Pages

Thanks my follower (^_^)


Tuesday, August 31, 2010

:: sayang owh sayang ::

"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua?
Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?
Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee.....
Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."

***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKARCHANNEL***

 "Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorangcouple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."

"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".

**** PENONTON TERCENGANG! ****


"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah...
Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke 
exclusive?"
"Exclusive hape plak tu ustaz?"
"Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?"
"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."
"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"

"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."
"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". 

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Di dalam riwayat yang lain,
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". 

(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....
"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari ‘berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".

"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".

"Kalau jawab ikut exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah". 
Cakap-cakap orang...
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?

"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya'...
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang' inilah FITNAH".

"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
But women? Kita bercakap soal ‘exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"

"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk‘touch n go' ". 
Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping."
"Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu..."
"Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah..."
"Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu."
"Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."

" EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! "
"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
Perempuan... Biar dikerat empat, ‘kawan baik' itulah tempat dia curhat.
Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.

Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah'.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
‘Sayang'? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur'? Dah bagi kat abang angkat.
Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
‘Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot??? "


**** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ****

"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?"
" Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!"
(Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )

**** TUKAR CHANNEL BALIK ****

"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".
Allah menyebut didalam al-Quran,
35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

6 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).

"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"
"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar...."


**** BLACKOUT, TUTUP TV ****

Monday, August 30, 2010

aZaM 31 oGos

malam ni ada sambutan ambang merdeka di DECTAR, UKM. asma tak pegi pun sebab hari ni dapat banyak penyakit. hahahaaa...dah la kaki terseliuh tyme nak turun tangga.. pastu tulang pelviks ku terhantuk kat bucu pintu teksi....huhu...sakit yang teramat sangat. skang dah nampak kebengkakan itu. ini lah dikatakan 'sudah jatuh ditimpa tangga pula'.
nasib baik esok cuti merdeka. merdeka! merdeka! merdeka! disebabkan kesakitan ini asma terpaksa kurungkan diri dalam bilik. urmmmm.....azam untuk esok...asma mau jadi budak baik, pelajar yang rajin, anak solehah...ba..bla...bla...takkan azam ni untuk esk je? insyaAllah azam ni akan berkekalan untuk hari seterusnya ^_^
selamat menyambut hari kemerdekaan untuk semua!!!
dan selamat beramal dalam mendapatkan keberkatan 10 hari terakhir ramadhan ini..!!!



Saturday, August 21, 2010

# 11 ramadhan #

hari ni bersamaan 11 ramadhan....tadi pegi beli makanan sorang2 lagi...huhu..terpaksa gi burhan je sebab malas nak gi kolej sebelah....semalam pun jalan sorang2 pegi merantau kolej sebelah mencari makanan untuk berbuka...pada saat ini asma rindu dengan famili.....rindu dengan kawan2 matrik dulu. pengalaman kat matrik la paling manis bagiku. kami sentiasa bersama...berkongsi makan...segala2nya kami buat bersama-sama. kehidupan di UKM sangat jauh berbeza dengan kehidupan di matrik. kte perlu pandai membawa diri dan berani menghadapi apa jua dugaan...dan asma perlu tabahkan hati untuk hidup keseorangan. sekarang asma tau kenapa abang asma selalu ajar kami berdikari untuk hidup sorang2. waktu tu abang suruh kami ingatkan kat Tuhan je. manusia tiada di sekeliling kte. abang.....sekarang semua itu sudah menjadi realiti. terima kasih atas tunjuk ajar abang.sekarang asma perlu belajar untuk kuatkan hati ini. asma tak nak menjadi wanita yang lemah.....walaupun asma keseorangan...tetapi asma terasa ada benda yang sentiasa menemani asma sepanjang bulan ini. urmmmm.....asma tau ada makhluk lain lagi yang diciptakan Allah didunia ini termasuklah malaikat yang sentiasa mencatat markah untuk kte ^_^

