Pages

Thanks my follower (^_^)

Wednesday, May 11, 2011

::Melancong Sendirian Boleh Tingkatkan Keyakinan::

Minum air di dalam gelas,
Gelas pulak diperbuat dari kaca,
Buangkan sifat malas,
Amalkan sikap sentiasa membaca (^_^)

dalam kelas hari ni, pensyarah asmaq bagi motivasi lagi.
bagaimana nak tingkatkan keyakinan diri kita...
berdasarkan hand-writing asmaq, dia kata asmaq kurang yakin sebab tulisan kecik.

tadi dia cakap pasal PERSONALIZE...kami kurang faham la kan maksud personalize u.
pastu dia tanya berani tak pergi melancong sorang2, makan sorang2, shopping sorang2?
semua tu kami cakap berani buat sorang2 kecuali ramai yang tak boleh pergi melancong sorang2...melancong ke luar negara.

haaaa...puan dokter tu kata, kalau kita pergi melancong sorang2, keyakinan diri kita tu lebih tinggi tau.
dan dari pengalamannya, orang yang pergi melancong sorang2 ni kan, pemikiran dia berbeza dan lebih luas.
so, katanya pergilah melancong sorag2...kalau tak boleh pergi luar negara, dalam negara pun jadi lah.

hehehe....asmaq pun dulu boleh dikatakan melancong sorang diri jugak dulu.
diusia masih muda, lepas SPM, asmaq terbang sorang2 ditemani 3 jejaka yang asmaq tidak kenali.
hairan jugak kan, parents asmaq main lepas je puteri dia. mereka pun tak kenal jejaka2 tersebut.

asmaq terbang ke mesir untuk jaga anak2 abang long sebab abang long nak gi Mekah dan kak long pulak exam. so, asmaq dihantar kesana untuk jadi baby sitter sambil melancong.
asmaq macam tak de perasaan terbang dengan jejaka2 tu, dah la lebih kurang 11 jam nak sampai mesir tu.
tapi abang long kenal mereka.

asmaq boleh dikatakan sendirian pergi sana sebab yang asmaq kenal abang long je. kak long tu asmaq tak berapa kenal sebab mereka kahwin kat mesir. bila asmaq sampai mesir, tiga hari kemudian abang long bertolak ke Mekah meninggalkan asmaq selama sebulan. duduk la dengan kakak ipar dan berkenalan la dengannya, sambil meneroka perangai anak buah asmaq. tyme tu mereka ada dua orang anak.

anak buah asmaq ketika di mesir....sekarang dah besar (Nuwairah & Nusaibah)

dan asmaq diperkenalkan dengan pelajar2 malaysia lain yang merupakan kawan kak long. kadang2 kami tidur rumah kawan kak long tu. lepas sebulan, lepas abang long balik baru asmaq dapat jalan jauh2 bersama kawan2 kak long. ada diantara mereka, asmaq baru kenal, terus ikut mereka balik gara2 nak berjalan keluar dari rumah abang long, keluar dari cairo. abang long lepaskan je, sebab abang long percayakan mereka2 semua.

pernah sekali, abang long lepaskan asmaq keluar berjalan sendirian tanpa ditemani. tyme tu asmaq nak gi tidur rumah kawan kak long, jauh la jugak dari rumah abang long tu. tapi kawan2 kak long yang lain ada tunggu kat tepi jalan. abang long bagi la kata2 semangat "kalau nak hidup, kita kena berani. kalau dah ditakdirkan kita mati tengah2 jalan, terimalah seadanya. berani, jangan jadi pengecut"....
so, asmaq keluar la sorang2 tanpa pedulikan orang2 arab disekeliling. bahasa arab dah la tak reti, bahasa inggeris pun tunggang langgang tyme tu. dah la ikut jalan paling jauh sebab asmaq masih samar2 lagi jalan2 kat situ. sambil berlari, sampai jugak tempat yang kawan2 tu tunggu. jauh bebb....

tyme birthday asmaq pulak, asmaq tidur rumah kawan2 kak long yang lain pulak. mereka buat kejutan. malam tu pulak asmaq kena jadi imam. tak pernah asmaq jadi imam, dah la ilmu agama kurang. tapi disebabkan kepercayaan mereka, asmaq jadi yakin untuk jadi imam.

kat sana mereka selalu buat satu perjumpaan ilmiah...untuk kongsi2 ilmu. so, asmaq selalu la join mereka walaupun kadang2 tak faham ape yang mereka cakap sebab asmaq tak pernah belajar bahasa arab. tapi best la kan....banyak ilmu agama yang asmaq dapat dari mereka. Syukran semua!!!

~ini dekat Alex....carpet Pooh yang asmaq pakai sekarang, beli kat sini la....cun~

ni carpet yang memberi seribu satu kenangan di Alex....I love Pooh


itu lah kan...memang betul kata puan dokter dalam kelas tadi. kalau kita melancog sorang2, kita boleh membentuk keyakinan diri. kita yakin untuk buat sesuatu, kita yakin untuk bergaul dengan orang baru, kita yakin untuk terima budaya baru, dan kita yakin untuk berdiri di tapak kaki sendiri....INSYAALLAH!
jika ada kemahuan, di situ akan ada jalan.

sekarang terasa hilang dah keyakinan tu. keyakinan boleh luntur ye. nak cakap dengan orang pun asmaq tak yakin. maybe kurang bergaul...haish! kena pergi melancong balik ni. hik3x

2 comments:

Ladida said...

asma ni pergi jadi baby sitter ke melancong? berjalan je banyak huhuhu. that rite dear. cuba tgk student2 malaysia yg blaja luar negara termasuk your bro and his frend mesti cara thinking mereka berbeza dan lebih yakin dlm memberi pendapat dan membuat keputusan...ahaa! nak p melancong lagi sekali jgn lupa faz yek, faz nak build up confident level jugak huhuhu

asmaqhusna said...

memang dorang yakin sgt2....jom2 kita gi melancong thn depan...weee~

tabung untuk belajar ---->