Pages

Thanks my follower (^_^)


Tuesday, February 21, 2012

::Kerja *cerita (2)::

Assalamualaikum w.b.t.

terutama sekali saya mahu ucapkan tahniah kepada kawan2 yang dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang terutama kepada sahabat saya yang dapat dekan tu kan. semoga kamu dapat kekalkan prestasi itu dan buat yang lebih baik lagi untuk sem2 seterusya...saya tumpang gembira lah ye (^_^)

kembali kepada kehidupan kerja saya...alhamdulillah...pejam celik pejam celik dah tiga minggu saya berkhidmat di pejabat ni. dah dapat tahu sikit2 perangai pekerja kat sini dan kedudukan pejabat ni. SERAM!!!!

macam pensyarah asmaq cakap la sebelum ni, kat tempat kerja nanti kita kena berhati-hatilah dengan orang yang gatai atau dengan kata lainnya suka mengambil kesempatan. itulah yang menakutkan asmaq. harap2 semua pekerja kat sini baik2...tapi tak dinafikan la mesti ada sorang dua yang meragukan fikiranku....kita tengok lah macam mana.

tentang kedudukan pejabat ni, dah ramai dah yang kata blok asmaq dan blok sebelah ni kerah....memang la keras sebab dinding batu kan...tiang pun batu....hahahaa....harap2 kami dijauhkan la daripada gangguan2 makhluk lain...
pernah sekali lampu kat pejabat asmaq duduk ni terpadam sebab ada orang tengah buat kerja pembaikan kat bilik pengerusi. dengan cepatnya bos asmaq suruh keluar dari bilik. asmaq duk merempat kat bilik mesyuarat je. waktu tu asmaq tak tau ape2, dengan slow2nya kita keluar dari bilik tu. lepas tu baru lah ada orang cakap sebab apa bos suruh keluar cepat2 waktu lampu terpadam....meremang bulu roma aih!

lupakan lah pasal tu...memang di bumi ni bukan manusia je yang ada kan....harap2 kawan2 di sini kuat semangat menghadapi hari2 seterusnya....

Gambar semasa...tengah ngantuk ni...masih larat lagi update blog...tapi tak larat nak wat keje...fenim...blhe tak cam tu?


p/s: tak sabau nak pi picnic kat pantai dengan warga SUK (^_^)

No comments:

tabung untuk belajar ---->