Pages

Thanks my follower (^_^)


Sunday, January 2, 2011

::ketahuilah wanita, lelaki mudah terangsang::

coretan kali ni untuk kongsi dan memberi peringatan kepada kaum wanita dan diri saya juga...bukan coretan, copy & paste kat iluvislam, bekas budak UKM yang tulis menda nih..ramai sangat wanita yang terlupa dan ambil mudah pasal ni...mari lah kita renung2kan dan insafi kesalahan yang dilakukan....

1. 
Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, 
tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai
 jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai 
kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai 
kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah?  Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi 
bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, 
‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai 
kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki 
tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki 
mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari
Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. 
Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....
PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi 
tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki 
sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja??  Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai???  Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu?? :#) 

wallahua'lam

1 comment:

Lufti said...

skunk kain dah mahal..so,kene kurang kn penggunaan kain..kunk membazir pulak..membazir amalan syaiton..hehe..bukan ayat aku..ayat paiz..^^
susah dah nak tegur minah2 skunk soh tutup aurat..sume ikot trend..

tabung untuk belajar ---->