Pages

Thanks my follower (^_^)


Sunday, September 23, 2012

::Coretan hidup "bakal" graduan::

2009/2010

Kakiku berat untuk melangkah, hatiku tak sanggup untuk berjauhan dengan keluarga, perasaanku bercampur aduk...Takut yang kufikirkan. Ya, memang impianku ingin menuju ke puncak menara gading. Tapi apabila aku mendapat tawaran tersebut, hatiku rasa takut dan tidak yakin dengan diri sendiri. Takut untuk berhadapan dengan situasi baru...Suasana baru...Kawan baru..Pendidik baru...dan Rakan sebilik yang baru. Namun, aku terpaksa memberanikan diri menjejaki ke institusi tersebut demi memenuhi impian yang selama ini ku semat dalam diri kemas-kemas. Perasaanku mula berubah apabila melihat bilik yang ala-ala hotel. Sebilik dua orang dan rakan sebilikku adalah senior. Hatiku bertambah gembira apabila terjumpa kawan satu matrik dan kini satu kolej. Dari situlah keyakinanku semakin meningkat sedikit demi sedikit. Kawanku semakin bertambah. Macam-macam lagak orang dapat aku lihat. Semakin hari semakin aku dapat biasakan diri di tempat orang dan aku semakin berani...Berani berdepan dengan pelbagai situasi dan pelbagai lagak manusia. Memang betullah pepatah ini,"jauh berjalan, luas pemandangan". Banyak pengalaman yang aku dapat timba.Yang paling menarik adalah curi-curi masak dalam bilik. Biasalah, pelajar popular dengan perkataan "nak jimat kos". Sanggup buat apa sahaja sampai ada yang ikat perut, asalkan dapat jimat duit. Tapi perkataan yang perlu diingatkan bila berada di IPT adalah,"suap sendiri, jangan harapkan orang lain tolong suapkan". Itu bermakna kita perlu berdikari dalam segala hal termasuk cari bahan bacaan sendiri, cari nota sendiri, dan perlu tahu apa yang perlu dipelajari sebab pensyarah tak sempat nak ajar banyak-banyak. Takut kan nak masuk universiti? Macam seram je. Jangan takut ye adik-adik...Orang kan selalu cakap, kehidupan kat universitilah paling seronok. Ya, seronok sangat sangat sangat. Suka hati kita la nak buat apa pun. Tapi ingat, pandai-pandai jaga diri jangan sampai terpesong ke jalan yang salah. Enjoy, enjoy jugak...Pelajaran perlu diutamakan. Alhamdulillah, pengajian setahun aku iaitu dua sem berakhir dengan baik. Sebenarnya tiga sem sebab aku buat pengajian pendek selama dua bulan.

Mereka yang ceria dan gila-gila

 Mereka yang gigih dan rajin

2010/2011

Kehidupan pelajar aku disambung lagi di tahun yang baru dan suasana yang sedikit berubah. Bilik aku pun berubah, tiada lagi ala-ala hotel. Sedih tapi suka sebab satu bilik satu orang. Kadang-kadang bosan jugak duduk sorang-sorang. Tapi tahun dua tanggungjawab kami lagi besar terhadap pelajaran mahupun terhadap persatuan atau aktiviti lain. Memang patut kami yang senior-senior diletakkan di bilik yang ada "privacy" gitu. Dengan kesibukan hidup itu, aku semakin tabah tapi kadang-kadang sensitif juga. Hidup semakin sukar dan penuh liku-liku serta onak duri yang menghalang. Tekanan itu sentiasa wujud. Kalau tidak mahukan tekanan dalam hidup, jangan hidup, lebih baik mati. Itu kata-kata pensyarah aku la. Tapi cabaran itulah yang membuatkan kita terasa hidup ini bermakna bukan? Apabila dikenang kembali peristiwa-peristiwa yang menyukarkan yang pernah aku lalui, pasti aku tersenyum sendirian.Lucu! Ape yang paling menyukarkanku adalah apabila terlibat dalam pengurusan makan malam kolej. Ada hikmah dalam paksaan itu. Dan tahun dua jugalah aku perlu keluar dari kampus untuk cari mana-mana syarikat bagi menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan. Itulah yang paling menarik sekali sebab kita boleh mencedok pengalaman pengurusan dalam sesebuah syarikat yang berjaya terutamanya. Itulah manisnya menjadi seorang pelajar, semanis kurma gitu.

