Pages

Thanks my follower (^_^)


Wednesday, December 29, 2010

::hAti seBesaR caWan VS hAti seBesaR kOlam::


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

::penat layan 'stress'::

sejak dua menjak ni saya sangat stress...stress sangat22222x.....stresssssss
banyak benda yang nak kena pikir
banyak benda nak kena buat
tapi alhamdulillah
sepanjang stress ni banyak benda yang saya belajar
dan banyak penyakit yang saya dapat
MySpace
emosi saya sekarang kurang stabil
kalau ada yang terasa hati dengan asma...minta maaf sangat2
kalau asma ada menyakitkan hati sape2...minta maaf sangat2
senangkan manusia...buat salah je minta maaf...
kalau ada yang ssalah @ silap...tolong tegur saya

mungkin saya perlu balik dalam masa terdekat untuk tenangkan fikiran
tapi.....kat rumah lagi stress kalau ada bebudak
tak tau dah macam mana nak stabilkan emosi
sabar itu membuatkan terasa diri sangat sakit
ape yang asma perlu lakukan???
need someone to talk laaa...
but......
MySpace

Sunday, December 26, 2010

::mUsim bOla::

hati terasa nak membuat coretan tiap2 hari, tapi ada je benda yang mengganggu saya untuk mengadap benda ni. hari ni berjaya jugak memaksa diri nak menaip. nak exercise tangan pepagi ni....

alhamdulillah....semalam pasukan Malaysia berjaya menjatuhkan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Bukit Jalil. walaupun saya tak minat bola, tapi turut berbangga bila dengar malaysia menang, negara tanah tumpah darahku...TAHNIAH MALAYSIA!!!

biasanya kalau ada perlawanan bola...mesti akan berlaku kekecohan kan. semalam saya dengar penyokong Indonesia buat kecoh dan memecahkan pagar semasa diorang berasak-asak nak beli tiket.....ini gara2 sifat tidak sabar.
ini penyokong2 yang tidak ada sifat sabar langsung

itu baru penyokong indon....penyokong malaysia??? takkan tak buat kecoh kot. biasala paper malaysia....kalau dah menang, masukkan berita yang baik2 je. orang yang kalah, dia buruk2kan pulak. bukan nak sebelahi mane2 pihak...tapi itulah manusia, keburukan orang diwar2kan....kebaikan orang???
entah lah manusia ni.....

kat kolej saya ni pun ada kekecohan jugak. kecoh dengan suara je...tapi memang bengang la setiap kali diorang tengok bola. menjerit bagaikan nak pecah bangunan. yang tak tahannya perempuan. kalau lelaki saya tak peduli sangat. 
jika tangan perempuan boleh goncangkan satu dunia, suara nya pulak mungkin boleh pecahkan sebuah bangunan...hehe
tapi apakah pandangan orang bila dengar jeritan perempuan sebegitu kuat. suara perempuan kan aurat. tak elok laa duk menjerit-jerit macam orang histeria tu. 
jadi...kepada yang bergelar perempuan @ wanita @ women @ gurlz....jagalah volume suara tu. bukannya tak boleh cakap kuat. cuma bengang je bila dengar orang menjerit, tambah lagi bila diorang menjerit tyme maghrib. gilak ah!!!
seburuk-buruk suara adalah suara KELDAI



Friday, December 24, 2010

::insan yang selalu diperhatikan::

Alhamdulillah....hari ni saya berpeluang untuk membuat sedikit coretan di Pelayaran Kehidupan ini. sejak akhir2 ni saya kurang sihat...doktor kata mungkin migrain tambah lagi saya tak cukup tido.
dalam masa seminggu kuliah bermula ni, memang sibuk sangat...nak uruskan pasal kuliah lagi...nak cari penaja la...huh!
siang kuliah....malam meeting....memang tak cukup tido....makan pun, makan benda mengarut je. nasi memang tak sentuh...hehe...
saya memang stress sebab tak dapat respon daripada company yang dihubungi. dan setakat ni tak dapat penaja pun lagi. memang patut la dapat migrain.....sakit kepala tak henti-henti....
tapi dah makan obat....sekarang bergantung pada ubat je bile sakit....

