Pages

Thanks my follower (^_^)

Sunday, October 31, 2010

::saKit Lama kEmbaLi::

kesakitan adalah satu ujian daripada Allah swt...!!!!
memang terseksa bila kesakitan itu menyerang waktu2 peperiksaan ni

hari ni hari ketiga asma perlu menanggung kesakitan itu. sakit perut yang teramat apabila tibanya bulan itu. selepas berubat dulu, asma dah tak rasa seteruk ini. ikut semua pantang yang pak cik tu bagi. kononnya dah sihat, asma makan je semua masa kat pulau sibu hari tu. lapar punya pasal, maggi dan jajan yang menjadi santapanku..
nah! sekarang terimalah padahnya wahai siti asmaq bt nuzam....
hari pertama diserang...rasa nak melayang je nyawa ni...sakit sangat. seluruh badan terasa kejang. dah la duk sorang2. mujurlah ada izzat yang membantu sedikit sebanyak dan wahidah yang menjadi doktor mayaku... dan hari kedua, ingatkan dah ok. sakit lagi ghupenya, petang tu telan je panadol. lepas telan panadol, terus tido tak hengat dunhia. sedar2 je dah gelap dan bumi sudah basah. lame btol tido waktu tu. dan hari ni hari ketiga...masih terasa sakit lagi...terpaksa la asma mengadu dekat ma asma nun jauh dirumah. mesti dia risau sekarang ni kan...huhuuu..harap2 perut ni akan pulih esok...waaaa! esok exam. nak membaca pun tak selesa.....

mungkin cakap pak cik tu ada betol jugak. dia diberi kelebihan oleh Allah swt untuk mengesan penyakit dalam badan. tapi tak semua penyakit dia boleh kesan. dan dia boleh merasai ape yang kita rasa semasa kita berhadapan dengannya. orang tak kenal dia pun, dia seorang yang suka merendahkan diri. sekarang asma takut apa yang dia cakap menjadi kenyataan jika asma tidak jaga pemakanan...
ya Allah...jauhilah hambamu ini dengan penyakit2 yang berbahaya...!!!!

mulai hari ini asma dah tobat, nak jaga pemakanan....tak mo degil lagi. walaupun lapar manapun...asma tetap takkan sentuh benda2 tu lagi, walau sedikit.

::::::::::::::::::::::::::::::Diet Rasulullah:::::::::::::::::::::::::::

MARILAH SAMA2 KITA AMALKAN DIET INI....!!!!!!


Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Friday, October 29, 2010

::keNali Asma::

pada pandangan anda2 semua...sepanjang anda kenal asma, tak kira berapa lama pun...satu jam...satu hari...satu bulan...satu tahun...atau tak kenal langsung....cuma kenal melalui blog ni je...ape yang anda fikirkan pasal asma? kalau ada yang kurang baik, luahkan je. asma akan cuba perbaikinya.....setiap manusia ada kelemahannya kan....dan kelemahan itu boleh diperbaiki jika kita mahu.

ape yang asma tau pasal diri asma?
ada orang kata asma baik....baik ke? asma jahat sebenarnya....kalau dah kenal rapat dengan asma tu memang kena arr...hahahaa...kena bakar....kalau asma nak kritik orang, asma akan kritik...sedap mulut je asma nak cakap ape. tapi tengok orang jugak la..... kalau yang jenis sensitip dan tak boleh dibawak bergurau, asma akan kawal perkataan....kadang2 tu terkeluar jugak la...hehee...asma pernah digelar dengan mulut laser dulu. maaf la ye kalau yang pernah terkena kritikan asma...!!! bagi asma kritikan itu penting untuk kita mengubah diri untuk menjadi lebih baik. tapi jangan pulak kritik orang sampai memalukan orang tersebut....
asma juga seorang yang sensitip...tapi kadang2 je kot. asma mudah jugak terasa. tapi asma tak mudah untuk merajuk. kalau merajuk kejap je kot.
lagi....asma seorang pemalu tau...kan....kan...pemalu kan...terutama kalau asma bersama dengan lelaki. asma malu kalau nak buat ape. nak cakap pun terasa malu. terasa macam 'control' je perbuatan ni bila bersama lelaki. haishh...tak boleh nak buat spontan pun...dan asma malu bila bersama dengan orang ramai. apetah lagi kalau suruh asma cakap depan orang rami (berucap). tambah lagi kalau suruh asma berlakon kat atas pentas. lagi la malu...walaupun asma pernah berlakon secara spontan...ahakss...gilak ah!

ape yang orang kata pasal asma?
(1) TIADA PERASAAN
dulu.... cikgu asma pernah cakap asma ni takde perasaan. waktu tu kami tengah bincang pasal jamuan kelas. asma bendahari...ada la sikit masalah. semua orang nak marah kat seseorang tu. masing2 keluarkan la isi hati masing2 kat cikgu...pasal masalah duit jugak la. budak tu bukannya tau ape2 pasal duit, sebab asma yang pegang duit. yang dia tau nak buat itu la, nak buat ini la. dan asma waktu tu diam je...dengan muka 'cool'....tiba2 cikgu tegur.."asmaq, awak ni macam takde perasaan je...muka macam takde masalah langsung. ada benda nak cakap tak?".......dengan slambernya asma cakap....."saya nak cakap ape lagi...dah memang perangai dia. kalau marah je tak selesai la masalah" bukan biadap kan....nada yang lemah lembut kot. asma memang susah untuk tunjuk perasaan marah walaupun hati ni tengah marah....kalau asma nak marah, asma akan diam je biasanya.
satu lagi, kalau orang nak buat asma terkejut....asma memang susah nak bagi reaksi terkejut tu...mesti boring kan berkawan dengan asma...tapi kadang tu terkejut beruk jugak laaa...atas situasi jugak....

