Pages

Thanks my follower (^_^)


Thursday, July 18, 2013

::Nostalgia Ramadan::

Salam Ramadan...

Hari ni dah sembilan hari umat Islam menjalani ibadah puasa.
Alhamdulillah, negara kita tiada halangan seperti negara lain.
Jangan lupa doakan keselamatan untuk saudara-saudara kita di luar sana.

Apapun, masing-masing pasti ada kenangan-kenangan yang tak boleh dilupakan setiap kali ramadan tiba kan?
Samalah saya...
Tetiba nak mengimbau nostalgia ramadan....

Zaman kanak-kanak...
Saya puasa semata-mata nak duit raya. Memang majoriti ibu bapa akan latih anak-anak kecil puasa dengan cara begini kan? Siang hari tidur, malam keluar main. Itu yang best. Waktu ramadan je ibu bapa saya bagi keluar main malam-malam. Itu pun main depan rumah je dengan jiran-jiran. Yang tak best, kena pi sekolah tanpa duit poket. Nak curi-curi beli makanan memang tak dapat la. Yang paling tak boleh lupa pasal kentut. Ingatkan kentut boleh batalkan puasa. Jadi, tahanlah kita dari kentut (^_^)Y

Zaman remaja...
Ni zaman sekolah menengah la. Cerdik sikit la bab-bab puasa. Bulan ramadan paling saya suka. Sebabnya, gi sekolah tak payah fikir pasal makan. Duit belanja hari-hari boleh buat simpanan. Semasa zaman PMR, cikgu adakan tadarus untuk kami sebab ramadan selepas PMR. Jadi dah tiada benda untuk belajar. Memang ramai la tak datang sekolah. Saya jugak rajin pegi sekolah untuk join tadarus. Kononnya. Padahal nak jumpa kawan semata-mata. Boring kot duduk rumah. Zaman ni tak pakai astro lagi. Jadi, tak banyak cerita yang menarik perhatian saya. Tapi, tak sia-sia join tadarus tu. Tak disangka-sangka dapat duit raya kot. Masyukkk. Dan zaman remaja juga la saya berjinak-jinak membuat biskut dengan kakak-kakak saya. pertama kali kami buat, tak boleh telan langsung. Akhirnya, bagi kucing. Tapi sayang kucing pun tak boleh telan biskut kami. Tong sampah jugak la sudi telan biskut tu. Biskut terlebih soda. Lama-lama kami jadi pandai la buat biskut. Part yang buat biskut la paling best bagi saya waktu ramadan dulu. Ye la, sama-sama dengan kakak-kakak. Gurau senda bagai. Best sangat ramadan zaman remajaku!

Dan sekarang zaman dah berubah. Suasana ramadan tiap-tiap tahun yang kita lalui pun berubah juga. Tapi alhamdulillah kita masih dipertemukan dengan bulan yang mulia ini. Kita masih boleh menyambut ramadan dengan orang tersayang. Kita masih boleh menikmati juadah yang enak. Dan kita masih boleh menjalani ibadah dengan sempurna. Alhamdulillah....

Semoga kita dapat tingkatkan lagi diri kita ke arah soleh dan solehah... Semoga kita dapat bergelar graduan yang berjaya dalam universiti ramadan ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menggapai hidayah. Bukan mencari hidayah, juga bukan menunggu hidayah. Yang dah pasang niat untuk berubah ke arah kebaikan, waktu ini lah yang paling sesuai. Saya juga dalam usaha memperbaharui diri dan meningkatkan kualiti diri supaya menjadi muslimah yang sejati. Doakan. Wallahu a'lam (^_^)



Sunday, July 7, 2013

::Nasihatmu Kekuatanku::

Salam Ukhuwah...

Apakah masalah anda hari ni? Kalau kata tak ada masalah, bohong laa...
Selagi kita bernafas, masalah tetap ada. Dan masalah itu bukan menyusahkan tapi itu ujian untuk kita tidak lalai daripada mengingati Allah s.w.t.