ya Allah...2 minggu lagi kami akan meninggalkan bulan yang mulia ini. semoga amalan yang asma lakukan di bulan ini akan diterima oleh Allah s.w.t......semalam asma terkejut bace status seseorang tu kat fb....statusnya b'bunyi "dah 10 hari kita berpuase,,,erm,,xterase pon...xsabar nak tggu raye plak..." 
tak terase pon???? adakah dia ikhlas? atau dia berpuasa kerana adat bukan kerana ibadat??? tak sabar nak tunggu raye??? wahai manusia hargailah bulan ini sebaik2nya. bulan ramadhan ini hanya datang sekali dalam setahun. adakah kte pasti kte akan bertemu lagi bulan ramadhan ni pada tahun akan datang. ajal maut di tangan Tuhan. ramai manusia berebut-rebut utk mendapatkan pahala di bulan ini yang sudah pastinya pahala yang berganda-ganda. marilah kte sama2 menghidupkan bulan ramadhan ini dengan membaca al-Quran, solat tarawikh dan banyak lagi benda yang kte boleh buat untuk kte mengabdikan diri kepada-Nya. 
Ikhlaskan diri dalam melakukan ibadat !!!!

Wednesday, August 18, 2010

# x-cident #

hari ini 9 ramadhan...lame sgt tak update blog...ada org tegur semalam sbb tu la asma terasa nk m'update blog.
spanjang ramdhan ni asma memang jarang gi tarawikh...hehe...ikut kawan la katakan...tp mlm 1 ramadhan kami pegi tarawikh di masjid UKM...rakaat terakhir tarawikh tu tiba2 air jernih keluar dari mata ini. malam tu mmg asma tak kusyuk. banyak bnda asma pikir. bukan senang kan nak jaga hati manusia ni. adakah orang itu juga menjaga hati asma. asma sudah penat dengan manusia2 itu. asma tak nak citer benda ni lebih2. takut terbuka aib org plak....
semalam bace metro...tiap2 hari ada je kemalangan jalan raye. tiba2 je t'imbas kembali tragedi yang menimpa abg asma ramadhan thn lepas. dia terlibat dengan kemalangan yang paling teruk. lori langgar kereta dia sampai hancur. dia berlima dalam kereta tu...alhamdulillah abg asma selamat. seorang koma (skang dah sedar). 3 orang lagi meninggal. semoga roh arwah ditempatkan dlm kalangan orang yang beriman. asma ingat lagi, kejadian tu berlaku hari jumaat 2 minggu sebelum raye. pada hari jumaat tu jgk la laptop asma tak berfungsi, hati asma tak tenang...terasa macam ada benda yang berlaku...semua benda yang asma pegang jatuh. tyme nak suap makanan ke mulut pun tiba2 makanan tu jatuh. perfume asma pecah. asma masuk kelas hari tu pun tak bleh nak tumpu sangat. kawan asma ada jgk suruh asma call rumah tanye kabar. tapi asma call keesokan hari tu. ma kate semua sihat. sehinggalah abang asma sorang lagi anta mesej "tau dop, a.cik exident teruk. kte balik raye awal skit tau". sebak je hati tyme tu. msj tu dterima 1 mggu slepas abg excident. kalau bleh tyme tu jgk asma nak balik. kenapa ma asma sembunyikan semua tu? ma kate tak nak bagi asma bimbang. tapi ma, asma dpt rasekan semua tu. asma balik raye 4 hari sebelum raye kalau tak silap. dlm perjalanan abg asma tunjuk berita exident tu kat paper metro. memang hancur kereta tu. kereta tu abg cik yang punya. sampai je rumah, asma ternampak abg t'baring lemah di ruang tamu. tyme tu asma cepat2 masuk bilik. tak sanggup tgk dia & asma tak bleh tahan air mate dr mengalir keluar. ya Allah..hanye dia je yang merasa kesakitan itu. Allah masih bagi dia peluang untuk hidup. mungkin ada hikmah disebalik kejadian. semua orang tak sangka macam mne dia bleh terselamat tyme tu. sedangkan keretanya hancur lebur. alhamdulillah...kuasa Tuhan sangat besar. raye thn lepas kami ala kadar je. dlm perjalanan nak balik kampung, abg asma tak bleh pandang ke luar. dia trauma dengan exident tu. dia hanya mampu t'baring di rumah tok wan je. semua sepupu2 takut nak dekat dgn dia. huhu...dia memang tak bleh dipegang. dia tak luka diluar. tapi dalamannya je yang teruk...lebam2...
semoga puasa abg cik thn ni lebih sempurna & rye akn datang akn memberi makna padamu! tabah lah menghadapi setiap dugaan. jangan dikesali dengan ape yang terjadi....
~ini lah abang cik asma~