(2)LEMAH LEMBUT
yang ni memang popular la...lemah lembut...hahahaa~ tak yah cakap. ramai yang kate asma lemah lembut. cakap pun slow je suara. sebenarnya suara tu dari kecik lagi slow. kalau asma kuatkan suara, asma terasa sakit di 'ear drum'. terasa nak pecah je. nak je cakap kuat2. tapi nak wat cam ne.
pasal perbuatan pula...ramai yang kata asma buat keje slow je. amik wudhu' pun slow je. entah laa...asma pun tak tau yang tu. yang pasti asma memang buat slow kalau buat keje...haishhh...ni kena perbetulkan ni.
orang kate lagi...asma ni memang lembut...kalau asma buat benda yang kasar...memang pelik la kan. tapi sape yang betul2 kenal asma dia takkan rase pelik....asma memang lembut, mungkin. tapi asma suka buat benda2 yang kasar. angkat benda2 yang berat, kalau mampu la. dan asma suka join aktiviti lasak...asma cuba perpegang kepada kata2 "jadilah rumput nan lemah lembut, tak punah dipukul ribut"...tak perlu kot asma huraikan disebalik perkataan ni...paham2 je la ye.

(3)BANYAK CAKAP
hahahaa...asma banyak cakap bila dirangsang je dan bila bersama dengan orang yang serasi dengan asma. kat sekolah dulu memang asma banyak cakap. selalu je asma terkena dengan cikgu "diam, jangan banyak cakap" dulu asma suka berdamping dengan cikgu. tak kira cikgu mana pun. terasa macam kawan sendiri pulak. disebabkan mulut ni la ramai cikgu kenal asma...terasa popular kejap. ahakksss...tapi tak terkenal pun di kalangan pelajar. asma terkenal sebagai pendiam je. dengan famili pun asma banyak cakap, terutama dengan kakak2 asma. mulut ni memang tak leh duk diam bila kat rumah. suka jugak la membebel kat adik asma sorang tu. hahaa..mesti tension budak tu kan.

(4)SKEMA DAN 'STRAIGHT'
dulu sampai sekarang ada je orang cakap asma ni skema. skema ye! urmmm...ye la kot...asma pun rase asma ni skema...ececee~
dan orang cakap asma ni 'straight'. ikut je ape yang orang cakap. hehe. kalau benda yang baik, asma ikut la. dan asma tak reti nak mengarah orang. mungkin kadang2 asma ada jugak mengarah orang....

ape lagi nak cakap??? cakap la pasal asma...asma akan terima dengan baik. kalau nak asma perbaiki, asma akan cuba baiki kalau benda tu tak baik...kalau nak kritik, kritik la...nak kate asma busuk pun..cakap la...hahahaa~ 
ada orang tu cakap asma busuk ye semalam...orang selalu mandi pagi2 buta laa...asma mau sepak orang tu....hiyakkkkk...dush!

Thursday, October 28, 2010

::waHai keHidupan::

Kehidupan ini penuh berliku....semakin lama kita hidup semakin mencabar...pelbagai jenis manusia akan kita temui...kehidupan ini seperti satu permainan...kita perlu bijak memikirkan strategi dan langkah yang betul dalam memulakan permainan...kita bermula dengan level yang senang, kemudian sederhana, dan akhir sekali level yang paling sukar...jika kita kalah, kita boleh main sekali lagi untuk mencapai level seterusnya...jika kita putus asa untuk bermain, level itu tidak akan meningkat dengan sendirinya dan mungkin kita akan ketinggalan jauh oleh pihak lawan kita....betul ke asma cakap ni???
#KEHIDUPAN KANAK2#
kehidupan yang paling asma tak suka adalah semasa zaman sekolah. jika ramai yang kata zaman kanak2 lah yang paling best, dan kalau boleh nak je zaman itu kembali. tapi bagi asma, asma tak suka zaman kanak2. asma tak ramai kawan, seorang pendiam, pendiam sangat2. banyak kenangan pahit di sekolah. asma adalah pelajar bodoh walaupun duk di kelas depan sekali. cikgu sendiri yang cakap asma ni bodoh. semasa asma darjah satu, asma kena marah teruk dengan cikgu disebabkan kesalahan orang lain. semasa asma darjah empat pula, ada seorang cikgu tu pernah cakap asma ni hodoh. waktu tu dia nak marah kat asma sebab tercegat depan pintu semasa waktu belajar, padahal tak de cikgu pun tyme tu. memang asma tak boleh nak berfikir dengan bijak lagi waktu. tapi memori itu kekal di ingatan ini selagi akal ini masih waras. asma tak boleh lupakan cikgu2 yang marah, pukul tanpa sebab dan menghina diri  ini.
#KEHIDUPAN REMAJA#
Di alam sekolah menengah...sebab result UPSR tak brape bagus, asma kena duk kelas yang level sederhana. asma masih lagi pendiam, dapat kawan baru, tapi tak berapa nak rapat. tapi asma suka dekat cikgu2 di situ. dia yang memberi semangat untuk asma bangkit. masuk F2, asma dinaikkan kelas dan jumpa kembali kawan2 sekolah rendah dulu. masuk F3, asma mula rapat dengan kawan2 sekolah rendah dulu. macam tak sangka kan kita akan berkawan rapat.