sebenarnya coretan hari ni nak citer pasal kuliah dan pensyarah lagi....bukan nak buat ketupat tapi nak buat nasi lemak MySpace
setakat ni dah 4 kelas saya pergi. kawan??? memang la susah nak dapat kawan baru. kalau setakat kelas tak pe. ni kuliah..ramai kot orang. kenal tu memang la kenal. tapi saya ni susah sikit nak bergaul dengan orang. rasa rendah diri yang teramat. tambah lagi pensyarah suruh cari kumpulan masig2...huhu....cepat...cepat....sape nak ambik asma masuk kumpulan korang...!!!

hari ni saya ada satu kelas je, pengurusan gaji dan upah. nama subjek macam best je...pensyarah nya pun memang best. sebnarnya saya dah lama perhatikan pensyarah ni, Tuan Ahmad Khairy. sebelum ni tak tau pun dia ni Pensyarah. ingatkan pelajar master @ Phd tapi hari ni saya berpeluang mengenali sedikit sebanyak latar belakang dia. kenapa ye saya selalu perhatikan dia sebelum ni???
entah laa...saya sendiri pun tak tau. macam ada kisah di sebalik muka dia tu. dan ternya ada kisah yang menarik. cara dia berjalan macam tempang sikit, tapi tak tempang. sangka saya ingatkan dia pernah eksiden.
hari ni dia kongsi cerita dia dulu2.
jap eh...kita minum dulu....
MySpace
ok...sambung balik. pensyarah ni simple je orangnya. kalau nak citer, memang panjang la. kte skip2 je lah ye. saya memang kagum dengan dia bila dia citer pasal pengalaman dia bekerja dan macam mane bleh jadi pensyarah sedangkan dia kate dia tak minat mengajar orang dewasa.
kalau tengok kepala dia tu, macam ada kesan operate. ye! dia memang kena operate sebab urat arteri kat otak dia pecah, dan berlaku pendarahan.....benda ni berlaku sebab terlalu banyak sangat buat kerja dan berfikir...dan tanpa rehat. cara dia memang nampak tak boleh duk diam (asyik bekerja je)....selepas operate, dia lumpuh sebelah badan selama beberapa bulan. alhamdulillah sekarang dah ok, cuma kadang2 dia diserang penyakit sawan. dalam kelas tadi pun dia hampir diserang sawan....MySpace
dia kata memang kadang2 dia kena sawan tyme stress dan tak berhenti bercakap. dalam kelas tadi dia mintak break 5 minit supaya dia boleh tenangkan diri. dia keluar ambil angin sekejap dan sambung balik kelas.
dia memang bagus orangnya. sangat2 ambil berat pasal pemakaian kami, dan kami kena ikut yang falsafah pemakaian UKM. kalau tak dia akan halau spe2 yang tak ikut peraturan.

sekian sahaja kisah penyarah yang selalu diperhatikan....hehe...tenang je bila tengok dia. nanti kalau berpeluang...nak bergambar lah sebagai kenanganMySpace

Monday, December 20, 2010

::haRi peRtaMa di sEm Baru::

hari pertama sem 2 tahun 2 asma dah bermula pada 20 disember 2010
hari yang sangat2 sibuk rasanya
tak pernah lagi asma sibuk di hari pertama kuliah bermula

macam biasa...sebelum menghadapi hari pertama, pelajar2 UKm akan sibuk mendaftar kursus secara online
daftar kursus dibuka pukul 12 malam...dan ramai la yang 'stay up' malam tu...asma juga tak terlepas untuk join daftar kursus tu...sangat la fenin daftar kursus sebab kena ambik subjek major masing2....asma pun tak perasan tido pukul berapa malam tu

