Pages

Thanks my follower (^_^)

Friday, May 6, 2011

::Mereka sukakan Asmaq::

entri asmaq kali ni sangat perasan...perasan sangat2.
jangan baca kalau anda mudah sangat untuk memuntahkan sisa2 makanan dalam perut tu.
kalau nak baca jugak, sediakan baldi. kang rosak komputer tu sebab terkena muntah....
http://www.cute-smiley.com

PERTAMA, daripada asmaq sekolah menengah lagi, ramai mak2 bapak2 sukakan perangai asmaq. perangai macam mana pun tak tau. dari pandangan mereka, asmaq adalah anak yang solehah dan baik pekerti.... terima kasih ye beranggapan macam tu. Asmaq ni tak suka duk rumah, tapi suka gi menyibuk di rumah orang. kalau mak asmaq nak keluar, asmaq mesti suruh ma hantar asmaq gi rumah kawan. disebabkan selalu asmaq gi rumah dia, mak dia  macam suka dengan asmaq. sampai satu tahap dia suruh kawan asmaq jadi macam asmaq. kawan asmaq tu gila2 sikit. mak dia selalu membeza-bezakan asmaq degan anak dia sendiri. tak selesa asmaq jadinya. urmmm....bila masuk form3 asmaq tak gi dah rumah dia, lost contact terus dengan familinya. tapi masih lagi berhubung dengan kawan tu (^_^)

KEDUA, seorang cikgu sukakan asmaq. jangan salah faham ye, dia seorang perempuan. kat sekolah, asmaq memang rapat dengan cikgu tu, terasa macam mak sendiri pulak. tapi tak la rapat sangat. dalam kelas biasa2 je dengan dia. tapi, asmaq dapat la berita dari jiran asmaq. bila dia ngajor kelas jiran asmaq, dia akan sebut2 nama asmaq...puji-puji lagi (tak payah cakap lah ape yang cikgu tu cakap, kang ada yang muntah darah pulak). tapi hidung asmaq tak kembang pun. sebab asmaq bukannya popular kat sekolah tu. diorang bukannya tahu asmaq ni sape kalau sebut nama pun. 

KETIGA, seorang mak nak menjodohkan asmaq dengan anak dia (ok, muntahlah sekarang). baru2 ni dia berterus terang yang dia suka dengan asmaq. sekali lagi jangan salah faham, dia itu adalah seorang ibu. dia nak jodohkan asmaq dengan anak lelaki dia. owh no! hotnya asmaq dikalangan ibu2 dan bapak2 ni....asmaq tak kenal pun anak lelaki dia, dan may be anak lelaki dia pun tak kenal asmaq.

dan ramai lagi ibu2 bapak2 terpikat dengan sifat asmaq (perasan kan). ada yang cakap, sejuk perut ibu asmaq mengandungkan asmaq. apa lah sangat yang ada kat diri asmaq ni, hanya insan biasa. masak pun tak reti. kalau mak2 bapak2 yang berkenan dengan asmaq, kanapa tak mereka je kawin dengan asmaq. kalau anak mereka kenal asmaq ni sape, mesti tak berkenan kan. asmaq kan sombong.....itulah perkataan yang selalu asmaq dengar dari lelaki. daripada penulisan blog pun orang boleh nilai siapa diri asmaq sebenarnya http://www.cute-smiley.com

akhir kata, asmaq memang HOT dikalangan ibu dan bapak2. jangan jeles beb....akan tiba masanya asmaq perlu membuat pilihan. ada dua tiga parents yang nak jadikan asmaq menantu. aduhai....kesian anak mereka. tapi, asmaq dah cakap awal2, asmaq tak nak fikir pasal benda ni semua walaupun perlu fikir jugak. i need focus to my study (sorry, my grammar very bad).

terima kasih kepada ma, ayah, abang2, kakak2 dan cikgu2 asmaq yang mendidik asmaq dan membentuk peribadi yang baik ni....baik ke...baik la kot sampai depa duk puji2 tuh. tapi dalam hati sape yang tahu kan. 


4 comments:

abglan said...

Bagus la tue.. buat baik berpada², buat jahat jangan sekali... buat lah berkali² he he

asmaqhusna said...

hehee...

yah_gee86 said...

perasan..perasan..tapi itu situasi biasa bila orang kenal dari segi luaran..mcm i walaupun ibu bapak org lain suka xsemestinya anak pun suka kat kite & sebaliknya...

asmaqhusna said...

sifat perasan itu harus ada...weeee~

tabung untuk belajar ---->