Pages

Thanks my follower (^_^)


Tuesday, January 17, 2012

::Mengimbau Memori Sebagai Pelajar Uni::

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

memandangkan beberapa jam je lagi asmaq akan meninggalkan bumi bangi, dan meninggalkan segala-galanya yang ada di sini, asmaq ingin memberi kata-kata terakhir sebagai tanda perpisahan untuk kawan2 asmaq....kata2 terakhir ke? urmmm...ucapan pengakhiran lah kot yang sesuai. 
asmaq akan meninggalkan semua benda di bumi bangi tapi asmaq tak boleh tinggalkan memori2 yang berlaku sepanjang sesi pembelajaran asmaq di sini. sebelum asmaq melangkah ke alam pekerjaan, asmaq ingin mengimbau kembali memori2 sepanjang asmaq bergelar PELAJAR.

dinner kolej waktu tahun satu

eh, boleh tuju lagu tak? nak tuju lagu dulu lah....hayatilah dan bayangkanlah. lagu dari Edcoustic lagi. semalam asmaq duk layan lagu ni berulang kali sambil tengok gambar2 kenangan di ukm ni. hampir mengalir mutiara dari mataku, sebak rasanya. moh ler kite layan perasaan dulu~

SEBIRU HARI INI 
by Edcoustic

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Tahun satu....kawan satu fakulti

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

team pesta konvo

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

program anak angkat di Batu Pahat...tak boleh lupa part ni (^_^)

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga

Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

team futsal untuk kolej...Tahun dua

team dinner kolej Tahun dua

ni kat pulau Sibu...I like this moment

pertama kali dapat memancing...program anak angkat di sg. Tengi

adik beradik angkat di Semenyih

pensyarah kami sentiasa ceria...kami pun ceria

hah! banyak sangat la gambar kalau nak masukkan semua. gambar2 tu semua tahun satu dan tahun dua. tahun tiga kebanyakannya asmaq pergi temu ramah organisasi dan kebanyakan kenangan di sem ni dah di update sebelum ni. jadi, tak perlu lah nak upload lagi.

dua tahun lebih asmaq berada di bumi bangi untuk menimba ilmu. banyak pengalaman manis, pahit, masam dan masin yang asmaq dapat rasakan. pengalaman mengajar kita erti berdikari kan. dan pengalaman di waktu  kita bergelar seorang pelajar adalah pengalaman yang paling manis.

pengalaman itu juga lah yang membuat asmaq berubah dari segi tingkah laku. tak percaya? boleh tanya kawan2 yang pernah kenal asmaq... sebab ada seseorang makhluk tu cakap asmaq tak seperti dulu. mungkin asmaq tak boleh seimbangkan emosi dengan situasi. tapi asmaq bukan berubah ke arah keburukan kan?

okay! akhir kata, asmaq mohon maaf kepada semua yang pernah kenal asmaq, semua yang pernah bersama asmaq dan semua2 lah. terima kasih sudi menjadi separuh daripada hidup asmaq sepanjang asmaq berada di ukm. terima kasih kerana meninggalkan memori2 yang indah. terima kasih kerana memberi pengalaman2 manis dan pahit. terima kasih sudi menjadi kawan asmaq. terima kasih atas segala-galanya. semoga kita akan bertemu kembali di lain masa. dan teruskan perjuangan masing2. berakhirnya pembelajaran kita di sini tak bermakna berakhirnya pembelajaran kita buat selama-lamanya. learning have no ending. pembelajaran tetap perlu diteruskan sehingga akhir hayat kita.

semoga kita semua berjaya menjadi manusia yang soleh/solehah dan manusia yang cemerlang!

nah! Love for my friends. 
I love them and I like them!

2 comments:

ladida said...

selamat pulang... keep in touch okey.. btw subjek apa yg haji samuri tu?

Asmaa Qasamah said...

selamat bekerja faz! hj samuri tu saubjek OM kami...hehehee

tabung untuk belajar ---->