HARI ISNIN....1st DAY KULIAH:-
asma punya kelas pukul 1...satu kelas je...pagi tu asma bangun awal la jugak, dah la tido lewat....
terpaksa la breakfast dengan nescafe 3 in 1 (^_^)
nescafe 3 in 1 sangat bahaya untuk buah pinggang

lepas brekfast, asma mula contact sponsor....orang lain masih sibuk dengan daftar subjek, asma sibuk cari sponsor.....semua syarikat yang asma call, suruh hantar surat...ada yang suruh emel dan ada yang suruh fax kan je. leceh betul guna emel...ye la, kita mana tau sampai ke tak emel tu. dan lagi leceh nak fax. kena print out surat tu....kena pakai duit, dah la duit tak masuk lagi.
dah hampir pukul satu....time to go to the 1st class...kelas teori organisasi.
sebelum tu cek jadual dulu, kat mane kelasnya?
dia tulis BS6FEP....bukan ke BS6 tu banyak...dia bagi no tak lengkap
asma pun keliru la nak pegi ke tak...dan sempat lagi tu main pesbuk....siap main game lagi...hahahaa
pastu ada la orang suruh asma cuba2 cari kelas tu.

dah sampai fep, terpandang dia tulis BS 2,3,4,5 & 6 =>
asma pun ikut la anak panah dia tunjuk tu...rupa2nya dah tukar nombor bilik daaaa
tepat pukul 1 sampai kat kelas....tak sempat nak duduk lagi pensyarah dah masuk
nampak garang wooo...Dr Rohayu
dia lah yang akan uruskan student fep yang nak ambik LI
letak je barang terus dia mula sesi perkuliahan
OH MY GOD.....all in English maaa
nama teori organisasi...ingatkan guna BM
disebabkan dia yang menguruskan pelajar untuk LI, dia nak kami pun speaking...nanti senang nak dapat koje katanya....
orangnya sangat tegas. tak boleh lewat ke kelas. 5 minit lepas kelas bermula dia akan lock the door
and the 1st day, she already start to lock the door
banyak la sangat peraturannya
no jeans in my class...no t-shirt for women...no kebaya...can't do like this...can't do like that...bla bla bla
now! you want to drop this class? want take next sem? go ahead...u can drop this class
but, next sem u will see me again...
hahahaa...dia je satu2nya pensyarah teori organisasi kat situ
dan dia dah bagi projek kepada kami...huhu...di yang bahagikan kumpulan
pastu dia keluar sekejap, bagi masa untuk kami berbincang dengan group masing, which company want to choose aaa??? urmmm...think...think...
hampir 1/2 jam...dr Rohayu masuk balik. banyak jugak la kena reject, salah pilih company.
daha habis bincang...chapter 1 pun terpapar di skrin layar tuu....
tengah2 syok dengar dia ajar...fon pulak berdering, tapi asma dah silent cuma vibrate je.
satu deringan je tak pe lagi...fokus balik, sebab dia speaking...kne la fokus lebih2...otak asma lembab sikit nak translate english ni.
adusss.....fon berbunyi lagi..dan berbunyi lagi...perut pun berbunyi jugakk...
asma mula la gelisah. company yang asma call pagi tu ke yang buat panggilan ni? ataupun family asma?
tak boleh nak fokus dah...fon berdering tak berhenti...macam ada hal penting sangat.
asma tengok jam...lambat lagi nak abih kelas
urmmm..lambatnya masa ni....

gelisah dan terus gelisah....3 jam betul2 dia habiskan lecture. jam menunjukkan pukul 4.
selesai lah sudah bab 1..."prepare your idea for project & read chapter 2 before enter my class next week"
lepas je dia menjejakkan kaki, terus asma check telefon...
wow! i got 13 missed call & one message daripada orang yang sama.
sebenarnya asma dah janji nak temankan kawan gi PK....asma terus call dia balik.
"sorry sangat2..baru abih kelas. boleh bagi sy beberapa minit? nak solat jap"
dia pulak mintak mahap balik dengan asma...huhu
asma pun terus berlari-lari lepas solat, dari FEP ke PK
lupakan pasal lapar...dah sampai PK, sekejap je urusannya...naseb baik.
MySpace fuh! selesai sudaaa...balik bilik
selepas solat asar asma terus masak ape yang ada. tak sempat nak beli makanan lepas balik kelas.
masak sambil perut berbunyi dan badan yang agak lemah rasenya...dah la tak cukup tido, tak sempat nak makan plak....huhu...masak mee je. asma ada beli mee cintan yang tanpa perencah tu. taruk kiub pati ayam.
yummy! macam rase mee sup la jugak...boleh la tahan...

