Pages

Thanks my follower (^_^)

Monday, November 15, 2010

::rAya dAtanG lAgi::

SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG INI

hari ni bersamaan 16 november, sahabat2 asma di mesir sedang menyambut raya haji. best sangat suasana raya kat sana. raya haji lebih meriah daripada raya puasa kat sat sana. jalan pulak akan dibanjiri dengan darah binatang korban. yang uniknya...diorang sembelih binatang dalam bangunan. kat sana rumah bertingkat-tingkat macam rumah flat. tak de pun rumah sebuah2 macam malaysia ni. biasanya diorang akan sembelih binatang dalam bangunan rumah tu, tapi bukan dalam rumah..kat tingkat satu bangunan laa...
macam hari raya puasa jugak, diorang akan ziarah-menziarahi sahabat2 yang lain. kalau kat malaysia, kte dari bandar akan balik ke kampung untuk beraya. diorang terbalik sikit...dari kampung balik ke bandar untuk beraya.
inilah rumah di mesir

esok bersamaan dengan 17 november, giliran kita di malaysia pulak beraya. macam biasa asma akan beraya di kampung dengan saudara mara di pasir puteh, kelantan. orang kata raya haji kat kelantan meriah. memang meriah...sambutan dia same je macam raya puasa. kami akan ziarah-menziarahi saudara yang tak sempat nak ziarah mase raya puasa hari tu. biskut raya?? opkos la ada. yang kenduri2 tu biasanya diorang buat akikah. kampung asma jarang wat kenduri. kami cuma berkumpul saudara mara je. best sangat2....bukan senang nak berkumpul saudara mara ni. kadang2 dapat duit raya jugak tau. sape yang tak bagi tyme raya puasa hari tu, kena bagi tyme raya haji ni...hehe
baju raya asma untuk raya haji ni warna hijau....i like green!!!

SELAMAT BERCUTI UNTUK SAHABAT2 ASMA

No comments:

tabung untuk belajar ---->