Baru-baru ini saya berjumpa dengan cikgu saya dan secara tidak sengaja meluahkan isi hati saya.
Saya cakap,"saya menyesal ada ijazah cikgu, susah nak dapat kerja".
Memang tak patut saya cakap macam tu.
Ternyata cikgu saya terkejut!
Apapun, dia tetap memberi nasihat,"Setiap manusia tu diuji. Ingat! Bersabarlah setiap kali kita diuji. Setiap kesabaran kita akan ada ganjarannya. Kalaulah kita boleh lihat pahala kita dek kesabaran kita, bahagianya. Mesti kita rasa nak menganggur je sepanjang hidup kita, tanggung ujian, tanggung tohmahan orang. Sebabnya bahagia tengok pahala yang Allah s.w.t beri kepada orang yang sabar".
Saat itu, jiwaku rasa terpukul. Sebak. Saya perlu sedar ada hikmah disebalik kejadian. Cikgu minta lihat balik perjalanan kehidupan kita. Kita nak jadi macam itu, tapi Allah bagi kita macam ini. Lihat kemanisan yang kita kecapi disebalik perancangan Allah s.w.t. Subhanallah! Memang perancanganNya Maha Hebat!
Cikgu, jazakillahu khair... Nasihatmu memberi kekuatan.

Bulan lepas saya masuk kerja beberapa hari je, kemudian berhenti. Sebelum berhenti, memang saya fikir masak-masak. Memang sakit untuk berhenti sebab saya perlu tanggung risiko jadi penganggur. Apa yang diberitahu dalam temuduga tak sama dengan kerja yang akan dilakukan. Saya cuba positifkan diri setelah masuk kerja, cuba terima. Tetapi tak boleh. Kerja luar. Lelaki dan perempuan bercampur bebas. Tambahan dengan bahasa yang digunakan masing-masing tidak sopan, solat pun melayang. Saya rasa bersalah sangat tak boleh tegur. Saat nak melangkah ke kerja, terasa bagaikan melangkah ke neraka. Panas! Ibu bapa saya juga tak merestui pekerjaan saya itu. Restu ibu bapa penting. Pasrah dengan istikharah. Jadi, saya nekad berhenti. Saya percaya Allah pasti akan menolong hambanya yang menjaga maruah agama.

Ternyata, setelah berhenti saya mendapat kerja lain. Kerja yang lebih mulia, mendidik anak bangsa. Sebelum ni ibu, bapa dan guru saya ada dorong saya untuk jadi cikgu. Tapi saya tak mahu sebab tak minat. Sebelum hari pertama mengajar, sekali lagi saya minta tunjuk ajar dari cikgu saya dahulu. Cikgu berkata,"Kita menjadi cikgu bukan setakat mengajar, kita selami masalah pelajar. Pelajar itu tanggungjawab kita. Apabila saya masuk kelas, saya rasa tenang. Hilang terus masalah yang dihadapi".
Sekarang, hampir tiga minggu saya berkecimpung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memang betul, hilang terus masalah bila tengok lagak pelajar. Tambahan, saya mengajar pelajar sekolah agama. Tenang tengok muka-muka yang bersih ni. Di atas meja masing-masing ada al-Quran.
Kadang-kadang terfikir juga, saya hanya guru tuisyen sahaja. Boleh ke saya jadi pendidik yang hebat macam cikgu saya? Tak mustahil! Insan yang hebat, akan dapat mewujudkan suasana yang hebat kepada orang sekelilingnya. Tak kisah la apa pekerjaan kita, yang penting diri kita perlu menjadi hebat. Muslim dan muslimah yang hebat.
Cikgu juga ada berkata,"Dalam pekerjaan, yang penting ketenangan bekerja bukan gaji yang kita perolehi. Biar sikit, asalkan kita tenang dan dapat berbakti kepada anak bangsa. Insyaa Allah, pahala juga akan menjadi milik kita, yang penting ikhlas mengajar".
Pasti akan dahagakan nasihat cikgu lagi. Kata-katanya bagaikan tongkat untuk saya berdiri teguh di muka bumi ni.
Kalau saya tahu betapa seronoknya jadi cikgu ni, pasti saya akan ambil bidang pendidikan dulu.
Cikgu S adalah cikgu saya yang hebat!!!!