malam tu pulak asma ada discussion pasal jualan untuk dinner...asma ber2 je discuss kat foyer.
pastu datang lak pelakon sinetron..sape tu??? cuba teka.. MySpace
jeng jeng...ammy je, pengarah publisiti dinner, dia baru balik dari kajang....semakin rancak la discussion kami bila dia datang....pastu datang pulak pengarah teknikal, izzudin yang  datang ntah dari mane....duk lame skit, diyana pulak datang, s/u kami..dia kata boring duk kat bilik.....
semakin berpanjangan la kami punya discussion....tapi kami banyak gelak je...MySpace
al-maklum lah sebulan tak jumpa...macam citer ada...kami dah macam family rasenya.seronok sangat bila team dinner berkumpul.....macam perkampungan hari tu, memang tak boring la dengan deme2 ni.
meeting macam tak meeting. tyme serious kami serious jugak laa....
dan malam tu asma balik lewat ke bilik...kalau tak minta izin untuk balik, tak abih lagi diorang bercerita nya. asma dah la lapar....dan terpaksa la tido lewat lagi. walaupun penat, asma paksa jugak diri untuk makan. then, main pesbuk sampai tertido....MySpace

tamat sudah citer...panjang lagi nak citer...tapi terpaksa skip...sekian, wassalam~

Sunday, December 19, 2010

::teRtekAn daLam keBorinGan::

saat memboringkan sudah terasa
nak kemas barang...tapi barang tak boleh ambik pulak
pintu stor tak boleh bukak sebab tersekat dengan barang
haishhhh...main sumbat je diorang ni
nak hulurkan tangan pun tak muat
kalau tangan ni macam pembaris muat laa....
nasib baik separuh barang asma letak kat blok lain
untuk menghilangkan boring tu...main game
main game pun boring....basuh baju
basuh baju skit je.....pastu boring balik
baca blog orang.....pun boring
main pesbuk...chatting2...
dah tak de modal untuk chat...boring balik
kalau bukan tunggu masa untuk daftar kursus ni...kompem asma tidoooo
daftar kursus satu masalah jugak
tak tau nak ambik subjek mana satu
sem ni dah stat subjek major
tak de kawan yang satu major nih
kena cari kawan baru la nampaknya
huh!
MySpace
dan saat ketensionan pun dah datang
asma kena cari sponsor untuk dinner kolej
waaaaaa....sampai sekarang tak de sponsor lagi tau
lagi tension bila asma dapat tau marketing 2 dah dapat untung sikit
dia buat jualan tyme cuti hari tu
asma??? hampeh...tara papa...
asma hanya kutip sumbangan daripada famili je. tu pun sikit je

tak pe asma...tak pe....
esok kena usaha lebih lagi...
kena call semua sponsor yang telah disenarakan
dan esok jugak asma kena bantu marketing 2 buat jualan
tapi orang akan tengok marketing 1
marketing 1 paling penting
cari sponsor....sponsor...
MySpace

harap2 asma dapat konco2 yang boleh buat keja
dan berharap sangat dapat sponsor
walaupun sikit pun tak pe
kalau tak....tak tau la ape nak jawab dalam meeting nanti

Saturday, December 18, 2010

::aZam Sem bAru::

hari yang ceria...
hari yang bahagia....
hari hari hari harimau
kenapa semangat semacam je kali ni????
orang lain yang nak balik UKM esok semua sedih sebab terpaksa tinggal rumah..tinggalkan pets kesayangan...tinggalkan family...
tapi asma yang dah beberapa hari kat UKM ni terasa bahagia dan semangat je.


nak tau kenapa? perlu ke bagi tau? tapi.....nak bagi tau jugak lah

=> sebab pertama mungkin result sem lepas....asma berjaya hapuskan huruf yang asma paling tak suka dalam result :>


=>sebab kedua mungkin asma ditemani....sepanjang perkampungan ni asma tumpang bilik kawan. ada la jugak orang teman...tak macam duk kat kotak (flatelet) burhan tu...sorang2 je bertemankan cicak. klu cicak tu bleh cakap tak pe jugak.


