Pages

Thanks my follower (^_^)

Monday, January 2, 2012

::Peperiksaan bukan bermakna berakhirnya pembelajaran::

Masaa al khair!!!
Alhamdulillah...berakhir sudah paper pertama saya, Bahasa Arab..
Alhamdulillah juga sebab asmaaq diberi ketenangan masa menjawab exam tadi.

berakhirnya peperiksaan bahasa arab hari ni, tak bermakna berakhirnya pembelajaran asmaq.
teringat masa awal2 kelas dulu, ustaz tanya kelas sebab apa ambik subjek ni. majoriti cakap senang nak skor A sebab majoriti dah ada basic bahasa arab. 
memang tak dinafikan, asmaq ambik subjek ni untuk jaga result. tapi tujuan asal asmaq adalah memang asmaq nak sangat2 belajar.
keinginan ni timbul masa sekolah menengah lagi, tapi tak berapa berminat sebab takut tak boleh bawak. Bila lepas SPM, selama tiga bulan asmaq duduk dalam suasana orang2nya bercakap bahasa arab. di situlah timbul rasa cemburu dan rendah diri sebab tak tau ape yang mereka cakap. sebab itulah asmaq nak sangat2 belajar bahasa arab sebab bila asmaq degar mereka bercakap, asmaq terasa kagum dengan mereka. mereka dapat kuasai bahasa al-Quran.

akhirnya sekarang tercapai juga impian asmaq untuk belajar bahasa arab. alhamdulillah dapat memahami sikit2 baha al-Quran. ustaz asmaq cakap bahasa ni sangat unik, tengok tulisan dia pun dah unik. mula2 belajar memang rasa susah, tak dinafikan asmaq siap menangis nak memahami bahasa ni. tambah lagi asmaq tak kenal sape2 dalam kelas tu, walaupun bilangan student sikit je. asmaq masuk kelas tanpa menegur dan keluar kelas tanpa memandang sape2. masa kelas terakhir baru kami berbual-bual, tu pun tak tau nama masing2. teruk kan asmaq ni...jangan tiru perangai ni ye. tapi lama2 ok lah kan belajar bahasa arab ni. dan asmaq telah pun berjaya ambik exam. harap2 asmaq dapat result yang cemerlang untuk bahasa ni.
asmaq tak akan berhenti belajar bahasa arab, asmaq akan belajar sampai betul2 faham....insyaAllah!!!

asmaq ingin menyeru kepada semua muslim belajar bahasa arab. tak rugi ye....banyak kelebihannya. 
Al-Quran itu panduan hidup manusia dan bahasa arab adalah bahasa al-Quran!

SELAMAT MAJU JAYA!

No comments:

tabung untuk belajar ---->