Pages

Thanks my follower (^_^)

Saturday, February 26, 2011

::suAtu keJadiN::

selama beberapa bulan saya berkhidmat dalam dua program.....salah satu program telah ditundakan tarikh kepada sem depan....lama tuuu.....amat terkejut dan terkilan dengan keputusan itu. 
tapi apakan daya kita hanya manusia biasa yang mampu merancang, tidak mampu melihat apa yang berlaku di masa hadapan.....mereka ada alasan tersendiri. kewangan?  ahli tak buat kerja? takut tiada sambutan?
saya juga seorang pengarah dalam satu lagi program. dan saya sentiasa mendapat tunjuk ajar supaya menjadi pelajar yang profesional dalam mengurus seseuatu program.
mengenai kewangan.....semua MT perlu bekerja keras dalam menolong pengarah pemasaran untuk mendapatkan dana ( buat jualan, servis, & cari sponsor). pengarah pemasaran tidak mampu untuk bergerak sorang2 dan bukan senang untuk berhubung dengan orang luar.
mengenai ahli tak buat kerja....apa yang dinasihatkan oleh felo saya, ahli tak buat kerja bukan salah mereka. salah kamu semua (ketua2 pengarah). kita sebagai ketua perlu jaga anak buah supaya tidak lari. bukannya biarkan mereka tanpa dilayan dan sentiasa memberi tunjuk ajar kerana anggap mereka tak tau ape2. kalau ketua senyap dan sentiasa tidak update ape2 yang penting, mereka akan rasa diri mereka tidak berapa penting dalam menjalankan tugas. mereka bekerja secara sukarela dan tidak dibayar. nak kata ikhlas, memang tak boleh. ikhlas bukannya lahir dari perkataan. tapi keikhlasan lahir apabila seseorang buat kerja dengan hati yang senang dan happy. inilah yang saya belajar sepanjang menjadi pengarah. saya sentiasa update kepada anak buah walaupun mereka susah untuk bagi respon. tapi alhamdulillah mereka memberi komitmen yang baik walaupun separuh jalan je.
~itu lah nasihat untuk pembaca blog ini~
esok akan berlangsungnya program dinner kolej. sudah beberapa hari kami bekerja keras, tidur tak cukup, makan ala kadar  je....disebabkan ahli2 semua tak dapat bekerjasama, kami terpaksa bekerja keras. alhamdulillah, sejak akhir2 ni MKT semua bagi kerjasama dengan baik. anak buah masing2 entah hilang ke mana. padan muka kami sebab tak jaga anak buah....anak buah saya pula 2,3 orang je yang tolong, yang lain tak nak tolong sebab mereka fikir mereka dah penat mencari dana. saya tau mereka penat dan saya tak boleh nak paksa mereka.
semoga program kami esok akan berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya. saya harap penghuni kolej berpuas hati dengan pengurusan kami. kami hanya insan biasa yang sentiasa membuat kesilapan.

~semoga muka2 ceria ini akan sentiasa ceria~

No comments:

tabung untuk belajar ---->