=>sebab ketiga asma basuhkan diri dengan motivasi....tyme cuti haritu, asma ada la tengok kat tb....doc fadzillah Kamsah tengah cakap. apa lagi....bersemangat je rasa bila dia bagi motivasi tu

asma dah buat azam untuk sem depan. doc fadzilah cakap...kalau kita niat je dah dapat pahala. azam tu sama la dengan niat. betul tak??
dan ape2 perkara yang baik yang kita lakukan merupakan jihad
belajar bersungguh-sungguh merupakan jihad
cari kawan baru merupakan jihad
lawan nafsu jahat pun jihad
pergi beli makanan untuk isi perut kosong jihad jugak
cari mata air jihad ke??????
hahaa..tokok tambah je...no no no....itu menghampiri zina namanya
kalau cari lelaki untuk menjadi suami tu ye la jihad kot....tapi bukan untuk couple

aiyyyooookkkkkk....masuk bab couple plak
kembali kepada tajuk
ok, azam untuk sem depan
dengan ini saya Siti Asmaq bt Nuzam berikrar untuk fokus kepada pelajaran dan ingin berjuang melawan nafsu malas...bukan berkawan dengan nafsu.
tapi asma tak boleh fokus 100% kat akademik sebab asma terlibat dengan DINNER KBH & KARNIVAL SRM
tapi asma akan cuba sedaya upaya untuk seimbangkan semua tu...asma harus cemerlang dalam akademik dan jugak ko-kurikulum...harus
INSYAALLAH

GO BABY GO!
 YAKIN! BOLEH! GEMILANG! CEMERLANG!


~YEAH...JANGAN LEKA WALAU SESAAT PUN~

Friday, December 17, 2010

::pUjanggA bErkaTa::

teman2 kita semua baik2 kan...sentiasa disisi jika diperlukan.....sentiasa menemani kita kemana2 jua kita pergi
adakah itu makna teman baik???


Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati


Wednesday, December 15, 2010

::lAhiRnya sEoraNg mUjahiDah::

alhamdulillah...tanggal 14 disember 2010, dalam pukul 11 pagi kakak ke-2 asma telah selamat melahirkan seorang mujahidah.

pada hari kejadian...wahhhh! memang kalut laa...pagi2 lagi asma dapat panggilan daripada abang ipar, dia suruh pergi temankan kakak asma yang tengah kesakitan. waktu tu abang ipar asma dalam perjalan nak gi ambik pelajar dia, jauh jugak la tempat tu. dah sampai rumah dia tu, memang kakak asma tengah mengerang kesakitan. katanya sakit biasa, mungkin masuk angin. asma hanya mampu melihat je, nak menangis pun ada. tambah lagi anak saudara lelaki asma tu tak duk diam dan menangis je.

lepas abang ipar asma balik, terus bawa kakak ke klinik. nurse kata dah terbuka 4cm...apa lagi...cepat2 dia bawak kakak asma ke hospital. asma pun ikut je, tak mandi lagi tyme tu. sampai pukul 11 baru asma balik mandi. hehe. siap mandi je, ma asma call....'baby dah keluar, baru je'...kiranya, dalam perjalan asma nak balik tu, kakak asma dah duk dalam wad bersalin. asma pun pergi balik hospital....anak buah yang laki tu pun dah tenang, tak menangis dah. sejuk je hati bila tengok baby tu...

mmmuah...sayang baby!

~baby girl~

anak buah asma yang sorang ni lain daripada yang lain. dia ikut keturunan bapak dia....berat dia 3.8kg. 
ape yang paling istimewa, jari kaki kanan dan tangan kiri dia lebih satu. benda ni memang disebabkan genetik. abang ipar asma pun ada jari lebih. setiap kali anak dia lahir, mesti dia kira jari anak dia. hahaa....

SEMOGA BABY INI MEMBESAR MENJADI MUJAHIDAH YANG SOLEHAH DAN DAPAT MENGGEGARKAN DUNIA DENGAN KEKUATAN ISLAM......INSYAALLAH!

