Pages

Thanks my follower (^_^)

Saturday, November 26, 2011

::Awal Muharam Kembali Lagi::

Alhamdulillah...kita masih diberi nafas di saat ini.
Umat Islam di saat ini sedang menyambut tahu baru Islam.
marilah kita beribadat dan berdoa serta memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Allah s.w.t. berfirman bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak merubah apa yang ada pada satu kaum, sehinggalah mereka merubah apa yang ada pada jiwa mereka" (Ar-Ra'ad:11).

anda tau tak ape peristiwa besar yang berlaku pada awal Muharam zaman Rasulullah?
ingat tak lagu ni 
"satu Muharam detik permulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah, perpindahan Nabi dan umat Islam, dari kota Mekah ke kota Madinah"
awal Muharam mengingatkan kita tentang Hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat dari kaum Muhajirin ke Mekah. tujuaannya adalah untuk menyebarkan dan menegakkan agama Islam. dan hijrah ini menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar. banyak pengorbanan yang dilakukan oleh kedua-dua kaum.

oleh itu, marilah kita sama2 mengambil iktibar dari peristiwa2 dulu untuk dijadikan kekuatan dan tauladan. kita juga bertanggungjawab dalam menegakkan agama Islam. sentiasa muhasabah diri untuk memperbaiki akhlak, pemikiran, dan ibadat. ambillah kesempatan ini untuk kita menyucikan jiwa dan berubah, sentiasa berubah ke arah kemajuan umat Islam.

Allah s.w.t. berfirman"Sungguh telah berjaya orang yang membersihkannya (jiwa) dan sungguh telah binasa orang yang mengotorinya" (Asy-Syams:9-10).

Salam Maal Hijrah
Hijrah Membentuk Perpaduan

2 comments:

KizZ said...

Awal muharam detik permulaan...sambung2..

asmaqhusna said...

hehee..

tabung untuk belajar ---->