Monday, August 9, 2010

kenapa laa sejak akhir2 ni rse kesunyian je...urmmm...tp alhamdulillah...hujung mggu lpas asma ditemani oleh my best prenzz, toffy sha again ^_^ thanks frenz kerana dpt meluangkan mase b'sama2...happy bersamamu walaupun duit banyak melayang....tp tak pe melayang utk famili jgk...rase seronok je ble kita dpt beli something utk famili kan...asma shopping barang utk adik, ank2 buah & kawan....utk ma & ayah akan datang!!! tak tau nk bli ape utk ma & ayah....
tak lupa juga kpd kakak angkatku, nurul fyda sbb luangkan mse sparuh hari b'sama asma...bwk gi jln2 & breakfst kat luar...sedappp...mkn roti canai kapas..*gmbar xleh nk upload plak, tak tau knape....nak tunjuk btape bsarnya roti canai kapas tu...yg paling best pegi lepak kat dataran gemilang....kbetulan plak abang tu tgh buat demo silat...i like him...suka tgk muka dia je.....muka yg kelakar :> sabar je cik nurul mlayan kerenah asma tyme tuu....trima kasih banyak2 nurul!!!
harap2 hujung minggu yang akan tak akan m'bosankan asma...asma tak suka hujung minggu...tp sepanjang bln puasa ni asma dah plan utk gi merempat rumah keluarga angkat & sedara mara....semoga tiada halangan utk asma gi sana....!
asma juga ingin kurangkan berfacebook....kadang2 ada post yg mnyakitkan ati asma...kadang2 jgk asma t'salah faham dgn post org....dan asma tak nak org t'salah faham & sakit ati dgn post asma....slepas ini asma perlu tapis dulu sbelum mngeluarkn post....tp skang bkak fb skadar cek mesej je...kadang2 layan jgk post org, post yg ada kaitan dgn asma je...minta maaf kpd kawan2ku jika asma ada menyakiti korang melalui fb...harap2 semua ni tak berlaku la kan ^_^

Wednesday, August 4, 2010

::ragam manusia::

Sebelum ni asma tak pernah ada perasaan benci @ tak suka kat orang....asma anggap semua manusia tu same je. dan kalau boleh asma nak berkawan dgn semua org tak kira pangkat, umur, jantina....
tapi semalam perasaan yang baik ini smakin luntur...asma mula bersangka negatif terhadap orang tu...asma cuba jgk hapuskan perasaan ni. tapi tak berdaya sbb asma dah bersabar selama setahun bersamanya. walaupun kami tak begitu rapat..tapi kami saling mengenali...asma selalu juga tegur dia tp dia buat dekkk je. may be dia tak dgr suara asma. itu asma bleh terima. tapi semalam kami bertembung lg...asma nak tegur...tapi tak terkeluar suara sbb tgk muka dia yg tak mesra rakyat tu. at least balas la senyuman orang. nak kate dia sombong tak kot...itu la org yg paling pelik asma jumpa. tak de perasaan. dan asma pun tak de perasaan nak layan dia. dia buat2 tak knal dgn asma. asma pun bleh buat2 tak knal dia.tapi asma ttp akan tegur dia kalau asma rse nak tegur...biar la dia wat tak kenal pun...dia adalah saudara seislam asma. asma perlu jaga ukhuwah terhadap saudara sendiri. sedangkan asma boleh bertegur sapa dgn bdk cina (walaupun tak kenal), takkan saudara sendiri asma nak bermasam muka plak....asma bukan benci...tapi tak suka dgn sikap dia.
kepada yang mengenali asma...kalu ada salah silap @ tak puas hati dgn asma, tolong terus terang & kritik la nak kritik apa pun...mungkin asma boleh ubah ape yg org tak suka terhadap diri ini.
jgn semaikan sifat benci dalam diri sendiri...sentiasalah bersangka baik terhadap org lain...!!!!