Akhir kalam, jangan sesekali menyesal dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kita. Yakinlah dengan perancangan Allah s.w.t. Kita sebagai hambaNya, perlu sentiasa berusaha dan berusaha. Biar pahit melalui perjalanan hidup ini, asalkan dapat kita kecapi kemanisan di penghujung jalan kelak.

SALAM RAMADHAN! UPGRADE YOUR PERSONALITY!






Sunday, June 2, 2013

::Muhasabah Diri Graduan Baru::

Muhasabah Diri seorang graduan baru....

Sering kali graduan baru mengeluh dek kerana tak dapat menempatkan diri dalam pekerjaan yang selayaknya dengan sijil yang diperolehi.
Jangan persalahkan sesiapa wahai teman seangkatanku.
Fikirkan apa yang perlu dibaiki oleh diri kita...Nak samapi ke puncak bukit, kita perlu terlebih dahulu mendakinya bermula dari kaki bukit. Perlu hadapi pelbagai rintangan dan kepayahan sepanjang mendaki.
Bermulalah dari bawah untuk dapatkan pekerjaan atasan.
Jangan merungut dan memilih. Allah akan membantu orang yang sabar dan sentiasa berusaha. Yang penting ikhlaskan diri dalam melakukan apa jua amanah yang diberikan. Tak kisah la kerja apa pun....

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk." - [Surah al-Baqarah:45]

Seperti saya juga, saya bermula dengan pekerjaan taraf SPM. Saya tak pandang taraf pekerjaan, tapi saya memandang pengalaman. Prinsip yang sentiasa dipegang,"Bagaimana kita nak jadi ketua yang hebat kepada pekerja di bawah kita jika kita sendiri tak pernah merasai duduk di bawah? Jika berjaya jadi ketua, jadikan pekerja di bawah kita orang yang hebat juga."
Memang ada yang dapat kerja melalui 'orang dalam'. Itu tak salah. Tapi ingat, rezeki itu Allah yang tentukan. Bagi saya, lebih baik usaha sendiri untuk dapatkan pekerjaan, itu lebih bermakna bagi diri kita.

Dan alhamdulillah, sekarang saya berjaya beralih ke tugas yang baru. skop tugasan yang lebih mencabar dan amanah itu lagi besar. Saya terima cabaran itu! Orang sekeliling pandang saya senang, mudahnya dapat kerja.
Tetapi, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa pedih dan perit menanggung kepayahan dan kata-kata orang. Tak semua begitu, ada juga yang sentiasa memberi dorongan. Seseorang tu pula tak putus-putus nasihatkan saya untuk melakukan solat Dhuha setiap hari. Solat Dhuha banyak kelebihan, Allah akan permudahkan segala urusan kia melalui Dhuha. Subhanallah!

Setiap pekerjaan yang kita perolehi, anggaplah ia sebagai permulaan untuk kejayaan masa hadapan. Pekerjaan tiada pengakhiran. Cintakan pekerjaan yang anda perolehi, baru senang hati nak buat kerja.
Selalu berfikiran positif terhadap orang sekeliling.

Kepada graduan baru yang masih menganggur, muhasabah diri. Fikir positif. Terima je apa jua pekerjaan. Kalau dapat kerja yang lari dari bidang pembelajaran kita, anggap ia satu bonus untuk kita dapatkan ilmu baru.
Pedulikan apa orang nak kata. Yang penting kita ada usaha dan matlamat untuk kemajuan diri sendiri.

SELAMAT BEKERJA DAN LAKSANAKAN AMANAH YANG DIBERIKAN DENGAN HATI YANG IKHLAS (^_^)

::Pembuka Bicara::

Salam Mahabbah kepada pembaca...

