Pages

Thanks my follower (^_^)

Sunday, October 2, 2011

::Kerana Diriku Sangat Berharga::

Alhamdulillah....hari ni asmaq rasa sangat sangat sangat sangat sangat bertuah kerana dapat menyertai program Fit & Fabulous Carnival yang diadakan di pusanika UKM hari ni.
dari 8.30 hingga 5.30 lebih asmaq dapat setiakan dengar talk2 dan forum dalam program ni tanpa ada rasa ngantuk....bangga rasa diri ni sebab tak ngantuk dengar talk.

kalau mengikut perkiraan, rasanya ni la pertama kali asmaq dengar forum sepanjang duduk di UKM. teruk kan?
tapi alhamdulillah tergerak hati asmaq kali ni nak dengar forum dan secara tak langsung terbaca poster di bus stop depan PTSL. kalau tak kerana menunggu bas lama sangat, takkan baca kot poster besar2 A4 ni.
dan asmaq tak tau pun pengisian dia ape sebenarnya...yang tertarik adalah tajuk forum " kerana dirimu begitu berharga". ahli panelnya pun menarik dan tertarik iaitu dr. Syarifah, ustazah Syarhah (penulis novel) dan Farra Adeeba (selebriti) serta moderatornya pun menawan, tak ingat namanya. semua panel2 ni nampak jernih je muka, yang mendengar pun terasa sejuk je dan terus menusuk ke kalbu segala perkataan yang dituturkan.

moderator dan doktor cute, dr. syarifah

tudung hijau adalah ustazah syarhah (kabur je gambo, kalu tak boleh tengok keanggunan depa)

sape tak kenal Farra Adeeba ni? kalau tak kenal memang nak kena bagi minum kopi O dan nasi lemak sebungkus

Bukan itu saja, kami juga disajikan dengan talk pasal kanser payudara dari dr. Izza dan talk kanser serviks, kanser rahim, fibroid dan adik beradiknya lah, yang disampaikan oleh en. Adzman.
segala persoalan asmaq telah terjawab dalam program ni...THANKS TO ALL!!!
dan sedikit sebanyak dapat membantu masalah asmaq alami sekarang.
 dan dan dan asmaq ada mintak untuk LI di situ...di mana?
Bak kata artis, biarlah rahsia....nanti betul2 dapat tawaran tu baru asmaq kongsi di sini.
kalau asmaq dapat LI di situ, insyaAllah asmaq akan diserap terus...insyaAllah.

secara keseluruhannya, memang puas hati sangat dapat join tadi, free pulak tu walaupun rasa segan sebab tengok ramai yang bertudung labuh je. tapi niat kita nak mencari ilmu, buat ape nak segan, bukannya kita telanjang kan....
alhamdulillah asmaq dapat semangat dari forum tadi untuk berubah. sebelum ni tak de kekuatan sebab tak de pendorong, rupanya pendorong kita adalah di majlis2 ilmu macam ni.
orang yang dari seksi boleh berubah menjadi muslimah sejati, why not me? hanya sedikit je perubahan luaran yang perlu asmaq lakukan iaitu menjaga batas2 aurat antara sepupu2 lelaki dan abang2 ipar....kalu perubahan dalaman tu banyak lagi yang asmaq perlu belajar, asmaq masih jahil lagi tetang agama sendiri.
harapan asmaq agar asmaq betul2 menjadi mawar yang harum dan sentiasa segar.

untuk menjadi mawar yang segar atau istilah senang adalah sihat, asmaq pi beli satu minuman ni kan....mahal beb...tapi apa salahnya kan kalau kita berkorban duit untuk menjaga tubuh badan. badan kita bukan hak milik kita, so jaga lah hak milik yang diberi pinjam ni betul2....kalau boleh beli gadget mahal2, pakaian banyak2, pi enjoy sana sini...takkan nak beli makanan kesihatan yang ciput ni pun tak boleh kot...

Green Fit produk Avail beauty...untuk menurunkan berat badan dan mengatasi masalah sembelit (ececee...promote produk orang lagi)

sambil berblog, sambil minum benda alah ni...warna hijau
segalanya warna ijau lah....I like it

kalau tengok bahan2 minuman tu memang takut nak minum sebab dia campur macam2 buah...tapi baunya sedap sangat dan rasanya ada rasa epal.
asmaq minum untuk atasi sembelit je bukan untuk kurus cam papan playwood tu.
sebelum ni rasa seronok tau sebab 'melabur' seminggu sekali, tapi ropenye dia akan memberi kesan teruk kepada usus kita...yang normalnya 'melabur' sehari sekali...sehari sekali ye.

panjang bebenor asmaq tulis naa..ada gaya penceramah motivasi idok?
akhir kata dari asmaq,  jagalah maruah kita, agama kita, dan carilah ilmu...carilah ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t.
hanya diri kita sendiri yang mampu untuk melakukan perubahan.
sama2lah kita berubah untuk mencari redha Allah s.w.t.
Asmaq ingin berubah kerana asmaq baru rasa yang diri asmaq sangat sangat sangat sangat berharga.
INGAT!!! hidup kita di dunia ini sementara sahaja.

No comments:

tabung untuk belajar ---->