Wednesday, July 28, 2010

::kambing punya susu::

minggu lepas asma balik rumah...mase nak balik ukm, abg long bg susu kambing...dia kata elok minum sebelum study...hampeh! lpas minum...terasa mengantuk sgt... so, tak leh la nak study....apa lagi tidooo....
                                                             ~ni la susu yg asma minum~

asma pun tak tau apa klebihannya...tau minum je. tp skang dah tau!


Ia adalah susu yang paling hampir kepada susu ibu. Kegemaran Rasulullah SAW meminum susu kambing jelas membuktikan kebaikan serta khasiatnya yang tinggi. Susu kambing ialah sejenis susu yang mudah dihadam. Ia hanya memerlukan 20 minit untuk dihadamkan berbanding susu lembu yang memerlukan 2 jam untuk dihadamkan. Susu kambing mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, asma, migrain, penyakit kulit, memulihkan tenaga batin, merawat sakit jantung peringkat awal, darah tinggi, sakit sendi, batuk kering, ulser perut serta penyakit saraf dan tulang belakang bagi golongan yang lanjut usia.

ni salah satu ikhtiar asma utk merawat penyakit dalaman....lepas ni tak nak bli susu lembu lg dah...nak minum susu kambing je :>

Tuesday, July 27, 2010

::resah...gelisah::

dalam mase 2 bulan berat badan asma turun 4kg...
urmmm...macam mane nak naikkan balik berat badan ni???
sejak 2 menjak ni badan asma rasa lemah je....
selalu rase letih...mungkin kurang tenaga
selera makan pun berkurang....makan skit pun dah kenyang
pernah jgk asma paksa diri habiskan nasi...tapi badan ini tak boleh terima
rase nak termuntah....
takut jugak...dah lame asma tak buat pemeriksaan doktor
asma boring dgn keputusan doktor....asyik2 suruh asma makan tetap pd waktunya
huh! macam mne nak tetapkan waktu makan? sedangkan kelas pun tak tentu....
dan pernah sekali ma bawak asma jumpa bomoh....i don't believe about it!
tapi asma tetap ambil langkah b'jaga2.....dia kata bahagian p'anakan asma ada problem, tp tak kritikal pun.
doktor pun tak bleh kesan psal ni....kadang2 terfikir jugak....kalau bomoh tu betul cam ne?
fenin...fenin...fenin....
nak buat pemeriksaan doktor pun dah malas rasenya....boring dah makan ubat.
ubat yang hari tu pun asma tak makan2 lagi.....hehe

Sunday, July 25, 2010

apabila asma jatuh

minggu ni masuk minggu ke-3 asma menjalani tahun 2....terasa macam bdk 2 tahun je...macam tak tau ape2!
kadang2 hati ini lemah sgt2. terasa give up je :'( 
betapa kerdilnya diri ini bila berada di ukm. asma jatuh tersungkur. dan tiada org yg dapat bangunkan asma. asma sedar kte perlu bangun sendiri bila jatuh. tapi hati ni sgt lemah, tak berdaya rasenya nak bangun kembali. pengalaman dulu amat menyakitkan. adakah pengalaman itu akan berulang kembali tahun ini?
itu la yang asma paling takut. takut ingin menghadapi masa akn datang. 
macam mne nk mengembalikan sifat2 dulu? sifat rajin, tabah, sabar....
asma sekarang tak seperti dulu lagi...ya, asma sedar itu semua.
kenapa? kenapa? kenapa?
padahal kte dah berusaha...tapi kenapa?
adakah amalan yang membuatkan asma jatuh... mungkin asma kurang dekatkan diri pada Illahi....kenapa asma lalai? tapi asma tak pernah lupakan perkara wajib...kalau ada...wallahu'alam...
mungkin ini satu ujian untuk asma sedar diri ini siapa....kehidupan manusia tak semestinya sentiasa di atas. sekarang asma berada di tahap yang bawah...bawah sekali....

ya allah...kuatkanlah semangat hambamu ini...!!!
 

