Pages

Thanks my follower (^_^)

Wednesday, November 30, 2011

::Aduhai....Asmaq::

sekarang adalah hujung sem dan musim ketensionan bagi pelajar macam asmaq ni, buat kerja last minute...musim hujan yang menangisi ketensionan student...musim banjir di peprustakaan....musim kilat sampai tak cukup tidur.
nasib lah badan...kalau tak banyak kerja bukannya student uni namanya.
kalau tak stress bukan manusia namanya.

Gelagat asmaq bila berassigment

I
I
I
V
Assignment FALSAFAH ALAM SEKITAR
buat sambil dengar lagu dan tersengih-sengih
goyang-goyang kepalo sekali
relax je buat nye

Assignment PENGANTAR PENDIDIKAN BERSEPADU
buat dengan keadaan sunyi dan banyak termenung memikirkan ayat

Assignment Bahasa Arab
buat dengan bersungguh-sungguh sambil mulut terkumat kamit tanda bersemangat.
tangan aktif bermain ayat dan kaki goyang-goyang.

Assignment STRATEGIC MARKETING
just be cool!
 tiba masa untuk present baru gelabah

Assignment STRATEGIC MANAGEMENT
buat sambil tarik2 rambut...keluarkan anak mata...kalau boleh nak hantu-hantukkan kepala kat dinding.
sangat tension.

Assignment OPERATION MANAGEMENT
buat sambil menangis-nangis...baca jurnal sambil meraung.
sem ni paling banyak kena kaji jurnal..
tension berganda-ganda.

semoga asmaq dapat siapkan semua dengan sempurna dan tepat pada waktunya
Go asmaq Go....go to bed!

Sunday, November 27, 2011

::Hujung Minggu Bersama Anak Yatim::

Assalamualaikum....!
today I want to sharing my activity last week.
aktiviti kami ni untuk selesaikan tugasan bagi subjek Pendidikan Bersepadu.
asmaq pilih la tajuk Isu2 anak yatim....tugasnya....kami perlu pergi mana2 rumah anak yatim untuk temubual pengurus dan sekali gus menyelami perasaan anak yatim.

asmaq cuba cari contact melalui internet, tapi tak de contact rumah anak yatim yang dekat dengan UKM.
so, asmaq putuskan untuk naik teksi dan suruh pak cik teksi tunjuk rumah anak yatim. dari situlah kami buat appointmet terus. kami tak boleh interview terus sebab tak bawak surat, lagi pun kami pergi tangan kosong je.

bila tiba tarikh interview, kami gerak lah ke tempat rumah anak yatim tu balik. asmaq pergi berempat, kumpulan projek. tapi hampanya, pengurus tu pegi kerja...dia ingat kami nak interview penghuni je.
terpaksalah call balik teksi dan suruh pak cik tu bawak ke tempat lain. rumah anak yatim seterusnya jauh sikit dan tambang teksi pun agak2 mahal. nasib baik pak cik tu baik, tak cekik darah sangat siap bagi diskaun lagi. pak cik tu kaum india, rumah anak yatim yang dia tunjuk tu pun india punya. tapi itu tak jadi masalah bagi kami, nasib baik ada sorang group asmaq kaum india. senang la sikit nak berinteraksi. pengurusnya pun ramah, terima kami dengan hati yang terbuka walaupun kami pergi dengan mengejut.

Asmaq and Nisha

waktu kami sampai tu, anak2 kat situ tengah buat aktiviti macam sukaneka. seronok tengok mereka main...wajah ceria2 je semua.
kami tak join mereka main sebab misi kami untuk temubual pegurus je.
bila dah temu bual tu baru asmaq tau mereka bukan dari golongan anak2 yatim, tapi majoritinya dari golongan ibu bapa yang bermasalah seperti bercerai serta mereka diabaikan. dalam kaum india, mereka boleh tinggal paling lama tiga hari je rumah saudara mara. tapi kalau saudara mara yang rapat lain lah pulak.
berbeza dengan muslim, kita tak de had hari untuk tinggal di rumah saudara mara. dah memang tanggungjawab saudara mara untuk jaga anak saudara jika parents tak boleh jaga kan. tapi hati manusia ni macam2 perangai, tak kira lah kaum ape pun.

