Pages

Thanks my follower (^_^)

Wednesday, October 10, 2012

::Didikan Membaca Dalam Pemerhatianku::

Kaki melangkah sana sini. Naik bas turun bas. Pandu kereta jelajah jalan. Itulah diriku yang suka jalan-jalan tanpa arah tujuan. Orang kelantan kata 'derak'.

Rumah bertukar rumah. Pergi rumah nenek, pergi rumah abang, pergi rumah kakak, pergi rumah saudara mara....Rumah siapa lagi yang perlu saya kunjungi? Orang kata, waktu ni la perlu ambil peluang waktu kosong dengan ziarah saudara-mara. Kalau dah kerja esok lusa susah pulak nak melakukan aktiviti menziarah. Mampu ziarah melalui alam maya je kot.

Dalam masa ziarah menziarah dan bermalam di rumah mereka, satu pemerhatian telah dilakukan. Senyapku bukan senyap kosong..Tapi senyapku kerana memerhatikan gelagat tuan rumah. Semua rumah yang saya kunjungi, mesti ada kanak-kanak. Al-maklumlah, mak saya sulung...Jadi sepupu-sepupu semua masih kecil. Secara tidak sengaja otakku tetiba nak buat analisis tentang didikan anak-anak mereka dirumah. Analisis ini untuk masa hadapan saya juga. Persediaan untuk penjagaan anak-anak sendiri kelak. Nak lahirkan anak yang SUPERB, ibu bapa dululah yang perlu SUPERB kan! Tapi saya nak lahirkan anak yang cintakan ilmu, jadi saya sekarang perlu bercinta dulu dengan ilmu.

Macam-macam didikan yang ibu bapa lakukan untuk anak mereka. Tapi orang kata zaman sekarang ni ibu bapa sibuk mengejar kebendaan. Anak-anak dihidangkan dengan permainan yang tidak sihat. Betul ke? Tapi itu hanya segolongan masyarakat je. Tak semua ibu bapa gilakan kebendaan. Bukan setakat memerhati, tapi saya juga membaca sedikit artikel berkenaan pendidikan di rumah. Perhati sambil buat rujukan (^_^)

Tingkah laku anak-anak yang diperhatikan adalah malas membaca dan degil. 'Alah...Biasalah...Budak-budak...nak main je kejenya'. Itulah ungkapan yang sering dituturkan? Tingkah laku anak-anak ini pasti terbentuk dari didikan atau pengaruh di luar. Dalam pemerhatian saya, salah satu faktornya adalah mereka dihidangkan dengan cerita kartun dan permainan video sejak dari kecil lagi. Tiada had masa yang diberikan. Bukan setakat malas membaca, makan pun malas juga. Solat lagi lah melayang. Sejak kecil tak dititik beratkan bab solat dan membaca, dah besar memang susah nak kawal. Bak kata pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya'. Pendidikan rohani kurang dan pendidikan jasmani tidak berapa bagus. Buku bagaikan musuh bagi mereka. Usia semakin meningkat. Bagaimanakah tingkah laku mereka kelak? Yang penting pendidikan rohani...Hidangkan anak-anak dengan makanan rohani supaya mereka lebih berdisiplin dan berakhlak. Jarang sangat nak jumpa kanak-kanak secara automatik berakhlak bila dah besar tanpa pendidikan rohani dari kecil. Urmm..

Tapi sebaliknya ada juga anak-anak yang suka membaca. Sifat degil memang dinafikan sudah menjadi teman dalam diri kanak-kanak. Yang bezanya sama ada degil melampau atau degil biasa-biasa je. Saya cuba cari sebab kenapa budak itu suka membaca. Umur 5 tahun dah pandai membaca. Umur 6 tahun dah lancar pembacaannya. Kagum! Sebabnya...Didikan yang diberikan. Si ibu sentiasa menghidangkan buku untuk anak-anaknya. Tiada permainan video. Masa belajar lebih banyak daripada masa bermain atau menonton televisyen. Si ibu juga turut mencontohinya anaknya dengan membaca. Walaupun umur masih kecil, budak itu tetap solat bila melihat si ibu solat. Cuma subuh je yang susah nak bangun. Dia solat tanpa merungut apa-apa walaupun mungkin 6 tahun masih tidak memahami lagi kenapa perlu solat. Yang paling kagum, di usia 5 tahun budak itu dah mampu puasa penuh satu hari. Menganjak usia 6 tahun, hampir sebulan penuh dia puasa. Pada malam saya tidur bersama budak tu, saya cuba buka buku yang saya beli dan sengaja baca buku depan dia sebelum tidur. Dia pandang saya dan ambil bukunya, turut membaca. Adiknya yang sedang bermain di tepinya tidak diendahkan. Dia lebih tertarik untuk membaca berbanding bermain. Subhanallah! Semoga budak itu berjaya menjadi muslimah yang cemerlang kelak.

Kesimpulannya, bagi saya didikan anak-anak ini perlu diterapkan semasa dalam kandungan lagi. Saya pernah terbaca satu artikel, didikan minda anak perlu dibentuk semasa mengandung lagi. Ibu yang mengandung perlu membuat latihan matematik secara berterusan dan mendengarkan alunan muzik bagi pembentukan minda bayi. Cer tanya cikgu-cikgu matematik, anak cikgu mesti pandai matematik kan? Dan untuk melahirkan generasi berilmu, suasana rumah perlu dipenuhi dengan ilmu. Cuba elakkan dari mewujudkan benda yang melalaikan dan tidak berfaedah seperti permainan video di dalam rumah. Yang penting ibu bapa perlu mencontohi anak-anak mereka dengan perkara-perkara yang baik. Ke mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.

 Membaca untuk dapatkan ilmu. Ilmu itu jambatan amal

Harap-harap saya dapat lahirkan generasi yang cintakan ilmu kelak. Ayuh! kita bercinta dengan ilmu.

"Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim." (Hadis sahih : Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, no. 224, daripada Sahabat Anas bin Malik radhiyallahu'anhu; lihat Sahih al-Jami'is Saghir, no.3913)

Jadi kalau benda yang wajib bagi Muslim, jika ditinggalkan akan berdosa. Jika kita tidak menuntut ilmu maka  tergolonglah kita dalam kalangan manusia yang berdosa. Tambahan lagi ilmu berkaitan agama.

"Ilmu itu tidak akan dimiliki dengan jasad yang selalu menginginkan istirehat." (Al-Imam Muslim dalam sahihnya; oleh Yahya bin Abi Katsir)

Apalagi....Jangan buang masa walaupun lima minit. Jom buang duit kat kedai buku untuk beli buku berilmiah. Tak pun pinjam buku kat pustaka. Tak rugi punya....Semoga Allah menilai amalan yang kita lakukan.

No comments:

tabung untuk belajar ---->