Saturday, July 17, 2010

COUPLE

couple? ape makne couple? cam ne ye kte bleh bercouple? adakah kte yakin yang pasangan kte tu akn jd husband/wife kte?
urmmm...may be orang yg couple terasa diri kekosongan @ pasangannya lebih mengambil berat & memahami persaannya....knape? tak de ke kawan sejenis yg mengambil berat, yg paham perasaan, yg dapat mnemani kte ketika suka duka...susah kot nak dpt kawan cam tu kan. tapi adakah kawan bukan muhrim kte tu jujur, ikhlas?

kenapa asma tiba2 kluarkan topik ni?
sebab asma slalu dapat soalan ni "awk ada bf tak?"
jawapan yg slalu diberikan " xde. dan tak pernah couple"
dia balas balik " tipu laaa...tak caye ah"
kenapa? perlu ke couple tu? adakah couple tu mnunjukkan kte matang? asma dah bosan la dgn soalan tuuu...

kalau bleh asma tak nak couple dan asma tak nak tgk kawan asma couple.....tapi nak buat cam ne kan, couple dah jadi mcm satu kewajipan...majoriti kwn asma dah couple....asma pun tak tau nak bg nasihat cam ne...asma ni bukan banyak sgt tau pasal agama...skang asma hanya mampu tengok & dengar je....dulu asma pernah tegur sorang kawan..."awak tau, kte berckp dgn laki mlalui telefon tu pun dah haram...klu nak cakap psal hal penting tak pe jgk...knape kte perlu luahkan persaan kte kat laki? kwn kte ni mmg xleh dpercayai ke?"
dia kata "asma tak faham sbb tak pernah mrasai lagi...nnt asma akn lalui smua ni...kwn dgn bf tak same.."
haish...asma pun tak tau nak cakap macam mne dah...skang asma diam je....tapi asma slalu bg nasihat & mengingati kwn2 rapat yg kat sekolah dulu...diorang bleh terima dan majoriti tak couple lg...alhamdulillah! kami saling mengingati dan saling berhubung utk mengisi kekosongan diri....tapi kadang2 mmg la rse kosong sbb masing2 sibuk dgn bidang masing2....tapi kte perlu bijak mngawal nafsu....jgn disebabkan kerana kekosongan itu kte memilih utk bercouple...kerana mesti la pasangan kte akn habiskan mase dgn kte...menghilangkan boring kte...biasanya pasangan sanggup buat ape je....pernah kah kte terfikir...adah mreka jujur, ikhlas? kte pun tau dia buat smua tu sbb dia syg kte...tapi adakah kasih-sayang itu halal dan berkekalan?

Kalau sekadar sebut Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Surah Al-Israa’ ayat 32 tu, semua orang tau.


tapi adakah diorang paham maksud surah ni? memang la couple tu bukan zina....tapi kte menghampiri zina....duduk bersebalahn dgn jarak yg dkat tu pun dah menghampiri zina...


asma tak nak cakap banyak...nanti ada plak yang tak betul....kalau ada yang tak betul, tolong perbetulkan....asma harap asma & sahabat2 dijauhkan dr maksiat dan perkara yang keji....smoga asma dipertemukan dg orang yg dapat brikan didikan agama kpd asma dan dpt membingbing asma yang jahil ini...tp bukan couple, klu bleh kawin terus...hehehe

Thursday, July 15, 2010

AZAM BARU.....SEM BARU

dah dapat laptop kuuu!!!!
setelah sebulan berada di wad sakit jiwa...alhamdulillah
laptop ni tak lupa ingatan
thanks to izzat temankan gi wad smalam

minggu ni merupakan minggu pertama dlm thn 2
I'm 2nd year student!!!
azam tahun ni ape ye??? urmmmm...
tahun ni asma tak nak terbang dah mcm 1st year
asma perlu berlari...berlari dgn pantas
dan ingin mendaki gunung....gunung yang lebih tinggi dari gunung sinai yang pernah asma naik

ni kat puncak gunung sinai

tahun ni jugak la asma perlu amalkan sifat jimat cermat sebab yuran thn ni mahal laaaa...
huhu...kena beli yang penting je
buku plak semua nak yang ori....tak nak cetak rompak dahhh
belilah yang original
subjek thn ni bnyak dlm bi
dah la eden lemah bi

