Pages

Thanks my follower (^_^)


Wednesday, December 15, 2010

::lAhiRnya sEoraNg mUjahiDah::

alhamdulillah...tanggal 14 disember 2010, dalam pukul 11 pagi kakak ke-2 asma telah selamat melahirkan seorang mujahidah.

pada hari kejadian...wahhhh! memang kalut laa...pagi2 lagi asma dapat panggilan daripada abang ipar, dia suruh pergi temankan kakak asma yang tengah kesakitan. waktu tu abang ipar asma dalam perjalan nak gi ambik pelajar dia, jauh jugak la tempat tu. dah sampai rumah dia tu, memang kakak asma tengah mengerang kesakitan. katanya sakit biasa, mungkin masuk angin. asma hanya mampu melihat je, nak menangis pun ada. tambah lagi anak saudara lelaki asma tu tak duk diam dan menangis je.

lepas abang ipar asma balik, terus bawa kakak ke klinik. nurse kata dah terbuka 4cm...apa lagi...cepat2 dia bawak kakak asma ke hospital. asma pun ikut je, tak mandi lagi tyme tu. sampai pukul 11 baru asma balik mandi. hehe. siap mandi je, ma asma call....'baby dah keluar, baru je'...kiranya, dalam perjalan asma nak balik tu, kakak asma dah duk dalam wad bersalin. asma pun pergi balik hospital....anak buah yang laki tu pun dah tenang, tak menangis dah. sejuk je hati bila tengok baby tu...

mmmuah...sayang baby!

~baby girl~

anak buah asma yang sorang ni lain daripada yang lain. dia ikut keturunan bapak dia....berat dia 3.8kg. 
ape yang paling istimewa, jari kaki kanan dan tangan kiri dia lebih satu. benda ni memang disebabkan genetik. abang ipar asma pun ada jari lebih. setiap kali anak dia lahir, mesti dia kira jari anak dia. hahaa....

SEMOGA BABY INI MEMBESAR MENJADI MUJAHIDAH YANG SOLEHAH DAN DAPAT MENGGEGARKAN DUNIA DENGAN KEKUATAN ISLAM......INSYAALLAH!

No comments:

tabung untuk belajar ---->