Pages

Thanks my follower (^_^)

Monday, June 13, 2011

::wahai kawan::

wahai kawan,
dulu kita berjalan bersama,
dulu kita berlari bersama,
dulu kita makan bersama,
dulu kita study bersama,
gelak ketawa sama-sama.

wahai kawan,
kini kita semakin renggang,
kini kita semakin berjauhan,
kini kita semakin berpisah.

wahai kawan,
bila kita bertemu...kamu akan mengeluarkan kata2 yang mengguris hati,
kau bagaikan kawan plastik,
kau bagaikan menghina kawan sendiri,
how could you?
disebalik perkataanmu terselit hinaan.

wahai kawan,
semakin hari, hati ini semakin menyampah,
semakin hari, hati ini semakin bosan.
jangan sampai hati ini wujud perasaan benci.

wahai kawan,
anggap lah aku seorang kawan plastik,
gelak tawaku hanya lakonan semata-mata,
aku mahu lari dari bayang2mu....
setiap patah perkataanku adalah alasan semata-mata,
aku tidak mahu bersama kamu, dan kamu pun tidak mahu bersamaku,
hanya mencariku bila ditinggalkan keseorangan?
ok, fine. aku masih ada sifat belas kasihan.

aku berharap, tapi bukan mendoakan, agar kamu merasai zaman kejatuhan,
agar kamu sedar diri,
agar kamu lebih beretika terhadap kawan sendiri,
agar kamu dapat analisis balik 'perkataan sinis' terhadap ku,
terima kasih kerana sudi menjadi kawanku....walaupun masing2 bagaikan berpura-pura...

1 comment:

yah_gee86 said...

itu la sifat manusia..yang susah yang nak dinilaikan..

tabung untuk belajar ---->