Pages

Thanks my follower (^_^)


Saturday, January 1, 2011

::buMi dAh tUa::

waaaaa...baru berapa hari tak bukak blog, apetah lagi nak update, terasa macam setahun...hari ni dah 2 januari 2011...dah 2011 ye?? tak perasan pun...hehe

~SELAMAT TAHUN BARU~

dunia kita semakin meningkat usianya dan bila2 masa je dia akan hancur kan. bagaimana dengan amalan kita setakat ini??? alhamdulillah kita masih bernyawa lagi dan masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat dunia, tapi jangan lupa menyediakan bekalan untuk ke 'sana'.....jangan terleka walaupun sesaat...

"kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargainya dan menyedarinya"

tahun ni tak perasan pulak orang duk sambut tahun baru, mane idoknye...saya sibuk keluar jenjalan, motip bukan menghabiskan duit, tapi untuk meluangkan masa bersama orang yang jarang bersama dengan saya. malam tahun baru tu saya tido awal sebab penat sangat setelah seharian suntuk jenjalan di midvalley bersama ita & ain...ramai gilak orang. tapi kami lepak kat MPH je. dan duit pun habis kat situ je...habiskan duit untuk mencari ilmu tak pe kan.. (^_^)

keesokan harinya pulak...keluar jenjalan lagi...kali ni keluar dengan kakak angkat saya dari qlate. kami gi jalan TAR & sogo. ramai sangat2 orang...jalan berhimpit-himpit je. I don't like that situation. nasib baik kakak saya belanja semuanya termasuklah tambang..hehee....tapi yang tak tahannya saya kena habiskan makanan yang dia order, kalau sikit takpe jugak. huhuu...terasa dah gemuk je diri ni. dan disebabkan dia belanja saya, dengan rela hatinya saya membawa barang dia. banyak jugak lah dia shoppim. biasalah orang berniaga kan....
btw, i'm happy with u sis...sebab duit tak banyak keluar...hehe...mood tahun ni nak jimat laa...kalau boleh nak buat simpanan sikit...sikit pun jadi lah...

semoga tahun ni asmaq nuzam menjadi insan yang terbaik daripada yang baik. insyaallah...nak berubah jadi budak baik dan menjadi lebih matang dari segi pemikiran. sebenarnya tahun baru islam hari tu dah tanam azam, dah naik pucuk dah pun skit. semoga azam saya tu membesar dengan baik dan menghasilkan buah yang elok dan manis dirasa.

No comments:

tabung untuk belajar ---->