gelagat penghuni rumah anak yatim lelaki


pengurus rumah anak yatim ni sebenarnya bukak lima rumah yang diasingkan lelaki dan perempuan serta orang2 tua. sangat teratur pengurusannya.
yang bestnya, mereka akan adakan aktiviti lawatan dan macam2 lah untuk gembirakan hati anak2 yatim ni. semuanya memang gembira sangat duk situ. apa taknya, dapat gi lawatan bagai. aku sendiri pun susah tau nak bercuti dengan famili. itulah kan, mereka diberi kegembiraan bersama kawan2. kita pulak diberi kegembiraan bersama famili. bersyukurlah kerana kita masih lagi mempunyai ibu bapa yang penyayang dan sentiasa mengambil berat hal kita.

Dayah and Shima

pengurus ni sangat menitikkan hal moral...memang nampak lah mereka ni sangat berdisiplin dan pandai sambut tetamu serta layan tetamu. bila kami kata nak ambik gambar, terus mereka berbaris ikut susunan ketiggian, tak payah susah2 nak kami aturkan. mereka dah selalu bergambar kot. tetamu yang datang bagi sumbangan pun tak putus2, tak kira kaum yang datang. itulah dinamakan satu malaysia kan.
secara keseluruhan aktiviti kami last week, sangat2 memberi kesan dan pengajaran untuk kami. terima kasih kepada yang mebantu dalam menjayakan temubual kami tu.
tak boleh tunjuk gambar pengurusnya sebab gambar tu duk dengan kawan asmaq.


p/s: aktiviti minggu ni adalah temubual bersama Haji Samuri. nanti asmaq update bila dah dapat gambar (^_^)

Saturday, November 26, 2011

::Awal Muharam Kembali Lagi::

Alhamdulillah...kita masih diberi nafas di saat ini.
Umat Islam di saat ini sedang menyambut tahu baru Islam.
marilah kita beribadat dan berdoa serta memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Allah s.w.t. berfirman bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak merubah apa yang ada pada satu kaum, sehinggalah mereka merubah apa yang ada pada jiwa mereka" (Ar-Ra'ad:11).

anda tau tak ape peristiwa besar yang berlaku pada awal Muharam zaman Rasulullah?
ingat tak lagu ni 
"satu Muharam detik permulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah, perpindahan Nabi dan umat Islam, dari kota Mekah ke kota Madinah"
awal Muharam mengingatkan kita tentang Hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat dari kaum Muhajirin ke Mekah. tujuaannya adalah untuk menyebarkan dan menegakkan agama Islam. dan hijrah ini menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar. banyak pengorbanan yang dilakukan oleh kedua-dua kaum.

oleh itu, marilah kita sama2 mengambil iktibar dari peristiwa2 dulu untuk dijadikan kekuatan dan tauladan. kita juga bertanggungjawab dalam menegakkan agama Islam. sentiasa muhasabah diri untuk memperbaiki akhlak, pemikiran, dan ibadat. ambillah kesempatan ini untuk kita menyucikan jiwa dan berubah, sentiasa berubah ke arah kemajuan umat Islam.

Allah s.w.t. berfirman"Sungguh telah berjaya orang yang membersihkannya (jiwa) dan sungguh telah binasa orang yang mengotorinya" (Asy-Syams:9-10).

