Pages

Thanks my follower (^_^)

Thursday, June 2, 2011

::Perlu ke eratkan silaturrahim di Fesbuk?::

saya suka tengok burung belatuk,
burung yang saya tak suka adalah gagak,
mata saya dah ngantuk,
tapi tangan ni gediks nak menaip jugak.

minum kopi konon2nya nak stay up buat esaimen. tapi tak boleh tahan pulak mata ni, ngantuk sudahhhh....tak de idea pulak tu nak meng'ayat'kan esaimen. ayat dalam kepala ni sesuai untuk ditaip di sini je.

entri kali ni asmaq nak cakap pasal fesbuk pulak. fesbuk ni boleh mengeratkan silaturrahim seseorang ye??? kenapa kalau asmaq tak main komen2 dan like2 status orang, orang boleh kata asmaq lupa kawan....sombong??? menyesal pulak rasanya mengaktifkan diri dengan main komen2 dan like2 status orang dulu. tapi lepas satu peristiwa tu, asmaq terus senyap secara slow2. orang kata 'disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga'....asmaq tak mau dah komen dan like status dia...terasa sangat2. tapi sekarang kami dah OK. asmaq sangat menyampah saat itu, sebab tu la asmaq jadi seorang yang pasif di fesbuk. ingat! fikir sebelum meluahkan kata2. may be ayat yang ditulis boleh di padam semula. tapi, ayat yang di tulis tu menandakan tutur kata kita...'terlajak perahu boleh diundur lagi, terlajak kata buruk padahnya'.

asmaq tak kisah la lepas ni orang nak kata asmaq lupa kawan ke...'bagaikan kacang lupakan kulitnya' ka.....disebabkan asmaq tak menegur di fesbuk?? apa kes??? lagi pun fesbuk asmaq sekarang ada problem....hari tu nak diactivate fesbuk, tapi fesbuk tu tak bagi. asmaq tekan butang dia macam tak de pape pun. teruk betul fesbuk ni.

untuk pengetahuan semua, asmaq tak main konsep 'i comment ur status, then u comment my status' or 'i like ur status then u like my status'. perlu ke macam tu? itulah dunia fesbuk......sangat bohsan!

semalam adik angkat asmaq tanya..."akak tak on9 ke fesbuk???"....
asmaq jawab "on9 je...tiap2 hari akak on9...kot2 ada mesej"
adik angkat "akak tak de tegur pun kat post kite..."
asmaq jawab "akak malas nak tegur...hehee"
lepas tu asmaq tukar topik....hahaaa....sorry dik, cukuplah sekadar kak asmaq call adik. tak perlu la kot nak tegur2 kat fesbuk.

harap2 lepas ni dah tak de orang cakap asmaq sombong kat fesbuk. tapi asmaq memang sombong pun, tak kira la kat alam realiti ke, kat alam maya ke, asmaq tetap sombong (orang kata dan diakui sendiri).
kesimpulannya, for me, untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim bukan melalui fesbuk je. berjumpa di alam realiti lagi better dari alam maya. rapat di fesbuk je buat ape. bila jumpa malu2, tak banyak cakap...tak mesra langsung. orang yang bersosial di alam maya je adalah orang yang tiada confident level. am i right??? fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah. jangan biarkan diri dihanyutkan dengan sosial di alam maya.

daaaaaa~~~ i wanna to sleep. good night! jangan lupa sebelum tidur muhasabah diri dulu (~_^)v

No comments:

tabung untuk belajar ---->