Sunday, December 12, 2010

::niKmatNya cUti::

nikmat duduk di rumah akan berakhir sementara...rabu ni dah nak kena balik UKM...ada kerja dengan SRM pulak...

sedih sangat bila kena balik awal ni sebab tak dapat nak tengok kakak asma lahirkan baby. doktor jangka baby keluar minggu ni...tapi kalau asma balik lewat pun, same je, tak boleh tengok jugak kakak asma tu....dia akan bersalin dirumah mertuanya...huhu...sedihnya...anak saudara asma dah nak masuk 6 orang. semuanya asma tak pernah tengok diorang masa merah2, tengok2 je dah besar dan boleh meniarap....nasib..nasib...

nak citer pasal cuti plak...cuti asma 2 minggu lebih je. tapi asma seronok sangat cuti kali ni. penuh dengan aktiviti...rumah asma ni dah jadi macam pusat tuisyen plak...mula2 ajar budak yang nak spm...pastu ajar budak2 sekolah rendah plak...jiran2 asma ni selalu datang lepak kat rumah bila asma ada...daripada duk lepak je, asma suruh la diorang bawak buku sekali.....hehe

~jiran2 yang selalu menceriakan cutiku~

cuti ni jugak asma lebih banyak menghabiskan masa didapur...hehe...bukan masak lauk pauk. asma suka masak kek dan desert je. dan kadang2 tu terasa macam chef pakar pulak. kalu asma buat kek, asma akan ajak jiran2 asma tu tolong. diorang jugak yang suruh ajak, katanya boring sebab tak de benda nak buat tyme cuti sekolah. asma tak sezalim kakak asma, nak lipat kain pun ajak budak2 tu jugak, suruh lipat kain sekali...hahaaa...ambik kesempatan namanya tuuu
~ni kek bebudak tu buat...yummy~

dalam gembira ada kesedihan....dalam cuti ni jugak asma dapat berita yang cikgu catur asma meninggal sebab sakit jantung. muda lagi orangnya. dia yang mengajar catur asma tyme sekolah menengah dulu. dia jugak lah yang memberi keberanian untuk asma masuk pertandingan catur. 
sekarang asma dah takut nak masuk pertandingan catur. mungkin sebab dah lama tinggal permainan ni. dah jadi beku otak ni. lagi pun bukan senang nak cari orang yang pandai main catur ni. nak ajak abang & kakak asma main pun susah dah sekarang. masing2 sibuk....

apa2 pun i'm so happy with my holiday and my result also...haha....cakap pasal reult ni, not bad!
sekarang semangat baru dah datang. asma akan tempuhi sem 2 yang akan memenatkan dan memeningkan dengan emosi yang terkawal dan fizikal yang kuat....insyaAlllah!!!


Tuesday, December 7, 2010

::tAhuN bArU::

Alhamdulillah....hampir 21 tahun asma bernafas di planet bumi ini...hari ini 1 muharam yang merupakan tahun baru Islam...
biasanya kalau tahun baru mesti kita akan buat azam baru kan...??? 
kakak asma pun ada tanya tadi..ape azam asma...??? asma pun dah penat lah dengan azam2 ni...bukan putus asa.....tapi....entah laaa...huh!
sebagai seorang pelajar, paham2 je la azam asma ape....tak kan nak kahwin kot....no...no...no
belum masanya lagi laaa.....

beberapa hari lagi keputusan peperiksaan asma akan keluar...takut???? memang takut...takut sangat2. kalau result teruk lagi, ape yang asma nak jawab kat pak cik asma. kadang2 rasa malu je bila pergi rumah dia...asyik tanya pasal pelajaran asma je. kadang2 terharu jugak....ada jugak orang yang ambil berat pasal pelajaran asma ni.....dia yang paling banyak membantu asma di sana....jasanya akan asma kenang...insyaAllah...

tapi sebenarnya asma tak sabar nak habiskan belajar ni.....nak kerja cepat2....nak pegang duit sendiri...asma tak mau jadi seperti orang tu....hidup menyusahkan mak bapak...harap je belajar tinggi2. tapi macam tak de otak. dah kawin pun nak kena bapak dia tanggung lagi...

azam baru asma...asma mau jadi insan yang baik dan anak solehah...
ya Allah...jauhkanlah hambamu ini dari sifat2 yang keji....

