Pages

Thanks my follower (^_^)

Sunday, January 2, 2011

::jiMat & seLamaT::

tadi kan..gi cafe kan...cafe kolej sebelah, uo nun jauh disana...niat di hati ingin membeli beberapa biji nasi untuk diisi dalam perut ni....tengah2 syok pilih lauk dan ambik nasi buh dalam polistrin, nak tau ape yang saya nampak??? malu je rasa diri ni.
sekadar hiasan...sedapnya nampak..

ada dua chinese girl bawak tupperware sendiri untuk tapau nasi. wahhh! baagus lah budak ni. sebelum ni pun pernah je ternampak student tapau dalam tupperware sendiri. tapi tadi rasa touching dan malu. kalau lah ramai yang buat macam tu kan bagus, can save our budget. bumi kita pun selamat daripada pencemaran dan sekaligus dapat jaga kesihatan badan kita. polistrin tu banyak bahan kimia, sangat berbahaya. ya! memang saya tau semua tu. tapi kenapa tak bawak tupperware sendiri??? alasanya malu dan tak ramai yang buat macam tu, lagi pun nak kata leceh bawak, tak jugak kan...urmmmmm

tapi saya tetap menyokong seruan kerajaan, 'saturday without plastic'....kalau nak gi beli belah, saya biasanya akan bawak plastik sendiri. bukan hari sabtu je, hari lain pun. niat di hati nak jimat dan save our earth. plastik ni ambik masa bertahun lamanya untuk dilupuskan tau.

dengan ini saya asmaq nuzam ingin menyeru pembaca-pembaca blog supaya selamatkan bumi kita dengan kitar semula atau guna semula. jangan biarkan bumi menangis keraa perbuatan kita. kelak kita jugak yang akan merana dan menerima padahnya. ayuh! kita bergabung....

No comments:

tabung untuk belajar ---->