Pages

Thanks my follower (^_^)


Thursday, May 19, 2011

::Tetiba je Nak Merepek::

Sebelum mata terpejam setiap malam, perasaan takut dan bersalah sentiasa menyelubungi diri. aku lupakan tanggungjawab sebagai hamba Allah swt, tanggungjawab sebagai anak, tanggungjawab sebagai pelajar.....semakin hari semakin lalai diri ini. padahal kematian itu bila2 masa sahaja akanku alami. 
"bekerjalah seperti anda akan hidup lama, dan beribadat lah seperti anda akan mati esok"
aku inginkan diriku yang dulu....aku inginkan kata2 daripada seseorang yang sentiasa mengingatkanku kepada Allah swt. 
sebelum tidur juga, aku berharap mataku akan kembali celik melihat dunia.

dan setiap pagi apabila mata terbuka, alhamdulillah....aku masih lagi bernafas untuk meneruskan hidup di dunia ini. masih lagi mampu untuk meneruskan impianku yang sangat tinggi. dan yang paling penting aku masih mampu lagi menyediakan bekalan untuk ke alam yang kekal abadi. tapi manusia diciptakan dengan perasaan lupa. lupa tujuan utama hidup. sebab itulah manusia perlu saling mengingati antara satu sama lain. semakin hari, semakin mencabar kehidupan ini. semakin hanyut dengan arus kemodenan di sekeliling. 

A month to go. ingat peperiksaan, ingatlah kepada pelajaran. baca...baca...dan sentiasalah membaca. itulah tugas seorang pelajar seperti aku. kadang-kadang kita inginkan masa itu cepat berlalu...tapi kadang-kadang kita mahukan masa itu bergerak lambat selambatnya...aku takut untuk mengahadapi exam kerana belum bersedia, tapi aku tak sabar nak menempuhi cuti yang panjang. dalam masa yang sama aku takut untuk tamatkan status pelajar...takut untuk menghadapi alam pekerjaan dan alam perkahwinan. semakin meningkat usia, semakin hebatlah cabaran yang akan diterima......

"ingatlah 5 perkara, sebelum 5 perkara"
ya Allah....panjangkanlah umurku untuk menyelesaikan hutang2 yang masih lagi bersisa. amalanku belum lagi cukup untuk ke "sana".

No comments:

tabung untuk belajar ---->