Friday, November 26, 2010

::sEminGgu PerKampUngAn::

Alhamdulillah....berakhir sudah perkampungan (Bengkel Perancangan & Pengurusan)...tapi itu tidak bermakna kerja kami sudah selesai. kerja kami akan bergerak walaupun cuti. asma sudah merancang ape yang akan dilakukan untuk cuti ni. sebagai 'pengarah pengemis' opkos la asma kena mintak duit daripada orang kan. tapi asma ada plan lain juga, asma nak buat kuih siput dan jual la kat sape2 pun..hehee

banyak input dan pengalaman yang asma dapat semasa perkampungan ini. kami dah jadi macam satu keluarga. meeting pulak tak la serius sangat...penuh dengan lawak masing2 dan ada je orang tersalah sebut perkataan kan...

~mesyuarat~
~proses menyiapkan kertas kerja~
sementara menuggu makanan siap...jangan buang masa! buat kerja....
~meeting lagi~
abang Razi...pensyarah kami
asyik meeting je...sekali sekala kluar makan sama2 jugak...
haaaa....ni nak cakap pasal makan. sepanjang perkampungan ni, kami stat breakfast petang dalam pukul 3. pastu makan malam dalam pukul 12 lepas meeting.
tak breakfast sebab kafe yang gilak tu tak masak pagi. so, kami terpaksa la ikat perut....
~pantauan daripada felo, abang mouse~
~ini laporan individu yang memeningkan kepala kami~
~pembentangan kertas kerja oleh Ketua Pengarah~
~sabo je la dengan penerangan beliau...buang masa je la terangkan benda yang tak berkaitan dengan projek kami~
horeyyy!! makan pree
makan came2 lagi...tyme ni dah ade yang balik...sebab tu sikit je...dah abih makan dengar citer pasal makhluk halus dan santau oleh fauzi & ammy....citer benar dan pengalaman diorang sendiri...kusyuk je semua dengar.
jejalan kat putrajaya...ini kali terakhir kami keluar same2 dalam perkampungan...

i will miss u all...selamat bercuti untuk pasukan dinner...HIDUP ANUGERAH!!!
cuti..cuti jugakk...jangan lupa kerja yang perlu dilakukan semasa cuti. dan jangan lupa kutip sumbangan untuk pemasaran ye!
Nice to meet u all....
moga ketemu lagi kita sem depan....buatlah persediaan dari segi mental dan fizikal untuk menempuhi kesibukan sem akan datang ini...chaiyok3!!!

















Tuesday, November 23, 2010

::IKHLASKAH KITA???::


Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi Ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.
Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas ;
Membantu seseorang sambil berkata,
" Ambillah, saya ikhlas. "
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak,
" Saya tolong awak ini ikhlas tetapi sedih kerana awak menolak. "
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,
" Yang Ikhlas " atau " Yang Benar "
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Tiada sesiapa yang mengetahui yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
Erti Ikhlas :
Murni, bersih, jenisnya sahaja dan tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung kerana apabila sudah bercampur dengan benda lain ianya sudah tidak tulen lagi.
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, membaca Al-Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar semuanya semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya.
Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu. Tujuannya hanya satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.
Sekiranya niat atau dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain Allah seperti riak, megah, glamor, pangkat, takut orang tidak suka, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka keikhlasannya telah ternoda.
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.
Khususul Nafs :
kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
  •  awal
  •  pertengahan
  •  akhir
Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata ;
" Inilah masanya nak jadi popular. "
" Aku akan jadi terkenal. "
" Dengan ceramah ini dapatlah duit poket. "
Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata ;
" Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis. "
Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata ;
" Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis. "
Waktu itu maka datanglah rasa riak hingga lupa semuanya itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah, tiba-tiba apabila siap sahaja rumah itu runtuh menyembah bumi.
Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab mempunyai rasa riak. Sifat takwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

tabung untuk belajar ---->