 atas dorongan cikgu2, asma terpilih untuk jadi pelajar sains tulen untuk F4 & F5. waktu tu asma bercita-cita untuk jadi pakar optometrik. dan di situlah asma mula berasa seronok dengan kehidupan asma. asma mula aktif dalam aktiviti sekolah terutama Kelab Kesihatan.
   

 asma mula seronok dapat berkawan dengan mereka2. disebabkan asma rase diri ini mampu, asma tambah subjek akaun. dan di dsitulah bermulanya kesilapan asma. bukan gagal, tetapi asma silap pilih kos semasa isi borang matrik. asma yang tak reti nak buat pilihan ketika itu, asma ikut je cakap cikgu. cikgu kata ambik kos berdasarkan result terbaru. tyme tu result sains asma tak ok. akaun asma boleh buat sikit walaupun asma tak belajar sangat (asma kena belajar sendiri subjek akaun tu). tapi result sains asma lagi ok berbanding result akaun bila tengok result sebenar. dan asma dapat tawaran matrik dalam bidang akaun.

#KEHIDUPAN MATRIK#
asma sangat menyesal sebab pilih bidang perakaunan. berkali-kali asma merayu untuk tukar kepada sains. tapi pensyarah tak boleh nak tolong. pensyarah tu banyak mendorong asma semasa disana. dia suruh asma cuba bidang ini dulu. katanya, minat boleh dipupuk. asma sangat takut waktu itu. takut jatuh tersungkur dan takut tak dapat bina minat itu. memang asma tak boleh bina minat itu sampai sekarang. tapi atas dorongan kuat pensyarah itu. asma berjaya tamatkan pelajaran di matrik. kawan2 juga banyak membantu asma, terutama k.ezah yang sentiasa disisi ketika senang dan susah. tak lupa juga kepada zurshafika. asma lemah dalam bab bace membaca ni. zurshafika lah banyak bantu asma, dia tolong bacakan untuk asma, asma pulak tukang dengar je... 
 

orang kata, kehidupan matrik paling susah. tak cukup tido...asyik study je keje. memang tak cukup tido...dan memang kami sentiasa dengan buku. tapi jika kita buat kerja secara berkumpulan, ia akan menjadi senang. asma sentiasa mencari orang unutk study sama2. walaupun k.ezah bidang hayat, kami tetap study same2. asma memang join group budak sains semasa study (sebab k.ezah yang ajak)....hehee...suka menyibuk. asma juga pernah dapat tawaran untuk temuduga Medical Assistant(MA). asma nak sangat pegi temuduga tu. tapi waktu itu asma tengah exam. pensyarah cakap, awak nak kejar yang belum tentu dan tinggalkan kejayaan yang pasti ini? jika asma pegi jugak temuduga tu, asma akan gagal dalam exam sebab terpaksa ponteng. asma terpaksa kuburkan hasrat itu. walaupun kehidupan di matrik macam penjara...tak sempat nak berjalan-jalan tengok negeri orang, tapi asma seronok....seronok sangat2. dan kehidupan ini lah yang asma mahukan. kalau boleh asma mahu kembali kepada kehidupan matrik. dulu asma seorang yang rajin...kuat...tabah....tapi sekarang????
#KEHIDUPAN UNIVERSITI#
atas sokongan famili, pensyarah2 dan kawan2, akhirnya asma dapat jugak capai impian asma untuk menjejakkan kaki di universiti. kadang-kadang tu macam tak caye je. terima kasih kepada yang membantu. semasa pilih bidang ni, asma main hentam je...minat masih tak dapat dipupuk. alhamdulillah...ukm menerima asma dengan pilihan pertama dalam bidang pentadbiran perniagaan. terasa takut membuak-buak dalam diri ini...adakah asma boleh bawak bidang ini tanpa minat? cita-cita asma sudah hilang. ape yang asma fikir, study untuk dapatkan kejayaan dan ijazah je. dan asma tak sangka jugak dapat bertemu dengan shazny, kawan matrik dulu. asma rasa ok lagi tahun satu. ada kawan untuk study same2. masak sama2...pegi mane2 pun same2....sentiasa mengambil berat....asma rindukan itu semua....dan tahun satu jugalah asma jatuh tersungkur....asma berada pada zaman kejatuhan yang paling teruk dalam kehidupan ini. kehidupan asma bertambah sukar. 

asma rasa diri asma banyak berubah. dimanakah kerajinan asma dulu? dimanakah kekuatan asma dulu? asma yang dulu tidak sama dengan asma sekarang. jauh berbeza.... mungkin ini disebabkan persekitaran....dan mungkin juga asma mengalami kejutan budaya.... mungkin juga tiada orang yang dapat mendorong asma.

