Pages

Thanks my follower (^_^)


Friday, March 20, 2015

:: Permulaan 2015 ::

Dan ini sambungan kisah hidupku....

Last entry, saya bekerja sebagai guru tuisyen pada tahun 2013. Selepas itu saya ditawarkan menjadi guru ganti. Saya telah menjadi guru ganti untuk 3 buah sekolah berlainan. Tapi guru ganti ni maximum 3 bulan sahaj. So, banyak masa senggang saya antara penghujung tahun 2013 sehingga penghujung tahun 2014. Dalam menghadapi masa senggang itu, macam saya buat... Tak rasa sangat yang kita ni menganggur. Mengasuh anak saudara, ganti pekerja di klinik swasta dan paling best ambil tempahan biskut untuk hari raya.

Siap buat iklan gitu....

Tahun 2014 adalah tahun kuda, tahun saya lahir. Tahun 2014 jugalah ujian besar melanda. Alhamdulillah, semua ujian itu sudah berlalu dengan meninggalkan kesan pengajaran buat diri ini. Saya sudah merasai nikmat kesabaran yang lepas. 

Kini saya sudah berada di tahun 2015. Usia semakin berganjak naik. Permulaan 2015 saya dihidangkan dengan offer kerja sudah. Bukan tukang ganti dah. Niat sebelum menerima offer ni, biarlah gaji kecil asalkan saya selesa dengan suasana kerja dan title saya bukan 'tukang ganti' (^_~)

Sekarang, dua tiga orang sahabat pula melalui pengalaman hidup saya yg lepas. Sukar kan mencari kerja wahai sahabat-sahabat saya. Benda yang penting dalam hidup kita adalah jangan sesekali bandingkan diri kita dengan orang lain. 
"Kau hidup senang... ada orang bantu... duit sentiasa masuk walaupun tak kerja... bla bla dan bla."
Setiap kesenangan yang Allah berikan, akan ada kesusahan Allah sertakan.
Sentiasa berfikir positif dan ceriakan hidup anda dengan senyuman (^____^)

Kepada sahabat2 saya yang baru habis belajar dang sedang mencari pendapatan, saya doakan awak2 dipermudahkan rezeki. Bersabarlah sahabat, jangan give up!
InsyaaAllah, akan ada rezeki bagi sesiapa yang berusaha. Yang penting bersyukur sentiasa supaya kita dapat merasai ketenangan hidup.

No comments:

tabung untuk belajar ---->