Pages

Thanks my follower (^_^)


Saturday, April 28, 2012

::Takabbur vs Tawaduk::

Assalamualaikum w.b.t.

hari ni tetiba datang mood nak bagi tazkirah. tazkirah pasal TAKABBUR dan TAWADUK...dalam perjalan nak ke keje tadi saya terdengar pasal ni dalam IKIM fm. jadi, saya mahu ulas kembali lah untuk renungan masing2.

dalam era globalisasi, kita dapat lihat ramai orang yang takabbur atau kata lainnya EGO (macam nak wat karangan lak rasanya). kadang2 kita sendiri tak sedar yang kita ni bersifat takabbur kan...kalau boleh jauhkanlah sifat ini semua. macam mana dikatakan sifat takabbur?
macam ni lah...saya bagi contoh diri saya sendiri...semalam saya dan kawan2 keluar la ramai2 ke pantai. dah sampai dan duduk semeja semua sambil menunggu order kami sampai, saya teringin ambil gambar sebagai kenangan. biasalah...orang kata perempuan ni tak sah kalau tak ambil gambar kalau gi mana2 kan. sampai kan sebelum makan pun nak ambik gamabar makanan dulu....bukannya nak baca doa sebelum makan ke apa ke...betul kan...kan..kan...
semasa nak keluarkan kamera, saya pun berkata-kata lah kepada kawan2 saya, "saya ada kamera....haaa awak saya ada kamera..meh kita ambik gambar" dengan nada yang membangga kan diri...
nak dijadikan cerita...bila saya klik satu gambar, keluarlah perkataan "FULL MEMORY". baru saya teringat, kad memori saya tertinggal kat rumah.
kemudian, kawan saya sorang tu pun keluarkan kamera dan berkata, "asmaq...saya ada kamera dan kad memrori..haaa" dengan nada perlinya.
dalam situasi saya ni boleh dikatakan saya takabbur...dan kawan saya tu bukan takabbur sebab dia nak menyedarkan saya yang dia memiliki lebih lagi daripada orang yang takabbur ini. sifat kawan saya ni boleh dikatan tawaduk atau kata lainnya MERENDAH DIRI. masa saya cakap macam tu dia hanya senyap je, dan tengok je reaksi saya.

by the way, itu contoh je....yang sebenarnya, niat saya hanya untuk bergurau. dan saya tuju ayat tu kepada kawan yang ada kamera. dan saya tau dia pun ada bawak kamera juga...saya cakap macam tu sebab nak suruh dia keluarkan kameranya. takkan nak simpan je dalam beg kan. secara kesimpulannya, sifat saya itu bukan takabbur kan? sebab niat kita bukan untk membanggakan diri. takkan la saya nak membanggakan diri dekat kawan yang ada kamera jugak kot...lagipun, kawan saya tau saya suka bergurau macam tu kan...

dalam situasi CONTOH yang saya berikan tu, kita dah nampak kan macam mana orang TAKABBUR dan macam mana orang TAWADUK. macam2 sebab boleh jadikan seseorang itu takabbur seperti sebab keturunanya hebat, memiliki banyak harta, memiliki pangkat yang tinggi, mempunyai kawan yang hebat2 dan macam2 lah....

jadi, kita ni kalau hidup tak payah lah nak ego sangat...INGAT! YANG LEBIH HEBAT ADALAH ALLAH S.W.T. BUKAN MANUSIA. bila kita bersifat takabbur kepada manusia bermakna kita juga bersifat takabbur terhadap Allah s.w.t. maka, sentiasalah kita bersifat rendah diri. sebab semua yang hebat2 dan yang kaya2 serta yang istimewa2 itu datang daripada Allah s.w.t. semua yang kita miliki hanyalah pinjaman dunia semata-mata.
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG TAWADUK DAN SENTIASA BERSYUKUR IAITU GOLONGAN ORANG YANG SEDIKIT!

~Sekian, Wassalam~

Wednesday, April 25, 2012

::Triffles Pertama Saya::

Assalamualaikum w.b.t

setelah sekian lama saya tidak menggunakan tangan saya untuk membuat something yang special like cake or biscuit, akhirnya...minggu lepas saya telah menggunakan tangan yang sempurna ini untuk membuat puding triffles sempena hari jadi anak saudara saya. ini pertama kali saya buat puding ni. ambik resepi dalam buku 
1 Hari 1 Satu Masakan.

Puding Triffles

yang ni kononnya nak wat topping bentuk rama2...tapi cubaanku GAGAL!

nak lagi sedap, gabungkan dengan whipping cream...idea dari staff opis saya (^_~)

secara keseluruhannya, famili saya berpuas hati dengan puding saya ni. cuma puding kastardnya agak manis sikit. PERCUBAAN YANG BERJAYA! BRAVO!

kakak saya pun ada buat something jugak pada hari kejadian ni. untuk pertama kali nya dia meringankan tulangnya untuk buat chicken chop.

Chicken Chop

percubaan dia pun berjaya. sos kamu sedap, sis! BRAVO! BRAVO!