 sekarang asma di tahun dua, terasa amat sukar. kadang2 datang perasaan putus asa...asma tiada kawan untuk study sama2 lagi...kami berpecah disebabkan kos yang sudah berlainan dan kedudukan bilik masing2. masing2 buat hal masing2. dan asma buat hal asma. nak keluar sama2 pun susah, masing2 sibuk. baru sekarang asma tahu, asma tak boleh belajar bersendirian. tapi alhamdulillah, baru2 ni asma sering belajar sama2 dengan wahidah...walaupun kami berlainan kos, dia sudi untuk belajar dengan asma. tapi bukan selalu, kadang2 je..dia pun sibuk juga seperti pelajar akaun yang lain. 
nurul juga rajin ajak asma keluar. nurul tau, betapa seronoknya bila dapat keluar dengan kamu. kamu berdua sangat mengambil berat tentang asma sekarang. asma dengan kawan kptm tu pun dah jarang keluar bersama sebab waktu yang menghalang kami. 
 

asma tak tahu ape nasib asma akan datang. asma semakin tidak suka dengan bidang ini. sampai sekarang asma tak boleh memupuk minat itu. kehidupan sekarang amat sukar untuk ditempuhi. semakin sukar kehidupan ini, semakin banyak pengalaman dan banyak benda baru yang asma dapat belajar.

WAHAI KEHIDUPAN, JANGANLAH KAMU MENGHANYUTKAN DIRI INI DI LEMBAH KEMAKSIATAN. ITULAH YANG PALING ASMA TAKUT!!!!

Wednesday, October 27, 2010

::kaSih teRsiraT::

kita menyangka ibu bapa kita tidak sayangkan kita. walhal mane ada ibu bapa tak sayangkan anak. kita je yang tak nampak kasih sayang itu. 
waktu asma kecil dan masih merah lagi, ma membawa asma ke mana-mana je demi mendapat seciput ilmu sambil membuat kebajikan. waktu itu kehidupan kami susah. ayah perlu menanggung tujuh orang anak yang masih kecil dan bersekolah. sebagai seorang pemandu ambulans, gaji yang diterima hanya berapa lah sangat. umur 4 tahun asma sudah bersekolah...waktu itu ma bekerja di tadika. ma sentiasa di sisi asma. masuk umur 7 tahun, ma bagi asma seorang adik lelaki. tapi ma tetap tidak abaikan anak2 yang lain. tanggungan ayah juga bertambah berat. tapi kami tak pernah kebuluran dan kelaparan. semua keperluan kami cukup. apabila kakak2 dan abang2 asma masuk sekolah menengah, macam2 ragam yang perlu ma dan ayah kawal. tapi waktu itu kami adik beradik dikawal oleh abang long yang mengambil alih semasa ma dan ayah tiada. kami mengenal rotan semasa umur 10 tahun mungkin. rotan itu sentiasa tergantung didinding. abang long juga menggunakan rotan jika kami buat kesalahan. itulah kasih seorang bapa, dia akan menggunakan rotan jika kami meninggalkan suruhanNya. jika ayah tidak marah @ rotan kami, bermakna ayah tidak sayangkan kami. ayah cuba melentur buluh dari rebungnya. rotan itu adalah rotan kasih sayang ayah. waktu itu kami diajar cara menghormati orang tua. pantang kami melawan atau berlaku tidak sopan dengan kakak2 dan abang2, kami akan mendapat penyakit. asma tak tahu betapa susahnya ayah ketika itu. ingin mencari nafkah lagi. tapi sesusah-susah ayah, ayah tetap membawa kami bercuti tiap kali menjelang hari raya. tempat yang selalu kami pergi adalah pantai. ayah mau kami muhasabah diri di pantai. itulah kasih seorang ayah. tambah lagi apabila abang long dapat belajar ke luar negara, ayah berusaha keras untuk mencari rezeki. walaupun demam ayah tetap pergi bekerja. ape yang asma tak faham ketika itu, kenapa kami adik beradik tidak layak mendapat biasiswa? kenapa ayah sangat dikenali oleh ramai orang? kenapa kami perlu menjaga nama ayah bila keluar dari rumah? kenapa ada orang dengki dengan ayah? kenapa ayah sangat dihormati? kenapa ayah menolak kenaikan pangkat itu?
sekarang baru asma faham kenapa. asma sangat kagum dan bertuah jadi anak ayah. ayah sangat kental, rajin, pemurah, baik hati, sabar....
apabila kami adik beradik demam @ sakit...ma sentiasa berada di sisi. semasa asma demam lah asma terasa kasih seorang ibu. bila asma mau memejamkan mata untuk tidur, ma masih di sisi. dan bila asma buka je mata, ma masih tidak berganjak di sisiku. urmm...waktu kali terakhir asma sakit adalah semasa kemalangan motor sbelum masuk ukm. ma lah yang mengubati asma. ayah di mana ketika itu? asma hanya dapat terlantar di dalam bilik, tak  mampu nak berjalan. ayah tak pernah jenguk asma. tapi air mata asma mengalir bila terdengar ayah bertanya kepada ma tentang keadaan asma. betapa egonya seorang ayah. tapi dia tetap menyayangi anaknya ini. buktinya?? bila asma keluar dari rumah dengan tak pakai tudung, padahal asma keluar belakang rumah je, mana ada orang. tapi ayah tetap menegur asma. ayah tau jika ayah tidak tegur, ayah perlu tanggung dosa itu, dan ayah tak nak anak dia dicampak ke neraka. ayah sangat2 menjaga 4 orang orang anak perempuannya. kami terasa terkongkong dan kadang2 cemburu dengan adik beradik lelaki. tapi sekarang asma sedar kenapa ayah buat macam tu. betapa sukarnya untuk mendidik seorang anak perempuan, apatah lagi 4 orang. dan perempuanlah yang mudah sekali untuk mendapat dosa. selagi kami adik beradik perempuan tidak menjadi milik seorang lelaki, selagi itulah ayah perlu menanggung dosa kami jika ayah tidak tegur. teguran menunjukkan bahawa ayah sangat sayangkan anak2nya...
semasa asma di ukm ini pula. banyak benda yang ma dan ayah larang. asma tak boleh makan itu dan tak boleh makan ini kerana mereka tidak mahu asma jatuh sakit. asma juga tidak dibenarkan bercinta cintun dengan seorang lelaki pada usia yang muda ini kerana mereka tidak mahu asma lalai dan mengingati lelaki lebih dari mengingati Allah swt. mereka juga tidak mahu asma terjerumus dengan dosa2 seperti yang berlaku terhadap kebanyakan remaja. baru2 ini ma belikan asma rice cooker. ma tau anak dia ini seoarang pemalas dan ma nampak asma semakin kurus...hehehee..
banyak lagi sebenarnya kasih sayang yang asma tak nampak....terima kasih ma...terima kasih ayah....asma sangat bertuah jadi anak ma dan ayah...ma dan ayah telah berjaya mendidik kami adik beradik menjadi manusia yang berguna. walaupun kami dah besar panjang, ma & ayah tetap menegur kami jika kami salah.
kadang2 asma terasa berdosa sangat. adakah asma ini seorang anak yang baik? 
insyaAllah...asma akan berubah menjadi lebih baik untuk melihat ma dan ayah senang hati. asma ingin balas semua penat lelah ma dan ayah dulu. tapi bagaimana? asma akan berusaha untuk menjadi anak yang solehah. ayah pernah berkata, biarlah kita tak pandai asalkan kita baik dan beramal denagl ilmu yang ada. 
asma sayang ma...asma sayang ayah....