KUATKAN SEMANGAT & BERPEGANG TEGUH DGN AZAM BARU


Sunday, June 20, 2010

# luahan hati #

huhu...tinggal satu hari je lagi nak exam...asma tak tau ape yang asma study. mata tgk nota tp fikiran melayang....shortsem ni banyak sangat dugaan asma terima...semakin hari semakin lemah hati ni....air mata plak sangat mudah mengalir...kadang2 nak gila dibuatnya. selesai satu masalah datang satu masalah baru. 2 hari lepas asma dah hantar laptop yang sakit tu ke low yat. sebulan baru bleh gi tuntut balik. terima kasih kepada sahabat asma, tengku farha yang sanggup korbankan masa temankan asma ke low yat. terasa diri ini sangat menyusahkan...kenapa la asma cuai sangat. tapi asma dah tau jalan nak gi kl tu. lpas ni harap asma tak menyusahkan org lagi. tapi pagi tadi skali lagi air mata ini jatuh. tak dapat nak tahan lagi dah. stor untuk shortsem takkan di bkak....asma terpaksa minta pakcik datang ambik barang...dah la dia sibuk dengan keje. tapi asma dah tak de jalan lagi...asma memang menyusahkan orang....spanjang laptop tak de di sisi, asma dah tak de tempat untuk luahkan perasaan, untuk bersembang, tida lagi kata2 nasihat....asma slalu berYM dengan seorang kakak klu hati ini terasa sunyi....tapi skarang....asma hanya mampu bermonolog sendirian...klu asma anta mesj dkat kakak tu pun, dia bkannya ada kredit nak balas. biasa laaa...cuti ni semua orang tak nak top up telefon...duit pun banyak melayang disebabkan masalah yang asma hadapi....skarang asma terpaksa print nota slide....huh! kalau la laptop ada, tak payah nak bazirkan duit print nota2 ni. hari ini asma nak habiskan masa dengan jalan2.... tak kisah la mane2 pun....nak tenangkan hati ini...smoga asma diberi ketengan dan ketabahan untuk menempuhi exam :'(

Monday, June 14, 2010

dugaan...

bulan Rejab kembali lg... "ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan hayat kami kepada bulan Ramadan"
hari sabtu lepas asma ditemani oleh x-rumet & ain. terimbas kembali kenangan waktu matrik dulu2...terubat sudah rindu itu...kami share makanan, share katil untuk tido & segala2nya kami share seperti matrik dulu...asma dengan x-rumet nama je satu ukm, tapi jarang jumpa...padahal fact kami bersebelahan je. dia fst & asma fep ^_^
tapi kegembiraan itu sementara sahaja...petang semalam asma mula panas dengan tindakan manusia yang tak tahu malu...sosej yang asma beli untuk buat stok makanan untuk 2 minggu lagi dah kena 'pow'...asma letak dalam peti...nak kate monyet yang ambik tapi takde kesan dan makanan lain pun tak diusik...makanan asma je hilang. hati ini terasa nak menyumpah je...tapi diri ini tak mampu....asma post status kat fb nak bagi tau sebab majoriti yang menghuni di blok asma ni ada fb asma...tapi tak tau la kalau ada orang lain yang masuk blok ni semalam...memang terasa geram sangat2...ye la stok makanan kita dah tak de...dah la nak gi beli makanan pun malas...nasib baik oat asma tak habis lagi :(
hari ni asma baru sedar yang asma dikelilingi oleh orang2 yang menyayangi asma...mereka banyak memberi nasihat dan kata2 semangat....alhamdulillah asma dah halalkan kepada orang berkenaan. tadi asma baru dapat nasihat daripada seorang kakak yang asma kenal di mesir...dia komen tempat post asma semalam...hampir menitis air mata ini bace komen dia:-
"moga kesabaran mu digantikan dengan ganjaran yang berlipat ganda di hari Akhirat...mungkin rezeki tu milik yang lain..kita hanya meminjam sementara..redha je lah ye adikku..:)..moga Allah gantikan rezeki yang lebih baik..Ya Allah murahkan rezeki ukhtiku ini..ameen..:)..doakan akak juge ye"
syukran kak balqis...asma sentiasa merindui kehidupan di mesir...rindu kat akhowat yang sentiasa memberi nasihat dan kata2 semangat...asma rindu makanan mesir....rakyat malaysia berbeza sangat dengan rakyat mesir yang suka menolong orang...insyaallah kte akan bertemu jua suatu hari nnt wahai kakak2ku di mesir...
terima kasih juga kepada sahabat2 dan kakak2 asma yang sentiasa suruh asma sabar...sabar...dan sabar...asma sentiasa bersabar dalam hal ini...alhamdulillah hati ini sudah sejuk...mungkin sebab keberkatan puasa dalam bulan rejab ini. semoga kesabaran hati ini sentiasa berkekalan dalam menempuh kehidupan yang penuh dugaan!



