Pages

Thanks my follower (^_^)

Tuesday, April 19, 2011

::Cafe Bohan dan Polisterin terbakar::

selamat pagi semua....ini bukan baru bangun pagi tau....
saya bangun dari subuh lagi (budak baik kan)....lepas subuh baca la HR kejap...
tapi dapat masukkan input sikit je....banyak sangat kot ilmu kat dalam otak saya ni...
apa lagi...saya nak keluarkan ilmu tu sikit kat sini...ilmu ke???

saya nak cakap pasal cafe Bohan...ni cafe kat kolej saya....
bukan saya nak buat ketupat hangit....saya cuma nak bakar satay kajang je....lagipun raya lambat lagi nak buat ketupat ketupat ni (merapu habis)http://www.cute-smiley.com

pasal cafe ni kan, memang tak ramai peminat...saya pun tak suka kat cafe ni, dari tahun satu lagi..
setiap kali gi beli makanan kat situ, mesti saya akan komen tak sedap la..mahal la..ada something dalam makanan la (tapi terpaksa beli jugak sebab lapor)
 akhir tahun satu saya tahun lepas, pejabat keluarkan la borang untuk komen pasal cafe ni...memang ramai la komen buruk-buruk...ingatkan dia buat kaji selidik tu sebab nak tukar tender cafe tu...ghupenya macam tin kosong je kaji selidik tu (main hentam je guna simpulan bahasa).

tapi tahun ni ada perubahan sikit dari segi masakan dia..OK laaa, daripada tak boleh telan makanan dia tu, sekarang dah boleh telan sikit2..harga pun naik sikit...hampeh tol!
saya jarang beli masakan siang hari, saya akan beli masakan panas dan bungkus.....yang selalu saya order nasi goreng pataya je...tak berani nak cuba masakan mereka yang lain....itu je yang saya boleh telan...

tapi setiap kali saya beli untuk bungkus, polisterin dia terbakar sikit, mungkin kena kuali....bukan sekali tau, selalu je...kalau polisterin biasa pun, bahan kimia stirena boleh diserap oleh makanan, apatah lagi kalau polisterin tu terbakar sikit...

polisterin ni bukan bahaya kat alam sekitar je, malah boleh mendatangkan kanser jugak...stirena ni merupakan mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan getenik yang berupaya merosakkan sistem pembiakan (ada gaya macam saintis tak...SUMBER).....stirena ni juga boleh menyebabkan gangguan haid, sebab dia dapat mengurangkan sel darah merah.

hari tu UKM ada buat contest untuk mengurangkan penggunaan polisterin ni..

Banner contest snap & win....contest ni dah ditamatkan...harap maklum!

lepas contest ni berlangsung, saya tengok ramai yang guna tupperware sendiri bila nak tapau makanan (pensyarah saya kata kalau lebih dua orang tu ramai la...so, kalau kita ada follower lebih dari dua orang tu dah kira ramai la kan)...tapi yang ramai tu chinese je, kaum lain tak de kesedaran ke (termasuk saya)??  saya tak de tupperware la, tupperware hilang sebab kena ambik kat monyet (serius)....

tapi saya dah jarang pakai polisterin, saya pakai plastik sebab saya akan beli lauk pauk je kat cafe kolej sebelah....dah merajuk dengan cafe kolej sendiri...dan nasi saya masak sendiri...boleh la jimat sikit sebab beras tu di sponsor oleh MaYah (ma & ayah saya lorr)....saya sanggup jalan beribu batu jauhnya untuk beli makanan dan saya sanggup ikat perut (asalkan ada roti)....saya tak mau beli kat cafe sendiri dah (akan beli jugak kalau terdesak)...harap2 tahun ni dia tukar tender tu....

tapi senior saya ada cakap "kalau tukar tender baru pun, kita tak tau kan tender baru tu OK ke tak...may be tender baru tu akan lebih teruk dari tender sekarang"...akak, belum cuba belum tau...kalau tender baru teruk, kita boikot balik...do I care????

kepada pembaca2 semua marilah kita selamatkan bumi kita ni dan jauhkan diri dari penyakit berbahaya...
SAY NO TO POLYSTYRENE!!! kita akan menangis bila kepanasan dan hampir terbakar...begitulah juga bumi yang sedang kepanasan sekarang...cuaca panas sebab siapa? nak salahkan siapa? tampar pipi, tanya lah minda yang bijak tu....
Bunny ni dibuat dari polisterin...cutenyerrr




*dah ada lompang dah kot sikit memori saya ni, nak masukkan ilmu HR pulak....
esok, lusa, tulat, tulen, tolong ada exam lagi (x_x)
http://www.cute-smiley.com SELAMAT MEMBACA SEMUA! MEMBACA ADALAH AMALAN YANG MULIA!!!

No comments:

tabung untuk belajar ---->