Pages

Thanks my follower (^_^)

Tuesday, May 17, 2011

::Pabila Mood Menghilangkan Diri...::

Selamat Pagi!
alhamdulillah...asmaq masih bernafas lagi untuk membayar hutang kepada-Nya. semakin meningkat usia, semakin malas dan semakin lalai pulak....haish!

Hujung minggu lepas asmaq balik rumah. gediks betul la nak balik rumah, padahal ada esaimen kena buat. dah duduk rumah tu, kompem2 la malas nak bukak buku. tambah lagi kakak pertama asmaq balik jugak dengan baby barunya. itulah tujuan utama balik rumah, nak tengok baby baru.

baby baru (Nurin Nazifa) bersama kakaknya (Nurin Nasuha)

bila nak balik UKM je petang ahad tu, bas buat hal...rosak la pulak. terpaksa tunda ke malam. dah la malam tu bas KB sampai lambat. bas Gua Musang rosak, terpaksa la tumpang bas Kota Bharu. sampai kat UKM pun lambat la jugak. pukul 7 lebih sampai, pukul 8 pulak ada kelas. niat di hati nak ponteng je kelas tu sebab tak prepare untuk kelas tu. bukan tak prepare langsung, cuma tak prepare untuk memahami bab yang akan diajar. bila asmaq call ma, cakap tak sempat nak gi kelas, macam2 alasan asmaq bagi...ma terus putuskan talian. macam tak sedap hati pulak nak ponteng kelas. terpaksa la gerak ke kelas dengan langkah yang berat, mandi pun ak sempat. lantak lah!

masuk je kelas, jantung berdegup kencang. pensyarah masuk lambat lak. ramai la pulak yang tak datang hari tu sebab masalah dengan pendaftaran subjek. bila pensyarah masuk, asmaq mula cuak. macam biasa, dia suruh ceritakan apa yang kita faham. semua berebut keluar untuk cakap, kecuali asmaq dan sorang lagi kawan tak keluar. tak de la markah untuk hari tu. disebabkan asmaq tak mandi, asmaq rasa kurang selesa dengan diri sendiri, nak bercakap pun tak de mood. pensyarah pula macam marah je sebab semua yang keluar tu bagi jawapan yang salah. yang tak keluar? lagi la tak faham kot. bila dia tanya, asmaq bagi jawapan salah. lagi la marah pensyarah tu. maafkan asmaq doktor, di hari guru kami membuatkan doktor hilang mood.
tapi saya kagum dengan cara doktor, tetap sabar dengan kami dan suruh kami ulangkaji lebih lagi untuk faham tajuk tu. kelas hari tu ambik masa yang lama sebab penerangan dia yang panjang lebar.

lepas balik kelas, asmaq call ma balik. tapi dapat cakap dengan kakak je sebab ma asmaq tengah mengurut. sejak akhir2 ni kesihatan ma agak terganggu. ish! ni yang terasa nak balik rumah tiap2 minggu ni.

lepas je mandi, asmaq cuba belek balik pelajaran tadi. but I can't focus to that subject. tetiba rasa down sebab kurang bercakap dalam kelas itu hari. tambah lagi bila teringatkan mood pensyarah. biasanya lepas kelas dia, asmaq akan bersemangat je dengan kata2 nya, walaupun kadang2 terasa pedih. tapi kali ni asmaq kurang semangat. tambah lagi, dia ada sebut pasal result sem lepas. dia tak komen lebih2 pun, tapi rasa macam result asmaq kurang baik je. hilang terus mood fikirkan semua tu!

tengah hari sikit asmaq lelapkan mata. sedar2 je bila fon berbunyi, kawan asmaq hantar mesej tanya pergi kelas ke tak. alamak! lupa la pulak, asmaq ada satu lagi kelas. dah terlajak tidur nak buat maca mana. duk sekejap, ayah asmaq pulak mesej tanya sampai pukul berapa kat UKM. agak terkejut la jugak, terharu pun ada...ye lah, jarang sekali 'perdana menteri' tu tanya khabar puteri dia ni. ego dia sangat tinggi. kalau dia mesej tanya khabar je, air mata asmaq akan mengalir tetiba sebab susah sangat nak berkomunikasi dengan ayah. tanya khabar je pun dah cukup untuk buatkan hati ni rasa senang...gembira...thanks ayah!

hari tu jugak, laptop pulak buat hal, asyik mati je. takut jugak kalau rosak. disebabkan tak tau nak buat apa, asmaq ambik novel kawan yang tebal tu. sehari suntuk dan lebih asmaq ngadap novel je. asmaq bukannya minat sangat baca novel. tapi dah tak de mood nak buat benda lain, baca je lah. bila dah start baca tu, nak baca lagi sebab nak tau cerita seterusnya. sekarang baru separuh buku tu asmaq habis baca. kena ambik satu hari lagi untuk habiskan satu novel tu. parah...parah....
nasib baik doktor tu tak nak mengajar hari ni. kami cuma perlu pegi kelas kat PTSL untuk belajar cari jurnal. yang dah pandai cari jurnal macam asmaq ni (perasan) pun kena pegi jugak.

asmaq harap sangat, mood untuk belajar hari ni akan datang bertandang ke dalam diri ni. tapi pagi2 buta lagi telefon rumet asmaq berbunyi, kuat lak tuh. tak tau la tu bunyi calling atau dia kunci jam. kunci jam pukul 4? asmaq paling tak suka bunyi fon yang kuat dan lama di pagi buta. dan lagi tak suka kalau orang kunci jam pepagi buta tapi tak mau bangun. hilang lagi 10% mood asmaq. tetiba je rasa macam tak suka bila ada rumet. nak duk single roommm...huk3x

astaghfirullah....asmaq...kuatkan semangat. jadikan semua itu satu cabaran. berapa minggu je lagi dah nak final exam. short sem ni tak boleh malas2. semangat, asmaq...semangat!!!!

No comments:

tabung untuk belajar ---->