Pages

Thanks my follower (^_^)

Saturday, June 4, 2011

::Entri buat ayahku::

jika dulu...waktu form 5, asmaq takut akan kehidupan selepas tamat sekolah. takut jika tidak dapat mencapai impian asmaq. tapi alhamdulillah.....akhirnya asmaq berjaya juga menempuhinya walaupun terpesong dari bidang yang sepatutnya.

sekarang, asmaq takut untuk menghadapi kehidupan selepas tamat belajar. ape yang akan asmaq buat selepas tamat belajar? bukan tak de cita-cita....cuma cita-cita asmaq samar. kalau boleh asmaq tak mau tamatkan pelajaran.

kalau kawan asmaq hilang kekuatan, asmaq selalu bagi kata-kata semangat kepada mereka. boleh dikatakan asmaq ni pakar motivasi. kata-kata tu bukan asmaq main copy and paste je. itu adalah lahir dari hati terus ke mulut...cewwahhhh....asmaq bagi motivasi kepada orang konon-kononnya asmaq nak meningkatkan motivasi sendiri.

tapi asmaq sebenarnya tak de motivasi....bukan tak de, kurang....asmaq tak tau siapa yang boleh menggerakkan kekuatan ini....asmaq tau family mesti nak tengok asmaq berjaya. but i am not strong! 

ma...ayah....maafkan asmaq. anakmu ini bukan sepandai yang kamu sangkakan.asmaq sudah merosakkan impian ayah...asmaq tak dapat jadi doktor. kononnya asmaq ingin buktikan yang asmaq boleh jadi lebih baik daripada doktor. tapi asmaq tak pasti semua itu.

ayah, kata-kata ayah malam itu sentiasa terngiang-ngiang di kepala ni. adakah ayah memasang impian baru? kenapa ayah tanya soalan yang sebegitu. kalau belajar dalam bidang HR tak boleh berjaya ke? rendah sangat ke pangkat HR ni? tak semestinya kami perlu bekerja bawah HR kan....please la ayah...jangan berpandangan seperti orang lain. asmaq tak berani meluahkan kata2 ini kepada ayah. kenapa lidah ku kelu bila berhadapan dengannya. maaf ayah! maafkan anakmu ini.....

jika ayah tak mau asmaq begini...kenapa dulu ayah tak tentukan hala hidup asmaq? kenapa semua asmaq yang perlu buat keputusan sediri? 
inilah kehidupan asmaq sekarang....asmaq perlu tentukan hidup sendiri....asmaq perlu tentukan hala tuju sendiri. asmaq tak mau bantuan ayah untuk ke alam pekerjaan. ayah yang mengajar asmaq untuk berdiri di kaki sendiri bukan....so, asmaq harap ayah tidak menentukan pekerjaan asmaq kelak. asmaq akan lupakan hasrat ayah itu. sorry again! i love you forever ayah....

2 comments:

yah_gee86 said...

apasal x ade cerita sama kak teh..ape yang berlaku sebenarnya..

asmaqhusna said...

entah....rase cam benda remeh je...

tabung untuk belajar ---->