Salam Maal Hijrah
Hijrah Membentuk Perpaduan

Wednesday, November 23, 2011

::Cita-citaku nak jadi...::

"cita-citaku nak jadi....seperti.... doktor Mahathir"
sape pernah dengar lagu ni? asmaq selalu dengar waktu kecik2 dulu.
kalau tanya budak2 pasal cita2, mesti dorang akan cakap nak jadi macam watak yang dia suka dalam TV.
kalau dia suka tengok ultraman, ultraman jugak lah yang dia nak jadi.
budak2 sekarang.....pengaruh media elektronik sangat kuat.

waktu kecil, masuk sekolah cikgu mesti akan tanya cita2 masing2.
sampai kat universiti pun, pensyarah masih bertanya cita2 pelajar2 dia.
jangan rasa pelik pulak...cita2 itu GOAL kita ye.

asmaq punya cita2 sentiasa berubah....dulu dan kini tidak sama. waktu yang merubah segala-galanya...ececeehh

dulu2...cita2 asmaq nak jadi cikgu sebab hari2 pegi sekolah nampak cikgu je. macam senang je koje cikgu ni. sampai sekarag asmaq masih lagi bercita-cita nak jadi cikgu...cikgu kepada bakal anak2 asmaq...ibu yang bertanggungjawab mendidik anak2 kat rumah kan...
cikgu

apabila menjejaki ke alam sekolah menengah, asmaq rasa asmaq orang yang paling tinggi berbanding dengan kawan2. so, asmaq bercita-cita nak jadi model majalah walaupun asmaq tau asmaq tak de rupa sangat. tapi kalau ikutkan tinggi boleh la kot. sampai sekarang asmaq masih ingin menjadi model, model sebagai muslimah yang baik. asmaq mungkin tak reti nak berdakwah secara lisan, tapi asmaq boleh berdakwah melalui tingkah laku seorang muslim yang sebenar. am i right?

model majalah
bila dah ambik sains tulen waktu sekolah menengah, cita2 asmaq bertukar nak jadi pakar optik sebab mata asmaq rabun. cita2 ini pun masih lagi tidak berubah. asmaq mungkin tidak boleh jadi pakar optik, tapi asmaq masih boleh menjadi penasihat penjagaan mata kan. kalau tak kat orang awam, penasihat dalam famili sendiri. i want all my famili have a good eyes.

pakar optik

bila dah masuk matrik, cita2 asmaq nak jadi pensyarah sebabnya asmaq tak tau nak jadi apa lepas terpesong dalam bidang sepatutnya. so, asmaq nampak profesion pensyarah macam best je walaupun susah nak cuti. cita2 ni mungkin asmaq tak boleh bawak sebab asmaq kurang minat untuk mengajar dalam kuantiti yang ramai. tapi asmaq masih lagi berminat untuk menjadi pensyarah, PENgurus Syarikat Yang suka mengARAH (PENSYARAH)...hahaaa 

pensyarah

di alam universiti, bila asmaq dapat major Human Resource....asmaq tak tahu goal asmaq ape. tapi dalam diri nak meniaga, jadi businesswoman. asmaq bercita-cita nak buka satu restoran yang unik yang tak de lagi kat malaysia ni. tapi itu mungkin untuk part tyme. buat masa sekarang asmaq bercita-cita nak jadi senior HR manager....asmaq dah mula suka kan bidang HR....seronok sangat belajar pasal pekerja, pengurusan organisasi dan macam2 lagi lah.

businesswoman @ manager

banyak kan cita2 asmaq.
so, about your ambition?
kalau yang cakap tak de cita2 tu...dia adalah pembohong besar!

AYUHLAH KITA BERUSAHA UNTUK MENGGAPAI CITA2!!!

Sunday, November 20, 2011

::Cuti...Cuti...tompang gumbira::

YAABEDAHBUDUUUU!!! 
cuti skoloh doh laaa...nak main puas2....nok gi deghak puas2...
enjoy...enjoy beb...
terasa macam baru keluar dari penjara kan teman2.
asyikkkk..

hohooo! berangan je lah asmaq oi. saya sedar saya bukan budak sekolah lagi. 
kepada adik2 di luar sana especelli my little brother, isi masa cuti ni dengan benda yang berpaedah ye...jangan main redah je. holiday tak bererti untuk rehat and enjoy.
buku jangan dilupakan...amalkan sikap suka membaca ok adik2.

