Pages

Thanks my follower (^_^)

Tuesday, May 1, 2012

::Coretan buat kawan...Maafkan Aku::

Sesak dadaku...kelu lidah...seram sejuk seluruh badan...terasa bagaikan malaikat Izrail mahu mencabut nyawaku..Ya Allah, panjangkanlah umur hambamu...masih banyak lagi benda yang perlu aku baiki....peristiwa 5 tahun yang lepas bagaikan berulang kembali....bagaikan dibaling dengan batu-batu kecik secara bertubi-tubi...

maafkan aku kawan....aku tidak kuat untuk kembali kepada keadaan yang normal kerana peristiwa sebelumnya menghantui diriku sekarang...aku takut jika perasaan benci menguasai diri...aku masih dalam proses menyapu bersih otakku dari habuk-habuk fikiran negatif. berikan aku masa untuk menghapuskan debu-debu negatif ini.

tak aku nafikan...memang ini berpunca dari khilafku...aku mengeluarkan kata-kata tanpa berfikir. aku telah mengguriskan hati seorang kawan....BODOHNYA AKU!!! aku tahu, luka dalaman sukar untuk diubati....aku harap luka dalamanmu sembuh dengan segera....tapi semua ini berlaku disebabkan perselisihan faham....tak pernah dalam hatiku untuk memburukkan kawan...apatah lagi aku telah anggap kamu sebagai adikku. dan tak pernah aku mengadu  kepada sesiapa masalah ini kecuali kepada blog aku (sekarang) dan kepada seorang sahabatku (itupun untuk dapatkan nasihat)...

maafkan aku sekali lagi kawan....perkataanmu juga telah mencucuk jantungku...harap-harap aku dijauhkan dari penyakit jantung berlubang....aku cuma berharap agar kamu sentiasa berfikiran positif. aku cuba menghapuskan segala pertuturanmu sebelum ni...memang betul la satu ungkapan tu, "kata2 lebih tajam daripada mata pedang". dan aku telah dipancung dengan kata-katamu. diriku tidak pernah berubah disebabkan seseorang...aku tak mengharapkan sesiapa pun hadir dalam hidup ni...biarlah mereka datang sendiri...tapi aku cuma mengharapkan sahabat-sahabat yang sejati kekal dalam perhubungan silaturrahimku. dan aku mengharapkan diri ini dapat berdamping dengan hamba-hamba yang dapat menuntunku ke arah yang diredhai oleh Allah s.w.t.

maafkan aku sekali lagi kawan...jangan lah kita menjadi riak dengan apa yang kita miliki....dan janganlah kita merendahkan seseorang. aku tahu aku MUNGKIN TIDAK memiliki ramai kawan...tapi aku bersyukur aku ada sahabat yang sentiasa mengingatkan aku kepada Allah s.w.t.

maafkan aku lagi kawan....aku bukan nak berlagak warak...mahupun alim...aku hanya insan biasa dan sentiasa lemah dalam menempuhi dugaan. aku dalam proses untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. memang betullah kata-kata cikgu ku dulu,"bila kita nak berubah jadi baik, akan datang pelbagai dugaan". perkataan tu macam aku ni dulu jahat kan....tapi bukan jahat cuma jahil bab-bab agama. sekarang aku sedang berusaha untuk mendalami agamaku....aku tidak mahu jadi hipokrit dalam beragama.

sekali lagi maafkan aku kawan...
semoga perhubungan silaturrahim yang terjalin di antara kita sebelum ini akan kekal buat selama-lamnya! 
hopefully, jangan ada sesapa yang terasa dengan tulisanku....dan jangan ada salah faham lagi.
semua tulisan ku ini adalah peringatan untuk diriku juga.
Maafkan Hambamu Ya Allah! 

No comments:

tabung untuk belajar ---->