Pages

Thanks my follower (^_^)

Monday, January 16, 2012

::Meraikan Kejayaan dan Perpisahan::

Assalamualaikum...
hari ni adalah mungkin hari terakhir asmaq berkumpul bersama-sama kawan2 di ukm...mungkin...
setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.
asmaq akan merindui segalanya yang berlaku sepanjang berada di ukm ni.

hari ni kami pergi makan2 di restoran Kajang Haji Samuri.

Sate Kajang

sebenarnya dah lama kami rancang nak makan sate selepas selesai temubual pemilik restoran ni pada suatu ketika dahulu (macam dah lama je pergi bunyinya), tapi tak berkesempatan sebab kesuntukan masa.
kami dapat markah penuh untuk pembentangan pasal sate kajang dalam kelas. jadi semakin membuak-buak perasaan nak makan sate, tanda penghargaan kami untuk pemiliknya yang banyak membantu masa proses temubual hari tu. kagum dengan Haji Samuri, beliau tak lokek ilmu dan tidak juga membangga diri atas kejayaannya sekarang.

yummy~ lapar punya pasal...habis licin!

akhirnya hari ni kami dapat keluar sama2 pegi makan sate walaupun separuh daripada kami tak dapat join. asmaq rasa sepanjang asmaq belajar di sini, inilah group yang paling happening. walaupun dah selesai projek sate ni, kami tetap berhubung. mungkin sebab kami satu majoring. dan perpisahan kami tadi pun tak terasa sangat kehilangannya.sebab kami merancang akan bertemu balik selepas selesai menjalani Latihan Industri. kononnya nak pergi bercuti di Singapura. harap2 menjadi lah rancangan ni. dan kami bersepakat untuk bertemu balik waktu konvo. jika masing2 dah sepakat nak bertemu balik, insyaAllah kita akan bertemu balik.

zati, nisa, thirah, emma, asmaq, tati

terima kasih semua yang terlibat hari ni. seronok tengok telatah korang semua, sorang tu sibuk duk cari barang untuk persediaan LI dan sorang lagi sibuk ushar2 pasal pakej perkahwinan. seronok dapat kenal dengan kamu2 semua. harap2 kita akan bertemu kembali dan hubungan ini akan kekal buat selama-lamanya.

nak pegi UKM, kena pusing sebelah kanan ye...

semoga kawan2ku semua berjaya dalam kerjaya akan datang. dan kepada yang akan kawin, semoga perkahwinan kamu diberkati oleh Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.

bye2x...nak balik dah~

No comments:

tabung untuk belajar ---->