Thursday, June 10, 2010

wahhh!!! blog b'wajah baruu :>

sanggup korbankan mase tido semata2 nak mngadap blog. explore blog time!!! blog hari ni ada bnda baru. so, asma tukar background.lawa tak???..rambang mte dibuatnya. mate ni dah ngantuk sbb malam tadi asma tak cukup tito gara2 nak kene bentang law tadi. alhamdulillah.....smua b'jalan lancar semasa kami bentang tadi. yang paling bestnya tyme nak abis klas....ada 4 group tak present lagi. mereka masing2 brebut nak present dulu. alih2 lectrr ckp "kejap2 kpd presenter2...kte sambung lain kali". hahahaha....sukanya gelakkan orang. tu laaa...sape suruh berebut akhir2 kelas. mujur group kami gi present awal. terima kasih kpd kawan2 yang telah m'jayakan presentation kte tadi. walaupun nampak macam kucar-kacir skit....but that is not bad!
lega rasenya lepas present tadi....
skang kena pikir pasal assignment plak!!!

sbelum present tadi punyalah cuak...sakit prut tiba2 je. ngada2 btul perut ni.hehe...ape tak nya...minum nescafe sejuk pagi2 lagi. nescafe tu buat smalam sbenarnya, tapi tak jadi minum takut tak leh tito... lpas tu sampai plak 1 msj dari kawanku "exited nak bagitaw...law sy dpt A+" 
msj ini btul2 m'cabar aku dalam law. but i'm happy sbb dia telah b'jaya dapat result cemerlang...tumpang happy skaki ye prenzzz. tahniah jugak kpd kawan2 yang telah m'dapat result hari ni. nampak gaya smua mcm puas hati dgn result masing2...asma pun snang tgk post2 diorang kat fb!!! like it...

Monday, June 7, 2010

hari2 eden bkak blog ni...smakin ska plak dgr lagu ni...besh2x!!!
utk lbih jelas lagi...ni eden nak translate lirik dia :)

LoVe & TruTh

I'm thikig about you so much                                                    
time doesn't stop for me                                                            
my empty heart still can't find your feelings                                 
I can never draw the same picture twice
but my emotions are just repeating
over and over again

let me listen to your love song
I stared at your profile
I want to know about you
now that I've met you

no matter how lonelyI get
I have a feeling we'll meet again
I don't need a reason
I know I can't turn back
with the way it is 
now I'll just becom apart of your memory,
right??
my emotions shone like the depths of tears..

let me listen to your love song
your profile...
I understand there's a person you're
gazing at right in front of you but...
please give me wings and believe that
just as with this song
I swear
I've decided to accept all the past

I hum the love song
I want to touch your smiling face
even though I know that there's someone you're gazing at
my love song never ends
I've already met you
it never will end
Love & Truth.....



Thursday, June 3, 2010



#result oh result#


hari ni dah bleh cek result ukm....aku perlu bersyukur...alhamdulillah...walaupun result tak semantop mane pun.
kadang2 nak nanges pun ada...tapi tak kluar air mata sebab aku cek result sambil mesej dgn besfrenku, toffy sya.
                                                                  ~thanks my frenzzz~

dia bagi aku kekuatan dan nasihat...dan dia jgk la org pertama yg taw result aku.
skang dia bg tips utk hadapi exam shortsem ni....
love you my frez.....
skali lg prasaan takut m'hantui...
takut utk b'dpan dgn pak cik aku yg kat putrajaya tusss...
dia yg slalu ambil berat pasal aku di sini spanjang aku duk di ukm ni...
dan slalu ambil tahu p'kembangan akademikku...