kali ni nak share aktiviti asmaq masa cuti midsem hari tu.
asmaq main masak2 kek dengan kakak sulung asmaq.
beria bebenor dia nak wat kek karamel.
pes tyme lah kira kami wat kek ni.

sebelum masak...kek karamel...sila bagi bintang untuk kami (^_^)

selepas masak...kek karamel

magic kan...ada kawah lak tengah2 tu...unik betul kek kami...kome boleh wat can ni???

selepas dipotong...kek karamel

sebenor benornya kek kami tak menjadi...
mungkin sebab wat marinque tu tak jadi, so adunan kek bercampur dengan adunan karamel.
marinque tak jadi mungkin sebab tangan kakak asmaq yang pecahkan telur atau pun ayam yang menghasilkan telur tu kot, aktif sangat waktu bunting sampai pecah telur kuningnya...
tapi ini boleh dikira cubaan yang berjaya jugak lah sebab kek kami habis dimakan.
sedap tak sedap lain cerita...yang penting habis masuk ke usus masing2.

resepi kek ni asmaq rujuk blog masam manis. meleleh air liur asmaq tengok blog dia.
kepada kakakku sayang...don't give up ye. nanti kita cuba lagi. kena cari teloq ayam yang tak aktif baru ok sikit kot.

Saturday, November 19, 2011

::Majlis Pertunangan Babam::

yeaaahh! asmaq kembali menggerakkan jari jemari di papan kekunci untuk melahirkan perkataan dalam blog.
dah lama tak bukak blog sampai tak hingat password sendiri.
but, walaupun internet di bumi UKM ni sooooooo slow, asmaq akan tetap berusaha menghupdate blog.
dah banyak kali duk tangguh  ni sebab tak boleh upload gambor.
fuh2! usaha lagi...uasaha lagi asmaq.

raya haji yang lepas, babam asmaq dah disatukan dengan pilihan hatinya.
baru mengikat, bukan disatukan rumah lagi...heheee
alhamdulillah.....dalam pertemuan yang singkat, mereka boleh menerima satu sama lain.
semoga ikatan pertunangan itu membuatkan mereka lebih mengenali dan memahami isi hati dan perangai masing2.

ma, kak niniey, be josh & ayoh
my ayah tu kena paksa duduk bergambar. bertuah babam josh dapat bergambar dengan ayah. bukan senang nak amik gambar with a busy busy man.

yang turut memeriahkan majlis~puteri2 Nuzam
kami berempat sepatutnya...sorang lagi my sister tak dapat join.

budax tecik pun ada..my niece
yang lelaki tu satu2nya adik asmaq...samada percaya atau tak, awal tahun hari tu dia masih gemok gedebab.
sekarang dah jadi kurus kering. usaha dietnya berhasil. cayalah!

Tok wan & acik ma
walaupon tok wan tak berapa sihat, tetap menggagahkan diri datang dari jauh untuk majlis pertunangan cucunya.
thanks for both of them...and also my tok ayah and my babam long...thanks a lot!

SELAMAT BERTUNANG

SEMOGA IKATAN ANTARA HAMZAH & NINIEY AKAN TERJALIN SEHINGGA KE JINJANG PELAMIN.
DAN SEMOGA PERHUBUNGAN MEREKA DIRESTUI DAN AKAN BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT

Tuesday, November 1, 2011

::Ponteng Kelas Again::

Selamat Pagi Dunia Alam Maya!!!!
ape kah misi hari ni?
asmaq punya misi hari ni ponteng kelas...
terpaksa bukannya sengaja...

hari ni asmaq perlu jugak balik ke tanah cik siti wan kembang.
gatal2 di badan semakin merebak teruk...tak tau punca nya ape.
jumpa doktor kat sini pun dah fade up, suruh try ubat dia bagi dulu...kalau tak berkesan baru datang balik.
soalnya asmaq tak tahan gatal doktor.
tomorrow i'll check with other doctor.
and then maybe go to pakar kulit.

hope i can change my date of ticket.
ya Allah! permudahkanlah segala urusanku hari ni....

tabung untuk belajar ---->