 Mereka yang bekerja di sebalik tabir majlis makan malam kolej sesi 2010/2011

Saat dicampak ke pulau

Lepaking di tengah malam yang larut

2011/2012

Sesi terakhir aku dalam pengajian di IPT. Pengajianku satu sem je, satu sem lagi untuk Latihan Industri. Yabedahbuduuu! Siapa yang tak gembira kan, dah hampir ke garisan penamat pengajianku di IPT. Hari-hari ku lalui dengan hati yang gembira sekali. Aku sudah tidak sabar lagi untuk menamatkan pengajian ini. Di saat-saat akhir ini jualah aku menemui satu sinar. Subhanallah...Allah pasti akan memenuhi keperluan hambanya. Aku sudah tidak aktif  lagi dengan segala aktiviti. Jadi aku penuhi ruang-ruang masa yang kosong itu dengan menghadiri majlis ilmu. Sebenarnya sudah lama aku menyimpan hasrat untuk ke majlis ilmu yang dianjurkan dalam IPT itu. Tapi tahun ini baru aku dipertemu dan dikelilingi oleh orang yang cintakan ilmu agama. Memang benarlah orang kata,"kalau kita berusaha untuk berubah untuk menjadi baik, Allah pasti akan menghantar orang-orang yang baik kepada kita". Bukan nak cakap kawan yang sebelum ini tidak baik. Mereka baik sangat sangat sangat dan selalu menceriakan hidupku. Tapi terasa diri sendiri yang kurang baik dan aku sangat dahagakan ilmu agama waktu ketika itu. Terasa diri ini sangat jahil bab-bab agama. Namun satu sem itu sangat singkat bagiku. Sepertimana aku ingin menjejakkan kaki di permulaan hidupku di IPT, seperti itu jugalah saat aku ingin melangkah meninggalkan IPT itu. Terasa sebak, hiba dan berat sangat untukku melangkah meninggalkan mereka yang pernah wujud dalam hidupku. Sambil melangkah pergi, aku bermonolog,"diluar sana nanti, macam mana aku nak sertai majlis ilmu? Ada lagi ke orang yang akan ajak aku untuk ke majlis ilmu? Adakah usrah untukku lagi?" Soalan itu aku biarkan bermain dalam minda tanpa jawapan. Aku percaya Allah pasti permudahkan untuk hamba-Nya yang sedang berusaha mengikuti jalan yang lurus, iaitu jalan yang diredhai Allah s.w.t. Perpisahan dengan kawan-kawanku diiringi dengan air mata. Jika pertemuan kita kerana Allah, dan perpisahan kita kerana Allah, pasti kita akan diketemukan balik sama ada di dunia atau di akhirat. IsyaAllah.

Turun padang...Sesi temuramah di rumah anak-anak yatim

Saat perpisahan

Berakhir  sudah kisah hidup seorang pelajar mahasiswa. Waktu tengah belajar rasa tak sabar-sabar nak habiskan pengajian. Sekarang, dah habis belajar terasa nak masuk balik kedalam dunia pelajar. Itulah lumrah kehidupan. Rindu sangat sangat sangat terhadap saat-saat kehidupanku di IPT, dalam tempoh dua tahun lebih itu. Sekarang status aku di web, "KONVO/TAMAT DENGAN KEPUJIAN". Alhamdulillah. Ini hanya hadiah kecil buat kedua ibu bapaku. Beberapa hari je lagi kakiku sekali lagi perlu menjejak ke IPT itu...Kali ini bukan untuk menuntut ilmu mahupun menuntut hutang daripada sesiapa. Tapi aku mahu menuntut segulung ijazah...InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan konvo aku dan kawan-kawan. Terima kasih kepada semua watak yang sama-sama menjalankan penggambaran di IPT. Tanpa watak mereka masing-masing, kisah hidupku mungkin tidak menarik, tertarik dan meletup dabom! Semoga aku dipertemukan balik dengan kawan-kawan dulu. Wait for me friends (^_^)



 p/s: Ternyata Allah Maha mengetahui. Kita hilang sesuatu yang kita sayang, tapi Allah gantikan yang lebih baik lagi dari itu. Ingatlah Allah selalu, yang tak pernah mengecewakan hambaNya. Akanku iringi doaku buat kawan-kawan. Biar nampak berjauhan tapi sentiasa hadiahkan doa buat mereka (^_^,)

No comments:

tabung untuk belajar ---->