Pages

Thanks my follower (^_^)


Friday, October 29, 2010

::keNali Asma::

pada pandangan anda2 semua...sepanjang anda kenal asma, tak kira berapa lama pun...satu jam...satu hari...satu bulan...satu tahun...atau tak kenal langsung....cuma kenal melalui blog ni je...ape yang anda fikirkan pasal asma? kalau ada yang kurang baik, luahkan je. asma akan cuba perbaikinya.....setiap manusia ada kelemahannya kan....dan kelemahan itu boleh diperbaiki jika kita mahu.

ape yang asma tau pasal diri asma?
ada orang kata asma baik....baik ke? asma jahat sebenarnya....kalau dah kenal rapat dengan asma tu memang kena arr...hahahaa...kena bakar....kalau asma nak kritik orang, asma akan kritik...sedap mulut je asma nak cakap ape. tapi tengok orang jugak la..... kalau yang jenis sensitip dan tak boleh dibawak bergurau, asma akan kawal perkataan....kadang2 tu terkeluar jugak la...hehee...asma pernah digelar dengan mulut laser dulu. maaf la ye kalau yang pernah terkena kritikan asma...!!! bagi asma kritikan itu penting untuk kita mengubah diri untuk menjadi lebih baik. tapi jangan pulak kritik orang sampai memalukan orang tersebut....
asma juga seorang yang sensitip...tapi kadang2 je kot. asma mudah jugak terasa. tapi asma tak mudah untuk merajuk. kalau merajuk kejap je kot.
lagi....asma seorang pemalu tau...kan....kan...pemalu kan...terutama kalau asma bersama dengan lelaki. asma malu kalau nak buat ape. nak cakap pun terasa malu. terasa macam 'control' je perbuatan ni bila bersama lelaki. haishh...tak boleh nak buat spontan pun...dan asma malu bila bersama dengan orang ramai. apetah lagi kalau suruh asma cakap depan orang rami (berucap). tambah lagi kalau suruh asma berlakon kat atas pentas. lagi la malu...walaupun asma pernah berlakon secara spontan...ahakss...gilak ah!

ape yang orang kata pasal asma?
(1) TIADA PERASAAN
dulu.... cikgu asma pernah cakap asma ni takde perasaan. waktu tu kami tengah bincang pasal jamuan kelas. asma bendahari...ada la sikit masalah. semua orang nak marah kat seseorang tu. masing2 keluarkan la isi hati masing2 kat cikgu...pasal masalah duit jugak la. budak tu bukannya tau ape2 pasal duit, sebab asma yang pegang duit. yang dia tau nak buat itu la, nak buat ini la. dan asma waktu tu diam je...dengan muka 'cool'....tiba2 cikgu tegur.."asmaq, awak ni macam takde perasaan je...muka macam takde masalah langsung. ada benda nak cakap tak?".......dengan slambernya asma cakap....."saya nak cakap ape lagi...dah memang perangai dia. kalau marah je tak selesai la masalah" bukan biadap kan....nada yang lemah lembut kot. asma memang susah untuk tunjuk perasaan marah walaupun hati ni tengah marah....kalau asma nak marah, asma akan diam je biasanya.
satu lagi, kalau orang nak buat asma terkejut....asma memang susah nak bagi reaksi terkejut tu...mesti boring kan berkawan dengan asma...tapi kadang tu terkejut beruk jugak laaa...atas situasi jugak....

(2)LEMAH LEMBUT
yang ni memang popular la...lemah lembut...hahahaa~ tak yah cakap. ramai yang kate asma lemah lembut. cakap pun slow je suara. sebenarnya suara tu dari kecik lagi slow. kalau asma kuatkan suara, asma terasa sakit di 'ear drum'. terasa nak pecah je. nak je cakap kuat2. tapi nak wat cam ne.
pasal perbuatan pula...ramai yang kata asma buat keje slow je. amik wudhu' pun slow je. entah laa...asma pun tak tau yang tu. yang pasti asma memang buat slow kalau buat keje...haishhh...ni kena perbetulkan ni.
orang kate lagi...asma ni memang lembut...kalau asma buat benda yang kasar...memang pelik la kan. tapi sape yang betul2 kenal asma dia takkan rase pelik....asma memang lembut, mungkin. tapi asma suka buat benda2 yang kasar. angkat benda2 yang berat, kalau mampu la. dan asma suka join aktiviti lasak...asma cuba perpegang kepada kata2 "jadilah rumput nan lemah lembut, tak punah dipukul ribut"...tak perlu kot asma huraikan disebalik perkataan ni...paham2 je la ye.

(3)BANYAK CAKAP
hahahaa...asma banyak cakap bila dirangsang je dan bila bersama dengan orang yang serasi dengan asma. kat sekolah dulu memang asma banyak cakap. selalu je asma terkena dengan cikgu "diam, jangan banyak cakap" dulu asma suka berdamping dengan cikgu. tak kira cikgu mana pun. terasa macam kawan sendiri pulak. disebabkan mulut ni la ramai cikgu kenal asma...terasa popular kejap. ahakksss...tapi tak terkenal pun di kalangan pelajar. asma terkenal sebagai pendiam je. dengan famili pun asma banyak cakap, terutama dengan kakak2 asma. mulut ni memang tak leh duk diam bila kat rumah. suka jugak la membebel kat adik asma sorang tu. hahaa..mesti tension budak tu kan.

(4)SKEMA DAN 'STRAIGHT'
dulu sampai sekarang ada je orang cakap asma ni skema. skema ye! urmmm...ye la kot...asma pun rase asma ni skema...ececee~
dan orang cakap asma ni 'straight'. ikut je ape yang orang cakap. hehe. kalau benda yang baik, asma ikut la. dan asma tak reti nak mengarah orang. mungkin kadang2 asma ada jugak mengarah orang....

ape lagi nak cakap??? cakap la pasal asma...asma akan terima dengan baik. kalau nak asma perbaiki, asma akan cuba baiki kalau benda tu tak baik...kalau nak kritik, kritik la...nak kate asma busuk pun..cakap la...hahahaa~ 
ada orang tu cakap asma busuk ye semalam...orang selalu mandi pagi2 buta laa...asma mau sepak orang tu....hiyakkkkk...dush!

1 comment:

Sab Imtiyaz said...

"jadilah rumput nan lemah lembut, tak punah dipukul ribut"..
nice..
my first impression about asma..
cute..
=)

tabung untuk belajar ---->