Pages

Thanks my follower (^_^)

Wednesday, October 27, 2010

::kaSih teRsiraT::

kita menyangka ibu bapa kita tidak sayangkan kita. walhal mane ada ibu bapa tak sayangkan anak. kita je yang tak nampak kasih sayang itu. 
waktu asma kecil dan masih merah lagi, ma membawa asma ke mana-mana je demi mendapat seciput ilmu sambil membuat kebajikan. waktu itu kehidupan kami susah. ayah perlu menanggung tujuh orang anak yang masih kecil dan bersekolah. sebagai seorang pemandu ambulans, gaji yang diterima hanya berapa lah sangat. umur 4 tahun asma sudah bersekolah...waktu itu ma bekerja di tadika. ma sentiasa di sisi asma. masuk umur 7 tahun, ma bagi asma seorang adik lelaki. tapi ma tetap tidak abaikan anak2 yang lain. tanggungan ayah juga bertambah berat. tapi kami tak pernah kebuluran dan kelaparan. semua keperluan kami cukup. apabila kakak2 dan abang2 asma masuk sekolah menengah, macam2 ragam yang perlu ma dan ayah kawal. tapi waktu itu kami adik beradik dikawal oleh abang long yang mengambil alih semasa ma dan ayah tiada. kami mengenal rotan semasa umur 10 tahun mungkin. rotan itu sentiasa tergantung didinding. abang long juga menggunakan rotan jika kami buat kesalahan. itulah kasih seorang bapa, dia akan menggunakan rotan jika kami meninggalkan suruhanNya. jika ayah tidak marah @ rotan kami, bermakna ayah tidak sayangkan kami. ayah cuba melentur buluh dari rebungnya. rotan itu adalah rotan kasih sayang ayah. waktu itu kami diajar cara menghormati orang tua. pantang kami melawan atau berlaku tidak sopan dengan kakak2 dan abang2, kami akan mendapat penyakit. asma tak tahu betapa susahnya ayah ketika itu. ingin mencari nafkah lagi. tapi sesusah-susah ayah, ayah tetap membawa kami bercuti tiap kali menjelang hari raya. tempat yang selalu kami pergi adalah pantai. ayah mau kami muhasabah diri di pantai. itulah kasih seorang ayah. tambah lagi apabila abang long dapat belajar ke luar negara, ayah berusaha keras untuk mencari rezeki. walaupun demam ayah tetap pergi bekerja. ape yang asma tak faham ketika itu, kenapa kami adik beradik tidak layak mendapat biasiswa? kenapa ayah sangat dikenali oleh ramai orang? kenapa kami perlu menjaga nama ayah bila keluar dari rumah? kenapa ada orang dengki dengan ayah? kenapa ayah sangat dihormati? kenapa ayah menolak kenaikan pangkat itu?
sekarang baru asma faham kenapa. asma sangat kagum dan bertuah jadi anak ayah. ayah sangat kental, rajin, pemurah, baik hati, sabar....
apabila kami adik beradik demam @ sakit...ma sentiasa berada di sisi. semasa asma demam lah asma terasa kasih seorang ibu. bila asma mau memejamkan mata untuk tidur, ma masih di sisi. dan bila asma buka je mata, ma masih tidak berganjak di sisiku. urmm...waktu kali terakhir asma sakit adalah semasa kemalangan motor sbelum masuk ukm. ma lah yang mengubati asma. ayah di mana ketika itu? asma hanya dapat terlantar di dalam bilik, tak  mampu nak berjalan. ayah tak pernah jenguk asma. tapi air mata asma mengalir bila terdengar ayah bertanya kepada ma tentang keadaan asma. betapa egonya seorang ayah. tapi dia tetap menyayangi anaknya ini. buktinya?? bila asma keluar dari rumah dengan tak pakai tudung, padahal asma keluar belakang rumah je, mana ada orang. tapi ayah tetap menegur asma. ayah tau jika ayah tidak tegur, ayah perlu tanggung dosa itu, dan ayah tak nak anak dia dicampak ke neraka. ayah sangat2 menjaga 4 orang orang anak perempuannya. kami terasa terkongkong dan kadang2 cemburu dengan adik beradik lelaki. tapi sekarang asma sedar kenapa ayah buat macam tu. betapa sukarnya untuk mendidik seorang anak perempuan, apatah lagi 4 orang. dan perempuanlah yang mudah sekali untuk mendapat dosa. selagi kami adik beradik perempuan tidak menjadi milik seorang lelaki, selagi itulah ayah perlu menanggung dosa kami jika ayah tidak tegur. teguran menunjukkan bahawa ayah sangat sayangkan anak2nya...
semasa asma di ukm ini pula. banyak benda yang ma dan ayah larang. asma tak boleh makan itu dan tak boleh makan ini kerana mereka tidak mahu asma jatuh sakit. asma juga tidak dibenarkan bercinta cintun dengan seorang lelaki pada usia yang muda ini kerana mereka tidak mahu asma lalai dan mengingati lelaki lebih dari mengingati Allah swt. mereka juga tidak mahu asma terjerumus dengan dosa2 seperti yang berlaku terhadap kebanyakan remaja. baru2 ini ma belikan asma rice cooker. ma tau anak dia ini seoarang pemalas dan ma nampak asma semakin kurus...hehehee..
banyak lagi sebenarnya kasih sayang yang asma tak nampak....terima kasih ma...terima kasih ayah....asma sangat bertuah jadi anak ma dan ayah...ma dan ayah telah berjaya mendidik kami adik beradik menjadi manusia yang berguna. walaupun kami dah besar panjang, ma & ayah tetap menegur kami jika kami salah.
kadang2 asma terasa berdosa sangat. adakah asma ini seorang anak yang baik? 
insyaAllah...asma akan berubah menjadi lebih baik untuk melihat ma dan ayah senang hati. asma ingin balas semua penat lelah ma dan ayah dulu. tapi bagaimana? asma akan berusaha untuk menjadi anak yang solehah. ayah pernah berkata, biarlah kita tak pandai asalkan kita baik dan beramal denagl ilmu yang ada. 
asma sayang ma...asma sayang ayah....

1 comment:

cherlecteur said...

awak boleh jadi novelis tau. hehe

tabung untuk belajar ---->