Pages

Thanks my follower (^_^)


Saturday, September 24, 2011

::Niat Kita Bertudung::

Happy Sunday!
tajuk hari ni "Niat kita Bertudung".
Dalam era kemodenan ini (macam nak wat karangan la pulak), dapat kita lihat golongan perempuan di Malaysia sudah ramai memakai tudung.
jika dulu tudung bawal sangat popular di kalangan gadis, tapi sekarang shawl pula menjadi kegilaa.
adakah kita bertudung untuk menutup aurat atau mengikut fesyen semata-mata?

kalau nak kata kita tutup aurat sebenarnya aurat kita tak sempurna lagi kerana ada yang memakai tudung tapi berbaju lengan pendek, ada yang pakai tudung tapi berskirt belah tepi, dan yang paling ramai adalah bertudung tapi tudung tidak melepasi bahagian dada....itu dikira tidak menutup aurat dan boleh menaikkan syahwat lelaki.

bagi asmaq, nak bertudung ikut fesyen tak salah asalkan kita menutup aurat dengan betul dan tidak berlebih-lebihan dalam bergaya....kerana berlebih lebihan itu akan menimbulkan rasa bangga, riak dan seangkatan dengannya.
asmaq sendiri sedang perlahan-lahan beralih kepada shawl atau tudung express. sebab utama adalah tudung bawal jarang kainnya, tapi ada jugak tudung lain yang tak jarang....tapi sebab terikut fesyen, asmaq pilih dua tudung ini asalkan dapat tutup aurat dengan sempurna dan tidak berlebih-lebihan bergaya. harap2 asmaq dijauhkan daripada sifat2 syaitan....
tambahkan pengetahuan di sini ----> Bertudung atau Berfesyen?

sekian sahaja tazkirah pagi dari asmaq....mungkin diri asmaq juga tidak sempurna tapi nak bagi nasihat kat orang pulak kan....selagi kita bergelar umat Islam, kita harus (harus ke wajib? not sure) menyampaikan dakwah dan saling menasihati sesama insan. dan nasihat yang diberikan bukan untuk orang lain sahaja, malah untuk diri sendiri yang sering lupa....kalau ada yang asmaq salah cakap, tolong perbetulkan!
"Allah s.w.t. tidak akan merubah seseorang manusia kecuali manusia sendiri yang merubah dirinya sendiri"
Buatlah perubahan demi mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t.....
Salam sayang dari asmaq,...Wassalam~

Pinjam gambar sat cik Heliza Helmi...
saya suka rekaan tudung dia. boleh buat telekung sekali...senang kan..
tapi sebagai pelajar, tak mampu lagi nak beli...hehee
RM100 lebih (macam nak promote la pulak)
but I memang nak promote sebab rekaannya bagus. OK! apa lagi...beli ...beli...
sumber ---> Heliza Helmi Hijab

No comments:

tabung untuk belajar ---->