Pages

Thanks my follower (^_^)

Saturday, April 28, 2012

::Takabbur vs Tawaduk::

Assalamualaikum w.b.t.

hari ni tetiba datang mood nak bagi tazkirah. tazkirah pasal TAKABBUR dan TAWADUK...dalam perjalan nak ke keje tadi saya terdengar pasal ni dalam IKIM fm. jadi, saya mahu ulas kembali lah untuk renungan masing2.

dalam era globalisasi, kita dapat lihat ramai orang yang takabbur atau kata lainnya EGO (macam nak wat karangan lak rasanya). kadang2 kita sendiri tak sedar yang kita ni bersifat takabbur kan...kalau boleh jauhkanlah sifat ini semua. macam mana dikatakan sifat takabbur?
macam ni lah...saya bagi contoh diri saya sendiri...semalam saya dan kawan2 keluar la ramai2 ke pantai. dah sampai dan duduk semeja semua sambil menunggu order kami sampai, saya teringin ambil gambar sebagai kenangan. biasalah...orang kata perempuan ni tak sah kalau tak ambil gambar kalau gi mana2 kan. sampai kan sebelum makan pun nak ambik gamabar makanan dulu....bukannya nak baca doa sebelum makan ke apa ke...betul kan...kan..kan...
semasa nak keluarkan kamera, saya pun berkata-kata lah kepada kawan2 saya, "saya ada kamera....haaa awak saya ada kamera..meh kita ambik gambar" dengan nada yang membangga kan diri...
nak dijadikan cerita...bila saya klik satu gambar, keluarlah perkataan "FULL MEMORY". baru saya teringat, kad memori saya tertinggal kat rumah.
kemudian, kawan saya sorang tu pun keluarkan kamera dan berkata, "asmaq...saya ada kamera dan kad memrori..haaa" dengan nada perlinya.
dalam situasi saya ni boleh dikatakan saya takabbur...dan kawan saya tu bukan takabbur sebab dia nak menyedarkan saya yang dia memiliki lebih lagi daripada orang yang takabbur ini. sifat kawan saya ni boleh dikatan tawaduk atau kata lainnya MERENDAH DIRI. masa saya cakap macam tu dia hanya senyap je, dan tengok je reaksi saya.

by the way, itu contoh je....yang sebenarnya, niat saya hanya untuk bergurau. dan saya tuju ayat tu kepada kawan yang ada kamera. dan saya tau dia pun ada bawak kamera juga...saya cakap macam tu sebab nak suruh dia keluarkan kameranya. takkan nak simpan je dalam beg kan. secara kesimpulannya, sifat saya itu bukan takabbur kan? sebab niat kita bukan untk membanggakan diri. takkan la saya nak membanggakan diri dekat kawan yang ada kamera jugak kot...lagipun, kawan saya tau saya suka bergurau macam tu kan...

dalam situasi CONTOH yang saya berikan tu, kita dah nampak kan macam mana orang TAKABBUR dan macam mana orang TAWADUK. macam2 sebab boleh jadikan seseorang itu takabbur seperti sebab keturunanya hebat, memiliki banyak harta, memiliki pangkat yang tinggi, mempunyai kawan yang hebat2 dan macam2 lah....

jadi, kita ni kalau hidup tak payah lah nak ego sangat...INGAT! YANG LEBIH HEBAT ADALAH ALLAH S.W.T. BUKAN MANUSIA. bila kita bersifat takabbur kepada manusia bermakna kita juga bersifat takabbur terhadap Allah s.w.t. maka, sentiasalah kita bersifat rendah diri. sebab semua yang hebat2 dan yang kaya2 serta yang istimewa2 itu datang daripada Allah s.w.t. semua yang kita miliki hanyalah pinjaman dunia semata-mata.
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG TAWADUK DAN SENTIASA BERSYUKUR IAITU GOLONGAN ORANG YANG SEDIKIT!

~Sekian, Wassalam~

No comments:

tabung untuk belajar ---->