::kaSih teRsiraT::

kita menyangka ibu bapa kita tidak sayangkan kita. walhal mane ada ibu bapa tak sayangkan anak. kita je yang tak nampak kasih sayang itu. 
waktu asma kecil dan masih merah lagi, ma membawa asma ke mana-mana je demi mendapat seciput ilmu sambil membuat kebajikan. waktu itu kehidupan kami susah. ayah perlu menanggung tujuh orang anak yang masih kecil dan bersekolah. sebagai seorang pemandu ambulans, gaji yang diterima hanya berapa lah sangat. umur 4 tahun asma sudah bersekolah...waktu itu ma bekerja di tadika. ma sentiasa di sisi asma. masuk umur 7 tahun, ma bagi asma seorang adik lelaki. tapi ma tetap tidak abaikan anak2 yang lain. tanggungan ayah juga bertambah berat. tapi kami tak pernah kebuluran dan kelaparan. semua keperluan kami cukup. apabila kakak2 dan abang2 asma masuk sekolah menengah, macam2 ragam yang perlu ma dan ayah kawal. tapi waktu itu kami adik beradik dikawal oleh abang long yang mengambil alih semasa ma dan ayah tiada. kami mengenal rotan semasa umur 10 tahun mungkin. rotan itu sentiasa tergantung didinding. abang long juga menggunakan rotan jika kami buat kesalahan. itulah kasih seorang bapa, dia akan menggunakan rotan jika kami meninggalkan suruhanNya. jika ayah tidak marah @ rotan kami, bermakna ayah tidak sayangkan kami. ayah cuba melentur buluh dari rebungnya. rotan itu adalah rotan kasih sayang ayah. waktu itu kami diajar cara menghormati orang tua. pantang kami melawan atau berlaku tidak sopan dengan kakak2 dan abang2, kami akan mendapat penyakit. asma tak tahu betapa susahnya ayah ketika itu. ingin mencari nafkah lagi. tapi sesusah-susah ayah, ayah tetap membawa kami bercuti tiap kali menjelang hari raya. tempat yang selalu kami pergi adalah pantai. ayah mau kami muhasabah diri di pantai. itulah kasih seorang ayah. tambah lagi apabila abang long dapat belajar ke luar negara, ayah berusaha keras untuk mencari rezeki. walaupun demam ayah tetap pergi bekerja. ape yang asma tak faham ketika itu, kenapa kami adik beradik tidak layak mendapat biasiswa? kenapa ayah sangat dikenali oleh ramai orang? kenapa kami perlu menjaga nama ayah bila keluar dari rumah? kenapa ada orang dengki dengan ayah? kenapa ayah sangat dihormati? kenapa ayah menolak kenaikan pangkat itu?
sekarang baru asma faham kenapa. asma sangat kagum dan bertuah jadi anak ayah. ayah sangat kental, rajin, pemurah, baik hati, sabar....
apabila kami adik beradik demam @ sakit...ma sentiasa berada di sisi. semasa asma demam lah asma terasa kasih seorang ibu. bila asma mau memejamkan mata untuk tidur, ma masih di sisi. dan bila asma buka je mata, ma masih tidak berganjak di sisiku. urmm...waktu kali terakhir asma sakit adalah semasa kemalangan motor sbelum masuk ukm. ma lah yang mengubati asma. ayah di mana ketika itu? asma hanya dapat terlantar di dalam bilik, tak  mampu nak berjalan. ayah tak pernah jenguk asma. tapi air mata asma mengalir bila terdengar ayah bertanya kepada ma tentang keadaan asma. betapa egonya seorang ayah. tapi dia tetap menyayangi anaknya ini. buktinya?? bila asma keluar dari rumah dengan tak pakai tudung, padahal asma keluar belakang rumah je, mana ada orang. tapi ayah tetap menegur asma. ayah tau jika ayah tidak tegur, ayah perlu tanggung dosa itu, dan ayah tak nak anak dia dicampak ke neraka. ayah sangat2 menjaga 4 orang orang anak perempuannya. kami terasa terkongkong dan kadang2 cemburu dengan adik beradik lelaki. tapi sekarang asma sedar kenapa ayah buat macam tu. betapa sukarnya untuk mendidik seorang anak perempuan, apatah lagi 4 orang. dan perempuanlah yang mudah sekali untuk mendapat dosa. selagi kami adik beradik perempuan tidak menjadi milik seorang lelaki, selagi itulah ayah perlu menanggung dosa kami jika ayah tidak tegur. teguran menunjukkan bahawa ayah sangat sayangkan anak2nya...
semasa asma di ukm ini pula. banyak benda yang ma dan ayah larang. asma tak boleh makan itu dan tak boleh makan ini kerana mereka tidak mahu asma jatuh sakit. asma juga tidak dibenarkan bercinta cintun dengan seorang lelaki pada usia yang muda ini kerana mereka tidak mahu asma lalai dan mengingati lelaki lebih dari mengingati Allah swt. mereka juga tidak mahu asma terjerumus dengan dosa2 seperti yang berlaku terhadap kebanyakan remaja. baru2 ini ma belikan asma rice cooker. ma tau anak dia ini seoarang pemalas dan ma nampak asma semakin kurus...hehehee..
banyak lagi sebenarnya kasih sayang yang asma tak nampak....terima kasih ma...terima kasih ayah....asma sangat bertuah jadi anak ma dan ayah...ma dan ayah telah berjaya mendidik kami adik beradik menjadi manusia yang berguna. walaupun kami dah besar panjang, ma & ayah tetap menegur kami jika kami salah.
kadang2 asma terasa berdosa sangat. adakah asma ini seorang anak yang baik? 
insyaAllah...asma akan berubah menjadi lebih baik untuk melihat ma dan ayah senang hati. asma ingin balas semua penat lelah ma dan ayah dulu. tapi bagaimana? asma akan berusaha untuk menjadi anak yang solehah. ayah pernah berkata, biarlah kita tak pandai asalkan kita baik dan beramal denagl ilmu yang ada. 
asma sayang ma...asma sayang ayah....

