Pages

Thanks my follower (^_^)

Thursday, May 26, 2011

::Penantian Cuti::

pandu kereta biru yang ada sticker ikan,
pandu kereta untuk cari makan,
dah lama tak lepak kat blog ni kan,
sambil lepak bagi la blog makan,

lama rasanya tangan ini tidak meluahkan isi kandungan dalam otak ini. bukan tak de idea....banyak....cuma tak de mood nak menulis.

sekarang asmaq berada di zon tekanan...tekanan dengan esaimen, projek...result pulak nak keluar dah....exam tinggal 3 minggu lagi. ok la tu kan kalau ada perasaan tertekan, ada jugak usaha untuk belajar. tapi kalau tertekan lebih2 susah jugak. boleh makan diri. kalau tak de perasaan tertekan pun susah, sebab kita berada di zon selesa, zon yang tak de usaha untuk study kan. so, bersederhanalah dalam sesuatu perkara tu.

sejak akhir2 ni asmaq memang tak de perasaan...tak de mood....entahlah...fikiran ni asyik duk fikir kat rumah je. sebelum ni tak pernah pulak duk fikir2 cam ni. dalam tengah exam tu baru la excited nak balik rumah. sekarang ni, kalau boleh tiap2 hari nak balik.

itu lah orang kata, bila berjauhan barulah kita rasa siapa yang hargai kita. dan asmaq baru rasa, family banyak ambil berat tentang asmaq. bila asmaq balik, nampak riak wajah masing2, riak yang excited tengok asmaq balik. tiap kali asmaq balik rumah, mesti ada jamuan yang dibuat bersama-sama jiran. tak tau la diorang buat kebetulan atau dah memang dirancang. walaupun kebetulan, asmaq sangat terharu jugak. terasa macam kepulangan asmaq sentiasa disambut dengan gembiranya.

ayah pun dah macam ambil berat dah pasal puteri dia ni. senang banget. cuti ni memang dah banyak plan dalam kepala hotak ni. asmaq tak mau keje. tapi nak menghabiskan masa dengan berjalan-jalan. nak suruh duk diam2 kat rumah tu? sorry la.... 'bapak borek, anak rintik'...asmaq lagi suka jalan2 dari duk rumah.

dan cuti ni jugak kawan lama asmaq nak datang rumah dan bermalam kat rumah asmaq tu. asyikkkk! rindu sangat kat dia. dah lama kami tak jumpa. berubah sangat2 dia ni sekarang. kadang2 malu pulak asmaq dengan dia....huhuuu...harap2 dia jadi datang rumah asmaq cuti nanti.

I'll waiting for U, sahabatku!
http://www.cute-smiley.com

*macam tak de kene mengena pulak entri dengan tajuk ni....lantak ah!

No comments:

tabung untuk belajar ---->