Pages

Thanks my follower (^_^)

Thursday, April 14, 2011

::Segalak-galak Anjing, Akhirnya Masuk Perangkap Jua::

terdengar sayup-sayup suara anjing.... "alah bisa, tegal biasa"
anjing selalu je jaga kolej ni....tak kira orang asing ka, penghuni kolej ni ka...semua dia hambat...saja je kot nak takut-takutkan orang...
tapi hari ni agak hairan...biasanya kalau hujan anjing tu entah hilang ke mana
hujan hari ni turun dengan diiringi salakan seekor anjing
intai punya intai...ghupenya dia termasuk perangkap
tak perasan pulak kat blok tu ada orang letak sangkar
tapi anjing kecik je yang masuk perangkap....
kesian pulak tengok si anjing tu, duk tengah-tengah hujan
semakin lebat hujan, semakin kuat dia menyalak...kali ni bunyi salakan sedih
biasanya bunyi salakan garang bila duk hambat orang
walaupun dia duk main2kan orang, ada jugak dua insan yang nak tolong dia
sanggup redah hujan yang lebat tu...tapi tenaga perempuan yang kechiknya tu tak mampu nak tarik sangkar tu ke tempat teduh

meh kita imbas kembali ape yang anjing ni dah buat kat penghuni bohan

=> masa musim anjing ni tak hangat lagi, saya & fren buat pertama kalinya terkena....tyme tu awal2 pagi lagi kami nak gi trip....lalu la depan beberapa anjing yang tengah tido dan ada sekoq macam baru bangun
tyme tu berpegang kepada kata2 'kalau kita tak kacau dia, dia takkan kacau kita'
sekali dia menyalak dan berlari ke arah kami...apa lagi...lariiiii!!!!!
sorang lompat ke arah tangga, sorang lagi jadi superman terbang ke bukit yang tinggi....
yang parah turun kat tangga...sampai terseliuh kaki....


=>kali kedua, dia masuk blok saya....pastu tak reti nak keluar
tyme tu saya baru balik kuliah...bukak je pintu nampak sekoq anjing...dia pun kalut duk cari jalan kuar sampai terselisih dekat denganku...tak tau la kena ke tak baju saya tyme tu...rasanya dia kering waktu tu...kalau kering tak perlu samak la kan.......huhuuuu
nasib baik tak terkejut beruk....hati tyme tu tenang je dan boleh pulak bukakkan pintu suruh dia keluar


=>kali ketiga, terserempak sekoq anjing masa nak gi kuliah....saya ni suka berjalan tunduk kan...al-maklumlah nak jaga pandangan la katakan....sekali angkat kepala ada ajing, dah la dekat giler2...apalagi...
omakk!!!! lari...tyme nak lari tu ada chinese girl kat belakang saya tu, "jangan takut ma, dia tak kejar punya, tengok" (sambil melihat anjing tu pusing dan melintas jalan)
malu pulak pulak bila tengok kat belakang saya, rupanya ramai orang...hahaaaa


=>biasanya kalau dengar anjing menyalak dan bunyi orang menjerit, itu biasa...hampir tiap2 hari bunyi cam tu...hari tu pernah sekali saya dengar anjing tu menyalak tak berhenti...waktu tu saya tengah tido, jam menunjukkan hampir pukul5 pagi...dalam salakan dia tu, terdengar la pulak suara pelik...saya bingkas la bangun nak tengok apa yang terjadi....rupanya sorang chinese girl kena kepung dek tiga ekoq anjing....chinese girl biasanya tak lari kalau tengok angjing. nah! sekali kena kepung daaa...nampak gaya dia menangis....saya hanya melihat je, otak pula berpusing ligat duk piki cam ne nak tolong...anjing tu pulak semakin dekat dengan girl tu....bila anjing tu nampak gaya macam nak terkam, girl tu terlebih dulu mengamuk sambil bunyikan "shuh...shuh..shuuuhhh"...pastu libas2kan sweater dia, dan buat lagak nak baling2 enset ke arah anjing...
lari lintang pukang anjing tu dibuatnya...
gitu lah caranya nak halau anjing...jangan takut maa

segalak-galak anjing, akhirnya masuk perangkap jugak.....harap2 lepas ni dapat la perangkap anjing besar pulak
terima kasih MPKJ......amanlah hidup kami tanpa anjing di sini
~photoni  di ambil dari k.zaty tanpa izin~
eh! baru je nak tamatkan penulisan ni, tiba2 ternampak pulak anjing dalam sangkar tu melarikan diri.
agak mustahil kalau dia boleh bukak sendiri sangkar tu...mesti ada orang bukakkan ni....haish!
sape la yang baik hati sangat gi lepaskan anjing tu...sabor je la~

No comments:

tabung untuk belajar ---->