Monday, October 25, 2010

::Terkilan::

kadang-kadang asma cemburu tengok parents orang lain...tapi tetap bersyukur sebab asma masih mempunyai ma & ayah...asma sayang mereka!!! asma bersyukur jugak dapat famili yang sempurna....
tapi agak terkilan sebab tyme2 exam ni la diorang sibukkan diri. nak call pun susah. kalau call pun, dapat cakap sekejap je. urmmm...asma tak bleh cite panjang2 kenapa. terlalu peribadi.
sebab itu asma sangat menghargai orang yang sayangkan asma...asma juga sangat meghargai keluarga angkat yang asma ada sekarang. bukan asma mau lebihkan mereka daripada parents asma sendiri. tapi.....arghhhh!!!
bukan ma & ayah tak sayangkan asma. mungkin asma je rasa macam tu sebab asma selalu berjauhan dengan mereka. maafkan anak mu ini ma...ayah...bukan tak nak call... tapi tak dapat...bukan asma lupa....tapi asma tak tau nak cakap ape...maafkan asma ma...ayah....
I LOVE BOTH OF U!!!!

::Duit Kira2::

huhu...duit di tangan sekarang ada RM37.60...duit ni untuk belanja selama 9 hari...bertahankah????
jika ditolak RM5 untuk tambang rapid & komuter 3 nov ni, baki tinggal RM32.60....
urmmmm...bermakna asma perlu guna RM3.60 sehari....huhuuuu....beli nasi & lauk je la jawabnya.
perlukah asma balik rumah pak cik ujung minggu ni??? bolehkah asma study kat rumah dia??? tak bleh tak bleh...anak2 dia sangat kecoh.
jadi...mulai esok asma perlu berjimat. tak makan sayur pun takpe. asalkan dapat makan....seminggu je lagi...bertahannnn!!!!

Sunday, October 24, 2010

::tak de rrezeki::

sedihnya bila dapat tahu kacang yang asma beli sekian lame dulu ada tanda kod tidak halal setelah cek kat blog aqu ghadis. baru je nak tenangkan perut yang tengah memekak ni...bising btol, sampai hilang fokus study.
\
~E110 pewarna tak halal~

kacang ni asma tak pernah beli pun sebenarnya...tiba2 je kempunan hari tu. ni buatan singapura. conclusionnya berhati2 lah klu nk bli makanan yang import tu. apakah asma perlu buang kacang ni??? nak bagi kat org non muslim ke...tapi silap asma juga, bukak dulu baru cek kod tu...takkan orang nak kalau benda dah dibuka...urmmmm
maaaaa.......laparrrrrr!!!!!!!!

breakfast dengan pisang. takkan lunch pun dengan pisang...huhuu... 
teringat plak zaman matrik dulu. lagi teruk. tiga hari lebih kot asma ikat perut.. tyme tu atm rosak. matrik bleh kluar ujung minggu je. bukan asma sorang je terima nasib ni. tapi ramai....pagi asma makan oat sikit....petang asma makan pisang goreng. semua serba sedikit. hanya tu je yang mampu asma beli tyme tu. malam pulak minum air je. huhuuu...memang terseksa... menahan lapar selama 3 hari lebih. ni baru berapa jam...dah nak merungut. haishhh...pisang pun pisang je laaaaa~
beras ada je lagi. tapi nak makan dengan ape??? garam??? hahaa. ok jugak tu....bersyukurlah dengan ape yang ada asma oiii....