Monday, May 31, 2010

#PENGALAMAN SATU PENGAJARAN#

aku berblogging sambil b'balas mesej dgn seseorg...ehem3x...
tapi aku x nak citer pasal tu. aku nak citer pasal balik rumah pada 28 mei 2010 (hari wesak)...
aku balik tanpa dirancang...parents aku pun x taw aku nak balik... gini citernya....
aku bangun sebelum subuh lagi nak bersiap-siap utk balik...dalam tangan aku ada RM30 je...cukup utk tambang
naik bas...pagi tu aku tunggu rapid. lame jugak la. pastu tiba2 teksi berheti...aku xde pilihan dan terus naik...nak bayar tambang tak cukup. so, aku suruh dia gi unikeb jap ambik duit. dah smapi ktm..aku masuk koc wanita...alhamdulillah tak ramai orang..selesa sangat2. tapi keselesaanku hanya sementara je..sampai kajang ada la 2 3 orang masuk...aku tenung lame lame2 logo warna pink tu. dalam hatiku "may be laki ni buta huruf & tak taw nak tgk logo...logo p'puan tu tak brape jelas utk ditafsir oleh org buta huruf" aku buat tak taw je...orang depanku macam rimas sbb laki tu duk tepi dia...sampai je kat hetian putra..hatiku berdebar-debar takut tak de tiket...semasa kaki aku mlangkah ke kaunter transnasional...aku ter baca 'tiket ke klantan & terengganu habis utk hari ni'. aku terus gi kaunter sebelah..belum aku sempat tanye, dah ada orang tanye dulu. 'bang' tiket ke kota bharu ada?' abang tu jawab 'semua dah habis'....arghhhhh!!! aku terasa nak patah balik je ukm. pastu aku pergi ke kaunter e-mutiara...
dgn konfidennya aku tanye 'kak, tiket ke gua musang ada?' bodohnya aku..padahal dah taw bas tu ke KB je.  'kito x breti kat guo muse dik, tapi kalu nok bleh..keno turun kat tepi jale' 
 'urmmm...tak kisah laa' 
'ada 2 seat kosong.tapi balke skali laa' 
aku senyap....nak angguk @ geleng kepala??? tiba2 ada sorang p'puan tanye 'kak, tiket ke mache?'
akak tu trus mencelah...'hah...mache? kalu gitu sy letok awok tepi dio deh...' sambil pandang aku. aku apa lagi...angguk je. tapi tket dia 2 kali ganda dgn tiket ke GM :(( mujur aku kluarkan duit...

Monday, May 24, 2010

#DIET OH DIET#

bermula dari semalam aku & da geng nak diet
konon2nya laa....insyaAlllah!
bak kata pepatah 'badan cergas otak cerdas'
apa yang kami buat mula2 adalah berjoging















pusat sukan jadi pilihan




hijau itu nyaman.....my favourite colour :>

 yang turut serta (joe, faizal & roomate joe)

malam tu plak kami masak spageti & sup sayur
        proses pertama rebus spageti dulu ye

keesokan hari plak (hari ni laa) kami berempat berpuasa....
jaga badan sambil save bajet
seronokkkk...
sahur sama2...
buka sama2....
diorang nak puasa penuh mggu ni
tapi aku tak bleh truskan puasa itu
atas sebab2 tertentu....tut..tut..tut...

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT BERBUKA UTK SAHABAT2 KU!!!!


Wednesday, May 19, 2010

#sahur sambil berblogging....


hari ni masuk kali ke-2 aku puasa dalam bershortsem ni
aku ambik inisiatif ni sebab tyme xde kelas...kalau duk sorang2 aku tak makan siang...malam baru la makanan tu dtg melayang...
waktu shortsem ni cafe burhan x bukak...so kami terpaksa cari makanan di cafe jiran sebelah...al-maklum laa....aku & the geng malas skit nak cari makan klu xde kuliah...so mkn je la ape yg ade...aku terpaksa tahan perut dgn biskut kering je...aku perlu banyak berpantang dalam mkn2 ni...tu laaa...padan muka aku sbelum ni x jaga waktu makan & waktu tidor...aku xleh makan megi, air bergas, asam, keropok yg berperisa & bnda2 yg penuh prisa & bermsg...yg megi & air bergas tu mmg aku x biasa mkn, tp keropok tu yg x tahan...kadang2 aku termakan jugak...skit je...hahaha

tabung untuk belajar ---->