-pandailah bermain dengan emosi pelajar jika nak lahirkan anak didik yang cemerlang. Tapi masalah sekarang, pelajar tidak boleh dipukul. Cikgu gunting rambut pelajar yang simpan rambut panjang pun ibu bapa buat laporan polis.
Alahai...Zaman sekarang tak sama dengan zaman dahulu kala!

No comments:

tabung untuk belajar ---->