Saturday, October 23, 2010

::::::::::TERIMA KASIH::::::::::::

urmmmm....terasa nak diactivate FB je...tp tak bleh....kakak2 yang pernah bersama asma dulu selalu bagi nasihat. selalu bagi kata2 semangat...dan selalu mengingatkan asma yang lalai ini kepada Allah...itu lah sahabat yang paling mulia bagi asma. walaupun kami berjauhan....asma tetap rase dia ada di sisi...apabila teringatkan mereka, fikiran asma juga akan teringatkan Allah swt.
asma terasa tenang bila bersama mereka dulu. kagum dengan kejayaan mereka. dan juga kagum dengan semangat mereka dalam memperjuangkan agama. adakah kita akan bersama lagi wahai kakak2ku??? adakah kita akan berjumpa lagi???
kalau boleh nak je asma terbang ke sana untuk bersama kakak2 semua. tapi apekan daya. asma juga seorang pelajar. asma tak sepandai mereka untuk belajar di oversea. baru2 ini ada seorang kakak tu anta mesej kat fb. panjang bebenor dia tulis. tapi tulisan itu membuatkan air mata asma mengalir. sangat tersentuh dengan kata2 mu itu wahai kakakku sayang.
kakak2 semua, terima kasih kerana masih mengingati asma di malaysia ini. walhal kakak2 semua ada adik masing2 untuk dilayan dan sentiasa menerima orang baru di sana. terima kasih juga kerana sudi memberi nasihat yang membina kepada asma. asma rindukan suasana dulu..... rindu ingin bersama kakak2 lagi.

SEMOGA PERSAHABATAN KITA AKAN KEKAL BUAT SELAMA2NYA...!!!!

$@#&**(%!&#%^??

KADANG-KADANG TAK TAHU LEBIH BAIK DARIPADA TAHU


DIAM LEBIH BAIK DARIPADA BERKATA-KATA



SPEECHLESS
(* x *)

Friday, October 22, 2010

::resepikuu::

anda lapar??? di sini saya ada penyelesaiannya...sangat mudah dan sedap...resepi ini khas untuk sape2 yang duk kat hostel atau untuk orang2 bujang yang malas...hehee
resepi ini dinamakan bubur bujang malas (^_^)

                                                                      ~bubur bujang malas~

bahan2nya:
1/2 pot beras
1 peket intant soup ( x kisah la nk guna perisa ape pun)
air secukupnya

cara2nya:
-masukkan beras dalam rice cooker. then, masukkan air selebih-lebihnya. pastu, masak nasi sampai menjadi bubur...bak kate pepatah nasi sudah menjadi bubur.
-lpas nasi sudah menjadi bubur...masukkan instant soup. yang asma guna adalah chicken soup. mmg rase mcm bubur ayam...
-finally, siap!!!! hidanglah dalam mangkuk ke, nak hidang dalam cawan macam dalam gambar tu pun boleh. asalkan jangan makan dalam rice cooker terus...hahahaa...mane lah tau...lapar la katekan.

*khas untuk hidangan seorang je...


SELAMAT MENCUBA!!! YUMMY....MABELES2

::mAsAlah::

masalah??? apa itu masalah??? asma tak tau ape itu masalah...asma tau makan tdo makan tido je kan...
setiap manusia ada masalah...bohong la klu korang kate tak de masalah...jika kita sedang menghadapi masalah tak bermakna kite tak boleh selesaikan masalah orang lain....ape yang kamu buat bile berdepan dengan masalah???






sentiasa marah????

bersendirian memikirkan masalah itu????

yes...itu lah yang asma selalu lakukan...bersendirian memikirkan masalah itu....tapi cara ini tak baik untuk kesihatan. seboleh2nya cari lah orang untuk kite kongsi masalah itu...dan asma??? mulai hari ini bersamaan hari jumaat asma mula menulis diari balik...dah lame asma tinggalkan penulisan dalam diari...disebabkan exam beberapa hari lagi, asma perlu simpan masalah2 ni dalam buku sementara. fokus...exam....exam...mampukah ku??? mapu kah???
yeah...kuatkan semangat...kentalkan hati...senyum sokmo...GANBARITAI~~

*INI CITE BOHONG..BUKAN CITE BENAR...ASMA TAK DE MASALAH KAN..KAN..KAN









Wednesday, October 20, 2010

::Nilai Sebuah Pengalaman::

