Pages

Thanks my follower (^_^)


Wednesday, November 23, 2011

::Cita-citaku nak jadi...::

"cita-citaku nak jadi....seperti.... doktor Mahathir"
sape pernah dengar lagu ni? asmaq selalu dengar waktu kecik2 dulu.
kalau tanya budak2 pasal cita2, mesti dorang akan cakap nak jadi macam watak yang dia suka dalam TV.
kalau dia suka tengok ultraman, ultraman jugak lah yang dia nak jadi.
budak2 sekarang.....pengaruh media elektronik sangat kuat.

waktu kecil, masuk sekolah cikgu mesti akan tanya cita2 masing2.
sampai kat universiti pun, pensyarah masih bertanya cita2 pelajar2 dia.
jangan rasa pelik pulak...cita2 itu GOAL kita ye.

asmaq punya cita2 sentiasa berubah....dulu dan kini tidak sama. waktu yang merubah segala-galanya...ececeehh

dulu2...cita2 asmaq nak jadi cikgu sebab hari2 pegi sekolah nampak cikgu je. macam senang je koje cikgu ni. sampai sekarag asmaq masih lagi bercita-cita nak jadi cikgu...cikgu kepada bakal anak2 asmaq...ibu yang bertanggungjawab mendidik anak2 kat rumah kan...
cikgu

apabila menjejaki ke alam sekolah menengah, asmaq rasa asmaq orang yang paling tinggi berbanding dengan kawan2. so, asmaq bercita-cita nak jadi model majalah walaupun asmaq tau asmaq tak de rupa sangat. tapi kalau ikutkan tinggi boleh la kot. sampai sekarang asmaq masih ingin menjadi model, model sebagai muslimah yang baik. asmaq mungkin tak reti nak berdakwah secara lisan, tapi asmaq boleh berdakwah melalui tingkah laku seorang muslim yang sebenar. am i right?

model majalah
bila dah ambik sains tulen waktu sekolah menengah, cita2 asmaq bertukar nak jadi pakar optik sebab mata asmaq rabun. cita2 ini pun masih lagi tidak berubah. asmaq mungkin tidak boleh jadi pakar optik, tapi asmaq masih boleh menjadi penasihat penjagaan mata kan. kalau tak kat orang awam, penasihat dalam famili sendiri. i want all my famili have a good eyes.

pakar optik

bila dah masuk matrik, cita2 asmaq nak jadi pensyarah sebabnya asmaq tak tau nak jadi apa lepas terpesong dalam bidang sepatutnya. so, asmaq nampak profesion pensyarah macam best je walaupun susah nak cuti. cita2 ni mungkin asmaq tak boleh bawak sebab asmaq kurang minat untuk mengajar dalam kuantiti yang ramai. tapi asmaq masih lagi berminat untuk menjadi pensyarah, PENgurus Syarikat Yang suka mengARAH (PENSYARAH)...hahaaa 

pensyarah

di alam universiti, bila asmaq dapat major Human Resource....asmaq tak tahu goal asmaq ape. tapi dalam diri nak meniaga, jadi businesswoman. asmaq bercita-cita nak buka satu restoran yang unik yang tak de lagi kat malaysia ni. tapi itu mungkin untuk part tyme. buat masa sekarang asmaq bercita-cita nak jadi senior HR manager....asmaq dah mula suka kan bidang HR....seronok sangat belajar pasal pekerja, pengurusan organisasi dan macam2 lagi lah.

businesswoman @ manager

banyak kan cita2 asmaq.
so, about your ambition?
kalau yang cakap tak de cita2 tu...dia adalah pembohong besar!

AYUHLAH KITA BERUSAHA UNTUK MENGGAPAI CITA2!!!

No comments:

tabung untuk belajar ---->