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK AL-HAFIY
SEMOGA HAFIY MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN CEMERLANG

Hafiy and his cake

SELAMAT HARI LAHIR JUGA UNTU ANAK SEDARAKU, NURIN NAZIFA
SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH DAN CEMERLANG

Nazifa and her cake


Tuesday, April 17, 2012

::Kerja *cerita 4*::

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillah...hopefully dapat post entry ni....huhuhuuu...dah banyak kali dah menulis tapi simpan kat draft je...sebabnya tak sempat nak habiskan tulisan gara-gara ada gangguan secara dalaman dan secara luaran....ececee~ 

sekarang saya dah hampir tiga bulan menjalani latihan industri kat sini....kat mane? itu kene senyap2 sebab blog ni tak private kan. tapi tak de la nak cakap buruk2 kat sini. yang negatif tu kita simpan dalam hati...yang positif kita luahkan di sini untuk memberi pandangan yang positif  kepada pembaca...tak gitu???

alhamdulillah....saya bersyukur sangat dapat menabur khidmat di pejabat ni. banyak benda yang saya belajar. staff kat sini semua tak kedekut ilmu. dan lama-lama saya boleh terima perangai masing2...biasalah manusia kan, lain orang lain ragamnya. dalam perjalanan hidup kita, kita akan dapat lihat dan hadapi pelbagai kerenah manusia mengikut tahap kehidupan masing2. kat sekolah kita akan temui orang yang tak matang. kat universiti pula kita akan temui orang yang suka mengarah. kat pejabat kita akan temui orang yang paling cerewet....itu semua saya bagi contoh je...hehehee....tapi dengan menghadapi kerenah orang-orang ni, otak kita akan matang dan berfikir/berkembang. am I right?

satu benda yang selalu saya setkan dalam minda waktu nak buat kerja adalah "buat kerja untuk manfaat diri sendiri, bukan buat untuk boss atau untuk pejabat"....itu kata2 my boss (^_~)Y
tapi kita kena ingat belajar dan bekerja itu satu ibadat. so, kita buat kerja kerana Allah s.w.t. barulah kita tak rasa stress kan....

memang betullah orang cakap, alam pelajar lagi best dari alam pekerjaan. kalau belajar kita fikir pasal belajar je...stress pun stress pasal pelajaran je. tapi kalau alam pekerjaan, kita kena fikir pasal kerja lagi, duit lagi, pasal jodoh la....opss! terlebih sudaaa...pokoknya memang stress kot. saya yang kerja free ni pun tahap stress giler2 bila fikir pasal duit. yuran pun tak bayor lagi...macam mane ni? tanggunganku skang lagi tinggi berbanding tanggungan waktu belajar dulu...ini gara-gara pakai benda bergerak untuk ulang alik ke pejabat la ni. tapi bersyukurlah....ada jugak kemudahan untuk bergerak ke sana ke mari. by the way, I tak sabar nak kerja yang ada gaji...banyak benda nak kena bayor. nak pi melancong lagi....kuang kuang kuang!

setakat ini sahaja coretan saya....kita sambung balik di lain hari dan masa yang tak sama...moh sambung koje! AYUH, SEMANGAT!!!!

Wednesday, April 4, 2012

::Jenjalan Tumpat::

Assalamualaikum w.b.t

lama bebenor saya rehatkan diri dari menaburkan kata-kata di blog....sibuk punya pasal. lagi pun line tenet kat sini tak okay. banyak sangat kerja yang kena buat. kadang2 sampai perlu 'satay up' malam2...heheee..sekarang masih banyak kerja tak siap...

saya cuma nak share gambar2 yang pergi Tumpat hari tu (dengan kata lain nya nak menunjuk la kan). Tumpat ni nama daerah dalam Kelantan ye. kat sini memang ramai la orang siam...kalau tom yam tu, memang banyak la jual kat tepi jalan.

bersantai di tepi jalan...lalalala~

saya pergi jenjalan Tumpat sebab nak pergi tengok pesta pantai...tapi tak de peluang sebab malas nak bersesak ke pantai....punya la ramai orang. tambah lagi waktu tu cuti sekolah. so, bersantai lah tepi jalan sambil tengok orang berkayak...huhuu

She is my friend.....cik Nora kechik

cik nora tu berlatar belakangkan thailand.sekarang nak pegi masuk thailand dah tak berani...boleh pergi setakat sempadan je la. orang kata diorang banyak tanam bom. baru2 ni pun dah ada kes orang kena tembak. seram je bunyi!

with my cousins yang nakal2

Patung Besar (lupa la nama tempat ni)

haaa....itulah aktiviti saya...lepas pergi kat pesta pantai, konon2nya la kan...then pegi pengkalan kubur, then gi kat sempadan antara Malaysia-Thailand...Then, makan2 kat tepi pantai...then, kat patung besar yang duduk tu...then, then, then pi tesco sebelum sampai rumah. tapi sebelum pergi tumpat, kami pergi kuala krai dulu...ada majlis kawin. perjalanan kami adalah selama 3 hari 2 malam...memang penat giler2 la bagi sape yang drive kete tu kan. baru ku rasa bagaimana perasaan kakak saya bila drive jauh2...memang patut la dia asyik merungut.



#finish....moh sambung keje masing2!

tabung untuk belajar ---->