15-17 oktober asma telah membawa diri ke pulau sibu...ini kali ke-2 asma ke pulau selepas pulau redang...pegi sane bukan untuk brcuti seperti pegi pulau redang...pegi sibu untuk bertapa je....hahahaa~ nak tenangkan hati...lupakan masalah di ukm...alhamdulillah...pertapaanku di sana berbaloi...asma dapat tenangkan hati dan dapat banyak pengalaman...
bak kate cikgu dulu...pengalaman itu sangat berharga...carilah pengalaman sebanyak yang mungkin seperti kita mencari harta karun (ni ayat sdiri). memang banyak pengalaman yang asma dapat semasa di sibu. seronok sangat2. kali terakhir asma mengaktifkan diri dengan aktiviti lasak adalah masa zaman sekolah menengah dulu...masuk je universiti asma tak dibenarkan aktif sebab faktor kesihatan. tapi asma berjaya jugak melakukan aktiviti lasak di sibu. parents asma tak tau pun pasal ni...hehe..bukan tak nak bagi tau..tapi tak berkesempatan..kononnya laa...
banyak benda yang asma buat kat sana...abselling, snokeling, berkayak, main bola tampar, berenang...dan yang paling best dapat main gitar. dah lama sebenarnya teringin nak sentuh & petik gitar. akhirnya asma dapat jugak main walaupun tak pandai. terima kasih kat abang yan yang bagi asma main gitar tu. abang zaquan ada ajar skit not2 dia. tapi tak ingat pun.jurulatih ber3 tu sangat baik, tak kedekut ilmu. dia citekan pengalaman masing2. insyaallah...asma akan jadikan cite tu sebagai iktibar dan ingat pesanan2 mereka. tapi agak sedih sebab tak dapat ronda2 kampung kat sibu tu. tyme tu kaki asma luka lepas buat snokeling. tak sangka la plak kat pulau tu ada kampung...siap ada sekolah lagi. dalam kepala asma, ingatkan pulau tu hanya pulau kecil je. tapi rupanya besau dan luas. bila teringat balik memang best la duk kat pulau. jauh dari kesibukan kota. memori itu takkan dilupuskan dari ingatan ini. memori bersama kawan2...memori bersama jurulatih...dan juga memori duk kat bilik yang xde letrik...hahahaaa
sesungguhnya asma memang suka sangat2 dengan pantai...dulu ayah selalu je bawak kami ke pantai...sekarang dia sibuk dengan keje dia...I LOVE BEACH....ntah bila lagi akan ke pantai & ke pulau. pengalaman di sibu sangat menyeronokkan. "Jauh perjalanan Luas pengetahuan"


                                                      ~~~PULAU SIBU DI HATIKUUU~~~

Sunday, October 10, 2010

Kawan @ Sahabat????

1)sahabat tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)sahabat tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak...
3)sahabat tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)sahabat tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)sahabat tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)sahabat tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)sahabat tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)sahabat tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
9)sahabat tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10)lagi..... sahabat tu mcm ape ye???? 

pernah dengar tak 'kawan makan kawan'...??? sahabat makan sahabat..??? bagi asma kawan tu adalah perhubungan biasa je....longgar...tak rapat...

tapi bagiku sahabat adalah segala-galanya....seorang sahabat takkan biarkan sahabatnya menangis, sedih, berduka dan sebagainya. dan sahabat jugalah tempat untuk asma meluahkan perasaan. bukan kepada kawan. sahabat sejati adalah seorang yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.


asma akan cuba untuk menjadi sahabat yang baik kepada kawan2 asma.....biar lah diorang menganggap asma sebagai kawan biasa je. I LOVE MY FRIENDS!!!!




Wednesday, October 6, 2010

::KeMaLaSan::

dua minggu lagi asma akan mengahadapi final exam....waaaa....semakin dekat semakin malas rasenya. memang malas...malas...nak pergi kelas pun malas. dah la sem ni tak de study week....ketensionan sudah bermula!!!!
tapi hari ini asma mau bagi motivasi untuk asma sendiri dan untuk orang yang malas....ehem...ehem...

Di antara murid-murid yang belajar pada Aristoteles (filsuf Yunani) terdapat seorang yang sangat malas. Ketika diperingatkan oleh gurunya, dia menjawab mengemukakan alasannya, “Apa yang harus saya lakukan? Saya tidak memiliki ketekunan untuk membaca, dan tidak mempunyai kesabaran terhadap kelelahan serta kejenuhan belajar”. Apa jawaban Aristoteles?
Aristoles lalu berkata kepada muridnya yang malas itu, “Kalau demikian tidak ada jalan lain bagimu kelak, kecuali harus sabar menghadapi KESENGSARAAN dan KEBODOHAN”.


Setiap pencapaian pasti ada pengorbanan. Allah SWT maha memberi...memberi sesuatu kepada kita setelah berdoa. setiap benda yang kita lakukan mesti diiringa dengan doa...baru lah berkat ape yang kita buat. tapi kalau berdoa tanpa pengorbanan dan usaha. adakah kita akan berjaya? tidak...


jika kita malas untuk berusaha dan berkorban, mengapa mengharapkan sesuatu? jika kita tidak memberi, mengapa kita harus menerima? jika malas meningkatkan kualiti diri, mengapa harus berharap mendapatkan kecemerlangan? jika malas mencuba, mengapa harus mengharapkan hasil?


setelah kita berdoa untuk berjaya, insyaAllah... Allah SWT akan memberi ilham kepada kita untuk mencapai kejayaan...tetapi ilham itu akan wujud jika kita bertindak @ belajar tanpa rasa putus asa...btul tak?
tindakan akan lahir jika kita percaya pada diri kita dan sentiasa berfikiran positif.

tabung untuk belajar ---->