Pages

Thanks my follower (^_^)

Saturday, December 10, 2011

::Teh Susu punya pasal::

hahahahahaaaaa...
nak gelak dulu sebelum citer.
gelak sebab malu...

al-kisah....tersebut lah cerita di kafe kolej asmaq...
pada suatu hari asmaq nak beli makanan untuk juadah berbuka puasa la kan kan ka..
mulut ni tetiba nak minum air teh, air yang asmaq tak suka dan tak pernah beli kat kedai..
dialog di hari kejadian bersama kak kafe dan abang kafe:-

asmaq: kak, nak air teh susu bungkus ya!
kak kafe: hahahaaaaaaa
abang kafe: hahahaaaa...nak teh susu ye
asmaq: ha'a...kenapa gelak? (dengan perasan blur)
abang kafe: ada jugak teh susu ye.... (sambil geleng kepala)
asmaq: ??????

lepas selesai membeli, asmaq terus belah dengan perasaan yang masih tertanya-tanya...pelik ke sebut teh susu? nak sebut ape? teh tambah susu?

********

hari seterusnya kebetulan dalam kelas bahasa arab kami ada belajar perkataan makanan dan minuman...
dan ada lah sebutan untuk kopi susu...
ustaz asmaq pun bukak la cerita...katanya, orang arab pelik sikit. kalau dia nak kopi yang ditamabh susu, dia akan cakap "kopi susu". 
berbeza dengan orang Malaysia, kalau pergi warung mintak teh, automatik orang akan bagi teh tambah susu. mintak kopi, automatik orang bagi kopi susu.
tapi kalau nenek moyang kita dulu2 akan panggil sebut teh susu sebab diorang jarang makan kat warung.

dari penerangan ustaz tu baru asmaq tahu kenapa orang2 kafe duk gelak sakan kat asmaq..
asmaq orang kelantan, bila nak beli teh susu tiba2 jadi blur...tak tau orang luau panggil ape. selalu beli milo dan nescafe je....dan asmaq tak pernah nak sebut susu sebab dah memang dia akan letak susu.

berbeza dengan sebutan kelantan....kami akan ada sebutan tambahan. tak de lah sebut teh je. teh susu akan dipanggil teh beng dan teh O akan dipanggil teh O beng. segala yang nak ditambah dengan susu akan guna perkataan 'beng' seperti milo beng, kopi beng, nescafe beng.....beng tu bukan maksud susu ye. asmaq pun tak tau kenapa ada beng....kalau sebut teh je...mungkin orang akan bagi kita teh O...

itulah perbezaan bahasa kita dalam malaysia ni.
hahahahahhahaaa...kalau ustaz tak bagi tau hari tu, asmaq akan stil guna perkataan 'teh susu'


p/s: terima kasih kepada yang support blog ni (^_^) 

No comments:

tabung untuk belajar ---->