Sekian lama diri hamba tidak terjun dalam dunia blog ini...
Hamba mohom ampun kepada yang menghantar komen, tidak pula hamba berkesempatan membalasnya.
Masa kerja yang fleksibel membuatkan hamba sibuk dengan dunia realiti..

Maaf, kepada yang mahukan perkembangan bidang saya dalam JDR hantar soalan kepada emel asmaq.husna@yahoo.com. Terus terang, saya dah tak aktif. Tapi pendapatan kadang2 masyuk sebab daftar ejen (^_^)
seperti yang diperkatakan, nak senang bukan senang. Perlu ada usaha keras dan berani tanggung risiko.
Anda perlu sentiasa update dan menghadap dengan JDR. Lebihkan menghadap JDR dari facebook okay!
Teliti betul-betul panduan yang diberikan. 
JANGAN PUTUS ASA DAN JANGAN SESEKALI MENGELUH!!!


Friday, April 5, 2013

::Tentang Cinta..I l0ve U::

"Manisnya bercinta selepas nikah"..."Kekasih saya adalah Dia yang Maha Esa"..."Saya mahukan Imam/Makmum yag soleh dan solehah".
Itulah ungkapan remaja-remaja kita bila melihat kawan sebaya berkahwin atau apabila diajukan soalan,"bila kau nak tamatkan zaman bujang?".
Menuturkan kata-kata itu sangat mudah. Tapi adakah kita merealisasikan kata-kata kita? Tepuk dada tanya Iman.
Baru-baru ini saya meluangkan masa mendengar ikim.fm yang waktu itu ustazah Syarha (Idola saya) sedang berbicara tentang "I l0ve You Allah". MashaaAllah..sangat senang nak ungkapkan perkataan I love You Allah. Kalau ungkapkan perkataan "I love you" kat seseorang, pasti dia suka kan...senyum memanjang je. Tapi hanya dengan meluahkan kata-kata tanpa membuktikannya, adakah Allah swt suka? Jika kita hanya meluahkan kata-kata sahaja tanpa mengekspresikannya, itu bermakna kita belum betul-betul sayang kepada Allah swt.

How to show I l0ve You Allah? Hanya dengan lima perkara:-
1. Kenali Dia
2. Baik sangka pada-Nya
3. Cintai apa Dia cinta
4. Kita benci apa yang Dia benci
5. Kita agung-agungkan Dia 
(Perkongsian daripada ustazah Syarha)

Subhanallah...Mudah kan? tak perlu nak gadaikan maruah..Tak perlukan tenaga yang banyak..Tak perlu keluarkan duit. Kita pasti tak akan dikecewakan. Pasti!!!

Seperti mereka yang sedang tertekan dengan orang disekelilingnya yang ingin melihat mereka kahwin, saya juga kadang-kadang ada perasaan tekanan itu. Ada je orang datang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam memperkenalkan seseorang. Sangat-sangat menghargai usaha mereka-mereka yang membantu dalam mendapatkan jodoh. Terima kasih! Saya menyambut usaha itu, tapi mereka tidak tahu apa yang terbuku di dalam hati ini. Saya ingin memegang teguh tali prinsip pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Berkawan boleh, bukan berkasih. Saya masih ada wali, nak kenal lebih-lebih boleh jumpa wali saya. opsss! terlebih sudahhh....
Hati ini belum dinodai dengan cinta tidak halal. Never and ever. Berharap sangat Allah swt sentiasa melindungi maruahku daripada ternoda dengan cinta tidak halal. InsyaaAllah....

Kenapa kita belum dapat jodoh lagi sampai sekarang? Sedangkan kawan sebaya dah ramai kahwin...
Yup! Luaran kita mungkin sudah bersedia tapi dalaman kita belum betul-betul bersedia. Sebab itu Allah masih belum beri kita jodoh. Allah Maha Mengetahui. Allah juga mahu kita sentiasa berdoa dan meminta-minta kepada-Nya. Allah mahu beri kita insan yang terbaik berdasarkan usaha dan tahap kecintaan kita kepada Allah swt. Sentiasa bersangka baik!

Dalam mencintai Allah swt, akan diiringi dengan cinta insani. So, kepada ukhti-ukhtiku sayang, jangan tertekan sangat jika jodoh tak sampai-sampai lagi. Kita cool je! Allah dah tetapkan segala-galanya. Perancangan Allah sangat hebat. Kita haya berusaha dan berusaha dan lebih berusaha!!!

Kepada bakal imamku, sentiasa jaga solat dan sentiasa utamakan Allah swt dalam semua hal. Semoga kamu berjaya di dunia dan di akhirat.
(okay, ayat di atas memang poyo! tapi tak salah jika kita mendoakan orang yang kita suka iaitu saudara seislam kita juga kan?)

Ya Allah! Labuhkan cintaku kepada dia yang mencintaiMu~ Labuhkan cintaku kepada dia yang bergelar suami~

MABRUK kepada yang telah dan akan menamatkan zaman bujang anda. Semoga perkahwinan anda dilimpahi dengan keberkatan Allah swt.

p/s: bakal kakak ipar saya sebaya kot...sangat tergugat status diriku! Semoga dipermudahkan urusan walimatul urus abang cik~

Monday, March 25, 2013

::Sukarnya Mendapatkan Pekerjaaan::

Perjalanan hidup ini....terasa amat sukar.
Orang selalu cakap, jadi Pelajar lagi best daripada jadi Pekerja.
Tetapi orang lupa yang Pelajar itu juga Pekerja...Bekerja sebagai hamba Allah s.w.t.

Itulah hakikat hidup...Hidup mesti ada cabaran...Dan cabaran itu adalah ujian dari Allah s.w.t. Tak kira Pelajar atau Pekerja, semua akan berhadapan dengan cabaran hidup.
Semakin lama manusia hidup, semakin tinggi cabarannnya...Subhanallah! Hebatnya mereka yang berjaya menempuhi cabaran dalam kehidupan ini.

Kini, aku mampu mengukir senyuman. Bersyukur dengan apa yang diberi sekarang. Pengalaman masa lalu memberi semangat kepada masa sekarangku.
Dulu, hampir tersungkur dan hampir berputus asa dalam mendapatkan pekerjaan.
Tapi, Allah takkan persia-siakan hambanya yang berusaha dan sentiasa sujud kepada-Nya.
Perancangan Allah sangat hebat! Allah tak beri aku kerja itu, kerja ini. Tapi Allah bagi aku menghadapi kerja di tempat aku bekerja sekarang supaya aku melihat dunia dengan lebih luas.
Allah takkan bagi ujian diluar kemampuan hambaNya. Allahuakbar!

Namun aku terasa diri ini semakin lemah iman. Pekerjaan sekarang sungguh menduga keimananku. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Tetapi pengalaman itu sangat bernilai. Semoga pekerjaan ini dapat mendidik jiwaku menjadi insan yang tabah dan kental untuk menghadapi fasa kehidupan akan datang.
Dan hati ini mengharapkan diriku mendapat pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan dikelilingi dengan manusia yang cintakan Ilahi. Sungguh....sungguh ku takut diri tersungkur di landasan yang salah. peliharalah hambaMu ya Allah!

"Kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Surah al-Ankabut , ayat 64)

Bersabar dan berushalah kepada sahabat-sahabat yang masih belum diberi pekerjaan. Jangan memilih, beranikan diri menghadapi alam baru. Nak jadi matang harus berani..!!



#p/s: Tahniah kepada adik2 yang cemerlang dalam STPM dan SPM. kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, anda mungkin tidak mampu menjadi pelajar cemerlang tapi anda mampu menjadi muslim/muslimah yang hebat (~_^)

tabung untuk belajar ---->